Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 4, 2010

Jawapan kepada Masalah Bukan Islam yg Membaca Al-Quran



Drlo'lo' Ghazali (MP Titiwangsa) said:
Orang Melayu kena dengar seorang Cina Islam mengongsikan pengalaman sebelum kembali kepada Islam 30 tahun yg lalu. Bagaimana orang Bukan Islam hendak kenali Quran jika pegang Quran pun tak boleh, baca Quran pun tak boleh.


Aku pun tak tahu nak kata macam mana..Tapi bagi aku isu ini memang sangat dimainkan oleh TV3,Utusan dan Berita Harian..BERNAMA TV pun dah makin mengikut jejak langkah TV3 atas arahan pihak-pihak perempuan puaka yang mampu menghaibkan pelbagai benda (data atau wang)dan juga makhluk hidup (model mongolia & saksi2)..Paling mengejutkan Astro AWANI yang dulunya bersih dah mula ditekan..

Ada yang kata aku FITNAH..Tapi hal ni aku dapat info sebelum PRU 2008 lagi..Aku ada member kerja kat BernamaTV..Memang dia dah cakap ada arahan daripada "orang tertentu" dan Boss dia pun suruhlah wartawan ni buruk-burukkan pakatan secara terang atau terselindung..dan memuji atau buat cerita baik-baik saja tentang barisan walaupun berita buruk yang tersebar luas..

Merujuk kepada berita yang terbaru semasa kongres PKR,perwakilan bukan muslim yang beragama Hindu ada membaca terjemahan ayat Al Quran dan dikatakan maksudnya itu tidak sama dengan ayat sebenar..Lantas semua media yang aku list diatas berlumba-lumba menjadi alat adu domba akhir zaman dan apa yang digelar sebagai TENTERA-TENTERA Dajjal sebab mengerjakan perbuatan JAHAT lagi busuk bagi menjauhkan bukan muslim (Zimmi) dengan Islam..

Semua media ini mengambil cara provokasi yang dianjurkan oleh team BPN..Umat Islam terlalu sensitif jika seseorang bukan islam salah tafsir makna ayat Quran..Baik,jom kita semua berpijak dibumi yang nyata dan menolak berita daripada kedua belah pihak..Baik Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional..Kita jadi manusia yang baik,penganut agama yang bersikap terbuka tanpa menggadaikan prinsip agama..Jom lapangkan dada,ada isu2 tentang hal yang lebih kurang sama aku nak hangpa fikirkan..

  1. Jika aku beri kamu-kamu yang membaca BLOG aku ini senaskah Al Quran tanpa terjemahan dan aku minta kamu baca satu ayat,bolehkah kamu YAKIN 100% bahawa cara bacaan kamu 100% tepat??Kalian juga diminta untuk bertanya kawan-kawan yang pernah belajar aliran tahfiz tentang TASMI' yang mereka lalui..AlFatihah sahaja berapa lama mereka ambil masa untuk lepas ke stage yang seterusnya??Kalau cara bacaan hangpa tak betul,hangpa UMAT ISLAM yang mengaku diri BANGSA TERBAIK DALAM DUNIA (macam bangsa Yahudi pulak) dah menghina kesucian agama Islam..agama hangpa sendiri..
  2. Kemudian aku minta hangpa terjemah terus ayat berkenaan daripada bahasa arab AlQuran(diakui kaum Quraisy sebagai puisi arab teragung)kepada Bahasa Melayu..Aku nak rekod dan kemudian aku akan semak kembali apa yang hangpa dah terjemah tadi..Kalau salah,hangpa dah menghina dan mencemarkan kesucian agama Islam sekali lagi..
  3. Aku bagi hangpa 2 buku terjemahan Quran..2 penerbit berbeza dan penulis berbeza..Adakah hangpa mendapati 2 kitab itu akan menggunakan terjemahan yang sama,ayat yang 100% sama atau ada sedikit perbezaan mengikut kepada kefahaman si penulisnya??
  4. Aku bagi hangpa satu puisi melayu..Hangpa baca dan minta hangpa tafsir maksud puisi berkenaan..
  5. Kalau hangpa pernah tengok AF zaman Oggy Ahmad Daud jadi pengkrtik,dia selalu cakap si penyanyi tak faham lirik lagu..Salah tafsir lirik lagu & macam2 lagi..Si Penyanyinya Melayu,bergaul dalam masyarakat Melayu,nyanyi lagu Melayu,seminggu belajar lagu yang sama tapi masih tak faham bahasa melayu tu??Ini perkara biasa atau perkara yang besar??
  6. Kalau hangpa dengar seorang Muslim yang berjaya bercerita mengenai kejayaan hidup dan mengambil satu ayat daripada BIBLE berkaitan kejayaan hidup sebagai ucapan,adakah hangpa fikir muslim tersebut mengangkat BIBLE atau menghina BIBLE??

Jadi apa pendapat kalian apabila isu Non Muslim baca ayat Quran,makhrajnya,bunyinya ada yang macam tak betul..Dan ada non muslim yang baca terjemahan Al Quran sebagai "quote" dalam ucapan,sumber daripada internet berkenaan pula memang tulis macam tu ..Kira itulah research yang dia dapat dalam tempoh yang singkat untuk ucapan pembukaannya..Adakah menjadi masalah kepada kalian dan hal ini sehingga boleh dikenakan ISA kerana non muslim berkenaan menghina kesucian Islam??


p/s:Nak tergelak dengan KAUM MELAYU BERAGAMA ISLAM yang terlampau BODOH di Malaysia ni..Budget Bangsa terhebat tapi hal yang semacam ini pun boleh jadi masalah..Kaum Melayu (ataupun Agama Melayu=Agama Islam;baca HANYA berlaku di Malaysia sahaja) berpakaian seksi tak pula dianggap menghina kesucian Islam??kah kah kah!!!

No comments: