Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 14, 2010

FriendRequest

Salam To All...

Kali ni aku nak berbicara mengenai friend request..Hangpa semua mesti dah pernah dapat friend request dari sesiapa sahaja bukan??Sama juga kes dengan aku..Selama ni aku ada approve je semua tanpa check..Ada juga yang aku tapis dan aku ignore..kalau lebih kejam,aku akan BLOCK terus profile tersebut daripada menjumpai profile facebook aku..

Bukan aku sengaja,tapi aku terpaksa sebab nak lindungi keselamatan diri..Aku rasa terlalu ramai fake profile dan juga SB yang duduk dalam facebook aku.Kalau budak kampus aku sendiri,aku akan add,tapi aku cukup tak suka kalau orang yang aku tak kenal add aku..kalau nak add pun WAJIB beri mesej dan tujuan serta bagaimana boleh menjumpai profile aku..Tujuan add kenalan semua..Baru aku akan approve..

Pernah setiap hari aku akan buka,ada 15-30 friend request sehari..Tetapi semasa minggu exam aku saja biarkan seketika..hanya beberapa orang yang benar2 aku kenal akan aku approve..hasilnya satu hari friend request menjadi sehingga angka 118 orang!!!


Dan setiap hari aku akan approve 1-3 orang dan block 5-6 orang..hari ni balik sahaja dari KL setelah seharian tak online,aku tengok friend request aku dah cecah 130 orang...kemudian aku ada bagi mesej pada yang sangat diragui profilenya...Bagi aku "empunya" profile tu berniat jahat kat diri aku..

Terlalu baru "umur" profile berkenaan..masih belum ada kenalan dalam list kawannya..Jadi aku hanya ingatkan kembali apa yang telah aku tulis kat wall aku..tapi dengan tak semena-mena,aku pulak yang kena marah balik..Ada ke patut???

Ok,korang boleh tengok kat sini..

Tapi sampai sekarang Cik Kiah yang dimaksudkan memang tak pernah pun delete aku..aku biarkan Cik Kiah ni dulu sebab aku nak pantau dan tengok aktiviti dia..memang betul,terlalu banyak orang yang cuba jadi spy dan balaci dalam facebook aku..

Adakah aku patut buat profile ke2 hanya untuk kawan2 yang dikenali sahaja??Seperti Akhi Zam dan yang lain2??Tapi dari dulu (zmn gila friendster 2004) lagi aku tak pernah nak sembunyi identiti 100%,hanya berjaga2 sahaja..

Baca blog YB Khalid Samad (MP Shah Alam) lagi gerun..lebih 1000 friend request walhal akaun die dah penuh (5000 orang kawan)

No comments: