Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Feb 16, 2010

Isu Perarakan Maulidur Rasul

Kecoh betul isu Perarakan sambutan Maulidur Rasul di Penang dimomokkan di dada akhbar dan media..Kononnya nasib KAUM MELAYU SEMAKIN TERHAKIS...Ibrahim Ali pula dengan sekeras-kerasnya menolak dan menempelak kepimpinan Lim Guan Eng yang dikatakan sebagai hanya membawa kebaikan kepada KAUM CINA..

Hari ini dalam UTUSAN Ibrahim ALi berkata bahawa LGE yang berbohong bukannya UTUSAN MALAYSIA.Ibrahim Ali berkata, apa yang terjadi ialah Guan Eng terpaksa menarik balik pembatalan itu selepas melihat tentangan kuat umat Islam di seluruh negara.

Menurutnya, beliau kesal dengan tuduhan mengatakan Utusan Malaysia membuat fitnah dalam isu itu sedangkan bukti yang ada jelas menunjukkan laporan akhbar berpengaruh itu adalah benar.

"Saya hari ini terkejut, beli akhbar Harakah dan tertulis di dalamnya 'Kerja jahat Utusan, fitnah berterusan terhadap Guan Eng, terkini isu Maulidur Rasul'.


"Hari ini juga saya baca dalam Utusan Malaysia dan disiarkan surat yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir. Itu bukti yang Guan Eng berbohong.


"Tetapi Harakah, sebuah akhbar yang didokong parti Islam boleh bela Guan Eng yang batal perarakan Maulud," katanya.


Ibrahim ALi mungkin juga tak tahu atau sengaja buat tak tahu bahawa terdapat banyak surat yang dikeluarkan..Sejak Awal Jan 2010 untuk sambutan Maulidurrasul ini..Akhirnya keputusan telah dibuat pada malam surat disebarkan..4hari sambutan maulidur rasul serta perarakan diteruskan..

Semasa keputusan telah dibuat,jentera BN sibuk menyebarkan satu fitnah,hanya menyebarkan surat2 terpilih sahaja untuk melangsungkan sesuatu isu yang mungkin mencetuskan pergaduhan kaum sekiranya rakyat Penang tak matang dan termakan dengan provokasi pihak UMNO,mungkin sudah banyak kali pergaduhan kaum akan tercetus di Penang.

Kerajaan pakatan rakyat Penang telah mengeluarkan beberapa surat yang telah siap ditandatangani tetapi tidak diluluskan kebenarannya lagi untuk mempercepatkan dan melicinkan segala urusan rasmi kerajaan menjelang perayaan Cina dan juga maulidur rasul.Bila surat semua dah siap,apa2 keputusan yang dipersetujui,hanya pilih dan luluskan sahaja surat yang berkaitan.

Lagipun,ianya mungkin menjadi satu strategi politik kerajaan Penang untuk menzahirkan kebodohan parti UMNO.Kebodohan kerana terlalu cepat melenting dengan satu isu yang tak wajib pun bagi umat Islam dan masih lagi satu keputusan yang belum dilaksanakan pada saat surat itu dibina.Pada malam keputusan dibuat dan surat itu pula disebarkan,terbukti terus kebodohan parti UMNO ini..

Dalam pada itu,Kerajaan Kelantan pula mengatakan Kelantan sememangnya tidak menganjurkan perarakan sempena Maulidur rasul ini.Tidak menjadi WAJIB ke atas muslim untuk berarak..Mentaliti itu harus dibuang..Kalau nak kata NASIB ISLAM terpinggir,lihat kerajaan Arab Saudi juga tak laksanakan perarakan sambutan Maulidur rasul..Lebih memualkan apabila kerajaan PERLIS sendiri memang tak anjurkan perarakan sempena sambutan ini,tetapi tak pula kecoh di media milik UMNO (RTM,TV3,Kumpulan UTUSAN,BHarian,AWANI,BERNAMA)

Saya harap para pembaca bijak menilai berita yang telah dimonopoli dan dimanipulasi di media...

Chegufadh:

Kelakar dengan telatah Pak Mat Nasir difacebook..Katanya "Nik Aziz menganjurkan bulan sembahyang....Nik Aziz menganjurkan hari hudud....adakah Rasulullah pernah mengdakan itu semua...? bukan kah itu bidaah?...kenapa nik aziz nak menafikan sambutan maulidul Rasul...adakah nik aziz nak ikut Lim Guan Eng? kitab mana yg dia pakai?..."

Nik Aziz tak kata pun yang perarakan bidah dan WAJIB ditolak..apa2 yang membawa kebaikan kalau nak buat boleh je,tapi memang tak ada dalam hukum Islam..Menganjurkan bulan sembahyang untuk berkempen suruh orang solat 5waktu..rajin ke masjid dan surau berjemaah bersama2..Itu Rukun Islam...Hari Hudud untuk mengiktiraf perundangan AL Quran...tetapi kalau sambutan maulud nabi tak ada perarakan,terus berkumpul di dewan besar untuk ceramah2 rohaniah dan berzikir serta berselawat pun baik juga..kalau berarak hanya boleh selawat dan berzikir..Itu pun kalau semua yang berarak jauhnya berkilometer ini akan berzikir dan selawat dari awal hingga ke akhir...harap tiada paksaan ke atas mereka yang berarak..macam syarikat2 atau pertubuhan suka bebenar nak suruh orang berarak jadi kontijen...

No comments: