1)Isu Penggunaan Nama Allah..
Anda mungkin akan menjadi seorang HERO ISLAM apabila berkata bahawa ALLAH adalah HAK EKSKLUSIF para MUSLIM di seluruh DUNIA..Orang bukan Islam tidak berhak menyebut ALLAH itu Tuhan mereka..Sebab itu bila ada orang bukan Islam yang mengambil hujah Al Quran untuk renungan bersama,terdapat orang Islam yang bangkit membantah membabi buta kerana merasakan bahawa agama Islam itu dicaci,dihina dinegara Malaysia..Soalannya,siapa yang pandai2 menghukum berkenaan isu ini??Islam di Malaysia hanya satu ADAT bagi seorang melayu,bukan lagi sebagai agama yang menjadi petunjuk arah kepada manusia apatah lagi jika nak dijadikan Gaya Hidup.
Ustaz Akhil Hay memberi respon sebegini
"Ahli neraka ramai yang mengaku Allah itu tuhan...kenapa ahli gereja tidak boleh mengaku Allah itu tuhan? Islam semuanya ke neraka, begitu juga kristian juga semua ke neraka...apa bezanya? Tiada satu janji allah pun dalam alquran mengatakan orang islam itu tempatnya syurga.."
"Panggil ali atau zambri atau muhammad, semuanya ke neraka..Itu yg ternyata didalam Al-quran..melainkan orang yang memanggil ALLAH didalam kalbu(hati) setiap saat tanpa lalai, yang mengaku, menyaksi, disaksi lagi diangkat penyaksian mereka dengan kalimah ALLAH oleh izrael (malaikat penyaksi)..Allah kata kepada mereka, merekalah hambaku dan masuklah kedalam syurgakku....Ini yang wajib disampaikan kepada orang islam..bukan penentangan penggunaan Kalimah..renung-renungkanlah"
Ada banyak respon beliau di dalam facebook,anda boleh akses sendiri di page Beliau.tetapi kalau nak ikut kata mudah aku sebagai seorang yang digelar sosialis,liberal dan macam2 lagi gelaran seorang Islam yang seakan jahatnya kerana mahu menjahanamkan islam (orang islam lain yang cop aku dengan gelaran2 ni,aku tak dapat nak buat apa2) kita renung ayat aku ni..yang jenis tak faham Islam pun akan mudah nak faham rasanya.
"yang satu tiruan,yg satu lagi asli original..kalau kite nak orang ramai tak terkeliru,kita ajar cara membezakan atau suruh yang tiruan tukar nama??yang tiruan memang paham2lah..apa2 pun boleh buat..mcm org cetak rompak jugak..."
Kalau tetap risau lagi setiap muslim akan terkeliru sama ada yang mana Kristian dan yang mana Islam,kita patut bangkit berdemo seperti demo PERKASA semalam.Kita minta kerajaan mewajibkan kaum wanita Islam menutup aurat.Yakni bertudung labuh dan berjubah.lelaki muslim juga ikut gaya pakaian Rasulullah,berkopiah dan berserban,kalu nak cantik lagi sama2 berjubah.Sebab kita takut kalau kita lihat gaya pakaian wanita Islam yang sexy,tak bertudung,memakai pakaian sendat dan berskirt pendek atau jarang,kita akan terpanggil mereka ini KAFIR..
Macam kita, kalau jalan2 di shopping complex,terjumpa sekumpulan anak remaja yang berpakaian pelik,si lelakinya pula dengan seluar koyak rabak,telinga bertindik,memakai rantai salib dan perempuannya faham2 sahajalah..Lepas tu kita tanya dia,"Adik ni KAFIR ke??" tengok apa respon mereka..Atau bila kita berforum dalam mana2 laman sosial,ada seorang perempuan yang tidak memakai tudung kita bertanya "Awak Islam??"..Lihat apa respon mereka..Walhal telah jelas terang dan nyata juga satu ayat yang menyuruh HambaNya menutup anggota eksklusif mereka..Ini ayat sinikal tetapi maksudnya sangat mendalam..
Kita tak pernah risau akan isinya,kita hanya risau akan nama sahaja..Bak kata orang,kita sibuk merebut nama sahaja.Boleh juga dikatakan ramai yang bersemangat mengenai kalimah ALLAH ini tidak rapat dan cuba bertanya langsung..saya ulang TIDAK CUBA BERTANYA LANGSUNG dengan penganut agama lain tentang agama mereka..
Saya sendiri pernah bertanya kepada seorang kawan pada 2006 berkenaan agama Kristian.Kawan saya itu seorang yang alim dalam kristian,status facebook & YM selalu sahaja menyebarkan ayat2 dalam kitab Bible.Bila ditanya,dia menjawab Tuhan kami pun Allah.Kami menyembah Allah tetapi nabi kami Isa A.S..Dan cara ibadah kami berbeza..
Apa yang aku faham daripada isinya,mereka percaya Allah,menerusi Nabi ISA tetapi telah terseleweng sahaja.Sebab itu bila dalam pendidikan Islam,ahli Kitab juga sama seperti orang islam kerana agamanya tidak terseleweng.Berbeza dengan orang islam seperti ajaran kahar dan Al Maunah,walaupun percaya kepada Allah itu TUHAN yang satu sekalipun,kita tetap dapat membezakan ajaran itu sebagai ajaran yang sesat lagi menyesatkan.
Nama ALLAH itu tak perlu direbut,sebaliknya apa yang penting adalah kefahaman mengenai ajaran islam itu sendiri.Kalau kita terlalu paranoid sekarang dan tidak langsung untuk mendidik anak muda kita mengenai ajaran yang lurus dan ajaran songsang,bayangkan betapa dahsyatnya jika kedatangan Dajjal nanti..Dajjal itu adalah raja segala tipu helah yang boleh menyesatkan manusia.Yang alim dan warak juga tidak terlepas dan tak confirm selamat inikan pula yang masih keliru apa itu agama Kristian dan apa itu agama Islam.
Untuk bacaan lebih penuh dan lanjut mengenai ISU yang terlalu dibimbangi ini boleh baca disini
Yang menentang kalimah ALLAH diperakui umat KRISTIAN:
Yang memperakui TUHAN semua hidupan adalah ALLAH,orang KAFIR berhak memanggil dan memperakui ALLAH adalah TUHAN mereka pula..
2)Isu kenaikan harga barang kerana mahu pengguna membelinya dalam kadar yang sedikit.Takut kalau-kalau penggunaan lebih akan menjadikan seseorang itu berpenyakit dan dalam masa yang sama kerajaan boleh menjimatkan kos SUBSIDI yang TERPAKSA ditanggung.Juga menjimatkan wang untuk masalah kesihatan.
Bagi aku minuman bergas tak bagus utk kesihatan,makanan ringan tak bagus utk kesihatan,meggi tak bagus tuk kesihatan,barangan kosmetik tak bagus utk kesihatan..bila semua ni nak dinaikkan ye???Juga tertanya adakah kerajaan ada menanggung subsidi rokok...jika ada,berapa bilion yang TERPAKSA ditanggung oleh kerajaan??
Makan nasi terlalu banyak juga tak bagus tuk kesihatan...Makanan laut dan sumber protein seperti ayam dan daging yang diambil dalam kuantiti yang banyak juga akan memberi efek yang sangat dahsyat ke atas kesihatan..Senang cerita semua benda jika TERLEBIH SUDAH mmg tak bagus tuk kesihatan...jadi saya mengesyorkan semua harga barangan runcit dinaikkan dan oleh itu kerajaan dpt menjimatkan berbilion RM utk menganjurkan projek berbilion yg bakal runtuh tak smp setahun berikutnya...dan juga membeli barangan untuk ATM yg juga bakal hilang dan disedari setelah beberapa tahun..Dan apa paling penting menaja pelbagai program gergasi seperti Monsun Cup dan sebagainya.
Mungkin semuanya ada kaitan dengan isu FDI..Apa pendapat pembaca sekira nya FDI jatuh, dari 2008 sebanyak RM19Bilion ke 2009 menjadi RM4Bilion seperti laporan parlimen Oct/Nov lalu? Mungkinkah keyakinan pelabur turun sedikit @ banyak?Dan menyebabkan negara mengalami defisit yang tak tertanggung..lalu,GST diperkenal (google apa itu GST)...Inilah namanya sebelum PRU mempromosi diri dan kata mengutamakan rakyat,tetapi bila gaji pak menteri diusulkan dipotong rm100 setiap bulan dalam dewan pun mengamuk sakan....tahniah...
3)Forum E-Voting disekat..Kemana hala tuju mahasiswa jika satu forum terbuka disekat??
Malas nak ulas panjang,sebelum ni kat kampus UPSI pun ada kontroversi mengenai satu majlis rasmi parti.Beberapa hari lepas aku & Naven ada gak bincang nak guna auditorium untuk satu education talk daripada pihak luar,tapi Naven kata AUKU tak membenarkannya walaupun sebelum ni dah semua maklum apa jawapan daripada satu BLOG "suara alternatif" tersebut..Semuanya tipu belaka la jawapannya..
Nah,baca mengenai isu Forum E-Voting semalam..Prof Aziz Abd Bari cancel dan diganti oleh Shazni Munir (Presiden SMM,Solidariti Mahasiswa Malaysia) disini
Artikel terdahulu berkaitan Forum E-Voting
No comments:
Post a Comment