Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Aug 15, 2011

Tayangan Filem Beyond Election @Kelab 50B Bangsar Utama




Kelab 50-B
No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (belakang Stesen LRT Bangsar)(sebelah office Malaysiakini) Kuala Lumpur, Malaysia
Kuala Lumpur, Malaysia
 
Tayangan + diskusi filem dokumentari
"Beyond Elections: Redefining Democracy in the Americas"
 
Tarikh: Khamis, 18 Ogos 2011
Masa: 8:00 malam
 
Tempat: 50B, No. 50B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (belakang Stesen LRT Bangsar)(sebelah office Malaysiakini)
MASUK PERCUMA
*Tempat duduk terhad (atas lantai). First come first serve.

From Venezuela's Communal Councils, to Brazil's Participatory Budgeting, from People's Assemblies to grassroots movements, recuperated factories to cooperatives across the hemisphere. This documentary is a journey, which takes us across the Americas, to attempt to answer one of the most important questions of our time: What is Democracy?

Beyond Elections: Redefining Democracy in the Americas, 112 min, 2008, dir: Michael Fox + Silvia Leindecker

Trailer: http://www.youtube.com/wat​ch?v=1l2b2mfTxyo
Website: http://www.beyondelections​.com/

Diskusi akan difasilitasi oleh Fahmi Reza.
**Please note that the video quality tak gempak sangat sebab gua download filem ni dari Youtube. 

Jul 23, 2011

JAKIM: ROKOK HARAM antara nilai & propaganda

Tiba-tiba seluruh Malaysia mencarut "Dun Talk Shit" lagak kepimpinan Ibrahim Ali yang sudah "dibuang" daripada UiTM.Semuanya gara-gara pihak JAKIM yang juga TIBA-TIBA mengharamkan rokok.Fatwa kebangsaan katanya.

 PUTRAJAYA 22 Julai – Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.
 
Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.
 
"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.
Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.
 
Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. – Bernama


Ulasan daripada BlogSerius

Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia. Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman - didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri. Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

LOL

Setakat inihanya rokok yang dijual di Greece yang confirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu. Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!

via NEWS.AU


Ulasan Aku:
Semua sedia maklum bahawa merokok itu 
  1. menjejaskan kesihatan diri
  2. menjejaskan kesihatan awam 
  3. menjejaskan alam sekitar
  4. menjejaskan duit poket 
Tetapi dengan  mempolemikkan isu ini seolah-olah ianya baru dalam masyarakat sangat tak wajar..Seolah-olah apa yang disebut oleh JAKIM itu adalah satu akta yang supreme dalam menentukan hala tuju AKIDAH umat Islam..Lebih teruk lagi bila mengaitkannya dengan lemak babi..Melayu ni banyak alergi dgn nama BABI..tapi bila arak??Semua duk pakat2 teguk juga..Ramai sangat melayu kaki arak..Minum kat tempat awam,tak percaya,tengoklah kat pusat-bandar...

Tak tahu apa masalahnya dengan umat Islam dalam negara malaysia yang kononnya sebagai negara Islam contoh,tetapi masyarakat Islamnya masih keliru & senang termakan dengan pelbagai polemik..Sebenarnya jika memahami nilai Islam,kita takkan mudah termakan dengan apa-apa propaganda & agenda pun..

Ya,aku bukan perokok..pernah merokok,tetapi tika ini sudah benci akan rokok..Sememangnya kita sedar & para perokok pun tahu semua yang negatif tentang rokok.Tiada langsung kebaikan,yang ada hanya suara-suara sumbang untuk menyedapkan diri sendiri dengan ayat "NAK TOLONG KERAJAAN,CUKAI ROKOK SUMBER UTAMA  NEGARA,kalau tak ada nanti MALAYSIA MUFLIS"

Aku tidak menyokong pun para perokok yang mencemuh tindakan baru JAKIM atas kapasiti perokok,tetapi aku mahu JAKIM bagi kefahaman kepada umat Islam..Dalam banyak isu,bukan yang terpilih & bersifat peribadi mementingkan diri & menjadi tunggangan pehak-pehak tertentu

Merokok itu membawa keburukan & apa2 yang membawa keburukan kepada nyawa &  masyarakat adalah HARAM dilakukan melainkan pada waktu darurat..Itu stand aku.Bukan hanya kepada rokok,sebaliknya kepada semua aktiviti.... Harap2 benda ni tak keluar semata-mata JAKIM nak raih semula populariti...Benda dah lama keluar tapi sekarang macam sengaja diumumkan semula..

#sentap Kerajaan pun dah tolong kempen kata HARAM,baik guna style haramkan BERSIH..Sesiapa yang mempunyai rokok,mahu membeli rokok,yang menjual rokok,masukkan mereka ni ke dalam penjara..MAMPUU????????kelasz kau!!! 

Jan 24, 2011

TERNYATA MEREKA PANAS PUNGGUNG...

GENDANG PRK TELAH DIBUNYIKAN..
MAKA BERTEBARLAH BEROPERASI BLOG2 YANG SURAM SELAMA INI..
MEREKA BERSEMBUNYI DIBAWAH BALIK NAMA ADMIN DI FACEBOOK..
MENGGUNAKAN IDENTITI PALSU DAN BUKAN GAMBAR SENDIRI
SERTA BERSELINDUNG DENGAN NAMA ANONYMOUS

JIKA MAHU SERANG AKU,
DIPERSILA..
JANGAN SERANG INSAN LAIN YANG ADA DISEKELILINGKU
KALAU AKU TERLALU BENCI ORANG BUAT SESUATU TU,
MAKSUDNYA AKU PUN TAK BUAT..

ILMU ITU BUKAN HANYA BERADA DI SEKOLAH,
DI DEWAN KULIYAH MAHUPUN DI KURSUS-KURSUS ANJURAN "PIHAK TERTENTU"
YANG PENTING KEIKHLASAN DALAM MENGHADIRKAN DIRI DALAM SUATU MAJLIS
DAN DIPRAKTIKKAN MENGIKUT KESESUAIAN 

Merujuk kepada sebuah blog pihak tertentu yang konon suara alternatif & penyampai maklumat tetapi dah lama berusang dan tiba-tiba sahaja aktif..Oh ya..perhatian..Tidak mungkin ada kaitan dgn PRK mereka ini aktif..PERCAYALAH!!!

Juga merasakan anonymous itu juga kenalan yang rapat sehingga boleh mengeluarkan perkataan sedemikian terhadap insan yang sangat rapat dengan aku..Kawan makan kawanlah ni..Kalau dah dilatih untuk menjadi gedebe,begitulah ragamnya..Karut-karut yang karut seperti kata Bob

Karut karut si Tukang Karut.
Yang karut tetap karut,
Yang belum karut dikarutkan.
Yang akan karut sedang dikarutkan,
Yang telah karut masih dikarutkan.

Fikirnya karut,
Mukanya karut,
Anunya karut,
Duburnya karut.
Lagaknya karut,
Gebangnya karut
>Sekuat-kuat aku bersuara,tidak pernah pula akan menggunakan kaedah sorok identiti..namanya benar,gambarnya benar,identitinya benar,IDnya benar..Emailnya benar...Semuanya benar tentang identiti jika mahu berbincang dialam maya..Jangan ingat kau KOTOR orang lain TURUT KOTOR...

Muncullah hai sang keparat yang lagi karat..

Program DSAI Selasa 25 Jan 2011

‘LUNCHEON TALK’ bersama Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Tajuk: ‘Subsidi: Bebanan Negara atau Bebanan Rakyat?


25 Januari 2011 (Selasa)
11.30 pagi – 2.00 petang
di Kelab Shah Alam Selangor, Jalan Aerobik 13/43, Persiaran Kayangan,Shah Alam

AGENDA:

11.30 pagi 
Pendaftaran dan kehadiran tetamu

11.50 pagi
Ketibaan Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Penasihat Ekonomi Negeri &Y.Bhg. Dr. Zakariah Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif,Malaysia Institute of Economic Research (MIER)

12.00 tghri 
Ucapan alu-aluan oleh Y.B. Elizabeth Wong

12.05 tghri 
Pembentangan:‘Subsidi : Bebanan Negara atau Bebanan Rakyat?’
oleh Y.Bhg. Dr. Zakariah Abdul Rashid, MIER

12.30 tghri 
Ulasan ‘Subsidi : Bebanan Negara atau Bebanan Rakyat?’
oleh Y.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Penasihat Ekonomi Negeri


Jamuan tengahari


Sidang Media

2.00 petang : Bersurai.

Notakaki:
Antara Tetamu yang hadir: Dato' Nordin Sulaiman, En Shamsul Azri (Timbalan Pegawai Negeri), Dato' Muhd Jabar Ahmad Kembali, Ir Wan Halim Wan Ismail

Lain-lain jemputan: YBs, Timbalan Pengarah UPEN, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Kampung, Ketua Komuniti, Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Perbandaran.


Pada sebelah malamnya pula di Subang Parade akan diadakan majlis pelancaran album TERATAK dimana terdapat satu lagu yang dinyayikan oleh DSAI bersama seorang artis taiwan & seorang lagi yang aku dah lupa namanya..Faisal ada beritahu tadi..tapi lupa..Penulis lagu ini adalah Faisal dan judul lagu yang dinyayikan (Teratak) telah dipilih sebagai nama album charity ini..

Jan 16, 2011

Pengumuman: WACANA Industri Lakonan dan Dunia Artis Menurut ISLAM

SEBARKAN KEPADA UMUM..Semoga program dialog sebegini semakin mekar dan diterima masyarakat..Dialog bukan untuk membazir masa tetapi untuk membuka minda masyarakat tentang pelbagai ISU..Isu yang remeh pun wajar dibincangkan sebab kalau yang remeh pun tak dapat dibincangkan secara terbuka dan memberi masyarakat yang menjadi hakimnya,bagaimana pula isu2 yang besar?terutamanya tentang kes penggunaan KALIMAH ALLAH satu masa dulu..Banyak debat sebelah pihak sahaja..

Dec 26, 2010

Pecah Berita: Kajian 1 Malaysia vs Menara 100 tingkat


Survey 1 Malaysia
Kalau kita perasan sekarang ni dalam berita asyik cerita pasal survey kejayaan dan rasa puas hati rakyat terhadap konsep 1Malaysia (baca 1Israel).Hal ini disebabkan pengantungan DSAI selama 6 bulan daripada menghadiri dewan parlimen yang mendakwa kaitan konsep berkenaan dengan APCO (sebuah organisasi yang cukup pro Zionis Israel & USA).Tak tahu macam mana semua media terutamanya TV3 & AWANI begitu TAKSUB membawa berita berkenaan..

Tak pasti kajian bagaimana yang telah dilakukan tetapi agak mempercayai juga ramai yang sokong GAGASAN 1 MALAYSIA sebab muak dengan permainan UMNO & PERKASA yang menurut cara YAHUDI merasakan bangsa sendiri paling MULIA di Malaysia..Boleh baca ABOUT ME aku.


 Survey Menara Warisan 100 Tingkat
Rakan-rakan sekalian, media massa boleh menutup berita bahawa 2/3 rakyat Malaysia menentang Menara Merana (Mega Tower yang melambangkan pengabaian penderitaaan rakyat) ini, tetapi berita itu telah disiarkan oleh media antarabangsa dan serantau seperti AFP dan Channel NewsAsia. Tugas kita sekarang ialah membawa berita ini kepada orang-orang kampung. Apa khabar Orang kampung?-FB 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower


p/s: Sebelum ini AWANI boleh dikata paling bersih tetapi sejak pertengahan 2010 AWANI telah berubah wajah dengan begitu mendadak sekali..Hal ini pernah berlaku ke atas BERNAMAtv beberapa bulan sebelum PRU 2008 yang menyaksikan zionis UMNO/BN tumbang dikebanyakan tempat..Ini membuktikan PRU mungkin akan diadakan pada bulan Mac-Mei nanti..

BERITA GEMPAR TV3: Anwar menyepi tak pernah tunjuk BUKTI


Naik menyampah dengan berita TV3,RTM,BERNAMA dan AWANI..Semuanya memang dah SAH melacurkan diri kepada Bik Mama kita...Asyik keluarkan video sebelah pihak je..temu ramah sebelah pihak sahaja..Kata puak anak didik zionis Israel ni,Anwar tidak tunjuk bukti..Tak beri bukti ini itu..Kata Anwar sibuk buat roadtour tapi tak beri satu buktipun tentang mengaitkan kerajaan dengan APCO (1 Malaysia ciplak 1Israel)..Akhirnya DSAI digantung selama 6 bulan kerana dikata menghina parlimen...

 semak minit ke 3:57 untuk versi BM ulasan DSAI



Hoi..Kau ingat orang lain bodoh macam geng duk ceruk kampung yang xpernah ada akses internet dan yang termakan dengan agenda KETUANAN MELAYU walhal diri tu duk merempat di bumi sendiri ke??Kalau pakcik tua yang tak kenal apa itu internet boleh la kau tipu itu semua..Tapi bagi golongan muda yang terpelajar & golongan elit,punya akses kepada media baru,jangan harap dapat perbodohkan kami semua..Kami semua punyamaklumat dihujung jari..Berkenaan kes liwat yang wikileaks dedahkan (pemimpin Spore percaya dakwaan liwat memang berlaku) hanya itu yang dibangkit & diperbesarkan dalam media walhal ada banyak yang sangat2 buruk dalam kerajaan persekutuan terutamanya wakil rakyat BN yang merogol AMAH sendiri!!!

Baiklah..Untuk memahami kes ANWAR digantung dewan parlimen sebab mengaitkan APCO & 1 Malaysia,sila semak YOUTUBE..Ada video penerangan berjela Anwar tentang APCO & kaitannya dengan 1 Malaysia..Itulah buktinya yang dikata tak pernah tunjuk..Semuanya berlaku dalam dewan yang mulia..Tetapi dibuat tak tahu oleh pandikar amin mulia @hina??

Kemudian boleh juga semak video ni..Ada part1 hingga 4..Tapi aku bagi yang ke4 je cukuplah..Ahli-ahli parlimen Pakatan mempertikaikan Speaker Pandikar AMin Hina yang sangat mudah dibeli...


Sama-sama sebarkan dan sampaikan kezaliman &betapa munafiknya cara pentadbiran kita pada hari ini..Sama-sama perangi mereka supaya mereka tahu bahawa mereka bukan TUHAN..Biar segala kejahatan yang mereka lakukan sebelum ini tidak boleh disorokkan lagi apabila semua institusi yang selama ini diseleweang atas kapasiti kerajaan persekutuan dibersihkan sebersih-bersihnya!!!

Nov 16, 2010

Bangga jadi RAKYAT 1 MALAYSIA

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_mDdNTv5rZQdqJMECzZyH7QtPEDcSGr1HuVVQ61QwIii3tqXlyHIjstPsk5Fe-v3jN1ttFP1XFx-W6EI-ka0GjMoVncB4MUUtX7r16TaIe76gw2DSMPppbckCe9CEVIkeGLUIbtB_7wQ/s1600/74020_496101002188_345034017188_7179544_8091019_n.jpgTolong jangan PERSOAL..Ini HAK KEISTEMEWAAN orang-orang MELAYU..dan ianya HALAL(berlesen)...kah kah kah!!


Kecoh Malaysia sebelum ni Isu IKLAN TV3 yang dicampur semua agama ala-ala gaya bebas ketika umat Islam meraikan perayaan kemenangan setelah 1 bulan berpuasa...Alah..Kitakan 1 Malaysia..So semua benda kita perlu KONGSI..

Yang kita HARAM KONGSI hanya HAK KEISTEMEWAAN..HARAM pun sebab UMNO TAK IZINKAN..Katanya MELAYU TUAN di BUMI MALAYSIA..CINA & INIDA pula KULI..Jadi HAMBA ABDI di BUMI MALAYSIA (macam tu ke??) kah kah kah!!!


Lagi satu tak boleh kongsi pasal nama TUHAN..Kalimah ALLAH...ianya HAK EKSKLUSIF bagi umat ISLAM aka UMAT MELAYU (jika diBUMI MALAYSIA.) Jadi bila ditanya sapa-sapa nanti "kau agama apa" cakap je dengan penuh confident seperti Bik Mama & penuh PERKASA (macam Arman & Ibrahim Ali) "AGAMA AKU MELAYU"..Sebab tu ISU KALIMAH ALLAH JADI ISU BESAR dalam negara MALAYSIA..

Jangan pertikai kenapa nama MELAYU aka ISLAM (di Malaysia)..Mereka buat bisnes HALAL..sebab HALAL kat Malaysia bermaksud ADA PERMIT..Kalau HARAM adalah sesuatu perkara yang tak ada permit..

Aku malas nak cakap banyak...Malaysia sememangnya bumi yang paling hancur yang pernah aku jejak ..Dengan sikap penuh hipokrit,berpura-pura dan segala bagai lagilah...Sebab apa???Sebab aku duk Malaysia je..Aku belum lepak INDON lagi..yang aku jejak pun Singapore..Singapore OK jelah..Isu AGAMA memang tak pernah dipolitikkan atau jadi polemik dalam masyarakat..

Malaysia??tengok isu KALIMAH ALLAH..tu je dah cukup..Punya banyak yang bangkit jadi no1 HERO mempertahankan segala bagai benda-benda bangang yang sebenarnya HAL FURU'...Jom kita layan benda ni pulak..benda macam ni dah lama..kawan-kawan aku zaman sekolah yang ada FB pun ramai gak yang macam suke event2 macam ni..Pompuan pulak tu..Aku dulu ada hasrat nak tulis,tapi banyak kekangan masa tak buat..korang check jelah kat link yang aku nak kongsi kat sini...

credit:http://amenoworld.blogspot.com/

CheguFadh:Aku suka ayat laser dia yang seolah2 laser mengutuk melayu/Islam tipikal tak open minded dan menyokong pompuan dalam entery berkenaan..Mah Mah Mah..Gelak guling2

Nov 15, 2010

Kenapa aku support DSAI???

Perhatikan..dengar,buka hati & minda...
Perbahasan ini berlangsung pada 1995...
Dan ayat ini masih diguna sehingga sekarang..
Prinsipnya tidak pernah berubah...
Boleh cari video yang lebih awal daripada ini..
Zaman mudanya...


Nov 14, 2010

Minta perhatian buat teman:2nd blog

Aku punya blog ke-2
Yang tidak menyentuh sebarang isu politik di sana
Aku wujudkan khas demi rakan-rakan yang tidak minat mengambil pusing bab politik
Sebab dengan taksub pada satu-satu politik kita akan berpecah belah..

Sebenarnya bukan taksub pada parti politik saja..
Apa-apa perkara pun akan memecah belahkan kita
taksub pada artis (seperti sesetengah ragam dalam fans club)
taksub pada pasukan bola..taksub pada bisnes,
Yang nampak baik seperti taksub pada agama pun sangat negatif sebenarnya
Apatah lagi taksub pada perkauman yang dilaknat sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW

Jadi aku pohon pada mereka yang terlibat terutamanya rakan dalam
ROCKENSTEINERS
Mirwanarian
dan rakan sekolah/kampus (pernah sepengajian) supaya mesej kat
facebook aku


Terima Kasih

Segala LINK rakan-rakan yang bukan berorentasikan POLITIK akan dipindahkan ke blog ke-2 secara berperingkat...

Sep 2, 2010

Lama berdiam..

Maaf kepada semua..Aku kurang duduk dalam "kedai kopi" aku yang ni..sebab aku fokus pada DIARY aku..Blog yang HAK EKSLUSIF untuk aku..yang pada awalnya aku OPEN,bagi kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk masuk,tapi kali ni aku dah buat private untuk BLOG tu...Semuanya tentang aku,tak ada isu sesiapa langsung,hal2 yang berkaitan aku je..perasaan aku,kerja aku & aktiviti aku seharian..

Dan BeLoG ini pula punya pengunjung yang boleh dikata ramai juga aku tak kenal..dan kalau boleh memang nak cerita banyak hal diri & aktiviti aku,tapi disebabkan mengambil kira faktor ramai SB yang telah diupah untuk menjadi mata-mata & cybertroopers yang selalu nak cari pasal,aku lupakan semuanya,hanya pandangan isu global & perkara yang ilmiah je aku ulas dalam ni..

Tapi baru-baru ni aku malas sangat nak update..So banyak pandangan aku luah dalam status facebook..Bagi rakan-rakan yang masih belum ADD facebook aku sila ADD...Kalau yang kenal pernah sepengajian memang aku approve,tapi guna nama & info sendiri,kalau nak lagi cantik pakai pic sendiri jugak..publish album profile pic senang nak check siapa gerangan orangnya

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwOdK4K7quTkPT4bFSfl0YmsOaPXokbXGHHMojU09yxxaMKBRW30FWEHD3TstwPiQ4grf9KPBbTwftWIwqGSN7uwG3WtAUSHlZ2PavTv6Cty3SDLci5GpWjvIiVjZCDRYZMzQY3kWz7JIQ/s800/facebook.jpg

ADD faceBOOK aku bagi rakan yang mengenali diri/sahabat seperjuangan/sefikrah
http://www.facebook.com/chegufadh

Kalau yang tak kenal,minta bagi msesej bila nak add..Dah tak larat nak approve orang..dalam 2minggu lebih ni dah lebih 130 yang tak sempat aku approve setakat ni...sebab faktor tak kenal & add pun tak bagi mesej...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvInIm6WceF_HXXMVFI8vCeRzwcxH1yZI6ErmLMKnAHuEhAWUNy5d-IQd30EA5_ZFaMC7glg6wQyvymPWIREz3PmKTKKC5soI9jpiQR1JJAbo3VRu0MtAQskkwoUJrMcNbmxszgOsdrDd2/s320/festival+nasyid+19+076.jpg

Aku agak bizi..terlalu banyak projek & latihan untuk nasyeed...Juga dapat jemputan untuk persembahan nasyeed yang sangat lumayan..mungkinkah menjadi kenyataan??berbelas ribu bayaran!!terkejut aku..terima kasih kepada yang mengajak kami untuk program maal hijrah nanti,kami tunggu surat untuk pengesahan program sahaja...


May 14, 2010

Menculik Miyabi kini ditayangkan..

Sumber:Syokkahwin

Filem Menculik Miyabi Sampai di Indonesia, oleh Maria Ozawa

Tak sangka pula filem MENCULIK MIYABI ini akan ditayangkan juga di Indonesia. Filem yang menjadi kontroversi ini kerana lakonan pelakon AV Jepun, MARIA OZAWA, telah ke layar perak pada 6 Mei lalu. Walaupun tiada adegan lucah, filem ini cukup membuatkan hati jejaka berdegup-degup. Sutradara Indonesia memberikan alasan bahawa filem Indonesia sedang jatuh, sebab itu perlukan sesuatu yang gempar seperti ini..Waduhh..

menculik-miyabi









CheguFadh:Comel sungguh Maria Ozawa berbaju kebaya..tergoda hatiku..Huhu..

May 12, 2010

followerku antiPolitik

Maaf kepada follower yang tidak menyukai tentang artikel politik tetapi berminat tentang diri aku..Seperti yang kalian tahu aku ada 2 blog..satu khas tentang diri aku dan satu lagi memang hanya akan ulas berkaitan hal semasa dan isu politik sahaja..

bagi yang anti politik,minta sangat kalian hantar mesej di facebook aku..kemudian aku akan beri url blog aku yang lagi satu..kerjasama kalian amat dihargai...Ini bagi melicinkan segala proses penceritaan..sekarang oun aku terlalu sibuk dengan macam 2 tugasan yang menghimpit..dan keadaan kesihatan juga tak mengizinkan...

facebook chegufadh

Jan 16, 2010

Dari Blog AKRINE (Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan)




















Sdra. Faisol berbaju merah di barisan depan di kanannya Sdra. Fadhiri berbaju hitam

Hari ini sudah dirancang oleh ALLAH SWT saya hanya merawat di sebelah pagi sahaja. Antara jam 10.00 pagi kami mendapat panggilan telefon dari seorang bekas pelatih Akrine yang menuntut di UPSI memaklomkan bahawa Sdra Faisol, bekas pelatih AKRINE yang juga mahasiswa UPSI telah kembali ke rahmatuLLAH antara jam 6.00 pagi tadi apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Motorsikal yang ditunggangnya bersama seorang rakan sdra Fadhiri telah berlanggar dengan lori pick-up. Saya difahamkan sdra Faisol telah mengambil sdra Fadhiri yang baru tiba dari Kelantan di stesen k/api berdekatan. Sdra Fadhiri yang cedera parah di kejarkan ke Hospital Teluk Intan juga akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kami menghubungi sdra Amri dan sdra Najeb memaklomkan perkara ini, saya masih ingat mereka bertiga tidur bersebelahan semasa kursus baru-baru ini.

Jam 12.30 thari saya, isteri dan Sdra Amri bergerak ke UPSI. Sampai di UPSI solat jenazah untuk sdra Faisol baru sahaja selesai. Kami diberi peluang untuk solat jenazah bersama beberapa rakan mahasiswa.

Selesai solat saya berjumpa abangnya yang sedang menuntut di Bangi untuk mengucapkan takziah dari saya. Abang Faisol menceritakan, Faisol baru sahaja balik dari Kelantan, menziarahinya di Bangi dan pada malam tadi sempat mengikut kuliah perubatan bersama TG Ust. Harun Din.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mahasiswa junduLLAH serta pelatih Akrine ini. Mudah-mudahan ALLAH menerima mereka sebagai hamba-hambaNYA yang soleh. Al-Fatihah

CheguFadh:
kalau ada masalah ganguan yang melibatkan makhluk halus di kampus UPSI,carilah mereka yang ada dalam gambar ni..Atau boleh cari rakan surau as-salikin..

Jan 15, 2010

Malam Ekspresi Generasi Perubahan (MEG-P)



Hebat gaya Pro-M UM mendekati mahasiswa..padanlah mereka dipuji oleh TNC untuk program2 yang lebih sihat dan melibatkan ramai kelompok mahasiswa..kesenian dan musika sangat dekat dengan anak muda,janji mesejnya sampai...

Kelompok U lain??masih senyap lagi,lebih2 lagi di kampus pendidikan...tak apa..Sudut pidato dah ada,gunakan sebaiknya...

CheguFadh:
Amboi..Wang PTPTN dikatakan akan lambat masuk daripada tarikh yg ditetapkan (20Jan 2010)..Betul ke??tak mengamuk Mahasiswa nanti???haih..dunia oh dunia...

Jan 14, 2010

PRK UPSI??


Status facebook aku Isnin yang lepas..


"Ramai tak sabar menunggu detik itu..25-29jan???atau lagi awal??maka bertebaranlah FITNAH2 disetiap BLOG dan sebagainya....hentam,belasah,pukul,fitnah dah jadi asam garam...Lihat apa ulasan pihak luar terhadap keadaan kita"


Agak2 je sebab tengok suasana makin hangat lebih2 lagi difacebook dah mula berkempen..Baiklah..Maklumat yang baru aku dengar daripada pihak yang berautoriti di UPSI tapi tak rasmi,kemungkinan penamaan calon akan dibuat pada minggu hadapan,22 Jan 2010 dan tarikh PRK UPSI pada 28 Jan 2010...Tunggu dan lihat sahaja...Berita tak rasmi...

Calon-calon,kenapa semua macam senyap je??Masing2 masih berselindung untuk mengesahkan pertandingan kali ni..berbeza dengan kampus lain...

Jan 13, 2010

Kau Pergi

Malam itu ramai yang bergembira dengan kemenangan Aizat selaku pemenang AJL dengan lagu pergi..Sayu hati mendengar lagu dan lirik yang indah tersebut..Tetapi siapa sangka bahawa esoknya di kampus pendidikan telah berlaku satu berita yang sangat menggemparkan.Berita tentang "kepulangan" Ustaz Faizol dan Ustaz Fadhiri.Aku menerima sms pada pukul 10.35pagi yang memaklumkan tentang pemergian kedua mereka.

Aku mengenali keduanya semasa program berbuka puasa dan solat tarawih bersama anak yatim anjuran KUO dengan kerjasama PMS.Sangat selesa berkerja dengan kedua mereka,sangat merendah diri dan baik budi pekerti serta tutur katanya.Boleh kata kalimah Allah itu pun tidak pernah terlepas dalam setiap kata-kata keduanya.

Arwah Fadhiri juga pernah memberi tempat perlindungan dan makan kepadaku sebelum ini bersama rakan seperjuangan yang lain;Saudara TG,Saudara Akmal dan rakan2 Palapes berikutan keghairahan & kehangatan PRK yang membawa kepada satu fitnah terhadap arwah Fadhiri oleh sebuah laman blog yang akhirnya telah ditutup sehari selepas pendedahan fitnahnya oleh Saudari Aqilah pada malam penutup rapat umum.


USTAZ FADHIRI


USTAZ FAIZOL



“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Semoga roh keduanya ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan dikasihinya.Kedua mereka sangat aktif dalam pergerakan islam dan program dakwah di kampus pendidikan yang tercinta.Semoga perjuangan kalian akan diteruskan lagi untuk membawa perubahan ke arah kebaikan..Selamat bersemadi rakan-rakanku..

CheguFadh:
Berdoa semoga tidak ada lagi blog yang memburukkan dan memfitnah arwah..Ameen..Mendengar lagu nyanyian Mirwana "Takdir Penentu" dapat mengubat hati yang lara...

Pautan lain


Jan 1, 2010

Ini hanya mengkritik...

Salam To All..


Ini hanyalah blog untuk aku mengkrtik atau menyokong perkembangan semasa..Aku ada satu blog berkenaan hanya diri aku sahaja..Boleh semak di FaceBook..Link Blog..berkenaan diary hidup aku...Jadi kepada yang kurang berkenaan dengan politik atau perkembangan semasa,tidak perlu follow blog ini ye...Aku hanya Insan biasa....

*Tahun Baru ni rasa belum ada apa2 yang best lagi...Permulaan 2009 lagi best...Lagi menyedihkan bila tahun baru disambut dengan kenaikan harga runcit gula,isu posting dan juga wang PTPTN yang mungkin ada ketirisan pada urustadbir...

Dec 2, 2009

Busuk dan Berat Sebelah


Sudah hampir sebulan stp hari TGNA diserang dalam semua mainstream media...hehe..teringat sejurus selepas PRU12 dimana mainstream media dan UBN mengakui bahawa faktor DSAI yang diserang stp masa menyebabkan rakyat naik meluat dgn UBN dan menyokong PR!!Tak sedar diri lagi..ITUKAH NAMANYA BODOH& SOMBONG???

Dikatakan hanya AWANI dan BERNAMA sahaja yang ADIL melaporkan semuanya tanpa ada berat sebelah.BernamaTV sudah dikantoikan oleh seorang teman yang bekerja sebagai wartawan disana.Dia sendiri mengakui bahawa BOSS sudah mengarahkan supaya PR diburuk2kan menggunakan teknik yang "bijak" tanpa disedari secara langsung.Yakni tak seekstrim TV3,RTM,kumpulan UTUSAN dan BHarian,tetapi memperbesarkan sedikit kes berkaitan PR dan senyapkan (Isu BALASUBRAMANIAM kembali bersuara) kes berkaitan UMNO/BN..

Pagi ni bangun berita di astro AWANI jam 7.00 am cukup membuktikan segalanya. Sudahlah kes BALA(balasubramaniam) tidak pernah diulas langsung,tetapi satu lagi kes BALA KE ATAS UMNO(doa TGNA) dilaporkan hanya separuh...Bala berkenaan adalah mengenai kritikan terbaru Tun Mahathir terhadap UMNO..

AWANI melaporkan catatan terbaru Tun M tetapi tidak pula seperti biasa mendedahkan segala ayat yang tidak enak didengar..Jika Pakatan yang menjadi mangsa mana2 blog yang tak diiktiraf akan ada semua kata2 nista dan cacian pun akan diLETUPkan dalam berita AWANI,tetapi untuk melaporkan TUN M mengulas UMNO itu BUSUK sehingga ke usus,dari peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi tidak pula didedahkan..kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini


Seperti yang sedia maklum bahawa terdapat 3 perhimpunan yang diadakan dalam 3 hari ini.
1)Konvensyen DAP Perak yang Ke 15
2)DEMONSTRASI JALANAN di Penang oleh UMNOputra
3)DEMONSTRASI JALANAN di Kelantan dikepalai Prof Deris dan UMNO keseluruhan bahagian Kelantan sebagai pengikut..

Pemuda UMNO Pasir Putih - eh..? dah pandai pakai kopiah..? selama ni tak pernah nampak pun pakai kopiah... pehal..? menyamar ahli PAS ke..?

Setiap daripada perhimpunan ini mendapat respon yang berbeza daripada media.POLIS sendiri mengakui (tetapi tiada dalam mainstream media) bahawa perhimpunan di Kelantan dan Penang tidak ada kelulusan permit oleh pihak POLIS,tapi kenapa pihak POLIS tidak leraikan?Sangat berbeza dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Semasa BLACK 14 pun polis leraikan seawal 9 lebih sebab katanya tak dapat permit..beb..kawasan persendirian beb..Tan Sri Khalid punya..dah la pulak tu kat negeri yang diperintah pun tak dapat kebenaran POLIS..malam tu ada dalam 20ribu lebih orang berkumpul kat padang kelab sultan sulaiman (check la tak caya milik siapa)

Owh,nak kata sebab kalau perhimpunan pakatan puluh2 ribu,kalau UMNGOK sikit??Semak balik perhimpunan kat luar parlimen untuk memperingati perhimpunan BERSIH pada 2008.Hanya 50 orang sahaja yang berpiket tapi kesemuanya ditahan dan dikasari POLIS..Beratus2 polis turun beb..Gila apa pihak POLIS??Macam mana cara mereka bekerja??tu tak kira lagi luar bangunan SUK perak..Orang minum kopi,tengah breakfast kat kedai mamak berhampiran pun kena cekup..Alasan mereka sebab tak patuhi arahan POLIS..Apa arahan POLIS??berada jauh 500m daripada pintu pagar SUK Perak??Kerja gila..Habis tu buat apa tahan yang pakai baju HITAM je??Kenapa tak sita kedai terus hari tu??Ini semua permainan parti penuh korupsi dan berniat jahat UMNO/BN.

Berbalik kepada berita asal mainstream media menyatakan bahawa di Penang beratus peserta tunjuk perasaan (siap bakar2 gambar & pijak lagi) manakala di Kelantan mencecah ribuan (tengok PERISIK RAKYAT tuk gambar best)..Semuanya dijalanan beb..Ada berlaku kekecohan??Sekalipun bakar2 kat tengah jalan semuanya akan aman jika PIHAK POLIS hanya melihat tidak melakukan PROVOKASI..Mainstream media mangambil pendekatan tidak mengkrtik langsung 2 perhimpunan ini,kalau anjuran PAKATAN pasti ada yang dikatakan dan diwar-warkan sebagai menyusahkan rakyat dan tidak mendapat permit.

Tapi berita AWANI jam 7.00 am tadi juga turut mengambil kenyataan mat sembab aka MuhYid Yassin berkenaan Konvensyen DAP Perak yang Ke 15 tempoh hari diakhiri dengan pemimpin tertinggi DAP berjalan keluar daripada dewan dengan beralaskan banner yang terpapar 3 ADUN BEBAS Pro UMNO/BN..Muhyid Yassin kata ini sesuatu tindakan yang tak bermoral dan TAK BERTAMADUN..hahaha..buat macam lalu kat karpet je pun..Lim Guan Eng lagi pulak..tak pijak pun,just melangkah banner tu saja..Cuba banding dengan kes kat Penang la..Apa macam??tak pun kat SINI

MISBAHUL MUNIR (SU Politik IR NIZAR) :BERTAMADUNKAH AKSI INI??


Apa2 pun,hari ni ada perhimpunan lagi..

Host:
Chegubard Badrul Hisham Shaharin
Network:
Global
Date:
Thursday, 03 December 2009
Time:
09:00 - 12:00
Location:
Berkumpul dengan Pintu Utama Bukit Aman (Letak Kereta Tasik Perdana)

Laporan Ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
- isu sogokan proksi Najib kepada Bala dalam kes Altantuya
- isu rasuah s/u Perdana Menteri
- isu MB Negeri Sembilan seludup wang


Kita tengok macam mana ending hari ni ye..CONFIRM akan ada RATUSAN POLIS dan FRU yang menghalang..Aku boleh JAMIN 100%...HAHAHA..Negara kita kan NEGARA DEMOKRATIK..SEBAB tu UMNO boleh BUAT tapi PAKATAN RAKYAT tak BOLEH..BAGUS!!!


Dec 1, 2009

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.


Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?

Ya


Bila nak letak tu?

Tarikh itu terserah kepada dia.


Tapi tadi tok guru kata apa yang berlaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?

Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.


Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?

Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.


Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur, sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. Tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan Parti Islam Semalaysia.


Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?

Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.


Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak?

Ya. Saya sudah sebut dalam mesyuarat, dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.


Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?

Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca. Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)


Kenyataan penuh Nik Abduh (Anak Nik Aziz) yang telah diseleweng TV3,RTM,BHarian dan Utusan Meloya di sini

abdul ariffahmi abdul rahman – moga awan berarak lalu