Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 12, 2011

Mahasiswa ‘berparlimen’ bincang 4 isu

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penuntut universiti awam dan swasta mengadakan Perhimpunan Mahasiswa Negara (PMN) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. 

 

Perhimpunan mahasiswa itu menggunakan pendekatan ala-Parlimen bagi membincangkan beberapa isu yang dibangkitkan diketuai ‘speaker’.

Dalam perbincangan hampir dua jam itu, mereka memutuskan empat perkara untuk dibahas, antaranya soal kebajikan mahasiswa, kualiti pengajian, undang-undang, dasar dan peraturan kampus dan sikap serta tingkah  laku individu.

Isu utama yang dibangkitkan itu kemudian diperhalusi di dalam sesi ‘Parlimen Pelajar’ dengan pelajar yang mengikuti sesi berkenaan memberi pandangan bagi mengutarakan penyelesaian kepada masalah.

Perhimpunan kira-kira 200 mahawiswa itu, bagaimanapun menolak usul untuk menghantar wakil ke sidang Dewan Rakyat berikutan bantahan sehagian mereka yang beranggapan usul itu tidak wajar dilaksanakan.

Usul yang mendapat sokongan ramai pula ialah membina koperasi mahasiswa bagi menampung kos pembelian buku rujukan di samping mendidik warga kampus, melabur dan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. 

Seterusnya, usul yang turut mendapat sokongan ialah penyatuan mahasiswa seluruh negara bagi memperkukuh kedudukan dan suara mereka walaupun ia dipertikai beberapa mahasiswa.

Perhimpunan Parlimen itu diakhiri persembahan beberapa kumpulan ‘indie band’.

Semalam dari pagi ke malam bersama para ANAK MUDA..AKu melihat mereka ini lebih matang dalam membincangkan isu mahasiswa sebab itu juga usul untuk melantik seorang mahasiswa ke dalam dewan parlimen di tolak majoriti,usul tentang koperasi disokong dengan syarat kerana merak tidak mahu organisasi itu tidak ada arah tuju & dipimpin oleh mereka yang tidak komited & berpengalaman..Syabas Anak Muda..

No comments: