Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Nov 5, 2011

Pemuda PAS vs Elton John

Tak sependapat


Beberapa tika ni aku merasakan sayap pemuda PAS agak keterbelakang dalam isu yang sangat penting dan nampak seolah-olah mahu menjuarai isu yang bersangkut paut dengan hal hiburan semata.Sebelum ini kes filem Hantu Bonceng dan kali ini konsert Elton John.

Konsert Elton John dilihat sangat tidak relevan bila mana KP PAS cuba menjadi juara dalam isu ini,katanya disebabkan Elton John seorang homoseksual maka lagunya dan pengaruhnya datang ke Malaysia untuk membuat persembahan akan menjadikan rakyat Malaysia mengikut budaya homoseksual.Agak kelakar tapi itulah hujahnya.

Umum juga mengetahui konsert itu akan berlangsung di Arena Stars Of Genting Highland,satu kawasan private,persendirian oleh balu Lim Goh Tong. Kawasan yang 'tak boleh' diganggu. Ramai juga manusia berseronok di Theme Park,tak kurang golongan kaya yg melabur di pusat perjudian antara yang terbesar atau muda mudi yang melampias nafsu dengan pasangan masing2 di hotel-hotel sekitarnya. Makanya konsert Elton John di Genting bukanlah apa-apa jika dibanding dengan perkara utama lain yang berlaku setiap hari di Genting itu sejak sekian lama.


Mungkin untuk menyedapkan hati & membenarkan bantahan mereka, KONSERT ELTON JOHN akan galakkan umat manusia ke Genting..Sudah! Kalau itu momokan sumbang mereka,maksudnya isu doktrinisasi GAY adalah palsu belaka..


Kritik terhadap bukan Islam

Walau saya tak bersetuju dgn tindakan serta alasan PAS yg membantah konsert Elton John,tapi saya juga tak sependapat dengan pimpinan MCA yg guna cara provokasi dan mengatakan konsert elton john hak bukan Islam..Laungan sumbang MCA itu pula ada disambut mesra DAP.


Satu perkara yg harus disedari,kenapa bila isu2 sebegini,dikatakan HAK BUKAN MUSLIM & MUSLIM TAK BERHAK untuk sekat tetapi dalam bab HUDUD yang jelas termaktub untuk sistem perundangan Islam, yang BUKAN MUSLIM sibuk untuk turut masuk campur & menghalangnya dengan keras?


note: Aku tak bermasalah dengan HAK KONSERT / Hiburan untuk bukan muslim,cuma bermasalah bila HAK MUSLIM itu sendiri dihalang..Turut buat hati lucu apabila pemuda PAS yang dengan keras mahu berdebat isu konsert ini dengan Dr Asri Zainal Abidin yang dilihat agak terbuka & bersederhana menasihati PAS agar jangan terlalu selesa dengan pelakuannya.

No comments: