Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Aug 11, 2009

Arak Di Selangor Tidak Akan Di Jual Di Kawasan Majoriti Orang Melayu Islam

KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat,

”saya kata macamana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.



(Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun turut berucap dalam majlis ceramah semalam)

Menyentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.

Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.

Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri. - Buletin Online

CheguFadh:Sokong tindakan pesuruhjaya PAS mendesak Ronnie Liu dipecat dari jawatankuasa..Ini kerana Ronnie Liu sudah masuk campur kes rampasan arak yang dijual secara HARAM..Dah la arak tu sah2 HARAM,dijual pula secara tidak terkawal..Bila dirampas,Ronnie pula melepaskan mereka..

Tan Sri Khalid mengistiharkan bahawa tidak perlu dahulu satu keputusan secara drastik..beliau mengumumkan tempoh sebulan untuk melihat rentak penjualan ini serta pemantauan yang ketat..Jika itu pun belum mencukupi,dan PAS selangor masih mengugut mahu keluar,keluar sahaja dari Pakatan Rakyat..

*Aku ambil konsep senang..Pilih musibah paling kecil..kadang2 bukan semua apa yang kita mahukan tercapai dan terlaksana disebabkan terlalu banyak fikrah yang berbeza..Dan paling penting make it slowly..Orang tak akan faham(orang2 jahil)..Bila mereka tak faham dan kita tak dampingi mereka,sebaliknya terus menghukum mereka,sampai bila pun usaha itu tak akan selesai...

No comments: