Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 27, 2011

Blog Terbiar

Banyak isu-isu yang menarik tetapi terbiar tanpa diulas dalam blog..Hanya banyak respond dalam facebook & twitter.Mungkin lebih cepat & praktikal..Lagi-lagi bila macam-macam yang dilakukan facebook dalam menambah baik mutu servisnya.

Fadhlullah-friendpage

Aku juga dah buat fanpage yang dinamakan sebagai friend-page..Kalau sudi silalah like..Hanya page picisan..Respon tentang pelbagai isu dalam sudut yang lebih liberal..Oh,cakap tentang liberal bukanlah bermakna menyokong & terikut-ikut dengan laungan-laungan Najib Razak yang katanya mahu buat pelbagai dasar liberalisasi.

Setuju dalam banyak hal berkenaan liberalisasi tetapi dalam masa yang sama takut sekiranya liberalisasi ekonomi itu digunakan secara nyata.Takut nanti peniaga-peniaga kecil merempat ekoran semuanya telah dikawal oleh kuasa besar.Untuk lebih memahami mungkin boleh baca banyak tulisan Pak Syed Hussin Ali..

Memang daripada dulu sudah berfikiran sebegini (liberal).Jadi sapa-sapa nak buat satu dakyah hagemoni mungkin susah pada aku..Macam baru-baru ini pun semasa dialog dengan A.Samad Said,Lee ban Chen & Arumugam ada aku lontarkan persoalan & juga idea bagaimana sejarah itu patut ditulis semula (konteks sekolah) supaya pelajar kita punyai nilai kesedaran tinggi dan sayangkan tanah air..

Jawab Lee Ban Chen,apa-apa pun,kena tumbangkan UMNO/BN dahulu sebelum fikir benda yang lain..Persoalan seterusnya adakah perlembagaan rakyat yang dicadangkan pada hari hartal 20/10/1947 perlu diteruskan semula & mengenepikan perlembagaan persekutuan yang wujud..Jawabnya lagi (ketika diluar dialog,duduk berbual selepas dialog) kedua-duanya sudah lama,yang baik perlu dikekalkan & yang buruk perlu dipertingkat..



Teruskan membaca & kalau sudi responlah atau kongsikan bersama blog ini,jika ada tulisan-tulisan yang sesuai kepada umum..

Dunia adalah sebuah tempat yang sgt berbahaya,bukan kerana orang jahat, tapi sikap orang-orang tak peduli dgn kejahatan yg sedang berlaku.

 p/s: Aku draft ni 16/9 (check date kat blog ni) tapi lupa submit..dengan layout baru daripada blogger ni,aku dapat baca aku ada 16 draft yang tak publish..sangat2 tak sesuai untuk berblog..memang lebih suka kongsi di facebook..Perlu dispilin yang lebih tinggi sahaja..InsyaAllah!

No comments: