Minggu lepas aku sempat mengikuti Akademi Pak Sako. Banyak ilmu yang telah diserap masuk dalam kepala,berkenaan bab penulisan. Tagline Pak Sako adalah TULIS UBAH DUNIA. Akademi Pak Sako kali ini cukup menginsafkan.
Ya,penulisan sangat penting & dituntut. Rujuk sejarah, pada zaman Khalifah Uthman, beliau mengumpulkan semua hafiz quran untuk menulis wahyu-wahyu yang diterima baginda Nabi Muhammad SAW, walau sebelumnya al quran tidak pernah dibukukan.Hal ini kerana ramai muslim yang syahid ketika perang.
Menjadi kerisauan Khalifah Uthman jika agama Islam itu akan ‘mati’ didunia dan umat manusia akan sesat. Tidak ada quran sebagai pegangan seperti mana hadis Nabi. Beliau percaya & beriman dengan wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda bahawa membaca itu satu perkara pokok untuk mendapatkan & memahami ilmu.
Bayangkan jika quran tidak dibukukan,bagaimana umat hari ini memahami quran? Bagaimana segala ilmu lama akan dikaji & diperkembang? Segalanya melalui tulisan yang dimulakan seseorang.
Jadi untuk mengubah dunia,kita perlu mula menulis. Tulis rencana yang mampu dibahaskan,diperdebat dengan cara yang berhemah, tak kira apa isu, daripada seringan-ringan hingga seberat-berat isu pun. Asal saja berikan sedikit pandangan dalam tulisan. Tapi ingat, perlu juga sedikit pembacaan & dapatan kajian sebelum memulakan satu tulisan.
Nota: Hishammuddin Rais menjelaskan bahawa sejarah bukan ditulis oleh mereka yang menang seperti yang dikatakan barat, tetapi ditulis oleh mereka yang rajin menulis. Artikel-artikel perlu diperbanyak untuk rujukan generasi masa depan membuat perbandingan, supaya konsep sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang diketepikan.
Mungkin selama ini yang menang sahaja yang rajin & bersemangat untuk menulis. Pihak yg tewas tidak menyedari kekuatan tulisan itu mampu memgubah atau memperbetulkan satu fakta yang mungkin disorokkan. Jadi apa yang ditunggu? Jom menulis!
No comments:
Post a Comment