Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 6, 2010

Isu negara Islam Malaysia

Saban hari kita bertekak tentang negara Islam...Ada pendapatnya begini dan ada pendapatnya begitu..Yang hanya tahu tentang negara Islam sebenar adalah orang Islam yg mengamalkan ajaran Islam..Bukan yang mengamalkan ajaran sekular..Orang Zimmi juga mungkin tidak memahami apa yang dikatakan dengan negara islam..

Di negara Indonesia tidak mengiktiraf mereka sebagai negara Islam..yang selalu dilaungkan oleh masyarakat dunia adalah Indonesia negara yang mempunyai bilangan umat Islam teramai di dunia..Itu sahaja...

Setelah gelombang tsunami melanda Acheh dan sekitar kawasan sumatera,kawasan berkenaan sudah beralih dan menjadikan penempatan mereka sebagai satu kawasan pentadbiran dibawah naungan Islam..Bukan secara mendadak,tetapi sikit demi sikit..

Nak buat perubahan bukan hanya dalam 1hari..Bak kata orang politik "Kota Rome tidak dibina dalam masa 1hari"..Jadi kita perlukan sokongan yang padu dari masyarakat untuk memahami kebaikan negara Islam itu sendiri..dan menjadi KEWAJIBAN bagi pemimpin dan kerajaan untuk melaksanakannya..

Mungkin ramai yang boleh google berkenaan pendapat pelbagai alim ulama yang mahsyur (bukan ulama2 di Malaysia) berkenaan apa itu NEGARA ISLAM...tetapi kali ni aku nak kongsi sikit saja pasal negara Islam Malaysia ni...hangpa Baca sendiri,aku boldkan lagi..

"Saya ingin menjelaskan bahawa negara ini bukanlah negara Islam sepertimana ianya difahami umum. Kita hanya memperuntukkan bahawa Islam hendaklah menjadi agama rasmi negara." - Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri Malaysia. (Sumber: Official Report of Legislative Council Debates, 1 May 1958).


Kertas Putih dari Suruhanjaya Reid berbunyi:

“Telah dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan suatu pengisytiharan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Ini tidaklah dengan apa cara sekalipun menjejaskan kedudukan Persekutuan SEBAGAI SEKULAR sebagaimana terdapat pada masa sekarang ini.” - Sumber: (Federation of Malaya Constitutional Proposal 1957 (Legislative Council Paper No. 42 of 1957), Kuala Lumpur).






PUAS HATI??so apa lagi,mana sumbernya??dah diberi..serbulah ARKIB sekarang juga..


Nasihat aku,tak payahlah mempolitikkan isu ni..Hubungan kerjasama antara islam dan Zimmi diiktiraf...kata 1 Malaysia,so kenapa pula mahu memecahkan hubungan baik untuk membina kerajaan campuran oleh Islam & Zimmi???Lu Pikir Sendiri...

No comments: