Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 12, 2011

Agama,Primitif dan Budaya: Satu Penilaian

Oleh: MdNazreen

Tentang pikir,percaya atau iman. Manusia sering gagal untuk menginterpret dengan baik nilai-nilai transedental tentang adanya kuasa yang mereka imani. Paham mereka terhadap unsur alamiah ini berbeda disulami dengan tingkahdaya budaya,pemikiran yang tidak koheren. 

Dogma agama muncul sering dianggap sebagai fikrah terakhir untuk mempercayai kuasa agung yang membatasi mereka. Paganisme merupakan contoh utama faham masyarakat kepada nilai transenden.Kuasa yang membatasi kemampuan mereka secara alamiah. Sebarang bentuk penjelmaan entiti dianggap sebagai penjelmaan bentuk tuhan yang ada mempunyai kemutlakan kuasa. 

Kepercayaan pagan tentang penyembahan matahari,bulan dan api misalnya merupakan ritual yang dijalankan untuk memuja kuasa yang mereka anggap sebagai pelindung. Seperti yang dirungkai Emile Durkheim, tentang dasar-dasar sosial mereka beragama, secara asasinya wujud apabila paham mereka tentang elemen ghaib dan mistik sekaligus mencapai erti agnostik bahawa ada yang melakukan aturan terhadap kehidupan mereka. Misalnya, tentang kejadian-kejadian siang dan malam.

Maka peristiwa ini dianggap sebagai aturan yang terbina dan didominasi oleh kuasa mistik yang mereka tidak ketahui usulnya. Kehidupan masyarakat primitif menurut Max Weber dan Emile Durkheim dianggap sebagai pola relatif yang sama. 

Tiada unsur-unsur kebudayaan dan pengamatan amalan kepercayaan yang berbeza. Cara dan kaedah menjalankan ritual mungkin berbeza namun pola dan corak perkembangan sama. Oleh itu, wujud budaya keprimitivan dan mempercayai unsur-unsur yang jelas ada persamaannya.


Carl Jung, seorang ahli psikologi dan sosiologis masyarakat membuat kesimpulan bahawa masayakarat primitif mempunyai rasa takut dan takjub akan perkara yang begitu asing bagi mereka.. Dan akibat rasa takut, mereka menganggap bahawa semua perkara yang asing untuk masih mempunyai kekuatan yang tersendiri dan fenomena mistik tentang peristiwa aneh itu ditanggapi sebagai nilai transenden. Berbeza pada faham agama, misalnya Kristian. Bentuk dan struktur beragama itu sudah ada aturannya yang jelas.Seperti yang digambarkan Weber bagaimana agama itu interpretasi daripada analogi pensejarahan. Akibat evolusi dan wahyu yang digambarkan sebagai kemutlakan yang diterima. 

Agama dipesepsikan sesetengah orang sebagai pusat kepada kenyataan sosial. Dalam hal ini, perlu dicatatkan persoalan mengenai teori Weber,Durkheim dan Pareto. Teori Durkheim pula agak berbeza tetapi ada pada garis yang sama. Durkheim membicarakan tentang sifat kewujudan agama terakhir bagi solidariti manusia,tentang bagaimana sifat agama itu menyatukan kehendak manusia yang berbeza, mungkin dari segi variasi pemahaman akhirnya menjurus ke arah yang satu. Mencari nilai keamanan dan kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat. Pareto pula menjalankan analisis bagaimana agama memainkan peranan dalam membina sejarah tamadun manusia.

Agama juga dilihat sebagai intipati yang terserap mengikut faham budaya tetapi diselarikan dengan nilai-nilai kesejahteraan dan penerapan terhadap perkembangan masyarakat. Agama itu juga diimplementasi sebagai alma matter kepada bimbingan bahawa wujud alamiah ini adalah untuk manusia membina tafsir keberadaan mencipta kebenaran mereka sendiri. 

Tentang kebudayaan, penyerapan nilai-nilai agama dalam konteks budaya akhirnya bercambah menjadi satu sifat yang ekslusif terhadap tatacara masyarakat tersebut. Misalnya, akan wujud golongan yang mendakwa 'atas nama tuhan' mereka punya hak yang kukuh dalam membawa agama terbabit. Padahal, agama itu padan mulanya adalah inklusif, terbuka dan universal nilainya. Akibatnya, subjektitiviti agama itu mula melahirkan paradoks,polemik tentang nilai dan konsep sebenar ajaran. 

Kristian misalnya, apabila golongan gereja cuba mengekslusifkan faham mereka terhadap agama. Kristian tidak lagi menjadi agama yang inklusif. Nilai dan aturannya kini mula didominasi di dalam lingkungan ini. Dan akhirnya, ajaran dan faham agama menjadi budaya ikut-ikutan bukan lagi bermodalkan nilai-nilai kesejahteraan insaniah. Faham mereka dijadikan alat hegemoni dan indoktrinasi daripada pihak yang mempunyai kemutlakan dari soal ini. Akan wujud budaya parokial dalam menginterpret faham mereka. Budaya primordial semakin menebal dalam masyarakat apabila penilaian agama mula bermotifkan politik, mereka yang punya autoriti yang diabsah mulai risau dan diganggu gugat dari pihak yang lain.

Wujud budaya taklid, menutupi ijtihad antara satu sama lain akibat rasa risau dan diancam pemahaman yang tidak selari dengan gagasan pemikiran mereka. Mengambil contoh dari konflik yang pernah tercetus di Mojokito,Jawa. Wujud kelompok yang mendokong pembaharuan bertentangan pendapat dengan kelompok konservatif yang sedia ada. 

Pandangan hidup yang berdasarkan agama, acuan suku bangsa dan ideologi politik mereka akhirnya mencipta kebudayaan yang berbeza iaitu abangan, santri dan priyayi. Tradisi keagamaan abangan mempunyai corak ritual yang khas, disebut sebagai slametan, kepercayaan yang kompleks dan rumit tentang mistik beragama. 

Priyayi pula digunakan di kalangan golongan-golongan aristokrat secara turun-temurun. Priyayi bukan sahaja mendapat kuat bertahan di kalangan masayrakat yang lebih konservatif tetapi memainkan peranan di dalam pembentukan budaya dunia. Abangan pula menekankan aspek animisme sinkretisme Jawa dan secara luas dihubungkan dengan golongan petani.

Akhirnya, wujud konflik yang serius antara golongan priyayi dan abangani yang saling hindar-menghindari antara satu sama lain. Wujud pertelingkahan akibat siapa yang berhak mempunyai kemutlakan menentukan sesuatu yang mereka anuti. Dan perselisihan ini akibat daripada lingkungan struktur sosial yang berbeza. Yang menganggap mereka perlu menentang pemahaman yang mereka tidak terima dan pada pihak yang lain pula menganggapi bahawa mereka perlu mempertahankan faham mereka terhadap objektiviti yang mereka interpretasikan.

Agama merupakan pemahaman yang inklusif, besifat sejagat dan menekankan kesejahteraan di dalam pemikiran penganutnya. Kegagalan sesetengah pihak yang cuba memutlakan kekuasaan dan menganggap fahaman minoriti itu sebagai ancaman bukanlah nilai yang cuba disampaikan di dalam mana-mana agamapun. Masyarakat punyai tamadun dan mampu unutk merasional permasalahan dan menjangkaui persoalan dalam mencari solusi terbaik. Budaya masyarakat primitif punyai nilai yang berbeza dalam masyarakat yang bertamadun.  

No comments: