Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Apr 4, 2009

PPSMI kembali Hangat..

Salam kepada semua..

Kembali hangat isu PPSMi setelah ianya mahu di tutup.
Sememangnya seawal blog ini muncul telah banyak mengupas pandangan penulis
berkaitan dengan PPSMI,dan pendirian penulis tetap sama dan tegas..

Boleh semak disini,artikel mengenai PPSMi sebelum entri mengenai
satu enakmen yang terkandung dalam UNESCO.

Apakah itu UNESCO??

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization

Adakah UNESCO berkepentingan dan juga BODOH??
UNESCO tidak terlibat dalam politik di mana2 negara,sebaliknya memfokuskan
kepada akademik semata.

Boleh lihat ulasan penuh penulis di enteri berikut. SOKONG atau BANTAH??

Pada mulanya penulis difahamkan bahawa Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan
PPSMI adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap dan pencapaian dalam BI.Tetapi apakan daya sebaik keputusan SPM yang mencatatkan pencapaian BI semakin merudum hari ke hari,ditambah pula dengan dapatan kajian mengenai modal insan yang semakin terhakis dalam
mata pelajaran sains dan matematik terutamanya luar bandar dan kawasan pedalaman.

Kami para guru sememangnya tidak bersetuju dengan akta yang tergesa2 oleh menteri yang dianggap syumul ini kerana tidak ada satu kajian di dunia yang dapat membuktikan bahawa PPSMI adalah satu sistem yang terbaik.

Sambil itu,mari kita lihat apa kata para cendikiawan.Tidak tahu pula jika tidak ada yang lebih hebat dari "Org yang sangat mahukan PPSMI itu".

Orang itu tak pernah mempunyai apa2 pengalaman dalam bidang pendidikan.Menteri pendidikan jika tidak tahu menahu selok belok pendidikan memang akan menjadi tempias kepada warga pendidik dan pelajar dalam sebuah negara.


Pendidik Melayu Allahyarham Aminuddin Baki

Pendidik Melayu Allahyarham Aminuddin Baki

“Ancaman yang sebenar datang daripada golongan Melayu yang kurang percaya tentang kebolehan bahasa Melayu.

Ini menyebabkan timbulnya rasa tidak tahu membuat apa-apa apabila bahasa Inggeris hendak digantikan dengan bahasa Melayu.

Inilah adalah keadaan yang biasa berlaku dalam kalangan bangsa-bangsa yang dijajah, iaitu akibat penjajahan pada alam fikiran mereka yang dijajah.”

Iaitu apabila minda mereka juga terjajah dan minda mereka tertawan.

Aminuddin Baki, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, Johor Bharu, 16-21 September 1956.



Profesor Diraja Ungku Aziz

Profesor Diraja Ungku Aziz

“Dengan muslihat yang licik penjajah Inggeris menanamkan dongengan yang tidak dapat dikikis dalam kalangan orang yang pernah dijajahnya, bahawa:

(a) Bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia dan difahami oleh manusia sejagat, dan


(b) Hanya melalui bahasa Inggeris kita dapat mempelajari ilmu yang menjadi kunci kepada kemajuan teknologi penting dan pembangunan ekonomi pesat.


Sebenarnya, fikirkanlah sedikit, sesiapa sahaja yang pernah pergi ke negara Jerman atau Amerika Latin, apa lagi negara Cina dan Jepun, tentu dengan sekonyong-konyong menyedari bahawa sebahagian besar penduduk dunia termasuklah teknokrat dan intelektual peribuminya yang membina negara moden yang gagah, sebenarnya tidakpun memahami bahasa Inggeris.”


Profesor Diraja Ungku Aziz, mantan Naib Canselor Universiti Malaya, dalam persidangan ASAHIL Singapura, 1973.




Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun

“Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka.

Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna. Kepercayaan itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna, ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja.

Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka.

Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu Bangsa yang kalah mungkinbertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka. meniru-niru secara tidak disedari, ataupun mereka menyangka mereka kalah disebabkan kelemahan-kelemahan budaya dan kepercayaan mereka sendiri, padahal tidak.

Sebenarnya bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatu padu. Akibatnya, timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru-niru bangsa penakluk itu, maka akan terhapuslah punca-punca kekalahan mereka.”

Ibnu Khaldun (1332-1406), Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22.




Mahu lihat di mana jati diri melayu bagi sesiapa yang menyokong PPSMI.
Setahu penulis,rakan2 yang menyokong lebih kepada gaya pergaulan yang
dikatakan UpTown dan Hot Guy..Yang mencirikan seorang melayu sejati??
Tidak sama sekali...Aspek berpakaian dan sosial(percakapan,aktiviti dan pergaulan)
Walaubagaimanapun,penulis sendiri tidak kisah berkenaan mereka sayangkan bangsa
atau tidak tetapi jangan pula retorik melaungkan hidup bangsa jika sendiri tidak menyokong
bilamana bahasa sendiri dicemuh untuk diajar sesuatu subjek yang dipandang tinggi masyarakat dunia(sains dan Math)

Penulis tidak membantah mempelajari BI,tetapi penulis amat menekankan dasar pendidikan yang boleh menyebabkan satu sistem kapitalis dimana jurang besar di antara pelajar bandar dan luar bandar dan kawasan pedalaman.Jangan pentingkan diri..

Nanti akan diulang semula mengenai TIMSS juga kajian dari pertubuhan dunia.tak tahu jika TIMSS ni pun pencinta Bahasa Melayu atau ada agenda apa seperti UNESCO..

No comments: