Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Mar 20, 2009

Sokong atau BANTAH??

Ini yang menjadi tanda tanya..

Rabu lepas aku dan Alissa duk kat perpustakaan(ceewah,sayang bahasa tu)
Masa aku buka laptop,background desktop aku terpampang besar wallpaper
KAMI BANTAH PPSMI..

Maka Alissa pun duk tenung aku macam nak menguji la.Tak suka katanya cakap aku ni duk
semangat sangat benda2 politik ni.Aku pun terpaksa la terangkan kat Alissa ni yang PPSMI bukan isu politik,tapi isu masa depan bangsa.


Dah letih menerangkan,maka sambung la buat kerja masing2.Aku nak rujuk notes berkaitan dengan Torque and Decomposition of Forces.Jadi terpaksa la buka banyak tab yang menerangkan tajuk berkenaan.

Alissa sekali lagi mengusik "Tahi pa rajin sangat baca semua benda ni"

Aku:Biarla..Nak faham konsep ni betul2.kalau x,xboleh nak buat report ni..

Alissa:eeeiii..dah la dalam BI..cakap bantah,tapi baca pulak..

Aku: Eh, I support ok PPSMI.Tapi untuk diri I..Bukan untuk komuniti.Komuniti tu besar,ada yang kawasan bandar,ada yang luar bandar,ada yang pedalaman.

So aku ni yang membantah or menyokong??huhu..Jawapannye aku sokong bila mana PPSMI tu digunapakai untuk pelajar dalam bandar tetapi menolak bila ianya digunapakai budak2 yang duduk kawasan pedalaman dan luar bandar.

Meh aku quote kisah sorg cikgu pulak..



Aku ada 5 orang adik.. hubungan kami (antara aku dan adik2) macam laut, ada pasang ada surutnya.. kadang2 aku rasa macam biase je, kadang2 jadi tegang dengan sikap adik yang kadang2 nampak macam x hormat aku sebagai abang sulung.. kadang2 aku plak rase macam aku ni je yg berlagak bagus sgt dan over kat diorang.. tapi, mesti la aku ego sikit sebab aku yg paling tua.. aku sayang kat diorang sebenarnya terutama adik2 perempuan, tp kadang aku terperangkap dalam egoisme sendiri.. mungkin jugak sebab diorang rase diorang pandai lg pandai dari aku.. yee laa, aku pnya UPSR English dapat D.. hahaha.. 3A 1D. aku punya percubaan PMR sume subjek dapat atas 80%, tp English macam tu jugak, 20% je.. nampak macam bengong je kan....wah ha ha ha ( haa, ni la tajuk sebenar)


tp tu dulu.. laa ni aku dh insaf pentingnya English.. aku study dlu pn dalam English.. keja pun dengan puak Mat Saleh Perancis & England.. mau x mau kena pulun jugak laa.. tp aku tetap liat nak menulis dalam English.. bukan aper, ayat aku nnt jd skima.. aku x suke baca novel jd aku hanya tahu English yang diguna dalam Encyclopedia, Wikipedia, Jurnal Sains dan lain2 bahan ilmu sahaja.. so, nak goreng memang x pandai sgt..


skang aku kene ajar Math & Science dlm English.. PPSMI.. kes1an aku tgk murid2 ni.. terutama Melayu, boleh dikatakan sapa2 yang lambat cket je nak catch-up pembelajaran dalam English ni., terus ketinggalan selama-lamanya.. aku cuma bayangkan zaman kebengapan aku dalam English masa sekolah dulu kalo PPSMI dilaksanakan ke aku, mungkin aku skang masih dok kat bendang lagi sebab fail dalam exam (Math, Science).. aku dulu minat sains, dan pastinya aku punya minat tu tggal minat je la kalo kena belajar dalam english dulu..


aku sebagai penjawat awam kena la patuhi segala polisi dan dasar kerajaan, tp hati kecik aku ni hanya mengharapkan agar kajian semula dapat dilakukan.. tujuannya : demi anak Bangsa dan Negara



PPSMI - Pengalamanku


sebelum saya ke sekolah (posting), saya memang menyokong penuh akan PPSMI kerana mahu English ditekankan penguasaannya dikalangan anak bangsa kita. tetapi sebaik sahaja ditempatkan dan ditugaskan pula mengajar Sains dan Math darjah 2 dan 3, tetiba saya jadi serba salah melihatkan masalah yang dihadapi oleh kanak2 ini. Sekolah ini terletak di kawasan bandar, bukan luar bandar.

Senarionya begini: Dalam 1 kelas biasanya terdiri dari murid pintar, sedrhana dan lemah. manakala sosioekonomi pula ada dari keluarga atasan, sederhana dan miskin/tiada pendidikan. Bagi murid yang pandai memang tiada masalah. bagi pelajar sederhana dan lemah pula kena lihat pada latarbelakang sosioekonomi mereka pula. Ada tetapi jarang yang pelajar sederhana/lemah ini berupaya bertutur/memahami English dengan baik. Jadi bagi seorang guru, cabarannya ialah memastikan murid faham dalam pelajaran dengan kaedah yang pelbagai dan menarik. Bagi saya sendiri, English yang digunakan terutamanya untuk subjek Sains adalah seringkas mungkin dan diselitkan maksud sesetengah istilah dalam BM jika ada murid masih tidak faham konsep.

Bagaimanapun, ada kelas yang saya ajar langsung tak faham sepatah haram pun English ni (Tahun 2). saya tak mahu mempertikaikan guru English mereka, tetapi tugas saya menjadi serabut seolah2 terpaksa mengajar English berserta Sains bersama2. Dengan masa yang amat singkat (3 masa untuk sains), tumpuan untuk mempertingkatkan pemahaman terhadap silibus sains disukarkan dengan ketidakmampuan murid menguasai ayat mudah menyebabkan kelas tersebut menjadi hampir BM sainsnya dan banyak masa terbuang semata2 hanya mahu memastikan mereka faham sebaris ayat bergambar yang tertulis dalam buku teks!!. Bukan sedikit murid yang menyatakan subjek sains menarik tetapi mereka menjadi malas dan meluat dengan ketidakmampuan mereka memahami English. Ada ibubapa yang datang melihat sendiri proses pembelajaran anak mereka meluahkan rasa risau dengan nasib anak mereka nanti. Kemahiran bahasa boleh dipupuk, tetapi peningkatan murid yang 'memusuhi' sains dan matematik semakin meningkat apa gunanya.

saya hanya ingin menekankan, bagi ibubapa yang berwang dan boleh sedikit sebanyak berbahasa Inggeris memang tiada masalah. Tetapi nasib lebih 60% murid2 Melayu yang ibubapa mereka tidak tahu berbahasa Inggeris dan tiada pula wang untuk ke tuisyen cukuplah malang. Sudahlah lemah English, Sains dan Math pula lingkup dan sedikit demi sedikit kesannya boleh dilihat 10 tahun lagi bila kita mula kekurangan Melayu yang berminat dengan Sains nanti. yang pastinya, hanya guru disalahkan bila murid gagal tetapi ibubapa yang disanjung jika murid berjaya.

Ramai murid menjadi begitu pasif dalam kelas dan enggan menanyakan apa2 pada guru kerana takut tersalah soal dalam English. Belum lagi yang tidak faham apa2 langsung, bila disoal hatta dalam Bahasa Melayu pun terkebil2 macam ayam berak kapur. Saya malu nak cakap tetapi tahukah anda berapakah markah lulus dalam UPSR dan PMR tahun lepas dan selama PPSMI dilaksanakan? seorang murid yang selama ni mendapat C/D dengan tiba2 mendapat B. Ramai yang tak pernah lulus tetiba lulus dengan jayanya. Ini perkara yang sudah diketahui umum cuma tidak disensasikan sahaja. Itu belum lagi soalan spot yang cukup 'kebetulan' menghampiri soalan asal UPSR/PMR/SPM yang disebarkan di pusat2 tuisyen terkemuka dan di sekolah2 asrama penuh 2-3 menjak ni.

Saya bukanlah tidak menyokong bahasa Inggeris cuma caranya ialah memperkasakan subjek Bahasa Inggeris itu sendiri bukannya dengan PPSMI. Macam tambahkan waktu belajar, adakan subjek English Communication dan sebagainya. Yang penting bagi murid boleh bertutur dahulu. Waktu BM boleh la dikurangkan sikit sebab memang banyak pun tetiap hari. ini kalau geng anti-PPSMI marah lagi tak tau la nak kata apa

Bab cikgu yang terpaksa menjadi guru semata2 untuk lari dari pengangguran pun memang ada. Guru yang tak berminat pun memang ada, tak boleh dinafikan. Apa beza dengan pekerjaan lain. Yang kat kilang, jurutera, arkitek, kat makmal, hatta pesyarah Univ sekalipun, ramai yang tak minat pun sebenarnya pada mula tetapi lama2 jatuh cinta la dengan kerja tu. Kerja cikgu teruk dan cukup tak setimpal jika dibanding dengan pegawai kerajaan lain, tetapi amat jarang cikgu yang berhenti. (yang tekanan sampai gila pun ada, macam kat sekolah menengah saya dulu) Kenapa? Sebab jadi cikgu BEST!! Pahala lebih? sudah pasti jika ikhlas... Kepuasan tengok murid boleh dari tak bolehlah paling best sekali dan menjadi pengikat seorang guru dengan kerjaya mereka.. GAJI?? kerja apapun dapat gaji.. TEKANAN?? hahaha, memang lagi tekanan dari keje2 yang dulu.. tapi saya redha je sebab ini yang Allah takdirkan untuk saya.. macam Saya yang pernah jadi pemotong ayam dan ikan di Giant Batu Caves dulu masa mula2 jadi Management Trainee, redha je walau dipandang 'kurang mulia' oleh pelanggan2.. tebal muka beb masa mula2 tu.. siap ada pakcik pesan kat anak dia depan2 kata "kalo gagal dalam pelajaran nanti bole la jadi macam abang ni" (saya le tu).. hina tak bunyinya?? tapi saya redha sebab yakin semua pekerjaan memberi pahala dan sikit pun tak rasa nak berhenti..

Tapisan untuk menjadi guru adalah cukup ketat, bukan senang nak lepas melainkan yang benar2 DIFIKIRKAN layak. Jika ada yang tak layak terlepas jugak apa nak buat kan. Rezeki masing-masing


Jadi dimana pula pendirian anda??
Aku suka dengan sistem pendidikan di Singapore..
Terdapat 3 sistem yang digunapakai.
Untuk excellent,moderate dgn Slow Learner..
Tapi bila kita menunjukkan kekaguman kat negara lain,
ramai pula mentaliti JUMUD masyarakat yang suh kite pergi
duk sana dan jadi warga negara sana..

Malaysia Oh Malaysia..
Mentaliti rakyat Malaysia masih
seperti zaman Feudal..
Hanya lagak dan gaya sahaja yang
seperti maju(maju apa ala2 barat)

No comments: