Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Dec 4, 2010

Kena sebat 5-0

Dah macam Barca belasah Real madrid pulak..Baru sekejap kita dikejutkan dengan berita RON97 dinaikkan RM0.15,selang 2 hari kita dikejutkan pula dengan berita 4 lagi kenaikan harga dalam satu malam..Memang kalau lawan bola,1-0 first half,masuk 2nd half tu kena belasah lagi 4-0..memang pesta GOL namanya!!!

Aku pun tak tahu nak kata apa,tapi alasannya sangat CUTE,SWEET & catchy!!nak tahu apa alasannya??Nah,tengok benda alah bawah nih..


Amacam??terasa berilmiah & bijak tak kerajaan kita??Kalau aku jadi pak menteri,aku akan naikkan lagi tinggi supaya RON95 & 97 betul2 hampir sama nilai..

Ok,berbalik kepada kebodohan pimpinan negara dalam urus tadbir,alasannya tetap sama,EKORAN kenaikkan harga minyak pasaran DUNIA..Semua nak selaras dengan pasaran dunia..Nak ikut nilai yang ditetapkan USA..kemudian suruh compare harga barang2 ni semua dengan Spore,Indonesia & Thailand..Convert harga dalam nilai matawang depa jadi ringgit Malaysia..Agak bijak,sebab kerajaan tak sebut suruh compare dengan Brunei..Kah kah kah!!

Tapi rakyat jadi BODOH & DUNGU sebab ikut kata kerajaan tu,depa tak compare lebih-lebih..tak compare pasal isu ni..

  1. Singapura &Thailand bukan negara pengeluar minyak.
  2. Thailand kena cukai hanya sekali masa beli kereta,lebuhraya utama tak ada tol,Spore pula cukai jalan boleh di ambil ikut masa yg kita nak gunakan kereta
  3. Harga proton di arab dengan harga proton di Malaysia,jangan semak harga je,semak kualiti gak..
  4. Harga kereta luar sebelum kena cukai..compare dengan harga kereta nasional yang tak pernah-pernah kena cukai..
  5. Pendapatan rakyat mrk tinggi brkali ganda..Compare gaji Spore $4000 convert jadi RM,berapa agak2??Haha..
  6. Compare gaya hidup menteri menteri negara maju tu dengan menteri menteri Malaysia,ada ke yang smpai ada rumah kat Australia macam Taib Mahmud,yang ada rumah rm24juta macam Khir Toyo yang baru berapa penggal jadi MB Selangor..Rasa-rasa sapa je yang dapat layanan kelas VIP??Semua menteri atau hanya presiden negara sahaja???
Ok,cukup..lain2 tak larat nak sebut,hangpa boleh google sendiri terutamanya dengan eropah yang bagi pendidikan percuma dan percuma heart transplant..Tapi nak buat macam mana,kita memang tak pernah peduli dengan ini semua..

Kita lebih suka ambil tahu artis tu kahwin ke cerai??Artis tu kapel dengan sapa sekarang??Anak-anak kecil nak hantar masuk Tom Tom Bak suruh menari & menyanyi tanpa segan silu dari usia 4 tahun dengan gaya yang tersangat-sangat pelik..Kemudian kita nak tahu MARI MENARI tu,nak vote sapa,nak singkirkan sapa..Kita lebih suka cakap hal berkenaan sebab ianya mempengaruhi aktiviti & sosial kita daripada ambil tahu bab politik yang tak sikit pun mempengaruhi kehidupan kita..Kan ke harga barang jadi mahal sebab artis tu kahwin cerai..kan??kan??kan??

Kalau kita tak suka,kita disuruh keluar dari negara kita..Kiranya macam kalau kita dah undi seorang MPP (universiti) kemudian jadi macam-macam hal yang menyusahkan mahasiswa,harga makanan kafe dinaikkan,yuran BAS naik..yuran ni naik,yuran tu naik..jangan kritik dia,tapi hangpa pergi pindah universiti lain..Ketua kampung ke,dia naik,macam-macam hal yang tak kena dengan hati kita dia buat,dia tak perlu berundur sebaliknya kita yang tak sependapat dengan ketua kampung tadi kena keluar dari kampung tu..Kan??Kan??Kan??Macam tu kan??Kah Kah Kah!!!

p/s: Malam tadi baru tergerak hati baca utusan lepas dah berjeman tak membacenye..Ingatkan berita utama pasal kenaikkan harga barang,tapi pasal Maslan ape tah suruh Anwar QUIT jadi pemimpin PR..Berita no2 baru pasal harga barangan ni semua,tapi ayatnya "SUBSIDI Bahan api,gula dikurangkan" (kira bantuan masih diberi kepada rakyat..Inilah contoh BERITA yang buruk tapi digunakan untuk TETAP MEMUJI)

No comments: