Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 12, 2011

Najib takut berdebat dengan Anwar?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak seharusnya berhadapan sendiri dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukannya diwakili orang lain lantaran kritikan terhadap program 110 Hari Pakatan Rakyat dimulakan Perdana Menteri itu.

Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata demikian kepada KeadilanDaily.com ketika diminta mengulas ‘kesungguhan’ Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin  untuk berdebat dengan Anwar sekalipun cabaran itu bukan ditujukan kepada Ketua Pemuda Umno itu.

“Yang sepatutnya berdebat dengan Ketua Pembangkang adalah individu yang setaraf dengannya. Jadi dalam hal ini individu tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak,” kata Dr Muhammad Nur.
Seandainya Khairy berdegil mahu berdebat, Dr Muhammad Nur berkata KEADILAN mempunyai ramai personaliti yang boleh berdebat dengan Khairy.

“Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli juga boleh,” katanya apabila diminta memberikan satu nama yang difikir sesuai berdebat dengan Khairy.

Khairy semalam menawarkan diri untuk berdebat dengan Anwar bagi menggantikan Najib yang mengkritik Program 100 Hari Pakatan Rakyat.

Program itu mengandungi 10 perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat apabila mentadbir negara dalam masa 100 hari, antaranya ialah imbuhan khas perguruan RM500 sebulan, penghapusan tol di lebuh raya, serta menaikkan royalti minyak Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu kepada 20 peratus.

Najib semalam membidas program itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menggadai masa depan negara tanpa membawa sebarang hujah bernas atau fakta sokongan.

Ramai balaci duk dibawah macam Nazri Kaki Ampu & KeraJalanan ni  nak berdebat dengan DSAI pasal nak jadi syok sendiri macam si Shebry Cheek dulu yang sampai terkeluar air liur putih duk serang peribadi..Orang ajak debat pasal harga minyak dia debat pasal peribadi..Kalau macam tu UMNO/APCO/BN/ISRAEL sediakan je pentas & semua MEDIA LIVE untuk sesi DEBAT TENTANG peribadi tanpa IKLAN...  

No comments: