(Hasan Al-Banna)
Aug 24, 2011
TABUNG KEBULURAN SOMALIA DILANCAR!!
CIMB 12590000804058
Maybank 562142708704
atas nama Islamic Relief Malaysia
Lawati blog rasmi IRM
http://irmblog.org/
Derma sekarang & sebarkan..bagi membantu mereka meraikan 10ramadhan terakhir & hari raya ini..Ameen
Jun 26, 2011
Movie:Street Kings
Dec 28, 2010
Angkara Laser
LASER BEAM lebih bahaya daripada visible light..
POLIS resah dengan pancaran laser oleh penduduk..
Pancaran laser yang banyak boleh menjatuhkan helikopter RC
p/s: Tak payahlah berlawan menghina negara sebab nanti akan ada copy paste & macam-macam penyebaran di internet tentang kedua negara.Hasilnya rakyat kedua negara akan bermusuhan.Yang jadi mangsa rakyat kita yang berada di Indonesia juga.Wujudnya gerakan buluh runcing & Ganyang Malaysia!!
Apr 6, 2010
Peminat Din Beramboi vs RAFIQIN DARWISY
Agak tergendala semuanya..Sejak pemergian arwah Mior Ahmad Fuad,ramai dikalangan peminat Riuh Pagi Era & Drama Sebabak sayu dan pilu..Selama ini pun,kalau perjalanan jauh aku dari Perak Ke N9 akan ditemani dengan jenaka2 spontan Arwah Din..memang tak kering gusi..Pada aku beliau adalah seorang lagenda dalam industri jenaka..Sangat outstanding..Orang yang paling kelakar pernah aku jumpa dalam dunia ni kalau boleh diberi label untuknya.
Selama ini mungkin arwah pernah bergurau senda dengan memperkena orang lain terutamanya kalangan rakan artis dalam siri WAKENABEB atau juga DRAMA SEBABAK..Kita seluruh warga Malaysia menerimanya sebagai satu bentuk KOMEDI yang "sihat" dan kita tak ambil kisah perkara itu terlalu serius..ramai juga dlm kalangan rakan artis yang menerimanya sebagai satu jenaka walupun terkena dengan arwah Din.

Tapi bila aku join page2 yang memberi tribut kepada arwah Din,hati aku sakit bila mana ada seorang umat yang bernama RAFIQIN DARWISY dengan sedap rasa,sesuka hati memburuk-butukkan arwah Din..akibat terlalu taksub menghina Arwah Din,(hingga mengaku diri melaikat yang diutuskan Tuhan untuk mengutuk Din Beramboi),wujudlah group dan fans page di facebook yang membencinya..

Kalau dulu negara dikejutkan dengan ADUKATARUNA yang menghina kemangkatan SUltan Johor,kini apa yang dilakukan oleh budak ni 1000x melampau apa yang dilakukan AdukaTaruna..Aduka Taruna hanya keluar satu perkataan sahaja,yakni MAMPOS,tapi apa yang keluar kini terlalu dahsyat...Adakah budak ini akan dikenakan tindakan undang2??
berikut adalah link berkenaan budak ni..
yang dibuat oleh Alya Shahira dan yang sebenarnya adalah si Rafiqin ni sendiri berdasarkan e-mailnya (rafiqindarwisy@yahoo.com)Mungkin budak ni ingat orang lain bodoh IT tak boleh trace die guna email..
dan laman yang paling bagus sekali adalah
sebab budak ni memang dah sah2 lakukan kesalahan dan boleh dikenakan HUKUMAN,tapi sesiapa yang ugut mengapa2kan budak ni mungkin berhadapan sesuatu yang lebih besar hukumannya..so kalau nak sindir atau apa2 sikit tu kira oklah,ini kalau dah sampai ugut kaw2,hangpa paham2 sendiri jela..Kutuk pun tak payah la maki lebih2 lagi teruk daripada budak ni buat..bahasa aku tengok sorang2 dah tak tau nak kata macam mana,baik laki baik perempuan sama je,dah macam tak ada maruah diri dah...
*budak ni dikatakan bersekolah (tingkatan 2 ) di area Kuantan..Kalau sesiapa terjumpa,tangkap bawak pegi Balai sudah..ok???tak payah la buat apa2 yang tak patut pulak..kalau jentik telinga,jentik tangan tu oklah...hehe..
Jan 30, 2010
Siapa sebenarnya kita?
Sep 20, 2009
Lama tak UPDATE..Salam Lebaran
Mesti korang pelik sebab apa aku tak update blog ni kan??kalau korang tak pelik pun,buat2 pelik jela..senang sikit baru tak da orang pertikai aku..Hahaha..hampeh sungguh fadh ni,"sangat la hebat berkata2 macam semua orang salah,die je yang betul ye tak??"hehe..tak da la..gurau je..
Aku pegi klinik nak mintak doktor check,tunggu punya la lama,tapi sakit hati pulak sebab tiba-tiba je kejap doktor tu check..layanan memang sangat teruk..Mestilah aku akan datang kat dia bila aku terasa larat sikit nak gerak,bila keadaan nafas aku n rasa kepala dah ok sikit,tapi badan aku memang tak tertanggung sangat sakitnya..Kan pernah aku story kes banyak virus dalam darah time aku buat medical check up kat hospital swasta masa cuti H1N1 kat kampus aku.nak cerita pun memang HOT gila..InsyaAllah kat entry lain je..Kes yang mungkin selalu terjadi antara Doktor kerajaan dengan pesakit.
Jumaat masa sahur,aku jemput ateh,sesorang je sebab parents aku yang balik bahau & along ,kakngah semua memang bukan jenis rajin sangat nak bangun sahur..Sampai je kat ateh,dia menangis,aku ingat hal ape,rupa2nya beg die kena curi..Suspek budak2 india pompuan yang sama dalam perjalanan daripada Jitra-Melaka.tapi BAS PERSIARAN tu berhenti kat Pudu Raya dulu sebelum drop ateh kat terminal one seremban.
Barang yang hilang BEG roda yang macam budak2 AF kena singkir tu.Dalam dia isi semua baju raya yang ateh nak pakai,kasut raya & macam2 assignment yang nak kena buat.Bukan ateh sorang je,tapi lagi 2 orang,seorang laki dan seorang perempuan yang juga bawa beg yang agak mewah macam kakteh..Jadi laporan polis pun dah buat,kita tunggu macam mana Polis kita selesaikan,sebab aku sebelum ni pun dah banyak dah buat report,tapi belum ada lagi kes yang dapat makluman positif dalam siasatan..Semuanya senyap..aku tengok indeks jenayah kat board dorang pun rasa semacam.Dapat jugak lah lepak dengan penjenayah masa tengah buat report ni,budak tu rasa2nya kalau tak merempit mesti curi barang..
Jadi rehat hari Jumaat tergendala,hampir seharian selesaikan kakteh,buat report sampai kena pergi 2 balai.Petang bawak dia shopping kat Senawang,then malam sambung lagi.Tu pun nasib baik je aku tak terus shoot Masjid India & Jalan TAR.
Hari ni dah sabtu,aku pun nak bergerak balik kampung.Dari malam hari Khamis sampai N9 tapi tak jejak kaki kat kampung lagi,KONVOI aku,along n kakngah dengan kereta masing2..harap semuanya selamat..korang pun drive elok2,jangan terburu-buru sangat bawak kereta/motor tu..

harap selamat sampai / pulang ke UPSI juga..
Dikesempatan ini,aku nak mohon maaf atas segala keterlanjuran dan direct/tegasnya aku dalam berbicara dengan korang.Memang aku jenis yang tegas sebab semua family aku pun memang tegas.Keras kepala pun ye jugak.Jadi harap korang janganlah terlalu cepat tergeliat hati ke,apa2 yang korang buat pun aku abaikan je,tapi harap janganlah kita didepan berbaik2,tapi dibelakang kita mencaci maki dan mengutuk sesama sendiri.Aku memang tak akan dekati orang yang benci aku sebab aku rasa aku tak dialu-alukan untuk mendekati dan berbual mesra dengan mereka.Yang masih menerima aku,akan aku dampingi kalian seperti selalu..InsyaAllah..
Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog..
Jul 28, 2009
Setting Goals
There is a saying that goes, “ If it’s not for the people you meet and the books you read, you will probably be exactly the same 5 years from now'. I would take it further to add that we all need to set goals in our life. A little push each year; 1 year, 3 years and 5 years being long term goals.
If not, we will be drifting along and before we think of it we would have missed out on life.
It’s not difficult to achieve your goals if you would only write them down and find ways to achieve it. The mind is so powerful, it is designed to be goal seeking. If you tell it where to go, that’s the direction it will go. If you give it no direction at all, it will just be status quo.
Sometimes it is easy to be caught in the rat race. Try to take some time off today and write down your goals. List down short term, mid term and long-term goals and you will begin to think logically how to achieve them as you plan them out. Look at them on a daily basis and set a time to see the goals regularly. Preferably before you sleep as it will run through your mind while you are asleep.
Have different goals, not just financial. You can have holiday goals, weight loss goals, talent goals, etc. The list can go on. If you don’t motivate yourself with something challenging then life will become mundane.
Jul 6, 2009
E-mail dari kubur
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 29 March 2009
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.
**diambil dari forum kelab sahabat
Jadi apa yang boleh disimpulkan disini??Anda fikirlah sendiri..
Pemimpin dan pengaruh

Presiden Amerika Syarikat pada awal kurun ke-20, Calvin Coolidge merupakan seorang yang hebat berpidato namun dalam masa-masa lain, dia adalah seorang yang pendiam. Suatu hari, seorang tetamu telah datang dan bermalam di White House, atas jemputan Presiden sendiri.
Pagi hari keesokannya, dia bersama-sama Presiden bersarapan bersama. Oleh kerana tidak tahu tentang protokol, lantas diapun bersarapan dengan mengikut segala yang diperlakukan oleh Presiden tersebut. Presiden memulakan sarapan dengan menuangkan air susu kedalam cawan dan dikacaunya. Tetamu tersebut turut mengikutnya. Presiden seterusnya menuangkan air susu itu kedalam piringnya. Walaupun timbul kehairanan, tetamu teruskan juga mengikuti. Dan setelah itu, perbuatan Presiden mengejutkan dan mempersonakan tetamu. Dia mengambil piring yang berisi air susu tadi dan diletakkan di bawah meja untuk diberikan kepada kucing.

Kisah 2 : Ashaari Muhammad
Seorang pemimpin sebuah gerakan yang amat berpengaruh suatu ketika dahulu, Ashaari Muhammad, telah berjaya memikat ramai pengikut untuk berjuang bersama-samanya. Suatu ketika, Ashaari Muhammad dan beberapa pengikutnya mengadakan kuliah fardhu ‘ain di Sungai Pencala, berjaya menarik ribuan hadirin untuk turut serta. Semasa kuliah tersebut, rakaman video dijalankan bukan hanya difokuskan kepada Ashaari sahaja, namun turut fokus pada wajah-wajah hadirin yang turut serta.
Seusai kuliah, beliau bersama-sama dengan beberapa orang kanannya akan menonton kembali rakaman tersebut dan mengenal pasti hadirin yang terpegun dan tertarik dengan kuliahnya. Contohmya, melalui mimik muka. Mereka akan menyiasat dan mendapatkan maklumat orang tersebut dan pergi ke rumahnya.
Apabila tiba dirumah tersebut, Ashaari Muhammad akan memperkenalkan diri dan memohon izin untuk berehat sebentar dirumah orang tersebut. Peribadi yang ditonjolkan olehnya ketika itu pasti akan menarik minat orang yang kagum dengan penyampaian kuliahnya tersebut. Dia hanya tidur beralaskan lantai, dan menolak untuk tidur di tilam. Apabila makan dalam talam, beliau akan menghabiskan sisa-sisa temannya. Apabila digigit nyamuk, tidak pernah sekali-kali Ashaari menghalau nyamuk tersebut.

Kisah 3 : Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Untuk berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz, rakyat tidak perlu membuat temu janji dan boleh terus ke rumahnya tanpa ada protokol membebankan. Pernah suatu ketika, sekumpulan anak muda yang akan melanjutkan pengajian di luar negara datang untuk berjumpa dengannya untuk meminta nasihat dan panduan. Sampai sahaja dirumah Tok Guru, mereka terpegun, kerana ketika itu beliau sedang ada dibumbung rumah untuk membaiki bumbung rumahnya sendiri.
Pernah juga diceritakan, ketika menjadi tetamu di rumah Tok Guru Nik Aziz, mereka akan dijamu sendiri oleh beliau. Beliau yang akan mengangkat air minuman untuk tetamu. Dan pakaian yang dipakainya adalah seperti rakyat biasa.
**Kisah-kisah tersebut adalah petikan kuliah dari Ustaz Hasrizal (saifulislam) yang bertajuk, pemimpin dan pengaruh.
Jul 3, 2009
Isu Kedah:Mergong..
Senang2 kite gune Swine Flu jela senang..Dekat kat hati semua sebab PPSMI memang kena pakai nama English..Nanti pelajar kita tak paham bile berdepan dengan dunia luar..So gune Swine Flu..ok??haha..kepala otak engko!!
Oklah..malas aku nak mengarut dan mencarut lagi..korang bacalah berita ni..Heroin kat Mergong ni macam sunyi sepi dalam media arus propaganda bila media asyik2 dengan babi yang dikatakan lebih dekat dengan rakyat..baca sampai habis..
Gadis kejar, langgar motosikal peragut
Hah..camne??hebatkan??Siap langgar,then lompat,cekik pulak si peragut tuh..Ini aksi stunt maut ni..Bukan calang2 orang boleh tiru!!!hehe..Thumbs Up tuk gadis melayu yang hebat ni..Orang melayu Mergong begitu berbangga dengan anda..Sapala suami die nanti..jangan main2 dengan itu perempuan..Buat hal siap ngko!!ALOR SETAR: Seorang gadis bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikal dinaiki lelaki yang meragut beg tangannya di Jalan Putra di sini, menyebabkan suspek terjatuh sebelum mangsa melompat ke atasnya dan mencekiknya sebelum ditahan orang ramai, malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku jam 9.50 malam ketika Huda Nasuha Hassan, 22, sedang menunggang motosikalnya bersendirian untuk pulang ke rumah di Taman Rakyat, Mergong di sini, selepas tamat bekerja di sebuah pusat beli belah di sini.
Huda Nasuha berkata, apabila tiba di tempat kejadian, seorang lelaki bermotosikal memintas dan merentap beg tangannya yang diletakkan dalam raga motosikal sebelum memecut melarikan diri.
"Pada mulanya saya tergamam dengan kejadian itu, tetapi nekad mengejarnya dengan motosikal sebelum merempuh belakang motosikal lelaki berkenaan apabila dia terperangkap dalam kesesakan di persimpangan lampu isyarat kira-kira 100 meter dari tempat saya diragut.
"Akibat perlanggaran itu kami terjatuh dan saya yang berbaju kurung melompat ke atas badan suspek dan mencekiknya.
"Melihat keadaan itu orang ramai datang membantu menahan suspek," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Huda Nasuha berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu bagaimanapun tidak melawan kerana kakinya cedera dihempap motosikal.
"Suspek juga merayu supaya dilepaskan selepas memulangkan beg tangan yang diragut, tetapi saya nekad mahu menyerahkannya kepada polis," katanya.
Huda Nasuha berkata, dia sanggup bertindak berani mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit kerana terlalu geram dengan perbuatan lelaki terbabit.
"Malah, tindakan itu juga didorong perasaan terlalu bencikan peragut kerana angkara mereka menyebabkan seorang rakan karib saya mati, tahun lalu,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.
Jul 1, 2009
Indeks CEMBURU SI JEJAKA..
Untuk kali ini apa kata kalu kita baca dan nilai tahap cemburu seorang lelaki berdasarkan horoskop.Kalau korang nak tahu tahap cemburu aku kena la baca sampai ke pengakhiranya ok??hehe..Sambil2 tu korang boleh nilai kawan2 korang dan diri korang sendiri..

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx
Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx
Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx
Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx
Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx
Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx
Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx
Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks:x
Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx
Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx
Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks : xxx
So macam mana??Dah dapat nilai diri?mana letaknya??Betul ke andaian penganalisis ni??Jangan terlalu percaya dengan perkara sebegini,sebab bende2 ni perkara khurafat..Kalau saje2 je oklah..Bagi aku just for fun je..Apa2pun,memang 100% betulnya apa yang terkandung dalam LEO dan diri aku sebagai pemegang title LEO..Kalau tak caya boleh la tanya exgirlfriend aku,kawan2 rapat aku atau Miss Alissa..hehe..
Jun 24, 2009
Hishamuddin lembab..Rakyat sudah bertindak..
Jun 12, 2009
Tim: English and us
From MalaysiaToday
I am a third year medical student currently studying in Universiti Malaya. As we read and hear about the endless wars over the issue of the English Language and our education system, I would like to give a student's perspective on this issue.
I come from an SJK primary school, attended a government secondary school and completed the local matriculation course before entering university.
I realise that those who do prefer less English in the education system are afraid that the Malay language will suffer. However, as a student, our official language - the status or importance of Bahasa Malaysia has never been threatened. It is and will always be our national language and I am proud of that. But it is not sufficient to only learn Bahasa Malaysia and neglect the other languages.
And English is becoming a necessity if a country would want to ride on the wave of globalisation. Taking a walk down memory lane, we have Za'ba (Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad) that was known as the "peneroka tatabahasa Melayu" or the founder of Malay grammar. The Malay literature that he wrote is being used till this very day. His museum (Teratak Za'ba) in Bahau is a memorial of his contribution to this nation. As we look at his education background, we discover that he was the first Malay from Negeri Sembilan to complete his Senior Cambridge. The museum contains beautiful letters between him and his children, written in English, Malay and Arabic.
Tunku Abdul Rahman, in his fight for independence would not have made it had he not mastered the English Language. Ambassadors and diplomats to foreign countries have to be able to speak English in order to communicate with other nations. The tourism industry in Malaysia would collapse without the English language.
Do we consider Za'ba or Tunku less of a Malaysian, less patriotic, or less united? Surely not! They were, in fact among the many reasons that Malaysia exists today. I daresay that the English language was one of the key tools to our independence and our development right till today. To neglect the English language will only push us backward.
We must realise that Malaysia is a multi-cultural country with over a hundred ethnicities and is therefore a multi-lingual country. Trying to unite races with one language alone is like trying to fit a round peg into a square hole. It will never work. Entering first year in university, we were shocked to see students mixing according to their ethnicity; the main dividing factor being our language of communication. Only a small group of students that spoke more than one language fluently would consist of different races. We all know the importance of inter-cultural understanding in unity; but how are we going to achieve that by only learning one language?
I say all this not to bring down the Malay language but to remind us that it is our duty as a responsible Malaysian citizen to improve ourselves in every way we can - including learning the other languages. To make passing english compulsory to pass SPM; to teach science and math in english - is a first step in the right direction.
Timothy Cheng,
Director of the Unity and Community Affairs Bureau
Student Representative Council 2008/2009, Universiti Malaya
................................................................................................................................................................................
Tim merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas,seorang yang patriotik.Pernah bersama2 dalam kumpulan Program Jati Diri Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan anjuran KPM dan dikendalikan oleh senior dari UKM.Apapun ianya hanya pendapat subjektif kerana ada melayu yang tidak dapat mengawal diri dek kerana terlalu mengagungkan barat seperti mana yang telah banyak berlaku.Bagi di kampung yang tidak mengagungkan barat pun sudah hilang jati diri sebagai Melayu dan Islam inikan bagi yang terlalu mengagungkan barat.Walaubagaimanapun,pendapat beliau banyak yang tepat dan aku bersetuju dengan tulisan Tim..
Apr 27, 2009
Smart School
The smart school initiative is one of the seven flagship applications that are part of Malaysia's Multimedia super corridor(MSC) project.The government aims to capitalise on the presence of leading-edge technologies and rapid developement.90 pilot smart schools in 1999 will serve as the nucleus for eventual nation-wide rollout of Smart School teaching concept and material,skills& technologies.By 2010,10'000 of Malaysia's primary & secondary schools will be smart schools.
Smart school is a learning institution that has been systemically reinvented in terms of teaching-learning practices& school management in order to prepare children for the information age.
The way to memorize it..CPAT(or cepat)
C- Curriculum
P- Pedagogy
A- Assesment
T- Teaching-learning materials
Curriculum
+Meaningful,socailly responsible,multicultural,reflective,holistic,global,open-ended,goal based & technological.
+Promotes holistic learning,allowing child to progress at their own pace and catering for students capabilities,interest & needs
+The curriculum will be designed to:
Help students achieved overall balanced developement.
+Integrate knowledge,skills,values & correct use of language
+Foster the knowledge,skills and attitudes appropriate for success in the Information Age.
Pedadogy
+seek to make learning more interesting,motivating,stimulating & meaningful
+To cater for a range of needs & capabilities among students
+Pedagogy shall:
a)use an appropriate mix of learning strategies
b)accomodate individual different learning styles
c)foster a classroom atmosphere that is compatible with different teaching-learning strategies.
Assessment
+Distinctly different from current system to help realise the NPOE(Falsafah Pendidikan Negara)
+Element-based & criterion-referenced to provide more holistic & accurate picture of a student's performance.
+Teachers,students & parents parents will be able to access on-line assessment items.
Teaching-Learning Material
+ Designed for the new teaching strategies
+Accomodate students differing needs & abilities
+Allow students to take greater responsibilites for managing & directing their own learning.
Apr 11, 2009
Hadiah Untuk lelaki 1???
Sikap Dan Pemilihan Hadiah Terbaik Berdasarkan Zodiak
Susah! Siapa cakap mudah hendak pilih sesuatu hadiah untuk diberikan kepada seseorang. Tak kira kepada ahli keluarga, yang tersayang atau teman-teman. Pening kepala nak fikir hadiah apa yang paling sesuai. Silap pilih nanti kang, tak kena dengan citarasa mereka pula. Naya pulak jadinya.
Walaupun mungkin mereka tak kisah dan menghargai apa yang kamu hadiahkan kepada mereka, namun jika kamu akhirnya tahu hadiah itu bukan pilihan yang terbaik untuk mereka, tentu rasa terkilan dan tak puas hati. Dah la mahal pulak tu! Kata orang tu, terlanjur memberi hadiah, biarlah yang disukai oleh orang yang bakal menerima. Kalau takat lepaskan batuk di tangga, baik tak payah. Tak ikhlas namanya tu!
Ini mungkin ada tips berguna untuk kamu jadikan panduan sebelum memilih hadiah. Salah satunya, menerusi zodiak mereka. Ha memang zodiak boleh melambangkan 1001 rahsia diri seseorang. Mula-mula selidik bila dia lahir dan apa zodiaknya. Apabila diketahui zodiak mereka, sikap mereka juga dapat disingkap dan seterusnya bolehlah memilih hadiah paling sesuai untuk mereka yak! Moga tak tersalah pilihlah hendaknya!
Si Aries
Sekiranya si dia berbintang Aries, kamu mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan da;am hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!
Si Taurus
Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti colat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan, hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikan, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal beb!
Si Gemini
Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatif serta gemar dalam perara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna- warni dan comel, playstation, jaket terkini atau barangan kraftangan. Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat
Si Cancer
Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!
Si Leo
Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati
Si Virgo
Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.
Si Libra
Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? Tentu senyum mereka sampai ke telinga
Si Scorpio
Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.
Si Sagitarius
Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!
Si Capricorn
Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.
Si Aquarius
Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai bergurau dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih saying. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.
Si Pisces
Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis ornagnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang kamu reka sendiri
CheguFadh
Haha..Aku Leo..Ada betulnya apa yang terkandung dalam artikel ini.tak tahu sama ada kajian atau apa,tapi jika terlalu mempercayai perkara khurafat ni boleh membawa kepada perkara lain.Kalau sudah ada kajian yang saintifik sepertimana dilakukan oleh Dr Fadhilah Khamsah barulah boleh terima..So jangan terima bulat2 yek..
p/s:Laki tak kisah pun dapat apa,asalkan daripada teman tersayang.memadai hanya ucapan,makan bersama dan hadiah yang simple spt kad dah cukup memuaskan hati lelaki.
Antara tees yang aku idamkan..make sure beli kat DCHEROES..




Mar 14, 2009
Sedikit Hiburan..
Ade meeting sikit berkenaan program Power Of Pen yang bakal dilancarkan pada 16 Mac 2009 ni..Nak dijadikan cerita,aku dah order tapi tengah meeting tetibe la pulak member aku bagi sms..
Die mintak aku belikan 4 roti kosong + Milo Ice..Adus..Mamak2 ni semua pulak tengah sibuk dok berkemas..Nak tutup kedai dah kot..Jam pulak dh tunjuk waktu 11lebih..
Dengan selumber aku panggil mamak yang kire ade 3-4 meter dari aku,tetapi membelakangi aku..
"Zambry..dey Dr Zambry..Sini..erm..bagi saya 4 roti kosong+ 1 Milo Ice bungkus"kataku..
"Okey"(sambil menggoyangkan kepalanya)
Sumber : TBO
Dengan tidak semena2 ada yang melihatku..Hahaha..MB Jadian Perak telah ku panggil untuk mengambil order..
Ape2jela..Aku tengah mereng sikit ni..Tapi kalau korang nak praktik bende ni agak best la jugak..Try la..atleast pekerja2 mamak ni akan rasa dihargai..
Rakan2 dorg 70ribu orang tak dapat masuk Malaysia,tapi dorg pula di gelar "Dr Zambry"..hehe....
p/s: Jangan praktik penggunaan bahasa pasar yang terkandung diatas.Ini bukan penulisan Ilmiah.Jadi ianya tidak harus dicontohi.
Jan 25, 2009
Ciri-Ciri Lelaki Intelek..
Quite interesting..Tapi ni bukan model terbaikla,ni kalau korg nak pancing
perempuan2 budget or mmg uptown yang xkisah sgt pasal laki tu alim ke tak,memang sesuai la..
(Tapi selalu pulak baca hal artis2 perempuan2 sexsy maut nak suami yang alim dan mampu membimbing mereka..Alhmdulillah,doakan jela dorg berubah daripada nak busuk2 hati)
Memandangkan blog aku ni blog yang universal bincang je pape yang aku rase nak,aku amek model ni dulu,tapi awas ye perempuan2 diluar sana,jangan mudah terpedaya dengan sang pujangga yang hanya memiliki kecantikan luaran..Silap2 Playboy..merana korang..hehe..
Ciri-ciri lelaki bijak tafsiran model dan pengacara, Belinda Chee
Yakin.
Lelaki bijak petah berbicara apa saja. Lelaki berkeyakinan seperti ini tahu mereka mampu bercakap mengenai pelbagai topik. Namun, kadangkala lelaki sebegini dianggap berlagak atau suka cakap besar. Lelaki bijak selalunya mengagumkan ramai orang tanpa perlu bercakap besar.
Pandai berkomunikasi serta berkebolehan mengajar.
Disebabkan lelaki bijak berpengetahuan luas, mereka lazimnya yakin dengan diri sendiri. Mereka tahu apa yang mereka tuturkan dan dengan itu, mampu berkomunikasi dan mengajar orang lain dengan baik.
Optimistik.
Lelaki bijak tahu kepintaran mereka dapat mengelak diri daripada menanggung kesusahan. Kebanyakan lelaki intelek bersikap positif dalam hidup mereka.
Segak.
Lelaki bijak pandai bergaya. Saya selalu membayangkan lelaki bijak memakai pakaian kemas, kaca mata bergaya serta kasut yang mengikut fesyen terkini. Ia mungkin kedengaran stereotaip tapi bila anda berpakaian kemas, persepsi orang akan menjadi lebih baik.
Semestinya pandai berjenaka.
Kebijaksanaan lelaki menjadikan mereka spontan bila berjenaka.
So cmne??Ade xciri2 tu kat korang??Aku otw..hampir2 complete..hehe..Sikit lagi leh la jadi Lelaki Intelek..xpayah susah2 nk mikir..Haha..Poyo Gile..xdela..Gurau je..(Status:SINGLE)
Jan 13, 2009
SeTiaP BLoG aDa HaK CiPTaNYa
http://ibnuzack.blogspot.com/
Assalamu'alaykum..
Saya sedikit terganggu belakangan ini berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir. Bukan saja kepada situasi negara tetapi juga situasi saya dan blog. Kali ini biarlah saya bercakap sedikit tentang laman ini yang sudah lebih setahun saya curahkan idea dan perkongsian ilmu di dalamnya.
Sebenarnya masalah yang saya hadapi ini sudah lama. Sengaja saya pendamkan agar tidak timbul salah faham di kalangan pengunjung. Ianya berkait dengan hak cipta, originality dan kredit kepada blog. Sebelum ini seorang teman saya, Rizal Hamdan pernah menulis dalam blognya, berkenaan bagaimana seorang lulusan Master mengambil tulisan dia dan dijadikan 'hak milik sendiri' dalam laman IKIM.
Ya, siapa yang tidak terkilan bilamana jerit payah, sengkang mata, usaha sendiri tiba-tiba 'dicuri' oleh orang lain?
Saya juga mengalami masalah serupa. Dari dulu hingga sekarang. Bermula tajuk Afghanistan ke angkasa 19 tahun lalu, Jawapan untuk Anwarisme, SaYa BeRuMuR 129 TaHuN SaYa MaSiH HiDuP DaN SaYa BoLeH MeNGuNDi , 10 SeBaB MeNoLaK BN, hinggalah kepada yang terbaru HeBaT BeNaR MeNTeRi KiTa! dan EuRoCoPTeR: BRaZiL BeLi RM83j, MaLaYSia BeLi RM193j, ada sahabat-sahabat blogger yang mengambil tulisan saya dan diletakkan blog mereka. Ada lagi tajuk yang lain, tapi itu sekadar contoh.
Saya tidak marah, malah saya ucap ribuan terima kasih kerana gema suara saya di sambung oleh rakan-rakan lain. Cuma yang menjadi kilan bagi saya bilamana ada segelintir (bukan semua) yang menjadikan tulisan saya sebagai 'hak milik sendiri'. Memberikan kredit tentu jauh sekali.
Perkara ini bukan terjadi pada laman blog saja. Saya masih ingat, contoh, satu tulisan saya iaitu Jawapan untuk Anwarisme, diambil sebahagiannya oleh sebuah laman web rasmi suara parti oposisi dan dijadikan 'hak milik sendiri' sang penulis.
Saya ingin tegaskan, memberikan kredit kepada penulis asal bukan soal mempromosikan blog. Ia menunjukkan rasa hormat pada ilmu dan tanda aras moral blogger yang menyalin tampal tulisan itu. Kalau sekadar mahukan hits yang tinggi, nah.. banyak caranya. Buat saja satu video di Youtube dengan 'gambar panas' dan 'tajuk panas', kemudian sertakan link blog sendiri. Mau 6 juta hits sehari. Tak perlulah saya huraikan maksud 'panas' itu.
Lagi pula, katalah saya mengambil satu artikel daripada saudara Rizal. Kemudian saya letakkan link http://syeikhryz.blogspot.com/ , agak-agak berapa ramai yang nak klik link ini? Buat apa nak klik lagi sebab artikel Rizal itu sudah ada dalam blog saya?
Tapi sebagai rasa hormat pada budaya ilmu, saya tetap akan linkkan. Ini menunjukkan saya bukan penulis asal dan mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.
Begitu juga dalam blog ini. Setiap kali blog ini menulis, akan dilinkkan sekali sumbernya dari mana. Kalau Suara Keadilan, maka Suara Keadilanlah. Kalau Harakah maka Harakahlah akan tetap dilinkkan.
Paling tidak jika tiada kredit sekalipun, janganlah sampai nama iBNuZaCK: yang selalu saya tulis di setiap penghujung artikel juga di edit dengan nama lain.
Kilan saya bukan apa. Saya cuma terasa bilamana ada yang bertanya adakah saya ambil tulisan sekian-sekian dari laman web sekian-sekian? Walhal, laman itu yang ambil daripada saya. Tapi sebab tiada kredit atau artikel diubah sedikit, maka keraguan ini timbul.
Saya tegaskan bahawa semua tulisan dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya MELAINKAN saya nyatakan sebaliknya. Blog ini juga berusaha untuk mencari keaslian. Dengan kata lain, jika sekiranya blog ini mempunyai pandangan sama dengan laman-laman terkenal yang lain, tulisan berkenaannya tidak akan dipublish. Contoh artikel berkenaan DEB tidak saya publish hingga kini sebab ketika saya menulis, saya dapati Harakah sudah publish artikel yang hampir sama. Itu puncanya kepada mereka yang selalu bertanya, 'Awat lambat sangat update nih?"
Tapi saya tidak nafikan adanya persamaan idea dengan blog lain ketika menulis. Contoh, artikel FDi USD 1 TRiLLioN : TeGuRaN BuaT HaRaKaHDaiLy mempunyai persamaan yang ketara dengan tulisan saudara Hasbullah di Hembusan ditipu Harakah. Walhal, saya hanya kenal saudara Hasbullah dan blognya bilamana dia sendiri yang bagitahu persamaan itu dalam ruangan komen blog ini.
Setiap blog ada hak ciptanya. Jika mahu ambil sebarang tulisan dalam blog ini, sangat dialu-alukan malah saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sahabat-sahabat tidak perlu minta atau tunggu keizinan saya dahulu. Saya bukannya setiap hari mengadap blog ini. Hanya, sertakan kredit @ link blog atau paling koman jangan hilangkan nama iBNUZaCK: daripada artikel.
Silapnya mungkin pada saya juga. Saya tidak terus-terang. Saya kurang ambil peduli tentang hal ini dahulu. Mungkin saya terlalu husnuzzan dan naif. Selalu memikirkan bahawa sikap semua blogger seperti saya. Harapannya, biarlah tulisan ini menunjukkan pendirian saya, merungkai beberapa persoalan pengunjung dan jadi yang pertama dan terakhir dalam soal ini.
iBNuZaCK: Nak register blog dengan SIRIM.
CheguFadh:
Diharap agar pengunjung dan teman2 blogger dapat mengubah tatacara blogging..
kredit kepada En Rahem teman seperjuangan..
Dec 26, 2008
HANGAT!!!Bila Nik Aziz bercakap pasal cinta
Itulah persepsi awal apabila Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan akan berceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang Sabtu 20 Disember lepas.Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, "letihlah" sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.
Namun, kerana di depan beliau adalah penonton baru yang mungkin tidak pernah beliau temui, Nik Aziz kelihatan bersemangat luar biasa.Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.


CheguFadh:
Hehe..tau pun korang..tapi rugi pulak aku xdengar..
skg ni aku plak dah berstatus single (lebih 6bulan dah)
agak ok gak...1st luv mmg sukar dilupakan..tp stiap
kejadian pasti ada hikmahnya..kalau ada jodoh,xkemana..tp kena la gak berusaha..
p/s: siapa ckp bercinta masa study kat Universty salah??Jumud betul..dah ade pelajaran..pendidikan..dah nak melangkah ke alam pekerjaan..sepatutnya kita bantu kawan2 bina rumah tangga..Yang salah ditegah,bagi la nasihat..AKu bukan anti Couple..Kat UIA pun bagi rm1000 dan rumah khas kpd student diorang yang nak mendirikan rumah tangga..So.jangan terlalu jumud dan ekstrim..Wallahualam..





