Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)
Showing posts with label Artis dan Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Artis dan Hiburan. Show all posts

Dec 29, 2011

AUKU: Alahai Mahathir


Kecoh sini sana sebarkan video Mahathir tegur Mahasiswa..lepas tu keluarlah ulasan mahathir dalam blog peribadinya Chedet. Secara jujur aku ketawa baca ulasan Mahathir yang mempertahankan AUKU yang dibuatnya..Nak cover lettew~

Kalau dikaji & dibaca balik artikel-artikel lama tentang gerakan mahasiswa melayu sebelum AUKU..Zaman  Abdul Hadi Hassan,Harun Aminurashid, Ibrahim Haji Yaacob & Zaaba..Kita akan sedar..

Pergerakan pelajar melayu di Maktab Raffles & Maktab Perubatan Singapura juga ulasan NC UM (Spore & KL) tentang lemahnya pelajar melayu yang berpartisipasi kpd masyarakat..kerisauan beliau melihat aktiviti standard budak2 sekolah

Sebenarnya Mahathir tahu kuasa mahasiswa selepas mempergunakan mahasiswa menggulingkan Tunku Abdul Rahman ..Setiap negara di dunia juga tahu kehebatan kuasa siswa...Sebab itulah AUKU perlu diteruskan demi kelangsungan projek pembodohan Mahasiswa & melesukan mereka..

p/s: Filem 3 idiots harus diharamkan dalam Malaysia kerana tu filem revolusi & watak Aamir Khan memang nyata sangat2 membantah AUKU & sistem yang 'korup/tak adil'

Jul 23, 2011

Catatan Abun : Seni sebagai motivasi protes

Seni merupakan pengucapan sosial yang dirumuskan hasil daripada tindakan yang dihasilkan seseorang sebagai reaksi kepada sebuah kejadian di dalam bahasa yang diperbesarkan. Maka, dalam merungkai makna sesuatu pengucapan itu, manusia cuba untuk memperlihatkan tindakan dengan bibit-bibit ucapan yang diluahkan. 

Sebagaimana puisi, dengan mempamerkan bicara terhadap tindak balas acara kejadian itu, 'kata' mampu merungkapkan kewenangan dan keberlakuan penindasan. Daripada acara itulah, kita melihat bagaimana kata yang kemudiannya dipertontonkan di dalam bahasa seni bisa mendorong ke arah perlawanan atau protes terhadap perkelahian dan penindasan yang berlaku.

Seni sebagai bentuk protes. Itu adalah tema yang saya cuba untuk rakamkan di dalam perkongsian catitan-catitan yang akhirnya memberikan kata kebebasan terhadap bentuk seni itu sendiri. Sebaiknya, saya memulakan tulisan ini dengan tafsiran seni itu sendiri dan bagaimana paradigma kesenian itu akhirnya mampu untuk menganjakkan motivasi protes terhadap sesuatu kejadian. 

Seperti yang kita sedia maklum, seni itu merupakan suatu proses yang dihadapi manusia. Sebarang tindakan manusia terhadap alam itu bisa dikategorikan sebagai suatu seni. Lantas, bahasa seni merupakan bahasa yang paling mengangkat nilai-nilai kebersamaan antara manusia. Jambatan yang menyatukan nilai-nilai kemanusiaan adalah hasil daripada tindakan seni yang paling absolut.

Lantas, bagaimana seni itu mampu mengangkat dan dimotivasikan sebagai adat perlawanan atau dalam erti kata lain sebagai sebuah protes? Penyajak terkemuka, Czeslaw Miosz di dalam Witness of Poetry merakamkan bagaimana sebuah kesaksian itu penting dalam merungkai permasalahan yang paling akar dalam masyarakat. Bermula dengan rencam kesaksian sebagai tema utama pengucapan akhirnya kita akur bahawa kejujuran merupakan nilai penting bagi sebuah karya seni untuk kekal relevan. Bahkan, Mahmoud Darwish dan Pablo Neruda juga memperakui pena dan pengucapan merupakan senjata yang paling akar memecahkan tabu-tabu kebiasaan. 

Bahasa pengucapan juga akhirnya berkembang di dalam disiplin menegakkan perkara yang paling sejagat dalam ertikata kemanusiaan. Sebagai, contoh, bentuk kesaksian puisi merakamkan kezaliman dan penindasan yang dilalui kelompok itu. Lantas, kata-kata yang terucap kemudiannya mampu memberahikan masyarakat melawan penindasan. Maka, bermulalah rencam seni diacarakan sebagai budaya berontak


Seni sebagai sebuah protes ada keberlakuannya. Hasil daripada kesaksian kata-kata yang terucap, tentu sahaja luahan bahasa yang tertindas itu mampu mendapat simpati kelompok yang mengalami keadaan yang sama. Lalu, mereka memilih untuk berontak melawan kitaran-kitaran budaya yang mengongkong, melahirkan iltizam kebebasan dan memecahkan garis-garis absurd yang mereka timpa. Maka, bahasa seni mula dibudayakan di dalam bentuk protes. 

Novelis terkemuka,Albert Camus di dalam Myth of Sisyphus memperlihatkan bagaimana tindakan Sisyphus menghentak batu di kepalanya sendiri secara berulang-ulang tanpa henti merupakan sisi-sisi gelap bagaimana kitaran yang berlangsung secara berterusan itu akhirnya merugikan Sisyphus itu sendiri. Maka, Sisyphus memilih untuk berontak terhadap kejadian alam yang dilalui. 

Di sini kita lihat Camus mengkritik kejadian yang berulang-ulang sedangkan natijahnya seorang manusia itu melalui kitaran yang berubah mengikut hukum dan tindakan terhadap kejadian. Lantas, bahasa seni merupakan bahasa yang paling kritis menonjolkan imej-imej protes sebagaimana Camus berontak terhadap gambaran kitaran hidup yang berulang yang akhirnya menjadi bentuk yang paling samar.


"Man cannot possess anything as long as he fears death. But to him who does not fear it, everything belongs. If there was no suffering, man would not know his limits, would not know himself. " (War And Peace)-Leo Tolstoy. 

Kata-kata ini cukup menggambarkan naratif besar yang Tolstoy cuba sampaikan sebagai seni di dalam bentuk protes. Tolstoy menjelaskan bagaimana perlawanan terhadap kejadian manusia itu diabsahkan menjadi pedoman untuk melawan kebobrokan pemerintah misalnya. Malah, selain Tolstoy, kita juga melihat bagaimana George Orwell di dalam novel 1984 dengan nada penuh sinis menggambarkan kekuasaan totalitarian yang mengawal bentuk pemikiran masyarakat juga sebenarnya membudayakan protes separa sedar sebagai bentuk tema yang diwacanakan beliau. 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa motivasi budaya berontak itu idealnya datang dari hasil-hasil kata dan penulisan sastera. Bahkan, kekuatan sastera mampu dilestarikan di dalam keadaan masyarakat yang tertindas sebenarnya. Malah, penulisan satira yang sinikal terhadap pergolakan budaya sebenarnya menjadi soldadu perjuangan di atas kertas. Sifat berontak yang direncanakan sebenarnya lebih terkesan melalui teras pengucapan berbanding tindakan fizikal pada awalnya.


Untuk lebih mendekatkan kita tentang budaya seni protes, lihat sahaja penulisan-penulisan sastera nusantara. Hikayat Abdullah yang dikarang Abdullah Munshi sudah cukup menjelaskan bagaimana etika seorang Abdullah Munshi yang mengkritik budaya masyarakat melayu pada zamannya. Bahkan tindakan-tindakan radikal yang dicetuskan seperti menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa melayu, memandang keperluan sistem barat di dalam masyarakat yang berpegang utuh dengan kebudayaan yang mengangkat nilai-nilai ketimuran menggambarkan protes yang besar di dalam konteks kemasyarakatan ketika itu. 

Hikayat Faridah Hanum tulisan Syed Syeikh Al Hadi turut menzahirkan sejarahnya yang tersendiri. Merujuk kepada rencam kebudayaan ketika itu, tindakan mengangkat kaum hawa dalam arca yang lebih feminis diikhtiarkan lantas memecahkan ketebalan aspek-aspek konservatif sepertimana yang kita sedia maklum ianya merupakan kebiasaan daripada adat dan kepercayaan lama bahawa nasab wanita tidak terbanding dengan lelaki. Tindakan berani Syed Syeikh Al Hadi meletakkan subjek kewanitaan pada suatu sisi yang memperihalkan bagaimana acara protes di dalam kitaran budaya itu sebenarnya telah pun terjadi.


Ternyata, acara seni mampu dipilih sebagai motivasi melaksanakan protes. Protes yang saya maksudkan di sini tidak semestinya berada di atas nilai kebudayaan, sosial ataupun politik kekuasaan tetapi boleh didasarkan kepada tindakan sedar masyarakat untuk keluar daripada garis-garis penyelarasan. 

Maka, seni adalah jalan escapist bagi kita untuk meloloskan diri dari cengkaman ketat yang disistemkan. Lantas, ruang-ruang kosong yang tertinggal di dalam sisi-sisi seni sebenarnya adalah kekuatan yang mutakhir untuk menggerakkan massa. Hemat saya cuba menilai bahawa seni juga mampu untuk dibudayakan sebagai motivasi protes.

*Tulisan ini disiarkan di dalam Roketkini.com

Jul 20, 2011

Drama Juvana,hiburan / falsafah?

Allah s.w.t telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa di antara ciri jahiliah Firaun pada zaman nabi Musa ialah menakutkan rakyat dengan kekuasaan yang ada pada dirinya. Firman Allah (al-Zukhruf: 51-54).

Sakit dengan keadaan Malaysia sekarang..
Filem & drama tentang HAK DEMOKRASI telah pun dicanangkan
Ramai berminat dengan penyampaian drama #Juvana
Tetapi berapa ramai yang boleh menafsirkannya dengan baik??

Terlalu banyak yang boleh diambil tentang diktator & marhaen..
terutamanya pada episode akhir (13)
Sesiapa yang belum tonton,boleh tonton sekarang
buka laman web www.tonton.com.my

Selamat MENONTON

Selepas menonton,cuba buat pilihan,hanya dapat seronok atau kupasan isu-isu & falsafah yang dibawanya?Tepuk dada tanya minda..


Nantikan pula kemunculan filem Juvana tak lama lagi..Oh ya,nak promo gak filem Geng Pisang (mula shooting selepas raya) & filem indie (sebaris dengan filem Gadoh,2009) iaitu filem Jalan Pintas..kemunculan di wayang-wayang pacak IPT seluruh semenanjung Malaysia..






1)facebook Filem Geng Pisang (klik)


2)facebook Jln. Pintas (klik)

Jul 8, 2011

Flash Mob Song & Dance For Bersih 2.0

user posted image






user posted image
user posted image

Yelloh FestivaL!!!!

Walk for hope.Walk for freedom. Together we walk with hope for a better tomorrow! Let's have fun and get creative at the same time.

Ramai yang turun ke jalan demi satu wawasan tapi apa salahnya kita buat dengan cara yang lebih ceria? Mari bersama berkumpul atas nama Kebebasan dan Keseronokan dengan menyertai Festival Yelloh: satu Pesta dalam Perhimpunan Bersih. Jadikan senyuman dan tawa, belon dan buih-buih satu senjata ketika kita menyusuri jalanan!

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Here's what we will do:

1 [ MEGA-nya BUBBLE ]
There will be a giant bubble maker, Chi Too. He will blow a freaking huge bubble that can cover a person and all of us on cue will blow our little bubbles!

2 [BANYAK-nya BUBBLE! ]
We would like to ask everyone to bring their own bubbles, sold at kedai runcit and supermarkets for RM1 - 2 each. Bring as many as you can to share!

3 [ Balloons. Not Bombs! ]
We will give out balloons, blow it up, write or draw stuff on it. Form a message with your friends/people around you! I guess you could call it the Human Scrabble.Sweet.

4 [Mascots/Effigies/FLoats]
We have made some effigies/mascots to carry round like in parades. Pac man and phantom voter. We will make the pac man chase the phantom voter ><. Join in the fun! If can, bring your very own effigy!

5 [ Yelloh Flash Mob Fever ]
It's not just a 'march'! Start learning the flash mob dance moves here! "Yo semua turun ke jalan!" http://www.youtube.com/Yel​lohFestival

6 [ Sing it! Chant it! ]
"Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, esok pergi undi." PLease let us know if you think of something!

7 [ Cuci-Cuci Malaysia ]
GOTONG-ROYONG! We'll have brooms and rubbish bags at the ready but do bring your own if you can! Kebersihan negara tanggungjawab kita. Hoorah! Clean up the mess, show the world that rallies and gatherings are not dirty. We are bersih! (Pun completely intended tongue.gif)

8.Face Painting and Balloon Sculptors
Yes. It's becoming party-like. Let's party on. Be creative with the balloon and ask our sculptor to make something symbolic/meaningful. Same goes with face painting.

Lastly, invite your friends and families. Spread love, not war, and everything's going to be just fine.

Jul 2, 2011

Puisi A Samad Said :Peludah Warna

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Jun 26, 2011

Movie:Street Kings


Starring: Forest Whitaker, Hugh Laurie, Keanu Reeves

Summary:
In Street Kings, a police thriller directed by David Ayer, Keanu Reeves plays Tom Ludlow, a veteran LAPD Vice detective. Ludlow sets out on a quest to discover the killers of his former partner, Detective Terrance Washington.

Academy Award winner Forest Whitaker plays Captain Wander, Ludlow's supervisor, whose duties include keeping him within the confines of the law and out of the clutches of Internal Affairs Captain Biggs (Hugh Laurie).

Ludlow teams up with a young Robbery-Homicide detective (Chris Evans) to track Washington's killers through the diverse communities of Los Angeles. Their determination pays off when the two detectives track down Washington's murderers and confront them in an attempt to bring them to justice. (Fox Searchlight)


Chegufadh:
Aku suggest filem ni kepada umum.Membuka minda kita tentang hakikat yang berlaku pada hari ini.Kadang-kadang,tak perlu ikut undang2 untuk lakukan perkara yang betul sebab semua saluran yang kononnya mengikut lunas undang2 sebenar itu telah dicemari oleh kuasa-kuasa jahat yang berada di atas ..Kisah tentang seorang polis yang dianiaya rakan sendiri kerana terlalu jujur dalam melakukan setiap pekerjaan tetapi kesilapan polis ini adalah terlalu cepat melatah & bertindak tanpa menyusun strategi pada awal permainan dengan baik sehingga rakan2 yang sebenarnya musuh utamanya memfitnah & menikamnya...Macam kes politik MalaysiaLAH pulak!!!

Jan 30, 2011

Catatan Peribadi:Pengalaman Baru

*Catatan pakai redah..Aku pakai type je apa yang aku rasa nak type..Susunan memang caca marba rasanya..Semua aku nak masuk dalam satu hari...Layan~ 


Ahad,23 Jan 2011

Di KLPAC OpenDay 2011,sempat membuat persembahan bersama sebuah group (AFRO SAHARA) sebab diorang patut perform jam 4.00pm..Masa tu jam baru pukul 12.30pm..Kesian tengok depa baru 3orang je datang..Nasib semua jambee..Bagi aku kalau depa nak teruskan menjadi je...Tapi sebab terlalu ramai audiens yang baru sampai masa tu,mesti depa nak gak buat gempak..nak tak nak depa mintak@panggil sapa2 yang pandai main perkusi lain..Naik atas stage utama..Masa ni penuh audiens dalam hall tu..dari groundfloor,melimpah keluar,ke tangga2 sampai la tingkat ke3 duk berkumpul nak tengok..



Group si Atoy Otai




Aku tengok ada tamborine & tamborine memang akan obvious bunyinya kalau kita main..Lagipun dah lama tak jamming,aku pun naik pentas & pilih tamborine..Kalau jatuh ke tangan yang tak pandai main ikut beat,memang rosak jadinya..Diikuti oleh 2 gadis cina & seorang pakcik India yang main shaker (& tah apa lagi tah perkusi yang aku tak tahu namanya),tapi kalau main pasti bunyi tak kuat..

Sebenarnya aku tengah tunggu Faisal Mustaffa datang..Janji dalam 11pm aku sampai sana,tapi tengok2 aku sampai dalam 12pm..Dah sampai,aku roger si Faisal tak berjawab pulak..Mungkin bizi sebab RumahAnakTeater ada slot khas..Alang2,aku main dulu..ingatkan sekejap,bantai 30minit gak depa redah benda tu...Pergh..tapi memang terasa naik sheikh masa ni..lebam gak tangan aku non stop jamming kuat2..

Si Faisal pun sampai dengan Fared Ayam & crew RAT yang lain..Dia nak call aku,tapi tak jadi sebab nampak aku ada atas stage,dia tengok dari luar main building tu je..Abis je perform,aku sempat la bertegur sapa dengan Atoi...Dia ni la ketua tuk group percussion tu..Yang pakai hat kaler brownish tu..


Aku kenal dia masa 2007 lagi..Zaman nasyid universiti dulu..memang aktif mamat ni..Then 2008 jumpa pulak dia main kat AJL backup si Farawahida punya performance..Actually,Atoilah penyebab aku naik stage sebab aku kenal mamat ni..Kalau tak kenal,xdalah laju & confident sangat aku naik stage utama tu..Fynn Jamal & Liyana Fizi pun buat show akustik kat stage luar,tepi2 bangunan utama & tersorok..

Ok,habis je semua & tunggu artis Faisal datang, Faisal kenalkan aku dengan pelakon2 dia..Budak2 ni pun kena berpuisi jugak..Tapi masing2 rupanya tak ada puisi,ingat si Faisal sediakan..Mujur aku dah ada sebab betul2 sebelum gerak,aku salin puisi Rendra:Perhimpunan Mahasiswa..Takjub dengan puisi tu..WS Rendra memang hebat..Pernah gak dia buat puisi khas tuk Sdr Anwar Ibrahim ketika beliau dalam sel penjara..So,Faisal bagi laptop & suruh yang lain google puisi yang sesuai..3 yang lain ambil puisi Si Bob (Zahiril Adzim)..Si Shukor@Adam pakai puisi sendiri..Yang sebenarnya lirik lagu ciptaan sendiri bertajuk MIMPI


Ok,tak payah terang lagi..hangpa dah tahu yang aku ni baca puisi..Jadi sambil depa cari,aku  & Faisal g cari makan..Kat luar tak ada apa sangat & panas terik,last2 makan kat cafe dalam KLPAC sebelah main stage je..Pergh..RM52 just tuk nasi goreng,bihun & 2 glass coffee ice..Dasar kapitalis!!


Sambil makan tu banyak kisah sulit yang diceritakan oleh Faisal..Barulah tahu macam mana dunia sebenar ART indipendan ni bergerak..Banyak pengalaman mamat ni..Aku rasa boleh banyak belajar daripada dia..Itu lebih bermakna,kita menguruskan segalanya dan cari link sendiri..Daripada nak harapkan bayar puak lain yang confirm2 akan cekik darah,lebih2 lagi kalau terikat dengan SANG PEMODAL & akan monopoli/manipulasi semua perkara..


Kursus-kursus & program yang dibuat zaman belajar sebenarnya terlalu sekelumit..Apa yang paling penting kena faham politik luar & cara dunia sebenar berjalan..Ada yang RIAK & bangga dengan segala pengalaman dikampus..Tapi berapa banyak yang bertahan & kekal dengan reputasi baik apabila dah tamat pengajian??Dapat mereka teruskan hubungan baik dengan LINK-LINK yang mereka cari setelah tak ada jawatan??


Pukul 4.30pm giliran kami buat persembahan..Sajak & sedikit lakonan Teater RETAK  dipentaskan berselang seli..Semuanya dilakukan juga di atas stage UTAMA..Mujur kali ini tak terlalu ramai orang..Mungkin sebab Group si ATOY tengah jamming kat luar..Kali ni dorang keluar berpuluh2 instrument & ajak semua main sama..Si Fynn Jamal pun terjebak sama dalam projek ketuk mengetuk ni..Seolah-olah satu ritual untuk panggil & memberhentikan HUJAN..Sebab Hujan renyai-renyai kejap ada kejap tak ada masa 1jam persembahan tu..


6.30pm,ingat nak bergegas balik..tapi sambung lepak dengan faisal kat Station One depan KLPAC tu..Banyak benda lain yang dibuka..Sempat juga tengok video kempen untuk TENANG..Memang style & cantik short film tu..Sebelum ni RAT ada buat untuk SIBU..Cuma sayangnya,pihak yang hired RAT tak berani nak terbitkan atas isu keselamatan pelakon dalam video..Kalau sebelum ni relaks je si faisal redah jadi watak rakyat tertindas..Harap sangat video tu nanti boleh guna untuk PRU13 nanti..Isunya kuat & sejagat.. Faisal cakap hanya aku & Shukor je yang dah tengok video tu..memang tak publish kat mana-mana pun,tapi pihak yang suruh buat bayar dah segala benda..Tak ada apa2 isu dalaman melainkan hal keselamatan..Kita pun faham kita sedang berdepan dengan APA...





p/s:Tak sangka aku yang tak ada kaitan dengan RAT pun masuk dalam blog RAT..Huhu..

Jan 2, 2011

Melayu vs 1 Malaysia

Malas nak cakap apa..Hangpa tonton dari mula sampai habis...1Malaysia..1Melayu..Hohoho...






Nov 17, 2010

Hati Malaya??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGiFgUCw1KpFzNVDMKSfOI-qCdnX6s8mA8kNe5o3IPljJqCE-sfTZv3GQd3vHcT10PSrQfCKb6u-emGoAnV6R_yGUyoSI1YkJX-4Y_nkRwXUY7sfRrBXIayvKiaGoTY8wPXnNRUAZFMhc/s1600/hati+malaya.jpg
Secara jujurnya aku tak berapa suka sangat dengan filem ini..
Faktanya ada,tetapi tak seperti yang digambarkan dalam filem ini..
Orang seni harus menyampaikan sesuatu dengan jujur..
Bukan seni untuk mengampu..

Bila tonton filem ini dulu
Yang kurasa adalah budaya mengampu yang terlalu kuat
Orang-zaman dulu memang macam tu atau yang ditonjolkan secara berlebih-lebihan..
Yang berjasa besar (Datuk Onn) pun akhirnya dicampak & dilayan seolah-olang pengkhianat
Memang banyak dialog yang aku rasa nak muntah bila dengar

Tak tahu apa pula respon rakan-rakan yang lain??
Boleh kongsi sama???


Oh ya..Nak kongsi 2 penulisan tentang Hati Malaya
So apa pula pandangan kalian??Mohon pencerahan..

Nov 16, 2010

Bangga jadi RAKYAT 1 MALAYSIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_mDdNTv5rZQdqJMECzZyH7QtPEDcSGr1HuVVQ61QwIii3tqXlyHIjstPsk5Fe-v3jN1ttFP1XFx-W6EI-ka0GjMoVncB4MUUtX7r16TaIe76gw2DSMPppbckCe9CEVIkeGLUIbtB_7wQ/s1600/74020_496101002188_345034017188_7179544_8091019_n.jpgTolong jangan PERSOAL..Ini HAK KEISTEMEWAAN orang-orang MELAYU..dan ianya HALAL(berlesen)...kah kah kah!!


Kecoh Malaysia sebelum ni Isu IKLAN TV3 yang dicampur semua agama ala-ala gaya bebas ketika umat Islam meraikan perayaan kemenangan setelah 1 bulan berpuasa...Alah..Kitakan 1 Malaysia..So semua benda kita perlu KONGSI..

Yang kita HARAM KONGSI hanya HAK KEISTEMEWAAN..HARAM pun sebab UMNO TAK IZINKAN..Katanya MELAYU TUAN di BUMI MALAYSIA..CINA & INIDA pula KULI..Jadi HAMBA ABDI di BUMI MALAYSIA (macam tu ke??) kah kah kah!!!


Lagi satu tak boleh kongsi pasal nama TUHAN..Kalimah ALLAH...ianya HAK EKSKLUSIF bagi umat ISLAM aka UMAT MELAYU (jika diBUMI MALAYSIA.) Jadi bila ditanya sapa-sapa nanti "kau agama apa" cakap je dengan penuh confident seperti Bik Mama & penuh PERKASA (macam Arman & Ibrahim Ali) "AGAMA AKU MELAYU"..Sebab tu ISU KALIMAH ALLAH JADI ISU BESAR dalam negara MALAYSIA..

Jangan pertikai kenapa nama MELAYU aka ISLAM (di Malaysia)..Mereka buat bisnes HALAL..sebab HALAL kat Malaysia bermaksud ADA PERMIT..Kalau HARAM adalah sesuatu perkara yang tak ada permit..

Aku malas nak cakap banyak...Malaysia sememangnya bumi yang paling hancur yang pernah aku jejak ..Dengan sikap penuh hipokrit,berpura-pura dan segala bagai lagilah...Sebab apa???Sebab aku duk Malaysia je..Aku belum lepak INDON lagi..yang aku jejak pun Singapore..Singapore OK jelah..Isu AGAMA memang tak pernah dipolitikkan atau jadi polemik dalam masyarakat..

Malaysia??tengok isu KALIMAH ALLAH..tu je dah cukup..Punya banyak yang bangkit jadi no1 HERO mempertahankan segala bagai benda-benda bangang yang sebenarnya HAL FURU'...Jom kita layan benda ni pulak..benda macam ni dah lama..kawan-kawan aku zaman sekolah yang ada FB pun ramai gak yang macam suke event2 macam ni..Pompuan pulak tu..Aku dulu ada hasrat nak tulis,tapi banyak kekangan masa tak buat..korang check jelah kat link yang aku nak kongsi kat sini...

credit:http://amenoworld.blogspot.com/

CheguFadh:Aku suka ayat laser dia yang seolah2 laser mengutuk melayu/Islam tipikal tak open minded dan menyokong pompuan dalam entery berkenaan..Mah Mah Mah..Gelak guling2

Nov 15, 2010

Sekadar mahu berkongsi :Forum FORKUSTIK



Min 2:03
Tak sangka Fared Ayam ni dapat scholar tuk engineering marine sponsor by Petronas...Sains tulen dr MRSM Jasin lagi..tapi sangat berjaya dalam SENI...

"Don't judge the book by its cover..."

Ending tuk part ni memang best pasal Yusof Haslam...Ada lagi dalam youtube,dalam forum yang sama dikupas oleh Hishamuddin Rais,Sdr Hasmi Hashim & Puteri Reformasi YB Nurul Izzah..Penutupannya persembahan oleh Beeha..layan...

Oct 10, 2010

CINTAKU JAUH DI PULAU

Cintaku jauh di pulau,
gadis manis, sekarang iseng sendiri

Perahu melancar, bulan memancar,
di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar.
angin membantu, laut terang, tapi terasa
aku tidak 'kan sampai padanya.

Di air yang tenang, di angin mendayu,
di perasaan penghabisan segala melaju
Ajal bertakhta, sambil berkata:
"Tujukan perahu ke pangkuanku saja,"

Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh!
Perahu yang bersama 'kan merapuh!
Mengapa Ajal memanggil dulu
Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?!

Manisku jauh di pulau,
kalau 'ku mati, dia mati iseng sendiri.

1946 (CAMAR)


Chegufadh: 2 entri berturut tentang Seni & Cinta...sesungguhnya keduanya amat indah sekali..Namun perlu ada batasnya dalam berkarya & juga dalam bercinta...herm,selalu sangat tengok movie since betul2 sebelum raya ,masa hari raya & baru2 ni,tapi 1 apa pun aku tak buat review..nanti2lah aku story (kalau rajin)

Biar Mati Cinta Ini



Sepinya waktu…
Telah nyata ku bina…
Yang ku persiakan…
Berakhir lalu…di tangan mu…

Hasrat ku yang tersimpan…
Dalam hati yang terpadam…
Akan ku perjuang kan sepi…ini…

Terungkai sudah…Ku rasa…
Apa yang telah…Tercipta…
Akan ku hembus…
Akan ku helah…
Nafas cinta…
Biar mati di sini…



CheguFadh:lagu yang cukup menyentuh hati & perasaan..Ini antara lagu yang aku mainkan masa mula belajar gitar..Senang gak,tapi cukup asyik..

Sep 5, 2010

TV3 alat UMNO & BN yang penuh berita FITNAH,kini mahu menyesatkan AKIDAH UMAT ISLAM!!!


Tak mahu banyak cakap...Sebelum ni TV3 banyak dah lancarkan kempen membenci sesama KAUM & sesama AGAMA di Buletin UTAMA atas arahan UMNO/BN..tentera2 Dajjal ini semakin teruk hari ke hari..Sudahlah HUKUM bagi non muslim memasuki masjid dipolitikkan,dan setiap hari berita FITNAH mereka semakin dahsyat demi kelangsingan politik zionis UMNO/BN...

Kini mereka telah mempromosi pula iklan "agama" 1 Malaysia menyambut Raya Syawal nanti..Video ini telah diupload oleh page rasmi TV3Malaysia di facebook sendiri dan kemudian link berkenaan telah dibuang akibat menerima banyak komen walupun pada awalnya ADMIN TV3 tersebut hanya buang komen yang mengkritik IKLAN berkenaan..

Kita tunggu adakah TV3 akan meminta maaf kepada seluruh muslim yang ada di Malaysia..Konon sebelum ini hal non muslim masuk surau telah menghina & isu sensitiviti besar UMAT ISLAM...tetapi hal sebegini mereka boleh buat main...

Berikut adalah sedikit ulasan oleh mereka yang suka mengkaji bab freemanson,iluminiti& sebagainya,yang sampaikan AJL lalu pun dibuatnya kupasan bagi setiap scene yg ada kaitan dgn elemen illuminati..kini dalam iklan raya umat Islam pula TV3 bawa untuk tatapan kita semua..NO komen,korang tengok video then bacalah ulasan kat bawah ni..Pandai-pandai hangpa buat konklusi..


PENERANGAN JELAS PROMO IKLAN AIDILFITRI TV3! SESAT LAGI MENYESATKAN!

Scene 1 -

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 -

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

SEE!! TULISAN JAWI TERBALIK!! JAHANAM TV3!!


Scene 3 -

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 -

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.


Scene 5 -

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 -

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 -

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.


Scene 8 -

Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism

2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.


Scene 9 -

Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.


Scene 10 -

Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin

2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah


Scene 11 -

Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab


Scene 12 -

Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya (Illuminated) menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (mengetawakan Allah).


CheguFadh:Aku taklah sampai tahap Yusrizan Usop tu punya fikiran nak kaitkan benda-benda macam tu,tapi yang bab krismas tu nampak sangatlah..Sedangkan mereka yang beragama Kristian pun tak mempunyai akidah Santa Claus wujud terbang sini sana bagi hadiah...Itu hanya simbolik mereka..Tapi ini berkaitan dengan sambutan perayaan UMAT ISLAM...Kita perlu tentang perkara ini dan mendesak AGAR TV3 bertaubat NASUHA...Di bulan puasa ni pun boleh buat ragam macam ni,macam manalah nak kata TV3 ni media utama rakyat..Kalau dah TV3 sendiri menyesatkan RAKYAT..

Pekerja,pembaca berita termasuk la si Farid Ridhuan semua orang Islam & melayu pula..Dengar kata pun saham TV3 banyak dimiliki oleh mereka yang berkepentingan UMNO...Takkan isu ni pun boleh kantoi,lulus iklan yang sebusuk macam ni...Kalau nak canang agama 1 Malaysia sangat,nak ambil hati si Imam As Syeikh Najib Al One Malaysia,tak perlu sampai HINA agama ISLAM...




Jul 3, 2010

Brazil Bungkus...

Barangkali mungkin ramai penyokong Brazil yang berputih mata pada malam ni...mana taknya,bungkus dengan Netherlands..Main dah cantik,tapi apa kan daya dah ada player yg sampah main malam ni..Tak cukup dgn OwnGoal kena pulak redcard...

Apa2 jelah labu..mungkin ramai juga penyokong Brazil yg beranggapan baju biru tua tu tak ade LUCK....Biasa kuning cantik saja...So nah..ada sikit hiburan...Jangan EMO sangat..gurauan..kalau tak tahan kuat merajuk,jangan masuk sini lagi..dah jelas terpampang tulisan ni..g main jauh2..g masuk tadika balik,boleh mengadu kat mak ayah hari2...hahahahha


Kredit to facebook KAMI BENCI SAIFUL BUKHARI....

*act aku pun sokong Brazil jugak...Tapi benci MiLo dah skg..siot punya MeLo...Apa2 pun,Piala DUnia kali ni MALAYSIA memang teruk..RTM tak layak dikata penyiar Rasmi World Cup 2010...



Kempen FIFA dan banner dipegang Belanda sebelum perlawanan tadi. Say No To Racism! Cayalah. Say No To Parti Perkauman.

May 16, 2010

Cikgu VS Murid

Aku dapat ni dari seorang kawan bernama YaZid..Orang yang sama bagi aku satu gambar yang cukup menggemparkan kampus aku dulu..tapi dibuat tak layan je dek pihak yang terlibat..huhu..Ok,korang layan..Sempena hari Guru..

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


Moral of Story:
  1. Budak2 zaman sekarang banyak akalnya..kadang2 m2ncabar..Cikgu kena betul2 guna teknik pengajaran yang betul..Paling utama adalah kawalan dalam kelas untuk menilai seorang guru itu guru yang cemerlang atau tidak...
  2. Budak2 zaman sekarang memang pandai dah bab politik..Aku pun prnah terkena dulu..Bila sebut je suruh PASS buku,dorg ckp nk PKR..haha..

SELAMAT HARI GURU