Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 7, 2009

2 hari tidur distesyen KTM butterworth-malaysiakini

Aku tak nak cakap banyak..Aku ronda2 belog Malaysia tadi jumpa yang ni..Bukan Melayu je susah,orang india dan cina pun susah..Etnik Sabah Sarawak pun susah..Harap kita yang tak susah ni tak dikriminasi nak tolong bangsa lain yang tak seagama dengan kita pun..Ada pelacur dijanjikan syurga terus apabila membantu ANJING yang kehausan..Harap slogan 1Malaysia bukan hanya dilaungkan secara retorik..Jangan keterlaluan dengan sikap perkauman dan memandang hina penganut agama lain selagi mereka tidak memusuhi dan menghancurkan agama Islam..

Dalam perjalanan UNIT EHSAN PULAU PINANG ke KL bersama rakyat dan 90 pertubuhan ngo untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan untuk ke istana negara menyerahkan memorundum,UE telah terserempak dengan satu keluarga india yang datangnya dari SG Petani dan telah bermalam 2 hari disitu.....Rakyat malaysia tau.....

Saudara Aidil sedang mengagihkan biskut tiger yang penuh zat untuk keluarga ini
Saudara zulkarnain sedang mengagihkan nasi bungkus sementara menunggu keretapi bertolak
Nasib rakyat ini tak sama dengan nasib yang kat KG buah Pala tu......
Ibu mana yang mahu diri dan anak anaknya dalam kesusahan.
lihatlah disebelah kiri ,kakak bebudak tu sedang membaca buku.
macam mana dengan masa depan mereka.Pekerjaan pun telah digasak oleh bangsa asing
.
Sedih melihat anak kecil ini tidor bantal dan ditemani nyamuk nyamuk dan tanpa bekalan susu
Tanya khabar dan nasib kepada ibu lapan anak ini..
Hari ini mungkin kita senang,
jadi bantu lah yang memerlukan.......................

No comments: