Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 16, 2012

ANAK MUDA BANGKIT #KL112

kenapa anak muda perlu bangkit?
sebab yang berada diatas telah lama tertidur menghimpit kita dibawah
yang tua sudah selesa dan biasa dengan keadaan mereka
juga mereka tidak terlalu terdaya
kuasa kita mampu mengubah segalanya








Jan 10, 2012

3 semester untuk Adam Adli

Hanya digantung 3 semester sahaja Adam Adli semakin gah dimata masyarakat. Malam ini sahaja nama Adam Adli dah hits dalam trending twitter. Tak cukup dengan itu kenyataan Prof Zainal Kling yang mengatakan Adam digantung selama 3 semester kerana mencemarkan nama baik universiti (UPSI).Buktinya hanya dengan nama Adam mendapat carian hampir 250 ribu oleh google.com.

Untuk rekod Prof Zainal Kling adalah seorang profesor dalam MPN (majlis profesor negara).Beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan kontroversi; Malaysia tidak pernah dijajah setelah Mat Sabu tersalah langkah,menyebut Mat Indera (komunis malaya) sebagai pejuang sebenarnya kerana berperang dengan polis yang diupah oleh British (pada tika itu).Maksudnya komunis adalah pejuang kerana menentang sebarang bentuk penguasaan barat.

Berbalik kepada cerita asal;adik seperjuangan aku kat UPSI ni nyata seorang yang sangat berani menongkah arus.berani memperjudikan masa depan beliau demi melihat kelangsungan pentas politik yang lebih rata dan tiada campur tangan dalam kenyataan akademik.

Boleh sahaja ramai yang tidak faham kerana mereka melihat daripada sudut pandang berbeza.Tak perlu bergaduh untuk kenyataan daripada sudut pandang berbeza,tapi cubalah tinjau pemandangan daripada sudut yang lain InsyaAllah dipermudah segala yang kusut


Pro Common Sense
Aku ada tertonton vlog IniAnwarHadi.. Aku bukanlah seorang peminat dia & tak pernah terdetik nak tengok video-video lain. Hanya yang hangat mendapat share daripada beberapa orang tertentu baru akan tonton.Lainlah kalau video-video Mat Luthfi yang lebih santai dan menarik.

Epic Failed.Cukup itu sahaja..Anwar Hadi tidak melihat konteks penuh. Mungkin juga masuk kategori yang tidak tahu tentang perhimpunan tetapi mahu mengikut trend perbualan semasa. Maka dengan ini aku nyatakan scene serang pejabat waktu malam untuk bagi laporan/suara adalah tidak relevan..Tidak terlintas mereka memberi memorandum pada tengah malam.

Konsep demokrasinya ada hak berhimpun seperti yang dijamin perlembagaan..Ganas? Jika diteliti sebelum kemunculan PDRM semuanya nampak terkawal. Faktor di buat malam tahun baru dilihat lebih memudahkan urusan berkumpul kerana terlalu banyak tempat 'berhimpun' kutu rayau seperti 'dibenarkan' apalah sangat dengan 'mogok' atau solidariti mahasiswa selama 16jam ini. Penat mereka nanti, meraka akan bersurai cari makan, balik dan tidur

Jan 5, 2012

Kebebasan Akademik


Ramai rakan siswa dan guru yang marah dengan tuntutan kebebasan akademik oleh SMM dan BEBAS. Sama ada mereka baca 6 tuntutan terbabit atau tak, tidak dipastikan. Kebanyakkan hanya mengutuk dengan maksud "ada apa dengan kebebasan akademik?" Ada juga yang berseloroh (atau serius mengatakan) mahasiswa yang minta kebebasan akademik ni tak nak exam dan mahu lulus mudah tanpa ujian.





Kebebasan Akademik itu luas..Apa sahaja pandangan perlu di dengar dan kemudian di kritik..Ambil yang baik & yang kurang diperbetulkan.Tak kira apa sahaja isu eg: pendidikan, agama & seksualiti

Bila yang mahasiswa belum tamat belajar, tetapi punya ide,kita perlu dengar, jangan rujuk sosoknya (peribadi) tetapi apa mesej yang hendak disampaikan. Ini kalau awal-awal dah attack transkrip exam, dia result tak cukup 3.5 bukan dean list itu dah salah

Sama juga dengan isu agama. Kalau yang tak bertudung, yang dilihat kaki lepak karaoke beri pandangn agama, kita perlu dengar & fikir logik hujahnya baik-buruk, bukan menolak mentah-mentah sudut pandangan hujah yang ada kebenaran daripadanya atas faktor  keperibadian.

*pandangan daripada mereka tak boleh dibuat analogi penerimaan sesuatu hadith. Tidak sesuai atau sama untuk diperbanding keperibadian. Zaman perawi hadis; dhaif, mawdu, mutawattir itu semua zaman dulu, kita sekarang sudah memasuki era umat akhir zaman

UPSI dimalukan !

Mereka tak pernah serik. Media kawalan parti pemerintah tidak sudah-sudah menabur kebencian masyarakat kepada UPSI & pendokong kebebasan akademik malam tahun baru yang lepas. Dalam hal ini kita perlu lihat kesemua sudut pandang untuk menilai. Mahasiswa dan mahasiswi bakal guru, yang bakal mendidik & membimbing corak penerimaan ilmu serta berfikir anak murid kelak. Jika gurunya mudah ditipu anasir provokasi,bagaimana pula anak muridnya? Guru perlu bijak,kreatif dan kritis!


Biadap dan ganggu ketenteraman awam

Saya menyokong penuh tuntutan kebebasan akademik dan himpunan yang diadakan. tetapi saya berpendapat tak semua tindakan mahasiswa tu betul. Ada salahnya dan pihak polis berpakaian vest turut bersalah kerana membelasah mahasiswa. Mengikut video AntaraPos semuanya bermula gara-gara mahasiswa UNISEL memanjat pagar dan mengegarkannya. Mungkin saya akan menulis pendapat  BETUL dan SALAH tentang setiap kejadian yang berlaku malam tersebut.

Walaupun insiden gegar pagar minta dibuka hampir sama dengan demo waktu siang (tengah hari; waktu puncak) anjuran sebuah parti politik sebelumnya, harus difahami bahawa demo anjuran parti berkenaan tidak diminta bersurai oleh pihak polis. Polis tidak menganggap jeritan-jeritan & berkumpulnya mereka yang ada disitu pada hari berkenaan sebagai mengganggu ketenteraman awam.

Berbeza dengan himpunan mahasiswa, mereka berdemo pada waktu malam, ketika sambutan tahun baru pula. Tempat yang sama dengan demo pertubuhan politik di waktu siang. 


Mungkin ada sebab POLIS anggap demo waktu malam itu ganggu orang ramai yang berkemungkinan nak gunakan jalan atau tidur awal pada malam tahun baru tu.


Soal banyak sambutan perayaan lain yang menggunakan mercun tidak boleh disamakan dengan himpunan berkenaan kerana letupan-letupan bunga api ini telah diklasifikasi polis sebagai tidak mengganggu orang awam.


Baring dan duduk di jalanan

Saya juga dah respon tentang berita yang dikatakan memburukkan pihak upsi hari ini. Di TV, radio dan akhbar seolah-olah mahu menanam api kebencian masyarakat sama ada pada UPSI atau modus operandinya membenci pihak-pihak yang terbabit dalam insiden malam tahun baru tersebut.


Di bawah ini adalah sebahagian posting saya di facebook


Tak tengok berita TV3 tadi..tapi tengok agak kecoh orang cakap pasal cikgu baring kat jalan(twitter & facebook). Bagi saya ini semua hanyalah mainan media yang sengaja mahu memburukkan satu perkara. Provokasi minda. Laporannya kalau nampak santai & tak niat nak burukkan takkan nampak mcm tu


Hakikatnya masa belajar kat UPSI, saya selalu duduk/baring kat jalan..kalau lepak dengan kawan2..dalam kawasan kampus,atau kolej2 kediaman.. Dengan kumpulan nasyid/persembahan bawah HEP. Takpun dengan rakan-rakan rapat untuk berbual santai dan gosip semasa.


Ada yang agak mual hal duduk dijalanan ni. UPSI sebenarnya memang famous dgn budaya segelintir cikgu-cikgunya yang suka date tepi longkang.. Boleh tanya orang sekitar Tg malim atau hulu bernam kalau tak percaya.Di kolej KHAR atau arked bahtera.


Masa PRK (pilihanraya kampus) pun ada budaya pegang banner & jerit2 seru slogan..Ianya positif menurut kampus demokrasi & moral..Dan kalau yang negatifnya (memalukan) sebenarnya apabila setiap kali konsert pesta konvo budaya menjerit-jerit seperti histeria atau melompat-lompat ghairah kerana menonton artis terkenal yang dipuja para guru..


Hal sebegini sangat lali bagi kami di UPSI..Maka,apalah sangat dengan beberapa kerat guru yang tidur,duduk dan baring dijalanan pada malam tahun baru?


konklusi: tak ada isu..saja media bikin panas..untuk tanam rasa benci kepada sebahagian pihak..heh.


Dec 30, 2011

Seantero webportal & blog: Perihal Wang Zakat diseleweng

Banyak artikel dan laporan berkenaan wang zakat yang diseleweng..Sedia maklum wang zakat hanyalah untuk asnaf 8 golongan yang telah digariskan..mengikut keutamaan..Apabila sudah tiada golongan yang layak menerima barulah boleh digunakan untuk hal lain yang sepatutnya..Rekod tiada siapa yang layak menerima wang zakat adalah pada pemerintahan Islam zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz..Apabila tiada siapa yang layak,barulah wang berkenaan digunakan untuk hal pembangunan negara yang lainnya.





KeadilanDaily.com


Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat



KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.

Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.

Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).

Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.

Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.

“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.

Penyelewengan Wang Zakat: Penjelasan Dr Asri

Kisah wang zakat yang diseleweng menteri Hal Ehwal Agama Islam sangat mengejutkan masyarakat Malaysia...Ya mungkin ramai tak tahu sebab media massa televisyen & akhbar yang dapat penerbitan cetakan 24 jam tak siarkan...Seperti biasa kita cuma bergantung harap daripada media alternatif online untuk menerima berita yang lebih benar dan tepat berbanding media yang kononnya arus perdana tetapi menjadi alat propaganda parti tertentu yang semakin lama semakin giat di'rogol' secara begitu erotis..


Hal ini juga mendapat perhatian Dr Asri..Menerusi akaun twitternya @realDrMaza (Dr Asri) beliau diasak pelbagai pertanyaan daripada pihak yang ingin tahu & pihak yang sengaja provokasi isu ini..Sedia maklum Dr Asri dilihat sebagai ahli akademik dan jika komen beliau tentang memihak/memancung sebahagian parti politik,semestinya peluang berkenaan akan digunakan politikus dengan jayanya..

Akhirnya si akademia ini akan tersepit ditengah dek kerana masyarakat yang sudah sebati dengan politik kotor tanpa ingin mematangkannya..Masing-masing dengan polemik masing-masing..

Ikuti jawapan twitter beliau (tanpa edit)

  • Sy skrg di UK. Isu zakat DS Jamil Khir sy x jelas. Sy dah sms dia minta pnjelasn langsung. Sy tggu dulu.
  • Brdasrkn sms DS Jamil Khir itu bkn wang zakat tp wang guaman krjaan utk khdmat guaman.
  • DS Jamil Khair baru sj call sy. Sy fhm bhw itu wang am dr baitulmal bkn wang zakat. Smber asal dr krjaan. Mmg ada 2 bhgn.Sy ahli MAIPs dan ex Mufti; scra umumnya sy fhm mksd DS Jamil dlm kes itu. X kpntingn utk sy bela bliau. Tp yg x salah jgn dhukum.
  • Sy sdh cdg DS Jamil Khir buat knyataan trbuka kpd media segera. Dia kata dia akan buat.Jk dia dsaman atas individu dia salah guna public money, jk atas jwtn dia brhak.
  • Sabar, jk DS Jamil gagal trgkan kpd awam dlm media trbuka, barulah boleh dianggap brsalah. Kita tggu sat dulu.
  • Hakikatnya zakat di negara kita mmg diragui pngurusannya sbb itu ramai y mnta bntuan 'pihak lain'.Ana masih tggu knyatan trbukanya dlm masa 24hr. Jk gagal, ana akan komen. Jk bnr slh Mufti Wilayah jg msti disoal.he should explain it in public..I'm waiting 4 that..


Apa pun kita tunggu dan lihat..Jawapan DS Jamil Khair kepada Dr Asri dilihat juga sebagai jawapan selamat dan sangat bertentangan dengan dokumen yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Jamil Khair juga dibidas kerana masuk campur kes Qazaf Anwar dan Saiful atas kapasiti kerajaan walaupun kes itu sebenarnya kes jenayah melibatkan dua individu disamping palitan rumah besar mewah yang diubahsuai dengan berlebihan (kalau itu hasil wang pencen & gaji sebagai menteri tiada isu)

Pada 2 Nov Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘ Bukti Pas bukan parti Islam’

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

berita penuh disini
______________________________________________________
p/s:Sama-sama kita nantikan..Lepas ni kalau nak saman menteri jangan saman atas jawatannya tetapi individu..begitu juga dengan saman ke atas kerajaan..Saman semua menteri2 yang terlibat tanpa tarik jawatan,tetapi hanya individu..

Dec 29, 2011

AUKU: Tesis Sebab Relevan Gerakan Mahasiswa Berpolitik

Secebis tesis dan kajian ilmiah (Jabatan Sejarah UM) relevannya untuk mahasiswa berpolitik. Ini merupakan kajian deskriptif bukan cakap-cakap kosong dengan penuh nada emosi semata - mata. Tambahan, kalau rasa tidak puas dengan dissertasi ini, boleh saja mencari hasil tesis karangan Professor Madya Abu Bakar 'Mahasiswa Menggugat' (1973) penerbit UM. Kalau ada perbezaan, sila kemukakan kajian terperinci bukan omongan kosong semata-mata. -Abun

Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

AUKU: Alahai Mahathir


Kecoh sini sana sebarkan video Mahathir tegur Mahasiswa..lepas tu keluarlah ulasan mahathir dalam blog peribadinya Chedet. Secara jujur aku ketawa baca ulasan Mahathir yang mempertahankan AUKU yang dibuatnya..Nak cover lettew~

Kalau dikaji & dibaca balik artikel-artikel lama tentang gerakan mahasiswa melayu sebelum AUKU..Zaman  Abdul Hadi Hassan,Harun Aminurashid, Ibrahim Haji Yaacob & Zaaba..Kita akan sedar..

Pergerakan pelajar melayu di Maktab Raffles & Maktab Perubatan Singapura juga ulasan NC UM (Spore & KL) tentang lemahnya pelajar melayu yang berpartisipasi kpd masyarakat..kerisauan beliau melihat aktiviti standard budak2 sekolah

Sebenarnya Mahathir tahu kuasa mahasiswa selepas mempergunakan mahasiswa menggulingkan Tunku Abdul Rahman ..Setiap negara di dunia juga tahu kehebatan kuasa siswa...Sebab itulah AUKU perlu diteruskan demi kelangsungan projek pembodohan Mahasiswa & melesukan mereka..

p/s: Filem 3 idiots harus diharamkan dalam Malaysia kerana tu filem revolusi & watak Aamir Khan memang nyata sangat2 membantah AUKU & sistem yang 'korup/tak adil'

Krismas: Sambutan berlebihan oleh Melayu Islam

Susah melihat budaya masyarakat melayu Malaysia.Baru-baru ni adalah 25 Dis dan tarikh keramat berkenaan adalah perayaan agama Kristian.Pelbagai polemik tentang hukum mengucapkan perayaan kepada penganut agama berkenaan.

Aku setiap tahun muak dengan pelbagai kata2 tentang hal ucap perayaan ni.Aku ambil mudah,agama kamu agama kamu kepercayaan kamu kepercayaan kamu..Tapi aku juga meraikan mereka yang selalu meraikan aku walau berbeza anutan & kaum.

Mujur kali ini Dr Maza telah keluarkan satu artikel yang sangat bagus untuk dinilai secara bersama.Aku berpendapat tak semua pak ostad boleh menerima pandangan segar bekas mufti Perlis berkenaan. 


Hukum Ucapan Sempena Perayaan Agama Lain
http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=77

Harap semua boleh dapatkan sesuatu ilmu baru melalui tulisan beliau,tapi aku tak nak fokus pada polemik ucapan pada penganut lain sebab aku tak pernah rasa iman terbatal & ikut kepercayaan agama lain bila aku ucap selamat untuk perayaan mereka.Jujurnya itu hal picisan bagi aku.Sejak zaman sekolah lagi.

Apa yang menjadi kerisauan adalah umat melayu Islam kita yang berlebih-lebihan menyambut pesta berkenaan.Mungkin melayu Islam taksub dengan lifestyle barat yang dikatakan sebagai COOL,awesome & hebat, maka segala yang ditonjolkan mempunyai imej barat dan inggeris akan menjadi ikutan atau TREND..paling mudah mereka lebih senang menyebut OMG berbanding YaAllah (pasti akan ramai merasakan aku kolot, ya tapi fikirkanlah buat satu jangka masa yang panjang nanti)..Tapi hairan kenapa semasa sambutan perayaan Thaipusam takda pulak individu yang sama membotakkan kepala/cucuk badan untuk mengikut sama ritual masyarakat Hindu?Kalau ritual memakai ala2 santa klaus & apa2 yang berkaitan diangkat atas nama tidak ada diskriminasi...Mungkin jawapan sebenar, mereka ini  meletakkan satu kasta kepada bangsa utama yang menyambut perayaan berkenaan...

Aku faham jika melayu muslim mengucapkan salam krismas buat teman beragama Kristian untuk tanda hormat & silatur rahim sesama mereka,tapi apa motifnya jika sesama Muslim sibuk mengucapkan perkara yang sama?

Lebih teruk bila aku melihat gambar-gambar malam ambang 25 dis, si melayu Muslim upload gambar ada dalm satu wet parti yang dimandikan arak & ais kering (seperti salji) siap gambar bercumbu bibir berlatar belakang banner party..

Ada yang menegur dan menasihat,tetapi dibalas pula dengan

"don't judge me because i never judge anybody else"

Agak angkuh..Lebih angkuh si penyokong pelakuan tersebut..Dikatanya yang menegur tidak kena pada tempatnya kerana terlalu umum & menjatuhkan maruah si pelaku tidak selari seperti yang diajar agama...Kenapa aku kata penyokong? Sebab orang yang sama jugalah yang LIKE & memuji perlakuan tu..

Aku rasa hairan. Jika sudah perlakuannya di tempat publik, di tegur juga pada detik sedang melakukan perkara berkenaan (menyebarkan gambar2 maksiat peribadi di media facebook) cara mana lagi yang paling benar & tepat bagi menegur perlakuan sebegini??

Ramai orang kita mempergunakan agama untuk mempertahankan sesuatu yang salah..Contohnya seperti hal di atas..


Dec 24, 2011

AIC Adam Adli & DSAI

Semalam turut serta ramah mesra di rumah DSAI..Selaku salah seorang ahli AIC,ada juga terjumpa seorang SB yang awal2 lagi dah rasmikan makanan.Apa yang dilaporkan dalam blog2 UMNO nyata dangkal & kelakar..Itulah jadinya kalau bukan blogger hamngok sendiri yang datang..SB yang datang memang tak masuk dalam sewaktu ucapan2..duduk makan di luar saja..Itu yang masalahnya..Asal dapat duit kemudian lepas tangan..Solat maghrib,doa selamat & isya' jemaah pun tah join tah tidak..

Kes AUKU & mahasiswa dimainkan mereka, tapi tak ulas pula tentang Rang Undang-Undang Pendidikan yang digubal kementerian pendidikan pada tika itu Menteri Pelajaran adalah DSAI sendiri..Isu tentang mahasiswa mungkin sekitar 25-35% sahaja semalam..Nama penganjur bukan Dr Alif,tapi Dr Afif Bahardin,Marini Kamal,Najwan Halimi & Saifullah Zulkifli yang mana semuanya adalah MT AIC..

Sebenarnya hajat datang ke Bukit Segambut tuk bincang sesuatu dengan Adam Adli. Junior di UPSI..Zaman universiti dulu pernah sama2 dengan adam dalam LMP (Legasi Mahasiswa Progresif)..Sampai

Tak perlu banyak bicara soal AA..InsyaAllah aku yakin apa yang dia buat sekarang..berkat panglima ludah yang membodohkan & merendahkan maruah UMNO,Adam Adli diangkat rakyat & mahasiswa sebagai hero..Umno juga makin terpalit dengan pelbagai isu..Setahun lepas juga AA hampir disabitkan AUKU..Dah berbincang tika tu & plan Adam sangat sistematik sekiranya dibuang tika itu..Setahun berlalu & mungkin tindakan sama akan dikenakan..Adam takkan pernah kisah sekiranya dibuang daripada UPSI pun..

Ingat tarikh ni: 
9 JAN 2011 tarikh bicara Anwar & Adam serentak di 2 lokasi berbeza..Doakan keselamatan buat mereka berdua...tarikh yang mungkin sengaja digunakan bagi mengurangkan hits disalah sebuah tempat perbicaraan..