Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 10, 2009

Bantah Konsert..


10 Ogos 2009

alumni mahasiswa islam UPSI mendesak agar konsert jacklyn victor dibatakan serta merta..lagi sejam konsert hendak bermula..adakah mereka berjaya membatakannya??harapan mereka seakan cerah..mungkin Allah memakbulkan doa mereka jika hujan lebat malam ni..seakan2 hampr hujan sekarang..haih..aku tak kisah bab konsert ni..pepandai jaga diri na..


11 Ogos 2009

Malam tadi hujan tidak turun..Ini mungkin berikutan keadaan yang kering kontang menyebabkan hanya gerimis yang terlalu singkat pada waktu Maghrib semalam..Konsert Jac tetap diteruskan..AKu sendiri melihat lebih dekat perjalanan konsert ini..Dan Jac juga antara penyanyi wanita yang aku kagumi berdasarkan bakat dan kawalan vokal yang sangat "kuat"(powerful) dan lunak..

Aku sendiri ada bertelagah malam tadi berikutan tuduhan2 yang tidak berasas pihak tertentu terhadap persatuan yang aku terajui..Tidak ada apa2 pengumuman rasmi daripada PMS UPSI,oleh itu tuduhan mengatakan PMS adalah dalang disebalik semua ini (pembatalan konsert) adalah tidak benar..

Pihak yang membantah terdiri daripada Alumni Mahasiswa Islam dan juga Kesatuan Mahasiswa Islam di UPSI..Tidak ada kaitan dengan mana2 persatuan berdaftar yang lain kerana kenyataan rasmi tidak pernah dikeluarkan.

Pendapat aku..

1)konsert ini agak hambar,tetapi dapat menarik ramai pengunjung luar dan dalam UPSI..Dan secara tidak langsung juga sedikit sebanyak menguntungkan para peniaga yang dikenakan caj tapak yang tinggi..

2)Penganjur sudah menunjukkan sedikit usaha untuk memenuhi kehendak mereka yang membantah tetapi sedikit gagal kerana para mahasiswa kita yang tak dapat dikawal sehingga meluru ke hadapan dan berkelakuan kurang senonoh di depan khalayak ramai..

3)PROTES dengan bangun secara beramai2 sering kali dilakukan dalam mana2 majlis di seluruh dunia..Ini adalah salah satu cara paling aman tetapi meninggalkan kesan kepada ramai pihak..contohnya di setiap meeting,AGM dan juga sidang DUN/Parlimen..

4)Yang mengatakan orang non muslim juga mahu nberhibur ternyata benar,ramai juga penganut agama lain yang turut hadir dalam konsert ini,tetapi aksi mahasiswa beragama Islam malam tadi adalah paling diluar keadaan dan usaha penganjur untuk memisahkan lelaki-perempuan turut gagal akibat daripada kurang kakitangan @ pihak seketeriat yang berani bersuara..

Jacklyn malam tadi sedikit down,para ADMIN (VVIP) UPSI turut terkesima dan ramai yang turut terkedu atas tindakan berani mereka yang membantah konsert diteruskan..

Apa2pun,Jacklyn tetap memberikan persembahan yang terbaik dan tidak pula berkelakuan tidak senonoh..Secara rambangnya pihak penganjur harus tegas dalam melaksanakan tugas masing2 dan harus tarik lebih ramai pihak keselamatan untuk memisahkan lelaki-perempuan dan juga untuk mengawal "mereka" yang meluru ke depan stage..

sekian..

1 comment:

Khairul said...

Hujan pun orang tetap ramai.