Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Nov 20, 2009

Cemerlang..Bagaimana???

Apakah definisi cemerlang bagi kamu??Bagi keluarga kamu dan bagi seluruh masyarakat di Malaysia??Bagi guru atau bakal guru yang telah mempelajari pelbagai ilmu pendidikan,mereka seharusnya faham dan sedar bahawa terdapat kecerdasan pelbagai bagi setiap individu.Maka,tidak ada seorang pun individu boleh dicemuh berdasarkan prestasi lemah mereka di dalam apa2 peperiksaan sekalipun.Jika diberi 2orang,seorang nelayan kapal dan seorang lagi doktor.Kita campakkan keduanya dalam laut,peluang untuk si nelayan menyelamatkan dirinya lebih tinggi berbanding doktor yang tidak biasa dengan suasana laut yang bergelora.

Tidak perlu kita bercerita mengenai Albert Einstein & juga Thomas Edison yang tidak pernah diiktiraf sebagai seorang yang PANDAI dan CEMERLANG oleh pihak sekolah mahupun kolej mereka.Ada juga yang berkata Bill Gates semasa kecil genius tidak genius dan juga tidak pernah mendapat tempat cemerlang di universiti.Mark Zukenberg (pembuat kitabwajah) ialah pelajar Universiti di Seattle tetapi juga tidak pernah menjadi pelajar cemerlang.Lihat sahaja di Malaysia pernah juga dikatakan bahawa tokoh seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee tidak pernah belajar walau sedikit pun di sekolah SENI.En Zulkifli Haron?Beliau merupakan seorang inventor Malaysia yang telah mereka cipta pelbagai jenis alatan dan merupakan kebanggaan negara.


Kata Puan Ainon...

Ungku Aziz gagal mendapat Gred 1. Beliau Naib Canselor anak tempatan pertama. Kemudian beliau menjadi pakar ekonomi. Idea beliau tentang menolong orang Islam naik haji dgn tak perlu menjual tanah, sawah dan kerbau diterima oleh Tun Razak, lalu tertubuhlah LUTH. LUTH kini ditiru oleh banyak negara. Itu baru 1 contoh cemerlang di luar dewan peperiksaan (dengan apologi kerana kerana tidak menyebut Einstein dan Edison).

Tesis beliau mengemukakan konsep yang memeranjatkan Tun Razak, dan dibincangkan dengan banyaknya, iaitu 'kemiskinan tak kentara' (itu ejaan yang beliau gunakan). Kajian beliau itu dijalankan di kampung nelayan di Terengganu. Beliau masuk ke dalam dapur-dapur nelayan Melayu dan memeriksa apa yang dimakan oleh keluarga-keluarga itu....

Pn Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya.Pemilik syarikat PTS Consultants Sdn Bhd (‘holding company’ kepada PTS Publications & Distributors Sdn Bhd) yang paling POPULAR di Malaysia sebagai penerbit buku-buku ilmiah dan penterjemah.Juga merupakan isteri kepada Pengarah Institut Peradaban melayu UPSI yang juga pensyarah di UPSI iaitu Prof Dr Abdullah Hassan.

Maklumat lanjut [SINI]


Jadi mana lebih penting??Mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang di atas kertas atau mampu cemerlang dalam bidang yang diceburi serta berjaya??Saya seru kepada anda semua agar tidak mendiskriminasi pelajar yang kurang berjaya dalam peperiksaan kerana mungkin kejayaan mereka bukan dalam dewan peperiksaan.

p/s:Sangat cemburu dengan kejayaan Abg Sani Araby yang sudah berjaya menguruskan hidupnya.Masuk universiti pendidikan tidak semestinya menjadi guru.Boleh juga menjadi konsultan dan pengarah beberapa buah syarikat.Apa yang penting??KerjaSama dan semangat..Teringat kata2 pengetua cemerlang Negeri Sembilan yang mengatakan result kau bagus macam mana pun,tapi kalau tak pandai control class dan budak tak pernah nak hormat,kau seorang cikgu yang GAGAL!!pergh..nasib dah pernah cuba nasib dulu..memang pengalaman lebih berharga dari segala2nya..Lebih banyak belajar dari sesuatu "kerja" yang kita lakukan dari belajar dalam dewan kuliyah..Setuju dengan kata2 Dr Indiana Jones (filem Indiana Jones) yang menasihati mahasiswa di universiti supaya berhenti belajar dengan hanya duduk dan membaca,sebaliknya cari dan gali pengalaman tersebut dengan mengembara.

No comments: