Malam itu ramai yang bergembira dengan kemenangan Aizat selaku pemenang AJL dengan lagu pergi..Sayu hati mendengar lagu dan lirik yang indah tersebut..Tetapi siapa sangka bahawa esoknya di kampus pendidikan telah berlaku satu berita yang sangat menggemparkan.Berita tentang "kepulangan" Ustaz Faizol dan Ustaz Fadhiri.Aku menerima sms pada pukul 10.35pagi yang memaklumkan tentang pemergian kedua mereka.
Aku mengenali keduanya semasa program berbuka puasa dan solat tarawih bersama anak yatim anjuran KUO dengan kerjasama PMS.Sangat selesa berkerja dengan kedua mereka,sangat merendah diri dan baik budi pekerti serta tutur katanya.Boleh kata kalimah Allah itu pun tidak pernah terlepas dalam setiap kata-kata keduanya.
Arwah Fadhiri juga pernah memberi tempat perlindungan dan makan kepadaku sebelum ini bersama rakan seperjuangan yang lain;Saudara TG,Saudara Akmal dan rakan2 Palapes berikutan keghairahan & kehangatan PRK yang membawa kepada satu fitnah terhadap arwah Fadhiri oleh sebuah laman blog yang akhirnya telah ditutup sehari selepas pendedahan fitnahnya oleh Saudari Aqilah pada malam penutup rapat umum.
USTAZ FAIZOL
“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)
Semoga roh keduanya ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan dikasihinya.Kedua mereka sangat aktif dalam pergerakan islam dan program dakwah di kampus pendidikan yang tercinta.Semoga perjuangan kalian akan diteruskan lagi untuk membawa perubahan ke arah kebaikan..Selamat bersemadi rakan-rakanku..
CheguFadh:
Berdoa semoga tidak ada lagi blog yang memburukkan dan memfitnah arwah..Ameen..Mendengar lagu nyanyian Mirwana "Takdir Penentu" dapat mengubat hati yang lara...
Pautan lain
No comments:
Post a Comment