Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Feb 16, 2010

BHarian :Soal Jawab: Pakatan pembangkang ada syarat bekerjasama

Bersama Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Keputusan mahkamah cetus kemungkinan prinsip demokrasi dinodai secara terbuka

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan mengesahkan jawatan Menteri Besar Perak milik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuka lembaran baru senario politik Perak. Keputusan itu mengukuhkan kedudukan dan reputasi Barisan Nasional (BN) Perak dan mengendurkan asakan bertalu-talu pakatan pembangkang yang selama ini mempertikaikan kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar ke-11 negeri itu oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ikuti temubual wartawan Berita Minggu, Jalal Ali Abdul Rahim dan Mohd Feroz Abu Bakar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai isu ini.

DATUK Seri menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa lalu sebagai menuju kepada pemerintahan beraja secara mutlak dan kenyataan itu dituduh sebagai menghina Raja-Raja Melayu. Adakah Datuk Seri masih mempertahan kenyataan berkenaan.

Apabila tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri bahawa ketua negeri (Yang di-Pertuan Agong dan Sultan) tiada kuasa memberhenti atau memecat Perdana Menteri atau Menteri Besar/Ketua Menteri, maka keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari 2010 membuka ruang seluas-luasnya serta berkemungkinan ke arah kuasa berkenaan dibuat oleh Raja tanpa perlu ada persidangan khas dalam dewan rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN). Kuasa rakyat bagi memilih kerajaan diketepikan. Ini berisiko tinggi dan amat membahayakan bagi sesebuah negara Komanwel seperti Malaysia, yang mengamalkan demokrasi ala Westminster, iaitu kedudukan Raja/Sultan adalah Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Kemungkinan dan kebarangkalian untuk kedua-dua prinsip demokrasi ini dinodai cukup terbuka luas jika asas keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Perak dijadikan asas. Saya tidak memaksudkan 'absolutely monarchy' seperti yang ada di banyak negara yang mana kuasa raja menjangkau sepenuhnya pentadbiran dan perjalanan kerajaan seperti di Arab Saudi, Jordan, Qatar, Brunei Darul Salam dan lain-lain yang tiada pilihan raya.

Keputusan ini juga boleh membawa kepada situasi bila mana ada pertelingkahan dalam parti yang memerintah dan Perdana Menterinya adalah presiden parti itu, maka dengan mudah boleh digulingkan presidennya yang juga Perdana Malaysia di Malaysia oleh pencabar dalam partinya sendiri untuk membawa penyokong yang mencukupi bertemu Raja bagi mendapat persetujuan digugurkan jawatan Perdana Menteri kerana ada majoriti mencukupi. Perdana Menteri boleh hilang jawatan di istana, di hotel, padang golf, luar negara atau di kedai kopi tanpa perlu bawa ke Parlimen atau DUN. Ini yang cukup membahayakan dan berisiko pada masa akan datang kerana boleh disalahgunakan dan diselewengkan mengikut kepentingan institusi tertentu.

Kepemimpinan pakatan pembangkang bersetuju untuk menjadi pembangkang yang berkesan. Bagaimana wakil rakyat pembangkang mahu melaksanakan tugas ini secara efektif tanpa kuasa untuk mengarahkan jentera pentadbiran negeri.

Tanpa kuasa sudah tentu pergerakan pembangkang cukup terhad dalam menyalurkan khidmat kepada rakyat. Namun, mandat rakyat memilih pembangkang mesti diraikan dan dihormati. Pembangkang tiada kuasa mengarahkan jentera pentadbiran negeri seperti sekarang termasuk Ahli Parlimen pembangkang. Oleh itu, kita mohon dan merayu agar Barisan Nasional (BN) mendahulukan rakyat dalam menghormati keputusan mereka dan meraikan wakil pilihan mereka dalam menyalurkan apa jua bentuk kerjasama di atas kaedah kesamarataan. Demokrasi ala Westminster sebenarnya tidak bersifat dendam dan 'memadankan' muka rakyat yang tidak mengundi kerajaan BN. Pengagihan dan pemberian kemudahan dan keperluan asas adalah di atas amanah dan tanggungjawab sebagai pemerintah. Jika ini dipenuhi, barulah ada ruang untuk bekerjasama serta menjadi pembangkang yang berkesan.

Adun pakatan pembangkang meminta peruntukan khas daripada kerajaan BN untuk semua Adun pembangkang dan mereka dimasukkan ke dalam Jawatankuasa Tanah Daerah dan Jawatankuasa Tindakan Negeri. Ini satu taktik supaya orang ramai meminta bantuan kepada wakil rakyat pembangkang dan tidak perlu pergi ke Pusat Khidmat BN di DUN masing-masing. Komen Datuk Seri.

Sudah semestinya rakyat akan mengadu hal serta memohon bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih dan menang di satu satu DUN atau kawasan Parlimen. Peluang mereka mendapat layanan daripada wakil BN tipis. Oleh demikian, mereka akan bertemu wakil pembangkang dan kami terpaksa mencari sumber luaran bagi membantu mengikut kemampuan dan keupayaan yang cukup terhad. Oleh itu, kita merayu dalam mencapai suatu bentuk demokrasi moden dan terulung adalah jika kerajaan memerintah melaksanakan semua tugasan berlandaskan prinsip amanah dan pertanggungjawaban kerana ini tanggungjawab sesebuah pemerintah yang berkuasa tanpa menggunakan pemberian kemudahan asas sebagai umpan pancing undi setiap kali datang pilihan raya umum.

Ini yang terjadi di Malaysia oleh BN yang menyebabkan rakyat bergantung kepada BN untuk mendapat belas ihsan agar permintaan dipenuhi dengan janji mereka terpaksa undi BN. Ini menjuruskan kepada budaya rasuah, salah guna kuasa dan ampu-mengampu. Amalan demokrasi matang dan ala-Westminster tidak begitu. Saya tidak mengagung-agungkan demokrasi ala berkenaan yang dalam banyak hal banyak ketempangannya. Namun, jika dapat capai 50 hingga 60 peratus demokrasi ala itupun sudah cukup untuk hak rakyat dihormati dan diraikan.

Datuk Seri berkata, sedia bekerjasama dengan BN demi kepentingan rakyat. Mengapa pula pakatan pembangkang meletakkan dua syarat, iaitu meminta peruntukan khas daripada kerajaan BN untuk semua Adun pembangkang dan mereka dimasukkan dalam Jawatankuasa Tanah Daerah dan Jawatankuasa Tindakan Negeri.

Kita mahu bekerjasama dengan BN bersyarat sebab tidak mahu sekadar kenyataan di bibir saja, sedangkan hakikatnya tidak boleh kerjasama. Misalnya, dalam menggunakan premis rakyat seperti dewan, stadium, padang , auditorium dan lain-lain. Apa masalahnya jika diberi kelulusan kepada wakil rakyat pembangkang? Rakyat sebenarnya akan menyanjung tinggi BN kerana telus dan 'gentleman' serta nampak berani dan matang. Tetapi jika disekat penggunaannya, kami terpaksa belanja besar untuk sewa dewan dan lain-lain yang cukup membebankan. Ini termasuk syarat lain yang semuanya menjuruskan kepada kebaikan rakyat. Jika BN enggan memenuhi semua syarat itu, adakah pakatan pembangkang akan sedia bekerjasama dengan BN.

Jika BN tidak sedia menimbangkan syarat itu, kami masih meneruskan kerja sebagai wakil rakyat, tetapi sekadar menjadi perantaraan saja, sedangkan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkemampuan meluluskan sesuatu kerja bagi menyelesaikan masalah rakyat. Nampaknya, BN khuatir jika pembangkang juga boleh menyalurkan bantuan kepada rakyat, maka rakyat akan terus mengundi pakatan pembangkang. Ini andaian yang dangkal dan ketinggalan zaman. Bahkan, jika BN berterusan menafikan hak pembangkang, ini akan mempercepatkan pengebumian BN kerana rakyat dapat menilaikan bahawa dalam keadaan tiada kuasa pun pakatan pembangkang masih mampu membantu walaupun terhad, inikan jika pakatan pembangkang berkuasa!

BN di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan tembok pemisah menghalang kerjasama dengan pembangkang dicipta oleh pakatan pembangkang sendiri. Boleh Datuk Seri komen.

Tembok pemisah menghalang kerjasama sudah wujud sekian lama sejak BN memerintah, ini terbukti di Kelantan. Pakatan pembangkang baru saja mengambil alih pemerintahan empat negeri. Jadi tidak timbul halangan ini dicipta pakatan pembangkang. Bahkan, di Perak dalam tempoh 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir, kita hulurkan kerjasama. Tiada sekatan menggunakan kemudahan awam dan sebagainya. Halangan sebenarnya daripada BN kerana politik sempit terbukti 52 tahun kebelakangan ini.


*Nampaknya Berita Harian mengeluarkan kenyataan penuh tanpa diseleweng kali ini..Ada apa2 ke??Sudah berubah,strategi supaya rakyat menganggap berita mereka telus atau kerana ada sesuatu yang telah berlaku???BACA INI...

Kami mendapat salinan asal pernyataan Dato’ Seri Nizar kepada soalan-soalan yang diberikan oleh Berita Mingguan kepada beliau untuk dimuatkan dalam akhbar mereka hari ini (14 Februari 2010). Kami menyiarkan lebih awal supaya anda semua dapat menilai penyataan beliau dalam surat khabar yang bakal anda beli esok pagi. Jika ada berbezaan fakta yang dinukilkan, saya rasa anda semua mampu untuk menilai apa yang akhbar utama tempatan ini buat kepada rakyat. (Kami harap tiada berbezaan yang ketara daripada fakta asal).

Kami tidak mendapat salinan soalan tetapi hanya mendapat salinan jawapan sahaja. Menurut daripada sumber, soalan yang sama diajukan kepada Zambry. Dengan itu sekali gus anda dapat menilai jawapan mana yang lebih bernas. (Harapan agar disiarkan sekali)

Kami juga menyeru kepada pembaca PerakExpress yang berkemampuan, sebar luaskan pernyataan terutama di kawasan kampung yang kurang capaian internet agar mereka dapat menilai antara kaca dan permata. Insyallah jika diberikan keizinan kami akan dapat keratan akhbar untuk tatapan umum...READ FULL di PerakExpress

Lepas ni semua wawancara kita WAJIB publish dulu sebelum mereka,baru terkesima sikit media monopoli yang dimanipulasi dan diliwat sehingga menjadi barua ni....



No comments: