Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Sep 20, 2009

YB Khalid vs YB Zulkifli Nordin..

Yang mana pilihan anda??hehe,kalau bagi yang PAS,semestinya YB Shah Alam pilihan mereka,tetapi bagi penyokong PKR pula mungkin sedikit berbeza..Hal ini telah menjadi borak2 yang sangat dahsyat di facebook apabila YB Khalid Samad bagi ulasan dalam blog beliau mengenai "campur tangan" tanpa ilmu oleh YB Zul dari Kulim..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsn7pkmZhdswpyfpTgm7FzT9oDDkZwdboUCTPL-In8o3vENobGQPMA6mYbhB3rAptEgbD1lF1T3PFggPxKiodXqUG4wfHNCQqWBIABxNJYjKLXnhfURmWENa4wBtklXZGOWNLe2eVk9aCg/s400/zul.jpghttp://media1.malaysiakini.com/90/a3e51e2c474c7468f51a7f6534a60989.jpg


Kebanyakan penyokong PKR juga kurang senang dengan tindakan YB Zul yang lebih kuah daripada nasi.Seolah-olah tidak matang dalam mengupas sesuatu isu.Bukan sahaja penyokong Pakatan Rakyat,malah blogger terkenal yang juga merupakan artis yang berpangkat pelakon agak veteran tanah air (Patrick Teoh@Niamah ) juga pernah menghentam YB Zul yang kelihatan sangat terburu-buru dan mudah terperangkap dalam wayang ciptaan UMNO/BN..

Bukanlah kita menidakkan demokrasi,tetapi kita agak risau jika rantai yang telah dibina dengan mudah dihancurkan oleh sesuatu berita berbentuk fitnah dan kemudiannya kita berpecah dan bertelagah.YB Zul mungkin termakan dengan berita berat sebelah yang telah dilaporkan oleh pihak UMNO/BN yang semua sedia maklum telah memanipulasi dan memonopoli media di Malaysia.

Jadi untuk tidak merepek lebih panjang,aku dengan secara rendah dirinya menyampaikan kepada kalian mengenai berita sensasi pada minggu lepas

Dari Shah Alam ke Kulim: Respon Buat YB Zul Nordin

Pergh..lembab gile aku update blog kali ni yek..Hal minggu lepas baru aku nak story dalam ni.tapi bagi aku ianya isu penting supaya menjadi iktibar buat semua rakan dalam UBN dan juga PR..


No comments: