Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 26, 2010

Hanya Orang Biasa



Salam buat teman semua

Tadi baru lepas meeting dengan Timbalan Dekan FST,merencana sedikit program untuk anak2 yang berada dibangku sekolah.Menarik minat mereka terhadap Fizik.Kemudian penulis lapangkan sedikit masa untuk melihat sebarang informasi berkaitan blog ini (SUARA REVOLUSI).

Topik kali ini hanya ingin merencanakan serba sedikit tentang blog ini sebab lepas meeting tadi penulis luangkan masa melihat serba sedikit BLOG ni..Bukan buka acc BLOG tetapi dari google..Penulis type tentang BLOG ni dan keluar macam-macam.Dah agak lama tak semak style macam ni,4 bulan dah rasanya tak buat macam tu.

Berkenaan penubuhan SUARA REVOLUSI pasca PRU yang memperlihat TSUNAMI POLITIK MALAYSIA.Ia hanyalah berdasarkan suka-suka untuk melemparkan kata hati atau lebih tepatnya menurut bahasa muda mudi pada hari ini sebagai LEPAS GERAM.Tak kira mengenai apa saja isu.Kumpulan sasaran adalah RAKAN seusia yang pernah sepengajian dan tak pernah PUBLISH kepada UMUM atau menganggap diri sebagai BLOGGER POLITIK sebaris dengan rakan-rakan yang rajin bebenor mengupdate BLOG apatah lagi mahu dibandingkan dengan politikus popular seperti Mahathir Mohamed,Najib Razak,Nik Aziz,Anwar Ibrahim mahupun Lady Gaga the Bik Mama.


Sebab tu bila masuk mana-mana BLOG lain penulis tak pernah nak tepek address blog ni kat mana-mana ruangan forum&chit chat.Jadi penulis tak tahu siapa yang masuk ke BLOG penulis.Penulis beranggapan bahawa yang masuk ke BLOG penulis hanyalah rakan-rakan terdekat,tak ada cyber troopers atau orang yang sangat HEBAT sebab orang HEBAT ni jenis tak nak bercampur dengan orang-orang PICISAN,yang rakyat BIASA,tak ada duit banyak,yang pelajaran tak seperti mereka..


Berkali-kali juga dinyatakan sebelum ini (ramai yang lama2 sudah tak kembali,tetapi biasalah muncul pula yang baru).Ini hanya BLOG PICISAN...Kalau tak suka dengan kandungannya sangat-sangat dialukan untuk tidak berkunjung..Sebab anda adalah orang PALING HEBAT di dunia sehingga orang lain dianggap HINA dan SAMPAH.Pandangan mereka tak boleh diambil langsung,tak melihat perkara dari segenap pandangan.Kalau boleh pandangan perlu setara dengannya..


MR RIGHT.

Macam Mahathir Mohamed lah kiranya..Orang lain semua SALAH.Baik semasa dia memerintah mahupun dah bersara..Paling obvious keputusan PPSMI dimana pada awal penubuhan dikatakan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris tetapi bila dapatan kajian menunjukkan GAGAL,tiba-tiba bertukar alasan si Mr Right tu bahawa semua sumber RUJUKAN DALAM BAHASA INGGERIS.

Kajian oleh team BAHASA dan juga saintis Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr Mohd Yusof Haji Othman sebelum pelaksanaan dan semasa pelaksanaan sehingga sekarang juga ditolak mentah-mentah oleh si pelopornya.Tak semestinya apa yang Mr Right tu buat BENAR dan BETUL belaka..Jadi penulis tak terkejut kalau ramai yang bersetuju dengan Mr Right tu berkenaan FITNAHnya ke atas Nabi Muhammad satu ketika dulu tentang janggut Nabi yang tak dicukur .Katanya zaman Nabi tak ada pisau gillete tu tak cukur.

Berbalik kepada kes tadi, secara analoginya pelayar YOUTUBE atau pelayar web-web hiburan sosial gosip artis menonton gambar-gambar artis tetapi kemudian menyumpah seranah mereka,bukan menasihati secara baik kalau nak kata atas nama DAKWAH...

Selagi mereka belum melampaui batas dengan mempertikaikan HUKUM ALLAH,kita anggap mereka sebagai insane yang tak tahu dan kita sampaikan,bukan menyumpah dan MEMPERBODOHKAN mereka seakan KITALAH MANUSIA PALING SEMPURNA DI DUNIA.Kalau betul tindakan itu,tak perlu berkunjung ke laman-laman berkenaan.Carilah laman-laman yang berilmiah yang cocok buat diri kalian.Jangan sampai jadi MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH.

Bagi pengunjung LAIN,terima kasih kerana mengambil artikel-artikel yang bermanfaat dan disebarkan melalui blog masing-masing terutamanya buat teamwork Surau dari Seri Kembangan.Ilmu itu dikongsi bersama.Aku hanya insan biasa.Tidak beri kredit pun tak apa..Asalkan perkara yang baik tu dikongsi bersama..Aku pun ada beberapa topic yang pernah terlupa bagi kredit sampai terlupa mana sumber asalnya.


GURAUAN,IKLAN&SINIS

Kalau ada gurauan dalam blog ini,harap dapat menerimanya dengan hati yang terbuka..Gurauan itu bukan berunsurkan fitnah,terutamanya semasa World Cup yang lalu..Hanya mahu memeriahkan suasana..Sudah terpampang dalam thread pun masih dipertikaikan juga..Tak fahamlah aku orang ni jenis macam mana..

Penulis bukanlah seorang yang BERPOLITIK 24JAM...Penulis hanya orang biasa yang melakukan pelbagai aktiviti,program berpersatuan,beriadah,aktiviti bersama keluarga dan giat juga dalam kegiatan kesenian.background penulis juga yang rapat dengan semua pihak merentas politik,agama dan bangsa..Dalam keluarga penulis juga ada SUK negeri,ada SU Politik menteri kabinet,ada ketua wanita bahagian,ada aktivis HUMAN RIGHT & aktivis ISLAM.Tapi tak perlu diceritakan semuanya.

Apa-apa pun ada perkara yang penulis tak suka terutamanya berkaitan keadilan yang seolah-olah hanya milik insan tertentu.Perkara ini yang penulis suka sentuh.Walaupun penulis mengajar disekolah,tidak ada satu pun isu politik yang penulis bawa semasa proses P&P baik bersama rakan setugas mahupun anak murid penulis sendiri walaupun mereka sudah banyak juga kadang-kadang sengaja mempamerkan minat politik dan tanpa segan silu memakai tees yang dapat FREE UNDILAH BN ke sekolah (sebagai baju dalam).

Berkata tentang HUMANRIGHT,penulis ingin mengajak semua pengunjung untuk sama-sama menonton sebuah teater yang bertajuk SHORT EYES. Projek terbaru dari Rumah Anak Teater (RAT) karya Miguel Pinero yang telah dialih bahasa (bahasa Malaysia) arahan Fared Ayam dan Pengarah Artistiknya ialah Nam Ron.

klik imej untuk paparan lebih jelas


>Terkejut sekali pada 2008 BLOG ini termasuk dalam MALAYSIAKINI di ruangan artikel dari segenap BLOG beberapa kali..Penulis pun masih hairan macam mana BLOG yang dulunya hanya dikendalikan oleh seorang mahasiswa yang tak punya apa-apa dimasukkan artikelnya dalam Malaysiakini.


Soksek-soksek sinis

1)KESAN KENAIKAN HARGA BARANGAN dan MINYAK:
DBP sedia menerima perkataan SELARAS SINONIM kepada perkataan NAIK dan dimasukkan ke dalam kamus gara-gara RTM & Media Prima menggunakan perkataan tersebut pada malam kejadian (pesta naik harga AKA penghapusan SUBSIDI)

2)Rakyat terlupa dengan segala isu berkenaan sebab Isu curi PASIR SELANGOR yang dah sekian lama sehingga buat Mat Taib (Mike Tyson) pun sampai tak mai sambut TPM Muhyiddin.Sampai Noh Omar vs Khir Tempe yang semakin licin kulitnya…

3)Status Ustaz Saiful ISLAM semalam: Apabila beratur di kaunter, kasihan melihat rakyat. Subsidi makanan dipotong dengan pelbagai alasan, tetapi subsidi kerajaan kepada IPP yang Mahathir perkenalkan, sikit pun tak berkurang. Tapi nak kasihan macam mana, rakyat sendiri yang sayangkan penyeksa mereka!

No comments: