Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 27, 2011

Bila TPM & BERNAMA bohong


Transkrip buktikan Guan Eng tak fitnah Johor



Transkrip wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dengan Lim Guan Eng membuktikan bahawa ketua menteri Pulau Pinang itu tidak membuat sebarang ulasan berhubung rekod keselamatan di Johor, seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pejabat Lim hari ini menyediakan pautan ke transkrip rasmi temuduga yang dijalankan oleh wartawan ABC, Cameron Wilson bagi program ehwal semasa Connect Asia bagi menyangkal dakwaan Muhyiddin itu.


Transkrip itu dihantar bersama-sama dengan surat menuntut permohonan maaf daripada Bernama, yang memetik Muhyiddin mengkritik Lim dalam laporannya 23 September lalu yang berjudul "Lim Guan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain" - Muhyiddin
bernama logo

Semasa wawancara itu, Lim tidak menyebut mengenai Johor. Lim membincangkan tentang perjanjian pemohon suaka, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai Pulau Pinang.

"Beliau tidak pernah menyebut Johor atau membuat sebarang rujukan mengenai keadaan di negeri-negeri lain di Malaysia semasa temuduga dengan Radio Australia," kata setiausaha akhbar Lim, Wong Kim Fei. Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Wong berkata artikel agensi berita nasional itu adalah 'berita palsu, dusta dan penuh dengan pembohongan' sehingga menyebabkan Lim dibidas oleh pemimpin Umno.

Pada artikel 23 September lalu, Lim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi. Oleh itu, Lim menenutut permohonan maaf tanpa syarat dan sekiranya Bernama gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik.





Inilah bahana bermain atau terpengaruh dengan hashtag #beritatipu di twitter..Aku rasa wartawan saja nak buat lawak & Mat Sembab ni pun cepat bebenor nak ambil..Tak pun memang ini berita ilham Mat Sembab..Sapa yang tahu kan..Johor tempat dia..Asal ada isu sudahlah..

TPM bukan saja berdepan dengan parti pembangkang kali ini,tetapi berdepan dengan kem Najib razak & juga para graduasi pendidikan yang marah kerana diabaikan kebajikan. Difahamkan jawapan Muhyiddin semasa menjawab soalan graduasi pendidikan UKM,masalah posting berlaku kerana kerajaan kurang bajet..Mungkin kerajaan kita lebih utamakan pembinaan macam2 benda yang bakal runtuh & peruntukan untuk pesta keramaian berbanding peluang pekerjaan guru (yang ramai sedia maklum sekolah2 kurang guru)

No comments: