Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jan 13, 2010

Double standard di kampus pendidikan??

Sebelum ini ada blog yang sudah disekat untuk diakses oleh warga kampus.Katanya blog terbabit membawa berita yang tidak betul dan fitnah.Penulis blog terbabit juga masih belum dapat dikesan seperti Raja Petra,malah lebih mengejutkan identitinya juga tidak dapat dikesan oleh pihak yang menyiasat.

Mungkin artikel blog berkenaan terlalu radikal atau boleh "membahayakan" warga kampus.Siapa yang tahu??Bila dirujuk kembali artikel blog berkenaan yang ditutup pada bulan Ogos tahun lepas,blog berkenaan banyak menimbulkan isu tentang PROTES konsert,DPLI yang terasa disisihkan serta berita terhangat AUDITORIUM yang disalahguna oleh satu parti politik sebagai "markaz jentera parti" PRU12 Mac tahun lepas.Selepas beberapa hari,blog berkenaan disekat tetapi masih boleh dilayari juga warga kampus dengan menggunakan "cached".

Mungkin ramai yang menjangkakan bahawa blog ini akan lenyap seperti blog lain yang patah tumbuh yang hilang berganti seperti aku tetapi ternyata jangkaan itu meleset sama sekali apabila populariti blog ini semakin meningkat setelah disekat.

Terbaru ada juga blog yang membawakan berita yang tidak benar kepada warga kampus tetapi tak disekat,barangkali ianya tidak membahayakan warga kampus atau tidak ada siapa2 yang membuat laporan?

Bila hal PTPTN diajukan kepada setiap mahasiswa,pastinya ianya merupakan isu sensitif lagi2 jika terlalu lewat dimasukkan ke akaun masing2.Ada yang menunggu masa untuk berjoli dan ada juga telah lama mengikat perut kerana segan dengan keluarga di kampung.Apa2 pun alasan mereka untuk mendapatkan wang PTPTN seawal yang mungkin,perkara tersebut merupakan isu yang serius apabila tarikh yang diumumkan sebelum ini mungkin membuatkan mereka terasa seperti dipermainkan.

Nasib baik warga kampus pendidikan semuanya baik2 belaka dan tidak setegas mahasiswa kampus yang lain di Malaysia.Kalau tidak, tak dapat aku nak bayangkan..Ada kawan2 yang cakap "ala,isu PTPTN ni pun taklah besar macam isu posting..isu posting pun budak2 ni buat tak kisah je..Semuanya senyap"..Ada betulnya..Mungkin bagus untuk menjaga keamanan kampus..

CheguFadh:
Kecewa bila arwah dikatakan datang hanya untuk gerak kerja PRK walhal tujuan utama arwah ingin menyelesaikan hal berkaitan praktikumnya seperti penempatan dan hal dengan pihak sekolah..Apa-apapun,turut tercabar dengan statement terbaru Pro-Mahasiswa UIAM difacebook seperti dibawah.

"APPOINTED SEAT yang ditetapkan pd INSTED untuk PilihanRaya Kampus kali ini menunjukkan budak edu standardnya rendah berbanding student kuliyyah lain"

No comments: