Alhamdulilllah,selesai sudah sesi wacana Suara Siswa di Studio 1 Angkasapuri. Para penonton yang terdiri daripada Mahasiswa UMP,UM,KLIUC,Kolej Komuniti Teluk Intan, Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur Metropolitan University(KLMU),Segi College dan semua yang hadir memberi respon yang sangat positif dan berpuas hati dengan kupasan semua ahli panel.
• 1.Saya mendapat sms daripada Penerbit Suara Siswa, Abang Shahzil tepat jam 10pm hari Isnin 16 November 2009 dan beliau meminta MPP UMP menjadi panel Siaran Selasa 17 November 2009. Bayangkan,tak sampai 24 Jam saya dimaklumkan dan saya terpaksa mengadakan mesuarat MPP di Kafeteria KK1 tepat jam 11.30pm untuk selesaikan beberapa program terdekat.
• 2. Pada pukul 4 Pagi 17 November,saya dan sdr Takiyuddin bergegas pulang ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah Taman Permata jam 7 Pagi. Solat Subuh Berjemaah di Hentian Petronas Genting Sempah.
• 3. Saya hanya mempunyai masa kurang 10 Jam untuk mencari maklumat dan melakukan sedikitresearch mengenai Topik 'Budaya Fanatik'. Terima kasih kepada Sdr Izyannisa' Sarjuni( S/U MPP UMP),Sdr Rasydan Rais(UKM Geology),Sdr Takiyuddin (Presiden Kelab In Smartive n Aktivis Mahasiswa UMP), Sdr Hafiza Razak,Encik Saharuddin Ramli (Pen Pendaftar HEP),Barisan MPP UMP n semua yang membantu membawa saya dan teman2 mahasiswa UMP untuk hadir n menjayakan Suara Siswa Budaya fanatik.
• 4. Saya membawa gagasan bahawa Fanatik ada dua perkara yang harus dititik beratkan iaitu Fan-Ethics dan Fan-Atik. Saya menjelaskan kepada sidang dewan bahawa kita harus jelas menyokong yang mempunyai Etika(Fan-Ethics) dan mendatangkan kebaikan. Sebaliknya,kita boleh juga memilih menjadi Fan-Atik(Atik dalam bahasa Turkey iaitu sampah atau waste). Menyokong membabi buta dan menyokong yang membawa rebah.
• 5. Saya juga menjelaskan budaya yang diserap ke dalam jiwa umat melayu khususnya iaitu melalui kisah hidup Hang Tuah yang begitu taat setia(fanatik) kepada arahan Sultan Melaka walaupun Sultan tidak berlaku adil kedapa Hang Tuah. Dr Fazley bingkas memotong dan menambah bahawa kesan daripada sifat Hang Tuah iaitu Hang Rusuh.
• 6. Mengenai gelaran Hang Rusuh yang diberikan kepada Penyokong Bola Sepak Kelantan amat saya kurang bersetuju. Saya faham niat Dr Fazley mungkin hanya dituju kepada segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan tapi saya menyatakan hanya segelintir daripada 65000 penyokong setia Kelantan yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) yang melakukan onar dan merusuh.
• 7. Saya ingin menjelaskan bahawa ada penyokong Kelantan di UMP yang pergi ke SNBJ berasa sangat kecewa dengan keputusan kekalahan Pasukan Kelantan dan insiden yang menimpa. Saya menganggap bahawa insiden ini berlaku kerna sebahagian besar penyokong Kelantan yang hadir ke SNBJ bukan sekadar menyokong tetapi awal-awal lagi beranggapan bahawa Kelantan sudah meraih dan meraikan kejayaan membawa Piala Malaysia yang paling berprestij. Apabila sudah kena 3-0,ini sangat mengecewakan dan tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Fan-Atik Kelantan.
• 8. Saya juga sempat menyatakan isu Fanatik Siber@ Permainan Talian dan sebagainya. Malah isu fanatik Siber ini bukan sahaja berleluasa di semua Cyber Cafe membarah kepada pemikiran dan cara hidup kanak-kanak dan remaja di seluruh Malaysia tetapi juga merebak ke sebahagian besar Mahasiswa di seluruh IPT. Kurang aktivisisme dan hanya ada budaya indivisualisme dalam masyarakat kampus. Ini yang sangat membimbangkan.
• 9. Saya menegaskan bahawa budaya mengejar semata-mata 4.00 hanyalah budaya songsang Mahasiswa dan hanya terperap di bilik kuliah dan bilik hostel melalui hidup individualisme. Saya menyarankan dengan tegas bahawa seandainya aktivis Mahasiswa di Universiti dan pimpinan Mahasiswa tidak memandang serius isu ini akan melarat hingga ke akar umbi.
• 10. Isu fanatik Berhibur saya memberi penjelasan bahawa kita harus bersederhana dalam berhibur. Takrifan Kesederhanaan dalam berhibur perlu dibahaskan secara ilmiah dan Pihak Kerajaan dan NGO2 yang berkepentingan perlu membuka seluas-luas ruang perbahasan. Kita perlu mengambil pandangan pemimpin negara, ahli akademik,para Ulama',para penggiat seni,para pemimpin Mahasiswa dll. Kita tiada perbahasan secara jujur Apakah dia konsep Hiburan bersederhana yang dianjurkan Islam dan penyelesaian dala masyarakat Majmuk seperti Malaysia.
• 11.Saya agak terkejut kerna dapat berdiskusi dengan sdr Syafina Ghazi,Mahasiswa Universiti Hokkaido yang juga sama-sama sekolah di Sek Men Sains Kuala Selangor(KUSESS 0105) di talian Skype.Syafina masih ingat lagi bahawa zaman aktif saya sewaktu di KUSESS ialah Rugby(Johan MSSM 2004 Selangor U-18 di Kuala Terengganu) dan Syafina Ghazi merupakan Pelajar Aktif (Olahgarawati KUSESS) dan Ratu Pecut 100m KUSESS.Tahniah!
• 12. Akhir kalam, Saya memberi pendirian tegas bahawa Mahasiswa seluruh Malaysia perlu berjiwa aktivisme dan jangan sesekali melakukan program unutk tujuan populariti semata-mata. Turunlah ke kampung-kampung, Felda-felda,Kawasan-kawasan setinggan dan dimana-mana sahaja di Bumi Malaysia ini dan berbaktilah tanpa mengira upah dan polulariti. Mahasiswa Malaysia Mahasiswa Peduli!!!!
Rabu 18 November 2009
4.05 am di Tbun Cafe,Syeksen 2,Wangsa Maju
CheguFadh:
Semalam aku terlalu sibuk dengan study group jadi tak dapat nak menonton wacana dari Saudara Suffi..Apa2 pun sangat bersetuju dengan pendapat beliau..Sepenuhnya...Membawa Agenda MAHASISWA PEDULI...Bukan MAHASISWA yang PENTINGKAN DIRI...Hal kau,masalah kau,aku dengan Hidup aku..KAMU TAK LAYAK untuk hidup dalam masyarakat kalau mempunyai pemikiran sebegitu..
No comments:
Post a Comment