Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)
Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Dec 30, 2011

Seantero webportal & blog: Perihal Wang Zakat diseleweng

Banyak artikel dan laporan berkenaan wang zakat yang diseleweng..Sedia maklum wang zakat hanyalah untuk asnaf 8 golongan yang telah digariskan..mengikut keutamaan..Apabila sudah tiada golongan yang layak menerima barulah boleh digunakan untuk hal lain yang sepatutnya..Rekod tiada siapa yang layak menerima wang zakat adalah pada pemerintahan Islam zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz..Apabila tiada siapa yang layak,barulah wang berkenaan digunakan untuk hal pembangunan negara yang lainnya.





KeadilanDaily.com


Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat



KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

Penyelewengan Wang Zakat: Penjelasan Dr Asri

Kisah wang zakat yang diseleweng menteri Hal Ehwal Agama Islam sangat mengejutkan masyarakat Malaysia...Ya mungkin ramai tak tahu sebab media massa televisyen & akhbar yang dapat penerbitan cetakan 24 jam tak siarkan...Seperti biasa kita cuma bergantung harap daripada media alternatif online untuk menerima berita yang lebih benar dan tepat berbanding media yang kononnya arus perdana tetapi menjadi alat propaganda parti tertentu yang semakin lama semakin giat di'rogol' secara begitu erotis..


Hal ini juga mendapat perhatian Dr Asri..Menerusi akaun twitternya @realDrMaza (Dr Asri) beliau diasak pelbagai pertanyaan daripada pihak yang ingin tahu & pihak yang sengaja provokasi isu ini..Sedia maklum Dr Asri dilihat sebagai ahli akademik dan jika komen beliau tentang memihak/memancung sebahagian parti politik,semestinya peluang berkenaan akan digunakan politikus dengan jayanya..

Akhirnya si akademia ini akan tersepit ditengah dek kerana masyarakat yang sudah sebati dengan politik kotor tanpa ingin mematangkannya..Masing-masing dengan polemik masing-masing..

Ikuti jawapan twitter beliau (tanpa edit)

  • Sy skrg di UK. Isu zakat DS Jamil Khir sy x jelas. Sy dah sms dia minta pnjelasn langsung. Sy tggu dulu.
  • Brdasrkn sms DS Jamil Khir itu bkn wang zakat tp wang guaman krjaan utk khdmat guaman.
  • DS Jamil Khair baru sj call sy. Sy fhm bhw itu wang am dr baitulmal bkn wang zakat. Smber asal dr krjaan. Mmg ada 2 bhgn.Sy ahli MAIPs dan ex Mufti; scra umumnya sy fhm mksd DS Jamil dlm kes itu. X kpntingn utk sy bela bliau. Tp yg x salah jgn dhukum.
  • Sy sdh cdg DS Jamil Khir buat knyataan trbuka kpd media segera. Dia kata dia akan buat.Jk dia dsaman atas individu dia salah guna public money, jk atas jwtn dia brhak.
  • Sabar, jk DS Jamil gagal trgkan kpd awam dlm media trbuka, barulah boleh dianggap brsalah. Kita tggu sat dulu.
  • Hakikatnya zakat di negara kita mmg diragui pngurusannya sbb itu ramai y mnta bntuan 'pihak lain'.Ana masih tggu knyatan trbukanya dlm masa 24hr. Jk gagal, ana akan komen. Jk bnr slh Mufti Wilayah jg msti disoal.he should explain it in public..I'm waiting 4 that..


Apa pun kita tunggu dan lihat..Jawapan DS Jamil Khair kepada Dr Asri dilihat juga sebagai jawapan selamat dan sangat bertentangan dengan dokumen yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Jamil Khair juga dibidas kerana masuk campur kes Qazaf Anwar dan Saiful atas kapasiti kerajaan walaupun kes itu sebenarnya kes jenayah melibatkan dua individu disamping palitan rumah besar mewah yang diubahsuai dengan berlebihan (kalau itu hasil wang pencen & gaji sebagai menteri tiada isu)

Pada 2 Nov Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘ Bukti Pas bukan parti Islam’

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

berita penuh disini
______________________________________________________
p/s:Sama-sama kita nantikan..Lepas ni kalau nak saman menteri jangan saman atas jawatannya tetapi individu..begitu juga dengan saman ke atas kerajaan..Saman semua menteri2 yang terlibat tanpa tarik jawatan,tetapi hanya individu..

Dec 29, 2011

AUKU: Tesis Sebab Relevan Gerakan Mahasiswa Berpolitik

Secebis tesis dan kajian ilmiah (Jabatan Sejarah UM) relevannya untuk mahasiswa berpolitik. Ini merupakan kajian deskriptif bukan cakap-cakap kosong dengan penuh nada emosi semata - mata. Tambahan, kalau rasa tidak puas dengan dissertasi ini, boleh saja mencari hasil tesis karangan Professor Madya Abu Bakar 'Mahasiswa Menggugat' (1973) penerbit UM. Kalau ada perbezaan, sila kemukakan kajian terperinci bukan omongan kosong semata-mata. -Abun

Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Aug 25, 2011

Pengakuan Bekas Duta Amerika ke Malaysia tentang NAJIB

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara.

Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik,” kata Mallot dalam tulisannya.

"Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi.

Sumber :HARAKAHdaily

Tak mustahil terjadi sebab sekarang ni dah keterlaluan kes liwat ini dimainkan oleh media-media,yang dulunya nampak seakan OK,tetapi buat pusingan..kalau dulu hanya Utusan,TV3 dan RTM sebelum 2008 tetapi ketika demam Pilihanraya,BERNAMA pula sign contract dengan Umno-BN..Lalu kumpulan berita itu pun menggasak Pakatan Rakyat sehabis boleh dek sebab melaksanakan tugas "TUHAN" barunya..

Sedar akan masalah peralihan rakyat daripada BERNAMA kepada AWANI,selepas peralihan kuasa kepada Najib,AWANI pula dikenakan tindakan yang sama untuk sama-sama mengikut gaya TV3..Baru minggu ini Sinar Harian pula mengikut jejak langkah Utusan dengan sengaja memainkan isu agama & perkauman yang sangat serius..

Modus operandi semua media ini tak lain tak bukan hanya ingin melaksanakan segala tuntutan nafsu Najib-Rosmah & Co berjaya..Yakni untuk terus berkuasa di Putrajaya..Sebelum ini berkali-kali sudah Najib isytiharkan bahawa Putrajaya harus dipertahan walau dengan apa cara sekalipun biarpun terpaksa bermandi DARAH!! Seolah-olah berperang dan membunuh rakyat juga mungkin berlaku demi pertahankan putrajaya..Sejarah mengajar kita bagaimana OPS Lalang telah dilaksanakan..

Para diktator yang terpaksa berdepan anarki di Afrika Utara & arab juga melakukan perkara yang sama..Mempergunakan agama dengan mengatakan HARAM menentang kerajaan Islam walaupun tidak ada pun model negara Islam yang ditonjolkan..Dan sekarang para totalitarian diktator ini sedang sibuk berbunuhan dengan rakyat demi memastikan kuasanya terus kekal..

Boleh kita senaraikan dan compare dengan negara barat,London terutamanya tentang skim2 Islam yang dikatakan sebagai model negara Islam..Kalaulah tentang isu yang mudah & kecil tentang Rukun Islam-Iman juga ditolaknya mentah-mentah,bagaimana mahu mengatakan diri sebagai negara Islam??

Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.

(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam)

“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Aug 24, 2011

TABUNG KEBULURAN SOMALIA DILANCAR!!

Salam.. SOS!! Tabung Kebuluran Somalia sudah dilancar!!

CIMB 12590000804058
Maybank 562142708704

atas nama Islamic Relief Malaysia
Lawati blog rasmi IRM

http://irmblog.org/

Derma sekarang & sebarkan..bagi membantu mereka meraikan 10ramadhan terakhir & hari raya ini..Ameen

Aug 16, 2011

GaySec says sorry for fucking up

Masih ingat lagi tentang Makcik Hajjah Sitt alwuzara?Yang dikaitkan dgn seorang athiest tu..Ok,rupanya semua tu salah..hackers yang tak menjadi..GeySec dah mintak maaf secara terbuka pun..Apapun isunya masih tak surut..

Perangai Sitt Al Wuzara masih sama..Tak ada perubahan malah makin rancak..Dan aku tertanya2,mana perginya parti politik?NGO yg paling ISLAM mcm PERKASA & orang2 Ezam/Zulkifli Noordin/ex PR yang terlalu famous buat PC kat media??Hal ni senyap..POLIS pun tak buat apa2..Media pun senyap??haih!!

p/s: aku merasakan yang dia ni lelaki,aku juga merasakan dia ni ada motif politik..biar nampak Malaysia ni semakin teruk hari ke hari bila orang dah nak apply DEMOKRASI bersuara..Demokrasi juga ada batasannya..Yang ni ramai pemimpin RETOTIK kat atas sana taknak sebut..Tentang akauntabiliti..Kalau dah fake profile,palejadah nak kata demokrasi??Setiap orang harus bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakannya...Isu-isu tuntutan yang jelas & daripada indvidu yang jelas harus digalakkan..Anjurkan wacana,debat,dialog & macam2 lagi agenda pencerahan..Terutama bagi penduduk-penduduk kampung/felda/pedalaman yang mungkin kurang pendedahan tentang HAK-HAK mereka..

Penduduk kampung bagus dari segi komuniti berbanding yang ada dibandar,tapi berkenaan perlembagaan & huraiannya masih lagi FAILED pada sudut pandang aku..Aku suka duduk di kampung berbanding bandar..Cuma mahukan penduduk kampung lebih progresif & terbuka..Ok,tak mau cakap banyak,baca main topic kita balik kat bawah ni...





Post image for GaySec says sorry for fucking up
Online vigilante group GaySec was forced to issue an official apology after their pursuit of Sitt Al-Wuzara’s real identity met with dead end and put theiralleged suspect Arlene Tan – whose info they leaked to the public — in harm.
(They still think Arlene needs counselling though)
Official statement verbatim below:
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.
Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.
Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.
Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.
Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?
kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.
Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.
Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan ‘populariti’ ataupun untuk mendapatkan ‘duit’. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih ‘popular’ atau ‘dikenali’, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.
Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).
This comes after they revealed that there might not be a  third part of their accusations, since the info is “with the authorities” and everything is “under investigation”
More to come.

Aug 15, 2011

Tayangan Filem Beyond Election @Kelab 50B Bangsar Utama




Kelab 50-B
No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (belakang Stesen LRT Bangsar)(sebelah office Malaysiakini) Kuala Lumpur, Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
 
Tayangan + diskusi filem dokumentari
"Beyond Elections: Redefining Democracy in the Americas"
 
Tarikh: Khamis, 18 Ogos 2011
Masa: 8:00 malam
 
Tempat: 50B, No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (belakang Stesen LRT Bangsar)(sebelah office Malaysiakini)
MASUK PERCUMA
*Tempat duduk terhad (atas lantai). First come first serve.

From Venezuela's Communal Councils, to Brazil's Participatory Budgeting, from People's Assemblies to grassroots movements, recuperated factories to cooperatives across the hemisphere. This documentary is a journey, which takes us across the Americas, to attempt to answer one of the most important questions of our time: What is Democracy?

Beyond Elections: Redefining Democracy in the Americas, 112 min, 2008, dir: Michael Fox + Silvia Leindecker

Trailer: http://www.youtube.com/wat​ch?v=1l2b2mfTxyo
Website: http://www.beyondelections​.com/

Diskusi akan difasilitasi oleh Fahmi Reza.
**Please note that the video quality tak gempak sangat sebab gua download filem ni dari Youtube. 

Aug 8, 2011

Untuk Sebaran SEGERA! Please alert Security facebook!!

SEBARKAN!!


Facebook telah berubah sekali lagi tanpa pemberitahuan.


Sila lihat pada URL anda (top box pada skrin anda). Jika anda lihat "http" atau hanya "www" dan bukannya "https", anda TIDAK mempunyai sesi yang selamat & boleh digodam.


Pergi ke ---> Tetapan Akaun (Account Settings) ---> Keselamatan (Security) ---> klik Change atau Edit.
...
Periksa (Check) kotak (Secure Browsing), klik Simpan (Save).


Anda lihat sekali lagi URL anda akan terpapar https://

Mengenali Si Murtad yang sudah menjadi Atheist..Hajjah Sitt Al wuzara

Hajjah Sitt Al-wuzara2

POLIS GANASLAH!!

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" [Hadith Sahih Muslim]


Saya percaya masih ramai di luar mempertahankan tindakan FRU & PDRM mengasari orang awam ketika demonstrasi aman BERSIH..Ramai yang tidak percaya bahawa para demonstran tidak melakukan tindakan ganas.

Walaupun pelbagai taktik pihak berkuasa untuk memfitnah penganjur BERSIH dengan kewujudan botol2 plastik molotov cocktail iaitu sejenis bom yang meletup lalu terbakar apabila sahaja terhempas..ini adalah propa yang paling comel pernah dilakukan pihak berkuasa untuk memfitnah kebangkitan rakyat bak kata seorang selebriti twitter HafizChan yakni sahabatku yang juga merupakan anak angkat kepada BikMama2u (account twitter).

Lebih menambah telatah lucu apabila kesemua penutup botol  sama & semua beg2 berisi baju bersih & pedang diletakkan secara bersama..Comel bukan??PDRM dapat bukti,tapi tak dapat tangkap si pelaku..kah3!!


Ini BODOH!!Menunjukkan betapa lembabnya PDRM walhal untuk kes mcm Sosilawati & ambush ceramah PR kemain laju!!


Hasilnya nah,seramai lebih 50ribu orang berkumpul di Ibu Negara walaupun ibu negara sudah "diisytiharkan" darurat 3 hari sebelum perhimpunan AMAN BERSIH..Ibrahim Ali & geng2 silat yang konon hebat pun tak mampu nak tembus itu Kuala Lumpur..Tapi,apakan daya,kemampuan manusia & katak serta "anjing/balaci" kepada katak tidak pernah akan sama..faham2Lah..Marhaen jauh lebih berkuasa & berdaya..

Untuk maklumat rakyat sekalian,OPSbersih sudah dijalankan 3-4 hari sebelum 9julai di negeri2 utara,Melaka,Johor & N.Sembilan..Untuk kelihatan polis tidak bersalah dalam melakukan roadblock,pihak JPJ juga telah digunapakai untuk duduk lepak saja2,biar orang yang agak jahil (tak ambil tahu) dalam perihal politik semasa akan cakap 

"eh,bukan roadblock tuk halang BERSIH-LAH,tu ada JPJ haaa...."  Hah..Comel bukan???


Untuk maklumat lanjut tentang kejadian sebenar yang berlaku pada 9 julai 2011 sila klik pautan-pautan dibawah



  1. Bersih 2.0: Polis Kaki Pukul??
  2. Bukti… layanan baik Polis terhadap peserta Bersih 2.0
  3. BERSIH 2.0, 10 tangga teratas kekejaman Polis
Dan setelah video LIVEstreaming pada 9 julai tersebar luas ke seluruh youtube,twitter, facebook serta laman sosial yang lain pada hari kejadian..sepuluh hari selepas itu barulah keluar pula kenyataan daripada orang kuat PDRM boleh semak di pautan ini




Dan kita seharusnya bersyukur apabila pendakwah hebat yang cukup upToDate dgn isu semasa mengeluarkan hujah yang sangat matang..Aku keluar hujah macam ni (ringkas & padat tetapi makna sama seperti Dr Asri),kawan2 yang kononnya selama ni tak ambil tahu pasal politik & tiba-tiba menghina BERSIH (konon sbg seorang warga Malaysia yang cintakan keamanan & menolak keganasan/huru hara yang mahu ditimbulkan BERSIH tanpa hujah bukti yang konkrit) menolak hujah tu..

Mujur 2minggu lepas tu keluar tulisan dalam Minda Tajdid tentang penerangan yang lebih tersusun..Baca di sini


Kesudahannya,hangpa fikirlah baik & benarnya sesuatu perkara..Stadium Merdeka tempat bersejarah?bagi ke Justin Bibir buat konsert sampai larut malam..Lepas tu cadang nak runtuhkan sebab nak buat menara 100 tingkat..

Konon suruh buat luar daripada KL..sebulan sebelum 9 Julai & selepas 9 julai jangan kata KL,kat Selangor,Penang..Perlis,Johor,malahan Sabah pun kena tangkap pasal pakai baju BERSIH..So nak kata kalau buat kat negeri lain depa akan bagi??Semua tu BULLSHITTT je..retorika politik & sang penguasa PDRM dalam merencanakan misi mereka..


Jul 23, 2011

Catatan Abun : Seni sebagai motivasi protes

Seni merupakan pengucapan sosial yang dirumuskan hasil daripada tindakan yang dihasilkan seseorang sebagai reaksi kepada sebuah kejadian di dalam bahasa yang diperbesarkan. Maka, dalam merungkai makna sesuatu pengucapan itu, manusia cuba untuk memperlihatkan tindakan dengan bibit-bibit ucapan yang diluahkan. 

Sebagaimana puisi, dengan mempamerkan bicara terhadap tindak balas acara kejadian itu, 'kata' mampu merungkapkan kewenangan dan keberlakuan penindasan. Daripada acara itulah, kita melihat bagaimana kata yang kemudiannya dipertontonkan di dalam bahasa seni bisa mendorong ke arah perlawanan atau protes terhadap perkelahian dan penindasan yang berlaku.

Seni sebagai bentuk protes. Itu adalah tema yang saya cuba untuk rakamkan di dalam perkongsian catitan-catitan yang akhirnya memberikan kata kebebasan terhadap bentuk seni itu sendiri. Sebaiknya, saya memulakan tulisan ini dengan tafsiran seni itu sendiri dan bagaimana paradigma kesenian itu akhirnya mampu untuk menganjakkan motivasi protes terhadap sesuatu kejadian. 

Seperti yang kita sedia maklum, seni itu merupakan suatu proses yang dihadapi manusia. Sebarang tindakan manusia terhadap alam itu bisa dikategorikan sebagai suatu seni. Lantas, bahasa seni merupakan bahasa yang paling mengangkat nilai-nilai kebersamaan antara manusia. Jambatan yang menyatukan nilai-nilai kemanusiaan adalah hasil daripada tindakan seni yang paling absolut.

Lantas, bagaimana seni itu mampu mengangkat dan dimotivasikan sebagai adat perlawanan atau dalam erti kata lain sebagai sebuah protes? Penyajak terkemuka, Czeslaw Miosz di dalam Witness of Poetry merakamkan bagaimana sebuah kesaksian itu penting dalam merungkai permasalahan yang paling akar dalam masyarakat. Bermula dengan rencam kesaksian sebagai tema utama pengucapan akhirnya kita akur bahawa kejujuran merupakan nilai penting bagi sebuah karya seni untuk kekal relevan. Bahkan, Mahmoud Darwish dan Pablo Neruda juga memperakui pena dan pengucapan merupakan senjata yang paling akar memecahkan tabu-tabu kebiasaan. 

Bahasa pengucapan juga akhirnya berkembang di dalam disiplin menegakkan perkara yang paling sejagat dalam ertikata kemanusiaan. Sebagai, contoh, bentuk kesaksian puisi merakamkan kezaliman dan penindasan yang dilalui kelompok itu. Lantas, kata-kata yang terucap kemudiannya mampu memberahikan masyarakat melawan penindasan. Maka, bermulalah rencam seni diacarakan sebagai budaya berontak


Seni sebagai sebuah protes ada keberlakuannya. Hasil daripada kesaksian kata-kata yang terucap, tentu sahaja luahan bahasa yang tertindas itu mampu mendapat simpati kelompok yang mengalami keadaan yang sama. Lalu, mereka memilih untuk berontak melawan kitaran-kitaran budaya yang mengongkong, melahirkan iltizam kebebasan dan memecahkan garis-garis absurd yang mereka timpa. Maka, bahasa seni mula dibudayakan di dalam bentuk protes. 

Novelis terkemuka,Albert Camus di dalam Myth of Sisyphus memperlihatkan bagaimana tindakan Sisyphus menghentak batu di kepalanya sendiri secara berulang-ulang tanpa henti merupakan sisi-sisi gelap bagaimana kitaran yang berlangsung secara berterusan itu akhirnya merugikan Sisyphus itu sendiri. Maka, Sisyphus memilih untuk berontak terhadap kejadian alam yang dilalui. 

Di sini kita lihat Camus mengkritik kejadian yang berulang-ulang sedangkan natijahnya seorang manusia itu melalui kitaran yang berubah mengikut hukum dan tindakan terhadap kejadian. Lantas, bahasa seni merupakan bahasa yang paling kritis menonjolkan imej-imej protes sebagaimana Camus berontak terhadap gambaran kitaran hidup yang berulang yang akhirnya menjadi bentuk yang paling samar.


"Man cannot possess anything as long as he fears death. But to him who does not fear it, everything belongs. If there was no suffering, man would not know his limits, would not know himself. " (War And Peace)-Leo Tolstoy. 

Kata-kata ini cukup menggambarkan naratif besar yang Tolstoy cuba sampaikan sebagai seni di dalam bentuk protes. Tolstoy menjelaskan bagaimana perlawanan terhadap kejadian manusia itu diabsahkan menjadi pedoman untuk melawan kebobrokan pemerintah misalnya. Malah, selain Tolstoy, kita juga melihat bagaimana George Orwell di dalam novel 1984 dengan nada penuh sinis menggambarkan kekuasaan totalitarian yang mengawal bentuk pemikiran masyarakat juga sebenarnya membudayakan protes separa sedar sebagai bentuk tema yang diwacanakan beliau. 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa motivasi budaya berontak itu idealnya datang dari hasil-hasil kata dan penulisan sastera. Bahkan, kekuatan sastera mampu dilestarikan di dalam keadaan masyarakat yang tertindas sebenarnya. Malah, penulisan satira yang sinikal terhadap pergolakan budaya sebenarnya menjadi soldadu perjuangan di atas kertas. Sifat berontak yang direncanakan sebenarnya lebih terkesan melalui teras pengucapan berbanding tindakan fizikal pada awalnya.


Untuk lebih mendekatkan kita tentang budaya seni protes, lihat sahaja penulisan-penulisan sastera nusantara. Hikayat Abdullah yang dikarang Abdullah Munshi sudah cukup menjelaskan bagaimana etika seorang Abdullah Munshi yang mengkritik budaya masyarakat melayu pada zamannya. Bahkan tindakan-tindakan radikal yang dicetuskan seperti menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa melayu, memandang keperluan sistem barat di dalam masyarakat yang berpegang utuh dengan kebudayaan yang mengangkat nilai-nilai ketimuran menggambarkan protes yang besar di dalam konteks kemasyarakatan ketika itu. 

Hikayat Faridah Hanum tulisan Syed Syeikh Al Hadi turut menzahirkan sejarahnya yang tersendiri. Merujuk kepada rencam kebudayaan ketika itu, tindakan mengangkat kaum hawa dalam arca yang lebih feminis diikhtiarkan lantas memecahkan ketebalan aspek-aspek konservatif sepertimana yang kita sedia maklum ianya merupakan kebiasaan daripada adat dan kepercayaan lama bahawa nasab wanita tidak terbanding dengan lelaki. Tindakan berani Syed Syeikh Al Hadi meletakkan subjek kewanitaan pada suatu sisi yang memperihalkan bagaimana acara protes di dalam kitaran budaya itu sebenarnya telah pun terjadi.


Ternyata, acara seni mampu dipilih sebagai motivasi melaksanakan protes. Protes yang saya maksudkan di sini tidak semestinya berada di atas nilai kebudayaan, sosial ataupun politik kekuasaan tetapi boleh didasarkan kepada tindakan sedar masyarakat untuk keluar daripada garis-garis penyelarasan. 

Maka, seni adalah jalan escapist bagi kita untuk meloloskan diri dari cengkaman ketat yang disistemkan. Lantas, ruang-ruang kosong yang tertinggal di dalam sisi-sisi seni sebenarnya adalah kekuatan yang mutakhir untuk menggerakkan massa. Hemat saya cuba menilai bahawa seni juga mampu untuk dibudayakan sebagai motivasi protes.

*Tulisan ini disiarkan di dalam Roketkini.com

Bab FEKAH: HUKUM MEROKOK

Ketika itulah baru bermunculan pendapat-pendapat dari kalangan para ulamak mengenai hukumnya. Pelbagai risalah/kitab yang ditulis mengenainya. Secara ringkasnya, terdapat 4 pendapat tentang hukum merokok, yaitu: 

1. Haram
2. Makruh
3. Boleh
4. Memperincikan hukum


 Berikut ini adalah perinciannya: 

1. Haram
Para ulamak dari golongan pertama mengatakannya sebagai haram secara mutlak.
Mereka mengharamkannya atas sebab-sebab berikut:

1. Asap dan bau rokok adalah keji. Firman Allah Taala:
(Al-A’raf:157)

2. Rokok mengakibatkan kematian sebahagian penghisapnya. Firman Allah Taala:
(Al-Nisaa’:29)

3. Membelanjakan wang untuk rokok merupakan suatu pembaziran. Kerana rokok
tidak membawa sebarang faedah. Firman Allah Taala:
(Al-Isra’:26)

4. Rokok mengandungi kemudaratan yang diakui oleh para doktor. Sabda
Rasulullah s.a.w.:
"Tidak boleh memberi mudarat dan tidak memudaratkan." (HR Malik, Daruquthni & Jamaah)

5. Asap dan bau rokok adalah kotor/tidak bersih. Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Allah itu bersih dan Dia cintakan kebersihan" (HR al-Bazzar)

6. Merokok dapat menyakiti orang yang bersebelahan atau berhampiran
dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan dan akhirat, janganlah menyakiti
jirannya." (HR Bukhari & Muslim)

2. Makruh
Para ulamak yang berpendapat bahawa rokok itu makruh adalah dengan beberapa
alasan, antaranya ialah:

 1. Merokok memudaratkan kesihatan, lebih-lebih lagi jika ia dihisap dengan 
banyak. Manakala yang menghisap sedikit, jika dihimpun-himpun akan menjadi
banyak juga.

2. Mengurangkan harta, sekalipun tidak sampai ke peringkat membazir.
Padahal, jika duit itu digunakan untuk perkara-perkara yang bermafaat adalah
lebih baik lagi.

3. Bau dan asap rokok yang tidak enak boleh menganggu dan menyakiti orang
lain. Sama seperti orang yang memakan bawang mentah, petai, jering dsbnya.

4. Masyarakat memandang rendah orang yang menghisap rokok.

5. Melalaikan seseorang dari mengerjakan ibadah secara sempurna.

6. Orang yang ketagihan rokok, fikirannya menjadi tidak keruan apabila tidak
dapat merokok dalam jangka waktu tertentu.

Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wai’z al-Hanafi mengatakan bahawa kemakruhan
merokok disabitkan dengan dalil yang pasti (qath’I), sedangakan keharamannya
disabitkan dengan dalil yang zhanni (tidak pasti).


3. Boleh
Semuanya itu pada asalnya adalah halal. Sedikitpun tidak haram. TETAPI…Ia
akan bertukar menjadi haram seandainya:

a. Ada dalil yang mengharamkannya. Seperti daging babi, asalnya adalah
halal, tetapi sebab ada ayat al-Quran yang mengharamkannya, maka ia bertukar
menjadi haram. Jadi, babi itu haram dimakan bukan sebab dirinya itu haram,
tetapi sebab al-Quran mengharamkannya.

b. Di bawah satu dalil atau kaedah umum yang membawa kepada hukum haram.
Seperti, ada ayat al-Quran yang secara umum melarang membunuh jiwa. Jadi,
kalau kita memakan racun yang boleh membawa maut, maka haram hukumnya. Asal
racun itu adalah halal, tetapi oleh kerana ayat suatu ayat umum yang
melarang membunuh jiwa, maka racun itu bertukar menjadi haram dimakan.

c. Diqiyaskan dengan kepada sesuatu yang haram, yang illahnya bersekutu pada
keduanya. Contohnya, dadah. Mana ada di dalam al-Quran yang menyatakan
secara jelas tentang haramnya dadah. Tetapi, ia diqiyaskan dengan khamar
yang secara jelas diharamkan oleh al-Quran. Khamar diharamkan kerana
memabukkan. Kerana memabukkan itulah yang disebutkan sebagai illah (penyebab
hukum berlaku). Jadi, dapat ditarik kesimpulan bahawa setiap perkara yang
ada illah itu adalah haram hukumnya. Dadah, ada atau tidak illah tersebut
(memabukkan)? Sudah tentu ada! Maka dadah juga dihukumkan haram seperti
arak.

Dalil yang digunakan untuk mengharamkan rokok dilalahnya (petunjuk hukum)
bersifat zhanni (tidak pasti). Perkataan keji di dalam ayat yang diberi –
adalah tidak tepat jika memasukkan asap rokok ke dalam sebahagian dari
maksud `keji’ yang dikehendakki oleh al-Quran. Begitu juga dengan membunuh
jiwa. Ia tidaklah secara yakin berlaku kepada semua perokok dan dalam semua
keadaan. Mengenai kemudaratan merokok pula, tidaklah semua yang memudaratkan
itu haram hukumnya. Ada mudarat yang tidak haram. Kemudaratan adalah sesuatu
yang besifat nisbi – ada yang haram dan ada yang makruh. Tentang hujah
mengatakan ia menyakitkan/mengganggu, sama seperti memudaratkan. Tidak
semuanya haram, ada juga menyakitkan itu hanya makruh sahaja. Samalah halnya
dengan hujah lain yang diketengahkan, yaitu: kebersihan dan pembaziran.
Tidak semuanya haram, kerana di sana ada yang makruh sahaja hukumnya.

Komentar :
Mengingat mudharatnya yang sangat jelas, nampaknya pendapat 1 dan 2, lebih
hati-hati

Tarjih

1. Dr. Yusof al-Qardhawi lebih cenderung kepada hukum haram merokok..
2. Para ulamak Hijaz juga cenderung kepada hukum haram merokok.
3. Syeikh Mahmud Syaltut cenderung kepada hukum haram merokok.
4. Syeikh Abu Sahal Muhamad bin al-Wa’izh al-Hanafi condong kepada hukum makruh.
5. Syeikh Abdul Ghani al-Nabilisi mengatakan boleh
6. Syeikh Athiyah Saqr condong kepada pendapat yang memperincikan hukum merokok.

sumber:soni69.tripod.com 

JAKIM: ROKOK HARAM antara nilai & propaganda

Tiba-tiba seluruh Malaysia mencarut "Dun Talk Shit" lagak kepimpinan Ibrahim Ali yang sudah "dibuang" daripada UiTM.Semuanya gara-gara pihak JAKIM yang juga TIBA-TIBA mengharamkan rokok.Fatwa kebangsaan katanya.

 PUTRAJAYA 22 Julai – Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
 
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
 
"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
 
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. – Bernama


Ulasan daripada BlogSerius

Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia. Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman - didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri. Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

LOL

Setakat inihanya rokok yang dijual di Greece yang confirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu. Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!

via NEWS.AU


Ulasan Aku:
Semua sedia maklum bahawa merokok itu 
  1. menjejaskan kesihatan diri
  2. menjejaskan kesihatan awam 
  3. menjejaskan alam sekitar
  4. menjejaskan duit poket 
Tetapi dengan  mempolemikkan isu ini seolah-olah ianya baru dalam masyarakat sangat tak wajar..Seolah-olah apa yang disebut oleh JAKIM itu adalah satu akta yang supreme dalam menentukan hala tuju AKIDAH umat Islam..Lebih teruk lagi bila mengaitkannya dengan lemak babi..Melayu ni banyak alergi dgn nama BABI..tapi bila arak??Semua duk pakat2 teguk juga..Ramai sangat melayu kaki arak..Minum kat tempat awam,tak percaya,tengoklah kat pusat-bandar...

Tak tahu apa masalahnya dengan umat Islam dalam negara malaysia yang kononnya sebagai negara Islam contoh,tetapi masyarakat Islamnya masih keliru & senang termakan dengan pelbagai polemik..Sebenarnya jika memahami nilai Islam,kita takkan mudah termakan dengan apa-apa propaganda & agenda pun..

Ya,aku bukan perokok..pernah merokok,tetapi tika ini sudah benci akan rokok..Sememangnya kita sedar & para perokok pun tahu semua yang negatif tentang rokok.Tiada langsung kebaikan,yang ada hanya suara-suara sumbang untuk menyedapkan diri sendiri dengan ayat "NAK TOLONG KERAJAAN,CUKAI ROKOK SUMBER UTAMA  NEGARA,kalau tak ada nanti MALAYSIA MUFLIS"

Aku tidak menyokong pun para perokok yang mencemuh tindakan baru JAKIM atas kapasiti perokok,tetapi aku mahu JAKIM bagi kefahaman kepada umat Islam..Dalam banyak isu,bukan yang terpilih & bersifat peribadi mementingkan diri & menjadi tunggangan pehak-pehak tertentu

Merokok itu membawa keburukan & apa2 yang membawa keburukan kepada nyawa &  masyarakat adalah HARAM dilakukan melainkan pada waktu darurat..Itu stand aku.Bukan hanya kepada rokok,sebaliknya kepada semua aktiviti.... Harap2 benda ni tak keluar semata-mata JAKIM nak raih semula populariti...Benda dah lama keluar tapi sekarang macam sengaja diumumkan semula..

#sentap Kerajaan pun dah tolong kempen kata HARAM,baik guna style haramkan BERSIH..Sesiapa yang mempunyai rokok,mahu membeli rokok,yang menjual rokok,masukkan mereka ni ke dalam penjara..MAMPUU????????kelasz kau!!! 

Malaysia negara ke 19 paling selamat di dunia

Bernama melaporkan demikian dalam portalnya


Selamat dari segi apa tu masih kabur..Diukur dari indeks jenayah atau tak ada rusuhan?Kalau segi rusuhan kena tahu bahawa rakyat Malaysia ni bukan jenis macam tu & tak payah lah kerajaan zalim UMNO/BN nak buat macam ni.

Seharusnya Najib & para orang bawahan berasa malu & lepaskan jawatan masing2 kerana menyeksa rakyat sebegini.Zaman firaun & jahiliyah pun dah pakai taktik ni bila ada satu nabi yang muncul & mahu membawa satu mesej penting kepada manusia.Untuk memerdekakan manusia dari semua segi,roh & fizikal..

Apabila semua tak takut & tunduk kepada mereka yang zalim,mulalah macam2 gendang dipalu..Sebab sokongan terhadap mereka sudah berkurangan

2 Episode terakhir dalam Juvana telah menyelesaikan bagaimana salahguna kuasa oleh golongan pemerintah digunakan sewenang-wenangnya & akan menuduh "rakyat" bawahannya merusuh kerana tidak bersetuju atas kezaliman yang dilakukan..

Negara kita aman kerana rakyat belum marah & gila bertindak macam negara2 lain..Sekiranya najib jadi pemerintah dinegara lain,silap2 dah jadi macam revolusi Perancis..Zaman revolusi Perancis lagi dahsyat,raja yang zalim dikecam rakyat..Rakyat bersatu menentang pihak istana & sembelih RAJA!!! Ini baru anarkis bila rakyat bangun menghapuskan golongan pemerintah...

Sebab itu dalam islam menitik beratkan amanah & keadilan pemimpin..Sebab perpecahan ummah itu adalah disebabkan kerajaan yang zalim..Dan juga menjadi fitnah kepada dunia luar..Lagi2 kalau yang jenis syok sendiri pejuang agama/bangsa & tanah air macam gerombolan ni semua...

fikirlah weeyyyy!!!!

Catatan Abun : Ketika Suara Anak Muda Berteriak


Sore ini menjadi suatu kesaksian. Anak muda ini bingkas bangkit bersama ribuan rakyat turun mengisi setiap ruang jalanan ibu kota. Nescaya, 9 Julai bukanlah mitos tentang rusuhan antara kaum tetapi detik penyatuan rakyat di bawah satu bendera. Detik ini sering ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar warganya, bukan kerana sentimen atau faktor individu. Di saat ini, tiada seorangpun yang menjaja autoriti untuk berdiri di pencak ketunggalan. Malah, setiap partisipan yang hadir terpanggil untuk mempamerkan solidariti merasakan bahawa mereka sebahagian daripadanya. Mereka tiba dengan seruan sebuah kata: menuntut hak bagi yang berhak. Kuasa pilihanraya kini dimonopoli yang punya kuasa tetapi kononnya diabsahkan dengan tuntutan kolektif rakyat. Maka benarlah kebodohan itu tidak mengenal kelas dan darjat. Malah, seorang patriaki menonjolkan pemikiran yang lebih bodoh berbanding seorang pengemis yang merempat di kaki-kaki jalanan .





Ternyata, memori yang paling bermakna untuk disingkap dalam catitan adalah berkenaan soal anak muda. Petang itu menjanjikan segalanya. Ada yang tiba dari ceruk-ceruk paling dalam sekitar tanahair, ada pula yang sememangnya datang dari dalam kota. Namun, hasrat orang muda ini punya pengertian yang mendalam. Mereka mahukan keadilan untuk dibicarakan, sebulat suara menolak bentuk korupsi yang semakin bermaharajalela bahkan institusi agama juga dibela atas kepentingan yang punya kuasa. Konon meng'atas nama' kan agama, tiada yang lebih sahih dari tindakan sang pemerintah menghapuskan suara-suara kelam mengangkat kebebasan.



Suara anak muda ini menghimbau balik kenangan seorang sosok yang pernah wujud di bumi Indonesia. Mungkin, ramai yang mengenali Gie atau Soe Hok Gie di dalam acara menentang kebobrokan rejim Soekarno. Anak muda ini tidak mengenal rasa 'takut' atau gentar kepada 'kematian'. Kerana baginya, kematian itu pasti tetapi biarlah ia datang dalam keadaan yang terhormat. Kendatipun, Ajal itu tiba pada waktu yang paling singkat, biarlah pemergian seorang pemuda itu dirasakan masyarakatnya. Atas pedoman inilah, Gie mula teriak menghembus dan meniup api-api kegusaran terhadap para patriaki. Maka, Gie mula menggerakkan protes-protes massa dan menghasut pemuda-pemuda untuk peka akan sial pemerintah ini. Manakan tidak, hasil bumi dan hak seorang rakyat makin lama makin dijauhkan,dinafikan malah dalam bahasa lebih keras lagi, rejim ini mula menekan rakyat. Nasib si miskin tidak terbela, yang kaya bertambah kaya, yang fakir semakin hina. Ironinya, bingkas para pemuda ini bangun, atas nama solidariti bersama rakyat, mereka kental untuk tidak berpihak kepada yang zalim, biarlah menitiskan darah sekalipun tetapi yang berhak harus mendapat haknya. Itulah unggulnya Gie. Di dalam 'Catatan sang Demonstran', Gie menghuraikan polemik pemikirannya, bagaimana anak muda ini sering runsing akan tindakan patriaki membodohkan rakyat. Sering sahaja mereka dengan mudah dimomokkan dengan label yang meng'ancam' kepentingan mereka lantas anasir ini bahaya untuk keselamatan negara.



Tetapi, perkara yang makin membingungkan Gie adalah apabila segala rencam penindasan dan kritik terhadap pemerintah itu dipadamkan dari kitab-kitab perundangan. Lalu, memberikan ketunggalan kebenaran hanyalah di pihak mereka sahaja. Gie akhirnya sedar, bangsanya kini dibodohkan. Waima, diterapkan pula nilai “ Kera di hutan disusukan, Anak di rumah mati kelaparan”,perlunya seorang rakyat itu menjaga elit pemerintah pada masa yang sama, hak mereka menerima pembangunan dinafikan. Cuma yang punya kekuatan despotik dan nespotik sahaja yang bisa beruntung. Aduhai malangnya nasib seorang hamba rakyat, sudahlah ditipu kini dipijak. Mungkin Gie perlu mengejutkan bangsanya yang nyenyak tidur. Itu sahaja harapan anak muda ini melihat bangsanya terus mekar dimamah usia. Sekitar tahun 1965, tatkala rejim ini mula goyah, Gie berjaya menyebarkan kesedaran di kalagan pemuda. Dia berjaya mengaturkan beberapa siri protes massa yang akhirnya membawa kepada keruntuhan tembok pimpinan Soekarno berikutan Gestapo dan rampasan kuasa Jenderal Soeharto. Maka, bermulalah visi Orde baru di bumi Indonesia. Tetapi sayang, anak muda ini mati muda. Jiwanya diragut di tengah-tengah acara perlawanan rakyat menentang penindasan. Pemergiannya cukup memberikan impak dan motivasi untuk anak-anak muda yang lain terus pragmatis memperjuangkan nasib bangsa mereka. 

Catitan 'Seorang filsuf Yunani pernah menulis ... nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan yang tersial adalah umur tua. Rasa-rasanya memang begitu. Bahagialah mereka yang mati muda." tentu sahaja akan membibitkan rasa-rasa peringatan tentang wira agung ini. Bahagialah seorang pemuda itu mati di dalam keadaan disambut dengan seribu penghormatan bangsanya.





Fenomena Gie tidaklah tamat di situ sahaja. Detik-detik reformasi 1998 pastinya tidak akan melupakan kita tentang peristiwa Trisakti dimana tiga pejuang syahid menentang kezaliman Soeharto. Pasca kejadian itulah, tumbangnya rejim Orba atau Orde Baru yang rata-ratanya diprakasai anak-anak Indonesia. Malah, gerakan menumbangkan kezaliman pemerintahan Jenderal Soeharto ini dimulainya oleh anak-anak mahasiswa Indonesia. Mereka bersatu hanya untuk menyeru ke arah kebebasan dan keadilan. Itulah sebenarnya kekuatan semangat demokrasi yang ada dalam diri seorang pemuda. Idealisme pancasila juga bermula dengan semangat 'Beri saya sepuloh orang pemuda, nescaya saya bakal menggegarkan dunia' yang menjadi asas kepada kenegaraan Indonesia. Malah, etika 'Sumpah Pemuda Indonesia' acap kali menjadi garapan untuk membina asas perjuangan anak muda yang paling esensial. Ya, mungkin semangat ideal anak muda itu melangkaui batas-batas realiti berkenaan politik kekuasaan dan garisan sosial tetapi apakah kejayaan reformasi menjatuhkan Orde baru ini lebih tuntas tanpa kekuatan seorang pemuda? Sudah tentu ianya akan gagal sekiranya majoriti anak muda itu terus diperhambatkan dengan kelekaan dan khayalan di dalam dunia mereka sendiri.



Kembali kepada suasana petang itu, ramainya yang hadir sudah memberikan pembuktian bahawa jiwa 'Malaysia' ini tidak lagi terikat dengan pengkelasan etnik. Rata-rata yang muda di hari itu berhimpun tanpa mempunyai kecenderungan kaum. Mereka turun kerana hasrat mereka menjadikan negara masih percaya kepada semangat sebenar demokrasi. Kata-kata pembebasan yang dilaungkan bukan gaya permainan retorik tetapi anak muda ini memaknai kata-kata mereka dengan bersolidariti dengan cara terhormat mengimpikan bumi ini diwarnai dengan corak-corak pentadbiran yang berteluskan semangat 'Liberte, Egalite,Frateinite'.



Suatu 'magnificia ironi' yang mendekatkan politik kekuasaan dengan garisan praktikaliti idealisme pemuda yang mendokong erti kata 'Magna Carta'. Maka, suara anak muda ini berteriak lagi bukan untuk membudayakan kezaliman dan tirani kuasa autoriti tetapi berteriak demi meneruskan legasi berteraskan kebersamaan semangat demokrasi yang ulung di bumi sendiri. Lantas, itulah agungnya 'ketika suara anak muda berteriak'.