Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 27, 2011

Politik Kita

Sistem POLITIK kita hanya bersifat menyerang

Kalau hal yang tak sensitif tak apa sangat..Tapi kalau yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan pergaduhan kaum & agama? Siapa yang boleh selamatkan kita bila perpaduan yang acapkali dimomokkan itu pecah,meletup? 

Perpaduan sesama kaum,boleh kita baca dalam Malay Dilemma bagaimana Tun M sendiri berkata, perpaduan golongan2 elit ini sebenarnya sudah lama terbentuk di lantai dansa & parti keramaian (hiburan) tetapi rakyat bawahan,yang orang biasa,isu-isu seperti ini makin meretakkan lagi hubungan & sefahaman dalam kalangan rakyat kita..


Soalannya..Siapa yang untung bila rakyat bawahan bercakaran & macam2 ordinan akan digunakan untuk tangkap sesiapa tanpa perlu bicara dimahkamah?

Isu GEREJA & Isu pembesar suara terlalu dimainkan oleh media-media yang dikuasai UMNO-BN..Kehadiran manusia-manusia seperti Zulkifli Noordin & Ibrahim Ali umpama BOM C4 dalam masyarakat juga sangat berbahaya..

Mereka boleh dikatakan setiap masa meniup api kebencian dengan niat supaya masyarakat kita bergaduh dengan mengangkat isu KAUM & AGAMA sepertimana yang pernah berlaku dalam sejarah ketika parti pemerintah sudah nampak mereka kehilangan kuasa pada tahun 1969..

Aku fikir masyarakat harus bijak menilai & melihat semua prespektif dalam satu isu yang berbangkit,terutamanya ketika isu itu jadi perhatian Utusan,TV3,RTM & Berita Harian

No comments: