Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 2, 2009

PROTES ISA vs Pro ISA

Salam semua..Pagi ni bangun badan dah rase ringan sikit walaupun tak sepenuhnya..Semalam tak dapat nak tumpukan penuh perhatian kat perhimpunan aman (yang bertukar menjadi kacau bilau setelah provokasi pihak polis/FRU yang diperkuda)

Tak semua polis..Ini bagi yang terlibat sahaja..kang sensitif sangat pulak macam bebudak kes PRK UPSI dulu..haha..emo+manja betul la bebudak mahasiswa UPSI ni..Nampak fit,tough,tapi emo ye nok..hahaha..Herm..Malas nak komen ape..baca dulu berita nih...Sume amek dari UTUSAN..Sebab senang nak pertikai..hehe

UTUSAN:Demonstrasi dan ISA

STRATEGI pembangkang untuk sentiasa mencetuskan siri drama ketegangan politik menjelang pilihan raya umum akan datang nampaknya berjalan dengan baik.

Selepas memanipulasi isu kematian Teoh Beng Hock bagi membangkitkan kebencian kepada kerajaan, pembangkang berjaya lagi dengan demonstrasi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), petang semalam.

Demonstrasi tersebut mengakibatkan Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk sehingga malam. Awang bersama ribuan pengguna lain turut terperangkap dalam kesesakan luar biasa di terowong SMART, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Aktiviti para pelancong asing lumpuh, bas awam tergendala dan pemandu teksi berkerut dahi kerana sukar mencari rezeki dalam keadaan begitu.

Orang ramai yang mahu melakukan pelbagai urusan seperti menghadiri pengkebumian, ke majlis kenduri kahwin, melawat pesakit di hospital dan pelbagai lagi, juga menghadapi kesukaran.

Demonstrasi itu menyusahkan semua pihak dan orang ramai. Ia ternyata menjejaskan ketenteraman, produktiviti dan imej negara. Pasukan polis yang sepatutnya disokong bagi menumpukan usaha menangani jenayah terpaksa dibazirkan untuk mengawal demonstrasi. Tiada sesiapa sepatutnya dibenarkan mengadakan demonstrasi haram. Setakat memberi amaran sudah tidak memadai.

Sepatutnya pihak berkuasa melakukan langkah pencegahan lebih awal dengan menahan dalang dan pihak tertentu yang merancang mengadakan demonstrasi haram. Mengadakan sekatan lalu lintas di merata-rata tempat, tidak akan banyak membantu sebaliknya merumitkan keadaan. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat.

Dengan apa yang berlaku ini, mungkin menuntut pemikiran semula terhadap ura-ura bahawa ISA akan dipinda tidak lama lagi oleh kerajaan atas nama pembaharuan. Awang juga mahukan pembaharuan tetapi kita tidak harus tergesa-gesa hanya kerana merasa tertekan dan tunduk kepada golongan minoriti.

Adalah lebih baik ISA dikekalkan setidak-tidaknya untuk tempoh setahun dua ini. Apatah lagi isu pokok ialah mengurus kuasa menerusi ISA dengan bijak dan bukannya menghapuskan akta itu. Apa yang berlaku semalam membuktikan ISA itu sendiri masih diperlukan. Untuk apa takut kepada ISA jika kita di pihak yang benar dan bukan golongan yang mahu mensabotaj negara sama ada secara tersurat mahupun tersirat.



Perhimpunan berjaya dihalang

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Langkah awal polis mengadakan sekatan di setiap pintu masuk ke ibu negara berjaya menghalang perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dirancang berlangsung hari ini.

Tindakan pihak polis 'membendung' kemasukan penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu menggagalkan cubaan kumpulan tersebut untuk berkumpul dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Sekatan polis bermula sejak pukul 12 tengah malam tadi.

Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya.


Mereka berhimpun di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu seperti pekarangan pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka, stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

Tindakan kumpulan terbabit tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa daripada berhimpun bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat bandar bahkan menyusahkan orang ramai yang ingin membeli-belah di sekitar kawasan berkenaan.

Beberapa premis perniagaan termasuk pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran kedegilan mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya terpaksa melepaskan gas pemedih mata, bom asap dan semburan air ke arah penyokong setelah mereka enggan bersurai.

"Kami mohon maaf atas kesulitan orang ramai. Ini bukan yang dirancang pihak polis tetapi direncanakan pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan banyak pihak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati perhimpunan haram itu turut disertai pelajar dan pemimpin pembangkang.

Kehadiran ribuan anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di semua lokasi perhimpunan bagaimanapun berjaya mengekang perarakan kumpulan tersebut ke Istana Negara.

Sehingga pukul 6 petang, masih terdapat penyokong yang berkumpul di Sogo menyebabkan polis terpaksa menahan mereka yang enggan bersurai. Seramai 589 orang ditahan dalam perhimpunan itu.

Pakatan pembangkang dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas petang ini mendakwa perhimpunan itu berjaya mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, mereka difahamkan gagal menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Sementara itu, perhimpunan menyokong ISA anjuran Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga dijadualkan hari ini, dibatalkan atas arahan polis.

Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, Khairul Azamdin berkata, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa tetapi berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui seorang wakilnya petang ini.

Sebelum itu, seramai 2,000 penyokong Perwaris dan Perkasa berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Dataran Merdeka dan Pasar Seni.

No comments: