Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 12, 2011

Ber"ADA"

Garis-garis nuansa,
antara mereka membina berada,
tentang sisifus membuka tabu,
absurd itu ancaman baginya,


Di sebuah negeri bernama Thuringgia,
tentang seorang putera gila,
nihil akan kehidupan manusia,
kekecewaan tentang dogma-dogma,


Illyium pula lain kisahnya,
tentang angkuh sang pendekar,
Appollo yang didendaminya,
tumit yang menerima panahan,


Niat menghalalkan cara,
prinsip etika dan moralnya,
Putera hasil nukilnya,
sedang faham akan matlamat


Aku berfikir, maka aku ada,
tentang epistemologi logika,
individualis membina fikirnya,
manusia mencari kebenarannya.




Puisi ini ditulis oleh seorang sahabat seperjuangan,Mohd Nazreen yang lebih mesra kami panggil Abun.

No comments: