Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 5, 2012

UPSI dimalukan !

Mereka tak pernah serik. Media kawalan parti pemerintah tidak sudah-sudah menabur kebencian masyarakat kepada UPSI & pendokong kebebasan akademik malam tahun baru yang lepas. Dalam hal ini kita perlu lihat kesemua sudut pandang untuk menilai. Mahasiswa dan mahasiswi bakal guru, yang bakal mendidik & membimbing corak penerimaan ilmu serta berfikir anak murid kelak. Jika gurunya mudah ditipu anasir provokasi,bagaimana pula anak muridnya? Guru perlu bijak,kreatif dan kritis!


Biadap dan ganggu ketenteraman awam

Saya menyokong penuh tuntutan kebebasan akademik dan himpunan yang diadakan. tetapi saya berpendapat tak semua tindakan mahasiswa tu betul. Ada salahnya dan pihak polis berpakaian vest turut bersalah kerana membelasah mahasiswa. Mengikut video AntaraPos semuanya bermula gara-gara mahasiswa UNISEL memanjat pagar dan mengegarkannya. Mungkin saya akan menulis pendapat  BETUL dan SALAH tentang setiap kejadian yang berlaku malam tersebut.

Walaupun insiden gegar pagar minta dibuka hampir sama dengan demo waktu siang (tengah hari; waktu puncak) anjuran sebuah parti politik sebelumnya, harus difahami bahawa demo anjuran parti berkenaan tidak diminta bersurai oleh pihak polis. Polis tidak menganggap jeritan-jeritan & berkumpulnya mereka yang ada disitu pada hari berkenaan sebagai mengganggu ketenteraman awam.

Berbeza dengan himpunan mahasiswa, mereka berdemo pada waktu malam, ketika sambutan tahun baru pula. Tempat yang sama dengan demo pertubuhan politik di waktu siang. 


Mungkin ada sebab POLIS anggap demo waktu malam itu ganggu orang ramai yang berkemungkinan nak gunakan jalan atau tidur awal pada malam tahun baru tu.


Soal banyak sambutan perayaan lain yang menggunakan mercun tidak boleh disamakan dengan himpunan berkenaan kerana letupan-letupan bunga api ini telah diklasifikasi polis sebagai tidak mengganggu orang awam.


Baring dan duduk di jalanan

Saya juga dah respon tentang berita yang dikatakan memburukkan pihak upsi hari ini. Di TV, radio dan akhbar seolah-olah mahu menanam api kebencian masyarakat sama ada pada UPSI atau modus operandinya membenci pihak-pihak yang terbabit dalam insiden malam tahun baru tersebut.


Di bawah ini adalah sebahagian posting saya di facebook


Tak tengok berita TV3 tadi..tapi tengok agak kecoh orang cakap pasal cikgu baring kat jalan(twitter & facebook). Bagi saya ini semua hanyalah mainan media yang sengaja mahu memburukkan satu perkara. Provokasi minda. Laporannya kalau nampak santai & tak niat nak burukkan takkan nampak mcm tu


Hakikatnya masa belajar kat UPSI, saya selalu duduk/baring kat jalan..kalau lepak dengan kawan2..dalam kawasan kampus,atau kolej2 kediaman.. Dengan kumpulan nasyid/persembahan bawah HEP. Takpun dengan rakan-rakan rapat untuk berbual santai dan gosip semasa.


Ada yang agak mual hal duduk dijalanan ni. UPSI sebenarnya memang famous dgn budaya segelintir cikgu-cikgunya yang suka date tepi longkang.. Boleh tanya orang sekitar Tg malim atau hulu bernam kalau tak percaya.Di kolej KHAR atau arked bahtera.


Masa PRK (pilihanraya kampus) pun ada budaya pegang banner & jerit2 seru slogan..Ianya positif menurut kampus demokrasi & moral..Dan kalau yang negatifnya (memalukan) sebenarnya apabila setiap kali konsert pesta konvo budaya menjerit-jerit seperti histeria atau melompat-lompat ghairah kerana menonton artis terkenal yang dipuja para guru..


Hal sebegini sangat lali bagi kami di UPSI..Maka,apalah sangat dengan beberapa kerat guru yang tidur,duduk dan baring dijalanan pada malam tahun baru?


konklusi: tak ada isu..saja media bikin panas..untuk tanam rasa benci kepada sebahagian pihak..heh.


No comments: