Banyak artikel dan laporan berkenaan wang zakat yang diseleweng..Sedia maklum wang zakat hanyalah untuk asnaf 8 golongan yang telah digariskan..mengikut keutamaan..Apabila sudah tiada golongan yang layak menerima barulah boleh digunakan untuk hal lain yang sepatutnya..Rekod tiada siapa yang layak menerima wang zakat adalah pada pemerintahan Islam zaman Khalifah Umar Bin Abdul Aziz..Apabila tiada siapa yang layak,barulah wang berkenaan digunakan untuk hal pembangunan negara yang lainnya.
KeadilanDaily.com
KeadilanDaily.com
Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat
KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
“Seleweng wang zakat ini bukti Menteri Umno dan dua yang lain menyalahgunakan kuasa mereka dan saya tegaskan firma guaman yang menerima wang zakat itu tidak termasuk dalam senarai yang sepatutnya menerima zakat,” katanya.
Lapan golongan yang layak itu hanyalah fakir, miskin, Amil (mereka yang dilantik memungut zakat), Muallaf (Seseorang yang memeluk Islam, Riqab (orang yang tidak mempunyai kebebasan), Gharimin (penghutang muslim), Fisabillillah (pejuang Islam) dan Ibnus Sabil (musafir).
Katanya lagi, Jamil yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, sememangnya berniat menggunakan wang zakat demi kepentingan mereka dan tahu firma guaman yang dilantik itu tidak termasuk golongan yang layak menerima zakat.
Wang itu katanya, hanya dibayar semula selepas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima geran RM700,000 pada Jun 2010.
“Apabila Datuk Jamil guna wang zakat dan akan bayar balik seperti mana didedahkan dalam surat jawapan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, maknanya mereka tahu bahawa guna wang zakat itu salah.
“Kalau sudah tahu, mengapa guna juga wang itu dan kita yakin kalau kita tidak dedah penyelewengan ini, belum tentu wang zakat itu dapat balik,” katanya
Lain-lain berita boleh lihat disini
1) Menteri agama guna wang zakat bayar kos guaman
2)Miliki rumah mewah, tapi guna wang zakat bayar peguam
3)KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat
4) Datuk Seri Jamil Khir Baharom Guna Wang Zakat Cetak Buku Memburukkan PAS !
5) PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng (Bina bangunan dengan wang zakat)
6) Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat.
Lain-lain berita boleh lihat disini
1) Menteri agama guna wang zakat bayar kos guaman
2)Miliki rumah mewah, tapi guna wang zakat bayar peguam
3)KEADILAN cabar Jamil Khir bersih nama guna wang zakat
4) Datuk Seri Jamil Khir Baharom Guna Wang Zakat Cetak Buku Memburukkan PAS !
5) PAS Melaka tetap dakwa wang zakat diseleweng (Bina bangunan dengan wang zakat)
6) Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat.
No comments:
Post a Comment