Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)
Showing posts with label Najib Altantuya menggila. Show all posts
Showing posts with label Najib Altantuya menggila. Show all posts

Dec 30, 2011

Penyelewengan Wang Zakat: Penjelasan Dr Asri

Kisah wang zakat yang diseleweng menteri Hal Ehwal Agama Islam sangat mengejutkan masyarakat Malaysia...Ya mungkin ramai tak tahu sebab media massa televisyen & akhbar yang dapat penerbitan cetakan 24 jam tak siarkan...Seperti biasa kita cuma bergantung harap daripada media alternatif online untuk menerima berita yang lebih benar dan tepat berbanding media yang kononnya arus perdana tetapi menjadi alat propaganda parti tertentu yang semakin lama semakin giat di'rogol' secara begitu erotis..


Hal ini juga mendapat perhatian Dr Asri..Menerusi akaun twitternya @realDrMaza (Dr Asri) beliau diasak pelbagai pertanyaan daripada pihak yang ingin tahu & pihak yang sengaja provokasi isu ini..Sedia maklum Dr Asri dilihat sebagai ahli akademik dan jika komen beliau tentang memihak/memancung sebahagian parti politik,semestinya peluang berkenaan akan digunakan politikus dengan jayanya..

Akhirnya si akademia ini akan tersepit ditengah dek kerana masyarakat yang sudah sebati dengan politik kotor tanpa ingin mematangkannya..Masing-masing dengan polemik masing-masing..

Ikuti jawapan twitter beliau (tanpa edit)

  • Sy skrg di UK. Isu zakat DS Jamil Khir sy x jelas. Sy dah sms dia minta pnjelasn langsung. Sy tggu dulu.
  • Brdasrkn sms DS Jamil Khir itu bkn wang zakat tp wang guaman krjaan utk khdmat guaman.
  • DS Jamil Khair baru sj call sy. Sy fhm bhw itu wang am dr baitulmal bkn wang zakat. Smber asal dr krjaan. Mmg ada 2 bhgn.Sy ahli MAIPs dan ex Mufti; scra umumnya sy fhm mksd DS Jamil dlm kes itu. X kpntingn utk sy bela bliau. Tp yg x salah jgn dhukum.
  • Sy sdh cdg DS Jamil Khir buat knyataan trbuka kpd media segera. Dia kata dia akan buat.Jk dia dsaman atas individu dia salah guna public money, jk atas jwtn dia brhak.
  • Sabar, jk DS Jamil gagal trgkan kpd awam dlm media trbuka, barulah boleh dianggap brsalah. Kita tggu sat dulu.
  • Hakikatnya zakat di negara kita mmg diragui pngurusannya sbb itu ramai y mnta bntuan 'pihak lain'.Ana masih tggu knyatan trbukanya dlm masa 24hr. Jk gagal, ana akan komen. Jk bnr slh Mufti Wilayah jg msti disoal.he should explain it in public..I'm waiting 4 that..


Apa pun kita tunggu dan lihat..Jawapan DS Jamil Khair kepada Dr Asri dilihat juga sebagai jawapan selamat dan sangat bertentangan dengan dokumen yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Jamil Khair juga dibidas kerana masuk campur kes Qazaf Anwar dan Saiful atas kapasiti kerajaan walaupun kes itu sebenarnya kes jenayah melibatkan dua individu disamping palitan rumah besar mewah yang diubahsuai dengan berlebihan (kalau itu hasil wang pencen & gaji sebagai menteri tiada isu)

Pada 2 Nov Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘ Bukti Pas bukan parti Islam’

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

berita penuh disini
______________________________________________________
p/s:Sama-sama kita nantikan..Lepas ni kalau nak saman menteri jangan saman atas jawatannya tetapi individu..begitu juga dengan saman ke atas kerajaan..Saman semua menteri2 yang terlibat tanpa tarik jawatan,tetapi hanya individu..

Aug 25, 2011

Pengakuan Bekas Duta Amerika ke Malaysia tentang NAJIB

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Mallot dalam tulisannya mendakwa, pentadbiran Umno dan BN akan mempastikan Anwar akan hidup terus dalam penjara.

Rakan Najib, Datuk Abdul Razak Baginda pernah memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik,” kata Mallot dalam tulisannya.

"Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang," tulisnya lagi.

Sumber :HARAKAHdaily

Tak mustahil terjadi sebab sekarang ni dah keterlaluan kes liwat ini dimainkan oleh media-media,yang dulunya nampak seakan OK,tetapi buat pusingan..kalau dulu hanya Utusan,TV3 dan RTM sebelum 2008 tetapi ketika demam Pilihanraya,BERNAMA pula sign contract dengan Umno-BN..Lalu kumpulan berita itu pun menggasak Pakatan Rakyat sehabis boleh dek sebab melaksanakan tugas "TUHAN" barunya..

Sedar akan masalah peralihan rakyat daripada BERNAMA kepada AWANI,selepas peralihan kuasa kepada Najib,AWANI pula dikenakan tindakan yang sama untuk sama-sama mengikut gaya TV3..Baru minggu ini Sinar Harian pula mengikut jejak langkah Utusan dengan sengaja memainkan isu agama & perkauman yang sangat serius..

Modus operandi semua media ini tak lain tak bukan hanya ingin melaksanakan segala tuntutan nafsu Najib-Rosmah & Co berjaya..Yakni untuk terus berkuasa di Putrajaya..Sebelum ini berkali-kali sudah Najib isytiharkan bahawa Putrajaya harus dipertahan walau dengan apa cara sekalipun biarpun terpaksa bermandi DARAH!! Seolah-olah berperang dan membunuh rakyat juga mungkin berlaku demi pertahankan putrajaya..Sejarah mengajar kita bagaimana OPS Lalang telah dilaksanakan..

Para diktator yang terpaksa berdepan anarki di Afrika Utara & arab juga melakukan perkara yang sama..Mempergunakan agama dengan mengatakan HARAM menentang kerajaan Islam walaupun tidak ada pun model negara Islam yang ditonjolkan..Dan sekarang para totalitarian diktator ini sedang sibuk berbunuhan dengan rakyat demi memastikan kuasanya terus kekal..

Boleh kita senaraikan dan compare dengan negara barat,London terutamanya tentang skim2 Islam yang dikatakan sebagai model negara Islam..Kalaulah tentang isu yang mudah & kecil tentang Rukun Islam-Iman juga ditolaknya mentah-mentah,bagaimana mahu mengatakan diri sebagai negara Islam??

Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.

(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam)

“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Aug 24, 2011

Sentap lubang dubur

Salam 1SodoMee :

Sorong tilam tarik tilam,
bahan plastik di dalam anus,
dulu-dulu dahinya hitam ,
la ni semuanya dah bungkus

Najib pernah kata akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun biarpun bermandi darah

sepertimana Quote dalam Heroes Series Save The Cheerleader Save The World,
UBN pula gunakan istilah Save The Anus Save The Putrajaya

Kita nantikan bagaimana penghabisan drama LUCAH Malaysia ini..
Masa depan politik Malaysia bergantung pada satu lubang dubur..

Cuma berdoa agar lubang dubur saiful tidak dijadikan monumen bersejarah,dipamerkan dalam muzium negara dan dimasukkan sebagai silibus sejarah pelajar-pelajar sekolah..

Ciri-ciri saksi yang berkaliber

  • Tusuk lubang dubur sendiri (pengakuan doktor)
  • Tak basuh punggung 2 hari.. (pengakuan "mangsa" di mahkamah)
  • Tak mandi wajib & tetap ke masjid untuk solat jumaat ketika berhadas (pengakuan "mangsa" di mahkamah)
  • Meninggalkan seluar dalam di rumah ex-girlfriend semasa itu masih tunang ((pengakuan "mangsa" di mahkamah))
  • Putus tunang akibat hubungan intim dengan seorang TPP wanita ..TPP itu akhirnya dengan tiba-tiba digugurkan daripada skuad peguam Saiful Bukhari..
  • Bermain make-up di dahi
  • Membiarkan orang tua meliwatnya,jadi boneka sebab lepas main liwat,boleh dengan suka hati membiarkan barang2 lain dimasukkan ke dalam lubang duburnya...
Pening kepala bagaimana seorang lelaki dewasa yang lebih besar saiznya membiarkan seorang tua yang cacat tulang belakang ketika itu memperlakukan dirinya sedemikian rupa..




.




Aug 16, 2011

Mengimbau 1 muted Malaysia


Renegade filmmaker, writer and columnist Hishamuddin Rais says the last 53 years of Independence have led to the 'bonsification' of the Malay mind.



Amir pointed out that the culture of feudalism is still prominent among Malays, making it difficult for them to pose difficult questions to their so-called leaders. The unwavering support for the sultans of pre-independence, he said, had transferred to hero-worship of politicians after the nation declared independence from the British. "Even after Merdeka, it is unfortunate that the practice has continued. Just look at the BN rhetoric... it is to teach people to be thankful," he said. 


Full story here: http://www.malaysiakini.com/news/142146


Political cartoonist Zunar has had his books banned, pulled off the shelves and declared threats to national security ...

Mengenang kes penganiayaan terhadap DJ Jamal



EXCLUSIVE Whatever MCA president Dr Chua Soi Lek's explanation, suspended radio DJ Jamaluddin Ibrahim is unimpressed.

In fact, he said, Chua's claim that the decision to suspend him was a "management issue" only proves that it is part of some sort of "political conspiracy". "If you say it is not good for 988.fm's revenue and you want to change management, fine. That is fair. If the programme is not successful, you want to make it better, it's fair," he said.

Full story here: http://www.malaysiakini.com/news/140875




EXCLUSIVE Never mind that Ibrahim Ali-led Perkasa wants MCA president Dr Chua Soi Lek put away under the Internal Security Act. As far as suspended 988.fm radio disc jockey Jamaluddin Ibrahim is concerned, the Pasir Mas MP and Chua (left) are just two sides of the same coin.

In fact the MCA man is even worse, he caustically said during an interview with Malaysiakini yesterday.

"At least Ibrahim Ali does not touch on issues of religion," he said, still smarting over Chua's statement which reminded the deejay, a Muslim, to act appropriately in the holy month of Ramadan.





For your info, he was a dj in a chinese channel. He is the son of Shamsiah Fakeh, a figure in the Communist Party during Malaya Emmergence. He was born in China and lived all his childhood in China.DJ for 988 (chinese radio Malaysia)

Info lanjut kes

http://www.themalaysianinsider.com/

http://talkpower.wordpress.com/


Aug 8, 2011

POLIS GANASLAH!!

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" [Hadith Sahih Muslim]


Saya percaya masih ramai di luar mempertahankan tindakan FRU & PDRM mengasari orang awam ketika demonstrasi aman BERSIH..Ramai yang tidak percaya bahawa para demonstran tidak melakukan tindakan ganas.

Walaupun pelbagai taktik pihak berkuasa untuk memfitnah penganjur BERSIH dengan kewujudan botol2 plastik molotov cocktail iaitu sejenis bom yang meletup lalu terbakar apabila sahaja terhempas..ini adalah propa yang paling comel pernah dilakukan pihak berkuasa untuk memfitnah kebangkitan rakyat bak kata seorang selebriti twitter HafizChan yakni sahabatku yang juga merupakan anak angkat kepada BikMama2u (account twitter).

Lebih menambah telatah lucu apabila kesemua penutup botol  sama & semua beg2 berisi baju bersih & pedang diletakkan secara bersama..Comel bukan??PDRM dapat bukti,tapi tak dapat tangkap si pelaku..kah3!!


Ini BODOH!!Menunjukkan betapa lembabnya PDRM walhal untuk kes mcm Sosilawati & ambush ceramah PR kemain laju!!


Hasilnya nah,seramai lebih 50ribu orang berkumpul di Ibu Negara walaupun ibu negara sudah "diisytiharkan" darurat 3 hari sebelum perhimpunan AMAN BERSIH..Ibrahim Ali & geng2 silat yang konon hebat pun tak mampu nak tembus itu Kuala Lumpur..Tapi,apakan daya,kemampuan manusia & katak serta "anjing/balaci" kepada katak tidak pernah akan sama..faham2Lah..Marhaen jauh lebih berkuasa & berdaya..

Untuk maklumat rakyat sekalian,OPSbersih sudah dijalankan 3-4 hari sebelum 9julai di negeri2 utara,Melaka,Johor & N.Sembilan..Untuk kelihatan polis tidak bersalah dalam melakukan roadblock,pihak JPJ juga telah digunapakai untuk duduk lepak saja2,biar orang yang agak jahil (tak ambil tahu) dalam perihal politik semasa akan cakap 

"eh,bukan roadblock tuk halang BERSIH-LAH,tu ada JPJ haaa...."  Hah..Comel bukan???


Untuk maklumat lanjut tentang kejadian sebenar yang berlaku pada 9 julai 2011 sila klik pautan-pautan dibawah



  1. Bersih 2.0: Polis Kaki Pukul??
  2. Bukti… layanan baik Polis terhadap peserta Bersih 2.0
  3. BERSIH 2.0, 10 tangga teratas kekejaman Polis
Dan setelah video LIVEstreaming pada 9 julai tersebar luas ke seluruh youtube,twitter, facebook serta laman sosial yang lain pada hari kejadian..sepuluh hari selepas itu barulah keluar pula kenyataan daripada orang kuat PDRM boleh semak di pautan ini




Dan kita seharusnya bersyukur apabila pendakwah hebat yang cukup upToDate dgn isu semasa mengeluarkan hujah yang sangat matang..Aku keluar hujah macam ni (ringkas & padat tetapi makna sama seperti Dr Asri),kawan2 yang kononnya selama ni tak ambil tahu pasal politik & tiba-tiba menghina BERSIH (konon sbg seorang warga Malaysia yang cintakan keamanan & menolak keganasan/huru hara yang mahu ditimbulkan BERSIH tanpa hujah bukti yang konkrit) menolak hujah tu..

Mujur 2minggu lepas tu keluar tulisan dalam Minda Tajdid tentang penerangan yang lebih tersusun..Baca di sini


Kesudahannya,hangpa fikirlah baik & benarnya sesuatu perkara..Stadium Merdeka tempat bersejarah?bagi ke Justin Bibir buat konsert sampai larut malam..Lepas tu cadang nak runtuhkan sebab nak buat menara 100 tingkat..

Konon suruh buat luar daripada KL..sebulan sebelum 9 Julai & selepas 9 julai jangan kata KL,kat Selangor,Penang..Perlis,Johor,malahan Sabah pun kena tangkap pasal pakai baju BERSIH..So nak kata kalau buat kat negeri lain depa akan bagi??Semua tu BULLSHITTT je..retorika politik & sang penguasa PDRM dalam merencanakan misi mereka..


Jul 23, 2011

JAKIM: ROKOK HARAM antara nilai & propaganda

Tiba-tiba seluruh Malaysia mencarut "Dun Talk Shit" lagak kepimpinan Ibrahim Ali yang sudah "dibuang" daripada UiTM.Semuanya gara-gara pihak JAKIM yang juga TIBA-TIBA mengharamkan rokok.Fatwa kebangsaan katanya.

 PUTRAJAYA 22 Julai – Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
 
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
 
"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
 
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. – Bernama


Ulasan daripada BlogSerius

Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia. Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman - didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri. Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

LOL

Setakat inihanya rokok yang dijual di Greece yang confirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu. Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!

via NEWS.AU


Ulasan Aku:
Semua sedia maklum bahawa merokok itu 
  1. menjejaskan kesihatan diri
  2. menjejaskan kesihatan awam 
  3. menjejaskan alam sekitar
  4. menjejaskan duit poket 
Tetapi dengan  mempolemikkan isu ini seolah-olah ianya baru dalam masyarakat sangat tak wajar..Seolah-olah apa yang disebut oleh JAKIM itu adalah satu akta yang supreme dalam menentukan hala tuju AKIDAH umat Islam..Lebih teruk lagi bila mengaitkannya dengan lemak babi..Melayu ni banyak alergi dgn nama BABI..tapi bila arak??Semua duk pakat2 teguk juga..Ramai sangat melayu kaki arak..Minum kat tempat awam,tak percaya,tengoklah kat pusat-bandar...

Tak tahu apa masalahnya dengan umat Islam dalam negara malaysia yang kononnya sebagai negara Islam contoh,tetapi masyarakat Islamnya masih keliru & senang termakan dengan pelbagai polemik..Sebenarnya jika memahami nilai Islam,kita takkan mudah termakan dengan apa-apa propaganda & agenda pun..

Ya,aku bukan perokok..pernah merokok,tetapi tika ini sudah benci akan rokok..Sememangnya kita sedar & para perokok pun tahu semua yang negatif tentang rokok.Tiada langsung kebaikan,yang ada hanya suara-suara sumbang untuk menyedapkan diri sendiri dengan ayat "NAK TOLONG KERAJAAN,CUKAI ROKOK SUMBER UTAMA  NEGARA,kalau tak ada nanti MALAYSIA MUFLIS"

Aku tidak menyokong pun para perokok yang mencemuh tindakan baru JAKIM atas kapasiti perokok,tetapi aku mahu JAKIM bagi kefahaman kepada umat Islam..Dalam banyak isu,bukan yang terpilih & bersifat peribadi mementingkan diri & menjadi tunggangan pehak-pehak tertentu

Merokok itu membawa keburukan & apa2 yang membawa keburukan kepada nyawa &  masyarakat adalah HARAM dilakukan melainkan pada waktu darurat..Itu stand aku.Bukan hanya kepada rokok,sebaliknya kepada semua aktiviti.... Harap2 benda ni tak keluar semata-mata JAKIM nak raih semula populariti...Benda dah lama keluar tapi sekarang macam sengaja diumumkan semula..

#sentap Kerajaan pun dah tolong kempen kata HARAM,baik guna style haramkan BERSIH..Sesiapa yang mempunyai rokok,mahu membeli rokok,yang menjual rokok,masukkan mereka ni ke dalam penjara..MAMPUU????????kelasz kau!!! 

Malaysia negara ke 19 paling selamat di dunia

Bernama melaporkan demikian dalam portalnya


Selamat dari segi apa tu masih kabur..Diukur dari indeks jenayah atau tak ada rusuhan?Kalau segi rusuhan kena tahu bahawa rakyat Malaysia ni bukan jenis macam tu & tak payah lah kerajaan zalim UMNO/BN nak buat macam ni.

Seharusnya Najib & para orang bawahan berasa malu & lepaskan jawatan masing2 kerana menyeksa rakyat sebegini.Zaman firaun & jahiliyah pun dah pakai taktik ni bila ada satu nabi yang muncul & mahu membawa satu mesej penting kepada manusia.Untuk memerdekakan manusia dari semua segi,roh & fizikal..

Apabila semua tak takut & tunduk kepada mereka yang zalim,mulalah macam2 gendang dipalu..Sebab sokongan terhadap mereka sudah berkurangan

2 Episode terakhir dalam Juvana telah menyelesaikan bagaimana salahguna kuasa oleh golongan pemerintah digunakan sewenang-wenangnya & akan menuduh "rakyat" bawahannya merusuh kerana tidak bersetuju atas kezaliman yang dilakukan..

Negara kita aman kerana rakyat belum marah & gila bertindak macam negara2 lain..Sekiranya najib jadi pemerintah dinegara lain,silap2 dah jadi macam revolusi Perancis..Zaman revolusi Perancis lagi dahsyat,raja yang zalim dikecam rakyat..Rakyat bersatu menentang pihak istana & sembelih RAJA!!! Ini baru anarkis bila rakyat bangun menghapuskan golongan pemerintah...

Sebab itu dalam islam menitik beratkan amanah & keadilan pemimpin..Sebab perpecahan ummah itu adalah disebabkan kerajaan yang zalim..Dan juga menjadi fitnah kepada dunia luar..Lagi2 kalau yang jenis syok sendiri pejuang agama/bangsa & tanah air macam gerombolan ni semua...

fikirlah weeyyyy!!!!

Jul 8, 2011

Pra-BERSIH 2.0

Nota dari facebook
Dicatat oleh Zulhazry Mohd Yusoff

Impian paling besar untuk KERAjaan pada hari ini ialah, untuk terus memerintah warga yang bodoh, bebal dan tidak tahu membantah. Bagi warga yang bebal, kenyataan gua ini akan dibaca sebagai – jika KERAjaan mahu rakyat terus menjadi bebal dan bengap, mengapa KERAjaan mewujudkan university, institusi pendidikan, sekolah, dan Malaya terus menyaksikan kelahiran graduan dan manusia berpendidikan?



Bodoh bebal dan bengap bukan sekadar diukur dengan tahap pendidikan. Kecerdikan juga bukan dinilai dengan berapa tinggikah CGPA atau berapa tebalkah tesis. Untuk menjadi warga yang cerdik dan tidak bengap, anda tidak perlu melanjutkan pelajaran ke M.I.T mahu pun Harvard. Gunakan sahaja sedikit kurniaan Tuhan yang ada pada otak kamu semua bagi menilai sesuatu perkara secara logic dan analektikal.



Sebab itu gua katakan, KERAjaan mempunyai impian untuk terus memerintah warga yang bebal, bengap dan bodoh. Kumpulan ini senang ditangani, senang untuk diuruskan dan yang paling menarik sekali, senang untuk ditipu (baca; diperbodohkan).



Tangan gua memang gatal nak menaip, tapi selalu tak punyai peluang. Masalah negara datang dan pergi, tak pernah gua punyai ruang untuk mencelah. Semua ini juga berpunca daripada pengurangan kadar makhluk Tuhan yang bodoh bebal dan bengap di bumi Malaya lewat ini. Mereka yang sudah pandai membantah dan bersuara ini, semakin ramai yang menulis, maka gua hampir-hampir termasuk perangkap, kembali menjadi manusia yang bebal dan bengap, tidak mahu mencurahkan pandangan walau sedikit, pada ruang yang sangat dicemburui oleh penguasa yang zalim. Faham?



Kumpulan manusia yang bebal ini, ditambah dengan ubat-ubat membodohkan otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, apabila melihat bantahan, melihat demonstrasi, mereka akan melihat huru hara, melihat kacau bilau, melihat pertumpahan darah atau dalam kata yang lebih mudah dan bebal, mengancam keselamatan negara. Ini macam rombongan masuk meminang, baru tengok keluarga lelaki datang naik kereta-kereta “biasa”, keluarga perempuan dah membuat penilaian negative, tapi kalau mereka tiba dengan kereta-kereta yang “luar biasa” maka persepsi yang positif lantas tercetus, tanpa mengetahui kereta-kereta itu mungkin dipinjam daripada boss, atau pun si lelaki seorang tokey dadah. Contoh, faham?



Akibat ubat-ubat supplementary pelembap otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, maka konklusi mudah warga yang bebal ialah, BERSIH itu cuba menimbulkan kekacauan, bakal mencetuskan huru hara, mengancam keselamatan negara dan menggugatkan kestabilan politik tanahair. Akibat ubat-ubat pelembap otak itu, mereka lupa bahawa setiap kita punyai keluarga, punyai orang yang disayangi dan orang yang menyayangi, punyai mata pencarian, punyai hutang kredit kad, punyai loan kereta dan rumah serta pelbagai komitmen sepanjang hayat yang lain. Letaklah sebesar mana sekali pun kepentingan politik, kuasa dan kekayaan, tanggungjawab sebagai seorang manusia, tidak akan mampu terhakis sebegitu sahaja. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik PAS yang tiba dari sejauh Marang dan Mersing, anak-anak muda yang berduyun datang dari Kemaman dan Kuala Klawang, juga ibu-ibu dan bapak-bapak dari seluruh pelusuk Lembah Klang, mereka ada komitmen dalam hidup, mereka ada semua yang gua senaraikan di atas, yang tidak mungkin dapat dihapuskan dengan kepentingan politik atau pun kuasa, seperti juga pencacai-pencacai United Malays National Organization yang lain, cuma beruntungnya mereka, ialah mereka punyai sedikit kesedaran. Mereka punyai sedikit rasa simpati, punyai tanggungjawab. Simpati dengan masa depan negara, kesedaran untuk melihat perubahan, dan tanggungjawab sebagai warga untuk memberi secebis sumbangan dalam membuat perubahan.



Percayalah, tiada seorang pun dari kalangan kita yang mahukan ketidakstabilan dan kekacauan, kecuali Ibrahim Ali. Percayalah, tiada kalangan kita umat manusia ini, yang terfikir untuk menjadikan kuasa politik melangkaui sempadan nyawa dan keselamatan peribadi. Mendengar dendangan ubat-ubat pelembap otak ciptaan Mahathir Mohamed memang begitu lah kesudahannya. Apabila rakyat semakin cerdik dan pandai menilai, maka ketika itu lah keselamatan negara akan terancam. Apabila rakyat sudah bijak membantah kebobrokan penguasa, maka ketika itulah kestabilan negara akan tergugat. Walhal, setiap kita akan meletakkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu, keluarga sendiri terlebih dahulu, dalam apa jua keadaan, kerana itu lah secebis akal yang diberikan, berupaya mencetus kesedaran untuk melakukan perubahan. Untuk siapa, kalau bukan untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Janganlah melihat dalam skop yang terlalu besar. Orang tidak akan mahu mati dan cedera secara sia-sia. Faham?



Untuk itu, kaedah mereka akan ternyata berhasil, apabila wujud kalangan manusia yang bebal ini, mengatakan BERSIH adalah punca segala kesesakan jalanraya seawal pagi, atau individu-individu yang dominan dalam penganjurannya, dipersalahkan secara total sebagai punca segala kerumitan (apatah lagi Ambiga, yang secara langsung kita akan menyentuh semangat rasisme mereka), padahal, makhluk pertama yang mendendangkan masalah keselamatan, masalah kerumitan kepada massa, dan kekacauan ialah polis dan penguasa sendiri. KERAjaan. Mereka yang seawal pagi menjadi punca kesesakan lalulintas, 4 hari sebelum Sabtu 09th July 2011 bukanlah para penunjuk perasaan tetapi penguasa sendiri.



Wahai anjing-anjing UMNO sekalian, gua nak tanya, mengapa tiada larangan untuk sejuta Belia berkumpul dan tiada sebarang cetusan kebimbangan keselamatan yang kamu salak kan? Mengapa ketika itu kamu tidak bercakap apa akan berlaku jika sejuta Belia itu yang tinggal dalam khemah-khemah “sedap” selama 3 hari 2 malam akan “bersedap-sedapan” sekaligus menimbulkan ketidaktenteraman kepada warga sekeliling? Oh, kerana mereka ada tujuan yang murni untuk berkumpul. Atau kerana mereka dinaungi Najib Razak? Mengapa mereka boleh berkumpul dan kami tidak boleh berkumpul? Cuba ketuk sedikit ubun-ubun kepala kamu tu dengan tukul besi dan kemudian tanya semula, mengapa mereka dibenarkan tetapi pembangkang tidak?



Begitulah juga kisahnya dengan mereka yang mahu mengadu nasib ke jalanraya 09th July 2011 ini. Mereka juga punya niat yang murni, atas pertimbangan akal dan kewarasan mereka. Mengapa kamu semua yang bebal dan bengap ini tidak pernah mahu membicarakan tujuan murni mereka? Mengapa tidak kamu sanggup perbahaskan usul yang mereka bawa? Kenapa yang kamu canangkan ialah isu keselamatan dan ketenteraman? Mengapa kamu begitu asyik menyebut keadaan yang huru hara tetapi tidak pernah menyentuh mengenai suasana demokrasi yang lebih stabil dengan sistem pilihanraya yang adil? Di sinilah wujud nya ruang luas, antara akal kamu yang cuba bercakap tanpa berfikir, dengan pakcik-pakcik PAS juga anak-anak muda yang punyai kesedaran untuk melihat sebuah demokrasi subur tersemai seadilnya di bumi Malaya ini. Oh, jika tiada demokrasi bagaimana mungkin Pakatan Rakyat boleh menafikan majority 2/3 di Parlimen?



Bebal dan bodoh sekali lagi menguasai minda makhluk-makhluk peliharaan UMNO ini. Jika pilihanraya di Malaya ini, dilakukan dengan adil dan tidak berat sebelah, maka ketika ini UMNO hanya memerintah di Johor dan Borneo. Di mana mata dan telinga kamu wahai mahkluk-makhluk bebal, ketika UMNO menggerakkan seluruh jentera KERAjaan, makcik-makcik KEMAS berstatus andartu, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan yang kantoi tahun akhir di univerisiti, juga media-media peliharaan, saban hari menyalak untuk berkempen menipu warga pada setiap kali munculnya pilihanraya? Mengapa ini tidak kamu semua sebut? Cuba sekali lagi ketuk ubun-ubun kepala kamu dengan tukul besi dan tanyakan soalan tersebut sekali lagi kepada diri kamu.



Perlukah gua bercakap tentang ketelusan senarai pengundi, pendaftaran pemilih yang menyebabkan bini gua didaftarkan di Felda Lok Heng sedangkan dia tidak punyai saudara di sana DAN tidak pernah langsung mendaftar mengundi, atau perlukah gua bercakap tentang dakwat kekal serta penggunaanya? Undi pos yang berguni-guni? Arghhh semua itu tidak tercapai dek akal manusia-manusia bebal yang makanan hariannya ialah Utusan Melayu, RTM dan TV3.



Bukanlah keselamatan, atau kestabilan dan keamanan yang menjadi priority KERAjaan, tetapi mereka bimbang, sekiranya jumlah warga yang sedar semakin bertambah, jumlah mereka yang punyai akal semakin meningkat, mengatasi kumpulan mereka yang bebal dan bengap. Ini agak menyukarkan lagi tugasan mereka untuk mengawal dan memperbodoh. Moga kamu semua sedikit bongkar, faham?

Jul 2, 2011

Puisi A Samad Said :Peludah Warna

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID

Jun 17, 2011

Mengenang HIMPUNAN PERTAMA BERSIH

Bersih serah memo kepada SPR 
Petikan HarakahDaily 

OlehHazayani Zakaria 

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini tetap menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) meskipun gagal bertemu dengan pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Menurut Setiausaha Bersih, Faisal Mustaffa, memorandum mengandungi lima tuntutan itu hanya diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said setelah permintaan untuk mengadakan pertemuan dan dialog dengan Abdul Aziz tidak diterima.

"Tidak ada pertemuan pun di antara kami dengan Pengerusi SPR. Alasan yang diberikan, beliau ada urusan lain dan tidak ada sebab yang menggesa beliau untuk bertemu kami. Tetapi kami telah pun menyerahkan memorandum kepada pegawainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Bersih bagaimanapun katanya, akan terus untuk memohon untuk mengadakan sesi dialog dengan SPR untuk berbincang mengenai tuntutan-tuntutan yang masih belum mendapat perhatian pihak SPR.

"Kita memang memerlukan satu pertemuan dengan pihak SPR bagi mereka menjawab segala tuntutan Bersih dan selepas ini kita akan memohon lagi untuk bertemu SPR," katanya.

Mengulas lanjut mengenai memorandum yang diserahkan itu, Faisal memberitahu, perkara utama yang ditekankan adalah mengenai persempadanan semula pilihan raya yang masih tidak diketahui umum.

Sehubungan itu, Bersih katanya, memerlukan penjelasan daripada SPR kerana melihat pesempadanan semula yang dilakukan sebelum ini tidak dilakukan mengikut prosedur yang betul.

"Yang paling penting ialah mengenai persempadanan semula pilihan raya, yang banyak tidak diketahui secara umum. Kita juga berkerjasama dengan Merdeka Center mengadakan 'pilot study' berkenaan pesepadanan itu, dan ingin dapatkan penjelasan daripada SPR yang mana persempadanan SPR tidak dilakukan mengikut lunas-lunas yang betul. Kita juga ada proposal bagaimana sepatutnya persempadan ini harus dilakukan," katanya.

Selain itu, Bersih meneruskan empat tuntutan sebelum ini yang belum dilaksanakan iaitu penggunan dakwat kekal, akses kepada media secara adil, penghapusan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

"Ia juga termasuk demokrasi pelbagai parti dan juga pentadbiran pilihan raya itu sendiri," katanya.

Bersih juga mengambil serius mengenai kekangan yang dihadapi SPR kononnya mereka tidak ada kuasa untuk melakukan reformasi dalam proses pilihan raya.

"Isu yang penting kekangan atau alasan yang diberi SPR ialah undang-undang tidak membenarkan mereka untuk melaksanakan reformasi begini. Tapi kita sudah jelaskan dalam memorandum bahawa SPR mengikut perlembagaan mempunyai kuasa untuk mengusulkan pindaan kepada akta berhubung pilihan raya," jelasnya.

Turut hadir di pejabat SPR tadi ialah Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, ahli-ahli jawatankuasa induknya, Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.



Bersih akan fokus isu 'beli undi','manupulasi undi pos' di KT 
[Tekan LINK TAJUK untuk bacaan penuh]
 



Rashid yang suruh Bersih serah memo pada Agong 
Petikan malaysiakini

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sewaktu perhimpunannya 10 November lalu atas nasihat Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Dalam memorandum tersebut, Bersih menuntut supaya diadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini.

Setiausaha Sekretariat Bersih, Faisal Mustaffa berkata, Abdul Rashid menasihatkan anggota rombongan Bersih supaya berbuat demikian dalam satu pertemuan di pejabat pengerusi SPR itu di Putrajaya pada 3 Julai.

Katanya, dalam pertemuan tersebut pengerusi SPR itu memberitahu bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menukar peraturan dan perjalanan pilihanraya.

"Sehubungan itu, Abdul Rashid mencadangkan kepada Bersih supaya menghantar memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong. "

"Awak (Bersih) hantar kepada Agonglah kerana saya (Abdul Rashid) tiada kuasa," kata Faisal dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Berikutan itu, kata Faisal, Bersih mengadakan perhimpunan yang hadiri kira-kira 40,000 dan menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November lalu.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Istana Negara oleh delegasi yang diketuai oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa; Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimapun, kata Faisal, Abdul Rashid telah menukar pendiriannya itu apabila mendapat tahu yang Bersih akan mengadakan perhimpunan untuk menyerahkan memorandum sepertimana yang dinasihatkan oleh beliau.

Dalam satu kenyataan selepas itu, Abdul Rashid berkata SPR akan memendekkan masa berkempen dalam pilihanraya umum akan datang, jika Bersih meneruskan perhimpunan tersebut.

Sehubungan itu, kata Faisal, Bersih akan mengedarkan pita perbualan antara Abdul Rashid dengan anggota rombongan Bersih itu di mana beliau telah menasihatkan gabungan itu menghantar memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, seorang lagi wakil Bersih, Tian Chua berkata, PKR mempunyai pengalaman pahit setiap kali berurusan dengan pengerusi SPR itu.

Beliau mendakwa, Abdul Rashid hanya mengikut telunjuk Barisan Nasional (BN) dan kerana itulah kerajaan cuba untuk melanjutkan khidmatnya setahun lagi.

"Abdul Rashid akan bersara pada 31 Disember ini tetapi kerajaan mahu meminda perlembagaan untuk membolehkan khidmatnya disambung," katanya yang juga Ketua Penerangan PKR
 

Jun 13, 2011

Umno-BN TAK Faham Erti Negara Berkebajikan?


Dari TV Selangor

KOMENTAR : Ini satu lagi ujian bagi rakyat Malaysia; sekurang-kurang untuk menyukat kefahaman dan kebijaksanaan mereka. Persoalan kali ini mudah – apakah erti kebajikan? Dan, setelah mengerti istilah kebajikan, apakah pula yang dimaksudkan dengan Negara Berkebajikan?

Seperti biasa pemimpin Umno-BN akan menggunakan segala kudrat media dan instrumen penerangannya untuk memberi takrif kebajikan dari sudut pandang mereka. Umumnya, pemimpin Umno-BN mendakwa mereka telahpun melaksanakan tuntutan Negara Berkebajikan dalam urusan pentadbiran negara.

Tanpa sebenarnya mengulas dan memperinci erti kebajikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, misalnya, terus mendabik dada mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Berkebajikan. Dalilnya, kata beliau, kerajaan telah memberi dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat di bidang pendidikan, prasarana, subsidi sara hidup dan sebagainya.

Lantas, beliau dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, memperlekehkan teras perjuangan PAS kini untuk menegakkan sebuah Negara Berkebajikan. Malah diperli-perli pula PAS yang kononnya tergamak meninggalkan perjuangan menegakkan sebuah Negara Islam.

Seolah-olah meratapi anjakan keutamaan PAS ini, Umno mahu perjuangan mulia PAS menegakkan Negara Islam diteruskan. Namun rakyat yang peka tentu dapat membaca dalam usaha memikat pengundi Melayu-Islam, Umno melalui bekas presidennya, Dr Mahathir Mohamad, dengan selamba menabalkan Malaysia sebuah Negara Islam hanya kerana Perlembagaan menyebut Islam agama rasmi Persekutuan.

Langkah itu semua diambil dengan tujuan mematikan langkah politik PAS terus memenangi hati dan minda orang Islam di negara ini untuk menyokong agenda menegakkan sebuah Negara Islam di Malaysia!

Kini apabila PAS memperkenalkan konsep perjuangan Negara Berkebajikan, Umno (melalui Presiden dan Timbalan Presiden) beria-ia benar mengumumkan kerajaan Umno-BN memang sudah lama memperjuangkan konsep Negara Berkebajikan itu.

Memang diakui demikian. Namun tindakan Umno-BN itu adalah satu usaha yang dilakukan sudah terlalu lama dahulu. Itupun ketika Umno-BN belum lagi dirasuk nafsu serakah untuk menghimpunkan dividen kebajikan kerajaan kepada sanak saudara dan suku sakat Umno dan sedikit sahaja untuk ahli komponen BN yang lain.

Sejak berjaya melakarkan impian bahawa Malaysia akan menjadi sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020, Umno mula memusatkan perhatian untuk menghimpunkan kekayaan dan kemewahan atas nama Dasar Ekonomi Baru. Kira-kira RM54 bilion dikumpulkan untuk menjana kekayaan bagi pihak kaum Bumiputera. Hari ini hanya RM2 bilion sahaja yang boleh dikaitkan dengan pemilikan Bumiputera baki RM52 bilion itu lesap atau tiris entah ke mana. Hanya Umno dan pemimpinnya tahu siapakah yang benar-benar mendapat manfaat daripada kerangka kebajikan yang diwar-warkan oleh Najib dan Muhyiddin ini.

Adalah selamat dikatakan bahawa Umno-BN Cuma faham erti kebajikan dari sudut material semata-mata. Dari tindak tanduk dan sikap, boleh dirumuskan bahawa Umno tidak menghitung bahawa pengertian Negara Berkebajikan juga mempunyai dimensi rohaniah atau kejiwaannya.

Seseorang yang bernaung di bawa sebuah Negara Berkebajikan mungkin tidak lengkap dibantu dengan kebajikan material sahaja. Kebajikan yang hakiki ialah ketenangan, kesejahteraan dan kemakmuran jiwa dan akal fikiran. Perspektif ini amat penting diterjemah dan dihayati dalam sesebuah negara yang berkebajikan.

Soal bantuan ekonomi dan materi lain memang mutlak menjadi tanggungjawab kerajaan. Namun bantuan dan kebajikan hakiki mestilah dijelmakan dalam soal bebas menghayati rasa aman, sejahtera dan selamat daripada segala onar. Rakyat harus bebas dari ketakutan harta-benda dan nyawa mereka dicerobohi. Jika ia disakiti oleh hasad dengki insan lain, ia tahu bahawa ia akan dapat pembelaan dan, jika ia dibicarakan, ia yakin bahawa ia akan dihakimkan dengan adil.

Bila disebut Negara Berkebajikan, ia bermakna rakyat mestilah dilindungi oleh hambatan ekonomi seperti inflasi, menghuni sistem perumahan yang munasabah dan mampu memelihara maruah individu dan keluarganya. Kemudahan hidupnya seperti peluang pendidikan, prasarana pengangkutan dan sebagainya mestilah diapit erat oleh ketenangan, keamanan dan keadilan yang dijamin oleh pemerintah.
Maka apabila Najib dan Muhyiddin bersorak bahawa Umno-BN sudahpun mengamalkan konsep Negara Berkebajikan, ia pasti satu pengertian dan cerminan kefahaman dan kepemimpinan yang cacat. Kebajikan material Umno-BN tidak diimbangi dengan dimensi kebajikan kejiwaan.

Bagaimana mungkin akan ada ketenangan jika dalam kehidupan seharian kos sara hidup semakin merentap nilai setiap sen yang diperolehi dari jerih rakyat oleh inflasi lantaran kebebalan pengurusan kerajaan memotong subsidi barangan perlu tetapi masih mempertahankan jaminan RM19 bilion subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) saban tahun?

Kebajikan apa namanya jika setiap ibubapa sentiasa musykil, bimbang dan ngeri akan keselamatan anak dan keluarga dalam kes kejadian jenayah yang semakin parah? Kebajikan apa namanya, jika agensi keselamatan dilihat lebih mudah diarah oleh pemerintah untuk menggertak dan mengancam rakyat yang mahu bersuara tentang kepincangan sistem pilihanraya, mahkamah dan menuntut hak untuk bebas bersuara?

Untuk mencapai status Negara Maju, Malaysia memerlukan warga yang tinggi pendidikannya dan lapang pemikirannya tanpa cengkaman peraturan dan undang-undang yang zalim. Rakyat memang dengan penuh komitmen sentiasa membimbing keluarga masing-masing ke arah itu. Maka zaman untuk terus menjadi tukang angguk kepada sebuah pemerintah seperti Umno-BN yang berpendirian “hanya kerajaan yang lebih tahu” sudah berlalu.

Rakyat hari ini lebih mengerti maksud Negara Berkebajikan. Usah Najib, Muhyiddin atau mana-mana pemimpin Umno-BN beranggapan bahawa rakyat jahil dalam membezakan ciri-ciri sebuah Negara Berkebajikan dengan sebuah pemerintah yang hanya menghimpunkan kebajikan kepada juak-juak mereka sahaja.

Avatar Video Seks (2)

Di dalam riuh-riuh kes video seks, terdengar pula nama Shuib Lazim. Beliau adalah orang kuat Perkasa. Jawatannya penting iaitu sebagai Bendahari Agung. Maka dengan mudah kita bisa faham bagaimana Perkasa tak lain adalah sebuah “kenderaan politik” Dr Mahathir. Tak hairan juga bagaimana Perkasa jadi antara pehak yang paling banyak membuat komen terhadap video seks berkenaan melalui presidennya, Ibrahim Ali.

Begini, konspirasi tetap konspirasi. Hal “perut boroi” jadi kantoi sehingga menimbulkan pertanyaan meluas apakah benar pelaku di dalam video berkenaan adalah tulen Anwar? Polis melalui Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar hanya berani menyebutkan bahawa video itu tulen, tetapi tak berani menyatakan bahawa Anwar-lah pelaku di dalam video yang kemudiannya tersebar meluas di Youtube.

Alasannya ialah tak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan lelaki pelakunya—sedangkan beliau terlupa, apakah ada peruntukan undang-undang untuk menyatakan video itu tulen atau tidak?

Keadaan ini hanya menimbulkan satu lagi keraguan. Melihat pengalaman dua kali fitnah yang dilempar ke atas Anwar, pehak polis sebelum ini begitu tangkas untuk bertindak—meskipun banyak tindakan polis bukan sesuatu yang mengikut lunas undang-undang.

Sebagai contoh, serbuan segera yang dibuat di rumah Anwar pada malam 20 September 1998; apakah sepenuhnya mengikut undang-undang? Begitu juga tangkapan kali kedua terhadap Anwar di hadapan simpang rumah beliau di Bukit Segambut—selepas Saiful Bukhari membuat aduan konon beliau diliwat—juga sangat jauh daripada mengikut undang-undang.

Lantaran itu, ‘kelembapan’ polis bertindak kali ini menunjukkan bagaimana sesungguhnya Polis juga tahu apakah pelaku di dalam video berkenaan bernar-benar Anwar atau tidak. Arakian langkah tidak mengumumkan pelakunya hanya meninggalkan persepsi negatif di dalam fikiran masyarakat (khususnya orang Melayu) terhadap Anwar.

Dalam kata mudah, orang Melayu khususnya di luar bandar yang susah mendapat maklumat barangkali telah menyakini bahawa pelaku seks itu adalah Anwar. Sebab itu kes ini adalah kes politik. Sebab itu tindakan pehak polis, khususnya Khalid sendiri boleh ditafsir juga sebagai “langkah politik” yang telah memenangkan sang konspirator dan pemerintah Umno-BN.

Gelanggang politik Malaysia bukanlah sebuah gelanggang yang terlalu besar dengan para pemain utama terlalu ramai. Balik-balik orang itu, orang itu jugalah. Lantas, adalah sesuatu yang sangat mustahil apabila seorang perdana menteri, seperti Najib Razak tidak mengetahui lebih awal mengenai sebuah rakaman video seks yang dikatakan melibatkan musuh politik nombor satu beliau sendiri.

Ya, seperti kata Dr Mahathir, “kalau Amerika boleh buat [filem] Avatar,” apa sahaja boleh dibuat secara visual dan filem. Untuk membentuk wajah Anwar sedang melakukan hubungan dengan seorang wanita (dikatakan pelacur) Cina, bukanlah terlalu sukar. Belanjanya juga bukanlah terlalu mahal, dan tak perlu dibuat sampai ke Hollywood.

Saya tak fikir Najib tak tahu semua ini—tapi untuk mudah-mudah lepas tangan kononnya beliau ‘bersih’ tak terlibat, dan kononnya Umno juga tak ada kena -mengena di dalam komplot kali ini adalah satu kenyataan hipokrit. Lebih-lebih lagi, hari pertama video itu mahu ditayang; ia ditayangkan kepada editor-editor kanan media perdana—orang yang tentu sahaja mempunyai hubungan terus dengan HP dan emel Najib.

Sejak era Dr Mahathir sebagai PM, Najib bukanlah seorang menteri yang bersarang idea yang lebih hebat daripada Dr Mahathir. Najib selalunya menurut sahaja apa kehendak Dr Mahathir. Lalu, tidak mustahil untuk Najib sekali ini memberi restu kepada sebuah rakaman video fitnah yang sudah siap dibuat untuk dipublikkan seraya apa yang beliau perlu katakan cukup mudah, iaitu “Umno tak terlibat”.

Namun kata-kata sedemikian tidak semestinya dapat membersihkan Umno daripada dosa yang maha besar. Dalam arti kata lain, kerosakan selepas lebih sedekad, dengan konspirasi demi konspirasi menjadikan orang Melayu dalam tak sedar telah belajar berbohong. Melihat pembohongan sebagai sesuatu yang seakan-akan diizinkan demi mencapai matlamat apapun. Termasuklah matlamat politik.

Media milik Umno, khususnya Utusan Malaysia juga dilihat tidak memainkan isu ini cukup kuat. Andailah memang pelakunya Anwar, kita yakin Utusan akan mencetak foto petikan video berkenaan saban hari di muka surat depan, di samping tak perlu bersusah payah mengalih isu kepada isu sumpah.

Belum pernah di dalam kehidupan budaya orang Melayu, sebegini bobrok dan hodohnya digambarkan wajah tamadun bangsa Melayu. Inilah dosa besar dua pimpinan Umno, iaitu Dr Mahathir dan Najib di mana mereka boleh dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Itu mereka punya pasal. Orang Melayu sendiri sesungguhnya harus menolak amalan politik ala Mahathir-Najib ini. Kita tidak boleh lagi mendiamkan diri dan menerima fitnah sebagai satu amalan biasa politik. Memang tak ada lagi alasan untuk menerima Umno yang ternyata telah merosakkan akal-budi bangsa sampai ke tahap ini.

Menolak Umno buat sekali ini berarti menyelamatkan bukan sahaja negeri, malah menyelamatkan bangsa daripada terus binasa; tenggelam dengan fitnah—sepertimana sebelum ini Tuhan menghancurkan bangsa-bangsa yang menjadi fitnah sebagai sebahagian daripada makanan harian mereka.

Saya percaya, Melayu tidaklah selemah itu.

Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.

Avatar Video Seks (1)

Oleh : Hasmi Hashim


“If they can make Avatar, they can make every thing”.
~ Dr Mahathir Mohamad.



Kata-kata itu tak kosong. Ia adalah sebuah keyakinan hati mantan perdana menteri ke-4. Samalah ketika ditanya apa yang beliau mahu selepas melepas jawatan Perdana Menteri, dengan nada seloroh dan jenaka katanya, “saya nak jadi Agong, mereka tak kasi”.

Dari kaca mata politik-kekuasaan, itu bukan jenaka—walaupun nadanya terdengar seperti mudah dan seloroh. Maka, “Avatar” yang dimaksudkan Dr Mahathir seolah-olah apa sahaja gambaran dapat dibuat—termasuk, tentu sahaja, video seks yang pelakonnya menyamai wajah sesiapa sahaja. Termasuk wajah Anwar Ibrahim.

Anwar tetap musuh nombor satu beliau. Sekali Dr Mahathir pernah coba menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri; tak ada alasan untuk beliau dengan mudah melepaskan Anwar pada mana-mana waktu. Meskipun selepas beliau berundur daripada jawatan PM, ia bukan sebab untuk tidak terus menyerang Anwar.

Kemarahan terbesar Mahathir kepada Abdullah Badawi, dalam pengamatan saya, bukanlah kerana Barisan Nasional (BN) hilang banyak kerusi di dalam Pilihanraya Umum ke-12. Di bawah kritikan mendesak Abdullah berundur, tentulah kerana Abdullah dilihat ‘membebaskan’ Anwar.

Apabila Anwar bebas, maka oposisi terpandu untuk kembali mengejar jejak ke Putrajaya. Inilah yang paling ditakuti Dr Mahathir. Beliau tanpa sedar atau tidak, pernah mengakui akan lari dan tinggal di luar negara kalau Anwar berjaya menjadi perdana menteri.

Ternyata, walaupun selepas Dr Mahathir berundur daripada jawatan PM, kerja politik beliau tidak terhentikan. Beliau masih coba aktif mengatur itu-ini. Orang-orangnya masih ramai. Kepentingan dan sumber ekonomi yang mahu beliau pertahan, tetap sahaja banyak. Sementara di dalam diam-diam, timbul nama Shazryl Eskay Abdullah—seorang yang pernah mempunyai kepentingan langsung terhadap projek Jambatan Bengkok.

Apakah kita lupa bagaimana projek Jambatan Bengkok adalah antara projek emas Dr Mahathir. Di sinilah hubungan antara Dr Mahathir-dengan-Eskay yang tak dapat disembunyikan. Watak-watak lain di dalam drama pendedahan video seks yang didedahkan Eskay juga punya hubungan terus dengan Dr Mahathir. Terutamanya Rahim Tamby Chik, mantan Ketua Menteri Melaka.

Rahim, malah di dalam satu kenyataannya menyebutkan bagaimana beliau percaya karier politiknya dahulu pernah dibinasakan oleh Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri. 

Rahim sendiri mengakui beliau bertanya kepada Dr Mahathir, apakah Dr Mahathir yang menyebabkan kes “rogol budak bawah umur” dibawa ke mahkamah? Khabarnya Dr Mahathir menafikan. Lalu menuduh ia disebabkan Anwar. Rahim konon-kononnya percaya sehingga ramai sekali orang percaya hal itu, langkah Rahim kali ini tak lebih hanya untuk membalas dendam terhadap Anwar.

BERSAMBUNG...

May 18, 2011

4orang SAKSI ALLAH vs video & DNA yang boleh diseleweng

Pengalaman sepanjang minggu ni mungkin yang paling nyata dan boleh dikongsi adalah berkesempatan untuk menghadiri Forum Pengkisahan Sejarah ABIM.Tiga orang presiden ABIM  terawal telah datang & menceritakan serba sedikit berkaitan dengan pergerakan ABIM yang mana telah mencetuskan satu fenomena gerakan ISLAM yang unggul di tanah Melayu.

Ianya juga diakui oleh sarjana dari Indonesia berdasarkan beberapa catatan yang dibaca.Juga catatan peribadi oleh salah seorang sarjana Barat berkaitan kebangkitan gerakan Islam di Malaysia.

Presiden keduan adalah saudara Anwar Ibrahim.Presiden pertama & ketiga mengakui mereka bukanlah sesiapa apabila diangkat menjadi presiden kerana cadangan penubuhan ABIM adalah oleh DSAI sendiri seperti kata Prof Dr Razali (Presiden Pertama ABIM).Saudara Anwar sendiri telah ke Germany bagi menarik Prof DR Razali pulang ke Malaysia untuk menjayakan agenda gerakan Islam.

Ulasan Presiden ketiga juga sedemikian apabila beliau memuji saudara Anwar yang begitu komited dalam perjuangan walaupun difitnah sedemikian rupa.Beliau berkata sedemikian kerana telah mengenali rapat saudara anwar semasa usia muda lagi.Ketika umur Saudara Anwar dalam 20an.

Kata penutup dari beliau dengan nada yang sebak adalah PERJUANGAN ORANG YANG BERADA DILANDASAN ALLAH INI SEMEMANGNYA IBARAT LALUAN YANG MEMIJAK DURI,meminjam kata pujangga dari seorang ilmuwan Islam.

Saudara Anwar menjadi panel ketiga berucap mengenai masa depan ABIM & perkara-perkara yang harus disedari bersama supaya hukum ALLAH tidak dipermainkan.Begitu banyak perkongsian & kebobrokkan serta peristiwa beliau memasuki UMNO.

Beliau berkata ada hikmah beliau memasuki UMNO & bagaimana 3 kali amaran oleh Arwah Ustaz Fadhil Noor semasa beliau hendak memasuki UMNO & berada dalam UMNO.Setelah difitnah baru beliau faham apakah artinya amaran tersebut.Ulas beliau lagi,kemasukkan ke dalam UMNO bukanlah satu yang pahit semata-mata kerana dengan itu beliau diangkat sehingga jawatan TPM dan masih lagi bersahabat baik dengan banyak delegasi seluruh dunia.

Forum diakhiri oleh Syeikh Wahbah yang datang bagi memberi amanat kepada pemuda Islam diseluruh dunia khasnya Malaysia.ABIM juga teguh untuk menolak budaya politik membunuh karakter & fitnah.Semuanya harus berlandaskan QAZAF.

Allah telah menyatakan bahawa jika berlaku kes sedemikian,harus dibawa 4orang saksi yang cukup syarat,yang layak & tidak pernah membuat dosa-dosa besar.Allah tidak menerima bukti selain daripada 4ORANG..diULANG,4ORANG SAKSI..bukan 4saksi (vdeo,DNA & sebagainya)..

Hal ini demikian kerana jika diperhalusi kita akan memahami bahawa ALLAH itu MAHA BIJAKSANA kerana boleh tahu video & DNA boleh diseleweng oleh hambanya yang mempunyai nafsu.ALLAH juga telah berfirman mengenai golongan yang berani bersumpah atas kalimah ALLAH untuk mempertahankan harta & pangkatnya..

Hukum Islam itu sangat cantik kerana menjaga maruah tertuduh yang masih belum dibuktikan kesalahan serta tidak memberi peluang keparat2 diluar sana yang sengaja mempermainkan HUKUM ISLAM..Nah,jika para hakim & peguam gentar dengan amaran ALLAH bahwasanya apabila menjadi HAKIM,sebelah kakinya telah berada dineraka,maka laksanakanlah mengikut kaedah yang sepatutnya..

Apr 17, 2011

DAP: Memorandum kepada PM dikoyakkan

Perdana Menteri enggan mendengar suara rakyat Limbang dan memorandum telah dikoyakkan! Di mana erti SATU Malaysia?

Saya berasa kecewa dan menyesal terhadap Perdana Menteri Najib (gambar kanan) yang enggan menerima memorandum DAP semasa beliau meninjau ke Pasar Tamu Limbang petang semalam.

DAP Limbang telah menyediakan dua memorandum untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. Satu adalah mengenai "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".

Kami menunggu ketibaan Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6pm. Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP Leong Kwang Yew.

Semasa Leong Kwang Yew dan ADUN Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar. Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, perbuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka.

Jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!

*Kenyataan media oleh Thomas Su (gambar kiri) selaku Ketua Bilik Gerakan Pilihanraya DAP bagi DUN Bukit Kota DAP dan ADUN Pasir Pinji.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11754 


Fadh Universoul:
Betapa celakanya sikap raiak & takbur pihak pemerintah bila bertemu rakyat..Yang dicanang lain,dalam TV macam2 ini & itu..tapi bila hal sebenar belakang tabir lain..Inilah landskap politik gaya kampung yang tak dapat maklumat..Mudah diperbodoh dengan media arus perdana..Perihal Raja Petra,ramai yang nak marah2 RPK sebab liputan 2 malam berturut2 dengan RPK di Buletin Utama..Nasihat aku,jangan termakan dengan najis provokasi puak gerembolan ni..Kalau perasan ada satu berita yang terlalu diheboh2kan apabila Najib & HadiAwang bertemu dipasar semasa kempen..mereka berpeluk sakan & bertegur..Ianya nak provoke supaya PKR & DAP berpecah dengan PAS..PleaseLAH..Taktik lama..tapi harap2 yang geng UG tak gila meroyan..tetapkan dengan perjuangan sekarang..Kalian semakin relevan dalam arus politik negara...

Malaysia yang JIJIK

Lama tak mencatat..terlalu sibuk dengan tugasan seharian..apapun,perjuangan memang tidak pernah dikhianati..Cumanya kadangkala agak bosan dengan gaya politik BODOH MELAYU & MALAYSIA..Terlalu bodoh sehingga untuk menjatuhkan imej seseorang wayang seks secara percuma & dibuat gaya preview filem di FINAS mendapat kebenaran..

Pertama kali Malaysia menganjurkan festival filem nakal sedemikian.Polis & segala macam badan berkuasa seakan mengizinkan.Pak Mufti tak keluar ulasan,Si Firaun Kecil Zul Nordin masih dengan perangai Zionis Yahudinya..Mungkin disebabkan dah terlalu kenyang & selesa dengan segala macam kemewahan wang rakyat.Kalau dulu dalam PR siap main kayuh basikal lagi..



Kes Bible dalam BM pun sengaja diperbesarkan walaupun ianya hanya hal yang kecil.Takut katanya kalau melayu tertipu.Hoi MELAYU PUKIDA,PERKASAM & UMNGOK diluar sana,tak lupa kepada Melayu lain (PAS terutamanya) yang terlalu menyalahkan agama lain bila hal bersangkut paut agama islam...Melayu sekarang ni memang bangang BI ke??Melayu hanya pandai baca BM ke??Kalau duduk disekolah2,bandar terutamanya,anak2 melayu kita dah tak layan lagu melayu..Semuanya BARAT..Semuanya ENGLISH..Kalau tak ENGLISH tak COOL & up-to-date...

Jadi nak kata relevan apa bila Bible dalam BM tak boleh??Orang kampung??Orang kampung & bandar,dibandar kebanyakan lebih sesat.Dalam kampung tak ada clubbing & pesta maksiat mcm di bandar.Yang mudah terpengaruh adalah orang bandar.Sampaikan arak & ini itu  pun tak tahu beza..

Jadi oleh kerana Melayu yang dah macam tak ada agama ni kebanyakannya melayu yang terlalu barat,mereka memang lebih pandai BI dari BM..sepatutnya kerajaan HARAMKAN Bible dalam English sahaja..Orang2 di Sabah & sarawak yang kristian tak berhak dapat Bible dalam BM..mereka tak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai rakyat Malaysia..Walaupun kebanyakan daripada mereka bukanlah hebat sangat dalam BI tetapi dipaksa untuk baca bible dalam BI so kebanyakan macam kira speaking pun berhabuklah..

Tapi tiba-tiba nak election Sarawak,diluluskan pula Bible BM..Terkedu semua UMNGOK & sekutu MUNAFIKNYA selama ni..Dan ulasan daripada Ulama-ulama tentang HARUSnya Bible dalam BM pun sangat bertepatan & relevan..Yang penting diri sendiri..Hang sibuk laung ini itu nak salahkan pihak sana menyesatkan orang,hang tak tahu nak dakwah diri pun..diri sendiri sesat,nak kata orang menyesatkan orang lain..Sudahlah..Bosan..

p/s:Jijik melihat mereka yang rasa BM tu bahasa Syurga..Jijik melihat mereka mempertahankan BIBLE BM tak boleh macam mereka tu pejuang Islam padahal kaki clubbing ,kaki mabuk & main perempuan..