Semalam di Tg Malim,aku melihat dan menanti apakah akan ada siri demonstrasi selepas solat Jumaat.tetapi semuanya seperti aman,tiada apa2 sebarang bentuk provokasi yang berlaku.Mungkin penduduk di Tg Malim lebih matang kerana dirasakan ruang untuk bersuara masih terbuka luas,berbeza jika kerajaan telah menyekat kesemua ruang untuk bersuara,barulah demonstrasi itu PERLU.
Baiklah,berbalik kepada tajuk,sejurus selesai solat Jumaat,satu wacana tentang penggunaan kalimah Allah diadakan di AUDITORIUM UPSI.Wacana ini telah membariskan Datuk Nakhaie Ahmad,Dr Ibrahim (dekan FSSK) dan En Nizammuddin (pensyarah FSSK)
Disebabkan hujan lebat dan perlu mengambil makanan tengah hari,aku terlewat sedikit masuk ke dalam AUDI..takut2 kalau gastrik menyerang secara tiba2..Cukuplah menderita 9bulan dek penyakit ulcer gastric sebelum ini..Masuk sahaja ke dewan Audi,aku nampak penuh setiap pelosok sudut auditorium dengan lautan manusia.Wah,satu perkembangan sihat di kampus pendidikan yang selama ini lesu..
Ulasan Datuk Nakhaie Ahmad tak dapat ditangkap sepenuhnya..Aku tak boleh buat ulasan sendiri sebab tak baik ambil sekerat2 je ayat orang,nanti boleh jadi fitnah.Tapi yang dinyatakan ada terdengar juga adakah agama Kristian sudah terdesak untuk menggunakan kalimah Allah sedangkan meraka tidak pernah mengakui Allah itu ‘Lord’ dan ‘God’.
Dr Ibrahim (Dekan FSSK) beri satu pemahaman tentang kerisauan sebenar kenapa umat islam menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian..Ditimbulkan satu persoalan kenapa negara2 yang majoritinya kristian tak mengiktiraf kalimah Allah walaupun pernah disarankan oleh Pope ke2 pd 1999..sebaliknya mereka (rakyat eropah) menentang usul Pope ke2 tersebut..
Tetapi negara2 arab/asia yg majoriti Islam sudah membenarkan penggunaan kalimah ini atas sebab tiada hukum yg NYATA dalam Islam untuk menghalang penganut agama lain memperakui Allah sebagai Tuhan,hanya di Malaysia sahaja konsepnya (mentaliti) berbeza...
En Nizamuddin (pensyarah FSSK) membawa 3perkara yg harus dilihat
1)fakta
2)Isu
3)penghakiman..
Kesimpulannya diakhiri En Nizam dengan berkata bahawa menurut undang2 di malaysia,UMAT ISLAM tak boleh menentang penggunaan kalimah Allah oleh umat kristian kerana ianya SAH dari segi perundangan di Malaysia...Cuma yg ditakuti jika ada UMAT ISLAM yg terlalu mengikut emosi akan melakukan HURU hara atas keputusan mahkamah jika dibenarkan keputusan itu..kalau mahkamah mengutamakan isu keselamatan negara,mungkin penggunaan kalimah itu akan diharamkan..
CheguFadh:
1)Agama kristian di Vatican City tak pernah terima Allah sebagai LORD & GOD kata Datuk Nakhaie,tapi bagaimana pula konsep di Malaysia??Ada yang mengatakan bahawa agama kristian di malaysia ini sudah "sesat" dengan agama Kristian global. tapi kata seorang teman di facebook "
dulu sy ada blaja comparative religion dan ada memiliki sebuah bible english version... chapter pertama dan sentence pertama ada disebut bahawa Allah ialah Tuhan. sila rujuk kembali.."(Nurul Ramli )
2)Konsep Trinity(kristian) dan Unity (Islam) terhadap Allah adalah bercanggah dalam kedua agama besar ini.bagi yang muslim,yang kuat aqidahnya ke atas Allah SWT,mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama yang besar,Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan,tetapi bagi yang kristian pula bagaimana??Mereka tetap merasakan perkara yang sama.Cuba letakkan diri kita ditempat mereka.Semestinya kita yakin bahawa agama kita adalah yang benar jika kita seorang penganut agama yang "warak".
Jauh disudut hati aku tidak mengiyakan konsep pluralisme,aku tak kata semua agama itu sama,tetapi aku mengatakan bahawa hak kesemua agama adalah sama.Tidak ada sekatan.Lagipun memang tidak pernah dianjurkan bahawa kalimah ALLAH hak eksklusif bagi penganut agama Islam pun.
Setelah berbincang dengan rakan-rakan beragama kristian yang berasal dari Sabah& Sarawak,mereka menyerahkan segalanya kepada keputusan yang bakal keluar nanti.mereka menerima dengan redha dan kata2 yang menenangkan hati dalam Kitab mereka..
Aku agak malu juga bila mana umat Islam tidak bersabar seperti mereka.Tapi apapun,mereka tetap yakin bahawa Tuhan yang mereka sembah adalah ALLAH melalui Nabi Isa walaupun majalah berkenaan tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
3)Pada aku,kalau sesiapa yg cuba timbulkan huru hara,ada ISA,boleh tangkap siapa yang buat kekacauan setelah ada keputusan akhir nanti,tp bagi pihak pentadbir,tak tahu pula bagaimana konsep mereka..
4)Aqidah kita tidak rosak rasanya kalau kita sudah tahu bahawa konsep Tuhan yang Maha Esa kita pegang.Berpegang teguh dengan Rukun Iman dan Rukun Islam.InsyaAllah kita tidak akan sesat di dunia yang fana ni...Kita tidak "membenarkan tunduk dan patuh terhadap ajaran agama Kristian" tetapi kita memahami bahawa agama mereka sedemikian rupa..
5)Biarlah lebih banyak dianjurkan satu wacana ilmiah seperti ini supaya mahasiswa kita lebih CAKNA kelak..Untuk satu artikel yang tidak ekstrim memihak kepada satu pihak boleh baca di [SINI]
No comments:
Post a Comment