Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 25, 2009

Pakaian siswi terkoyak bergelut dengan tujuh polis

Pakaian seorang pelajar wanita didakwa terkoyak sewaktu bergelut dengan tujuh anggota polis yang cuba menahannya berhubung perhimpunan menyokong umat Islam di Thailand, Jumaat lalu.

Aisyah Jamilah Wan Ahmad, yang tidak dinyatakan tempat belajarnya, termasuk tujuh aktivis mahasiswa yang ditahan di dua balai polis petang 17 Julai lalu selepas ditangkap dekat bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak.

Perkara tersebut diadukan oleh penyelaras Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), Lee Song Yong kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini.


Memorandum yang mengandungi butiran aduan itu dihantar oleh beberapa kumpulan mahasiswa, termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Lee juga mendakwa, polis enggan membenarkan tiga - yang ditahan di balai polis Sentul -daripada tujuh pelajar itu mendapatkan khidmat peguam walaupun telah memberikan kerjasama dan pengamal undang-undang telah lama menunggu.

"Dalam tempoh penahanan selama 24 jam, tiga orang mahasiswa hanya diberi (makan) dua keping roti," tambahnya, yang ditahan di situ bersama dua lagi aktivis pelajar.

"Mereka ditahan dalam dua bilik kecil dan seramai 16 orang (tahanan) terpaksa berkongsi ruangan yang terhad sehingga beberapa orang terpaksa tidur di tepi tandas."

Lee juga mendakwa "tahanan tidak dibenarkan memakai baju dalam cuaca yang sejuk," selain tidak dibekalkan minuman yang bersih, sebaliknya meminta tahanan mengambil air paip.

Polis juga didakwa tidak profesional apabila tersilap membawa tiga pelajar itu ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

"Perkara ini kami anggap sebagai tindakan dan kesilapan yang menyusahkan tahanan," katanya dalam aduan tersebut.

Empat lagi pelajar, termasuk Aisyah Jamilah dan mahasiswi Shamsul Mahida Abd Malek, ditahan di balai polis Dang Wangi.

Beberapa kumpulan siswa itu juga mengadu kepada Suhakam berhubung penahanan Presiden PMIUM Shazni Munir Mohd Ithnin yang disoal siasat berhubung isu-isu semasa termasuk isu kematian Teoh Beng Hock dan demonstrasi besar menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 Ogos ini.

Beliau antara tiga suspek yang dicari polis bagi siasatan kes menconteng dinding dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) dengan perkataan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya," selain cubaan membakar di tempat itu.

Shazni Munir dijangka akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat selepas dua lagi pelajar API dibawa ke muka pengadilan 30 Jun lepas.

Dalam aduan yang sama, mereka juga membawa isu penahanan dua pemimpin Dema - Ong Jing Cheng dan Yap Heng Lung - di balai polis Pantai atas siasatan kes menceroboh Universiti Malaya, 12 Julai lalu.

Polis didakwa menafikan hak Ong dan Yap membuat aduan polis bagi membalas laporan polis pegawai keselamatan universiti dan juga memaksa kedua-duanya menurunkan tandatangan di borang melucutkan hak mereka untuk mendapatkan khidmat guaman.

- Malaysiakini


herm..musuh negara ke mereka yang menyatakan bantahan keatas kekejaman terhadap saudara Islam di sana??Tugas POLIS menjaga keselamatan dan keamanan orang awam..Sepatutnya POLIS beri permit dan biarkan mereka menyatakan bantahan kepada masyarakat dunia..Kawal lalu lintas di tempat PROTES tersebut.Jika malam merdeka,sambutan New Year dan konsert2 MEGA dapat kerjasama baik oleh pihak POLIS,kenapa pula bagi yang menyatakan bantahan selalu di anak tiri??Harap pemimpin kerajaan Malaysia masuk campur..Sebab sekarang ni kalau tak masuk campur tangan politik,semua benda taka akan menjadi....Lihat je isu kematian Teoh di bangunan SPRM..sebab tu media pula mengadu domba ada pihak mempolitikkan isu tertentu..Kalau dah ada double standard..siapa pun akan marah..haih..

4 comments:

Khairul said...

pasal teoh tu mmg di sengaja dipolitikkan. Aku dah nyatakan kat blog aku pasal teoh tu.

zzz.. habis semua benda dipolitikkan.

teoh tu saksi, bukan suspek. tak de keje sprm nak bunuh. kemungkinan sprm tu bunuh mmg ada tapi kecil. tapi kemungkinan suspek yang bunuh saksi lagi besar. pakai otak bro.

Fadhlullah Universoul said...

hehe..ye ke??kalau macam tu,kes kat JB..Suspek sapa??BOSS die..tapi yang jadinya??orang bwhan yang laporkan psl penyelewengan kena tahan 6jam..kena bogelkan,mata tutup ngn neck tie,tangan kena ikat ke belakang..dibelasah sehingga lebam2 dan akhirnya dibiarkan dalam keadaan mengaibkan 6jam..then baru lepaskan..apa yang kau nak simpulkan dalam isu tu??

ada sesiapa ke yang pergi pjabat SPRM tgh2 malam macam tu??SPRM xda rekod??kan org2 SPRM gak yg bebas keluar masuk dalam pejabat die bile2 masa??

ape la kau ni..guna otak la bro..

Khairul said...

yang kat jb tu aku x tau. berita tu x sampai kat aku langsung. Berita tu betul ke? Kau dgr kat mana? Tv3 atau Utusan? bukan ke kau yang slalu ckp Tv3 and Utusan slalu memainkan minda rakyat? Dalam bab2 selari dengan pembangkang, kau sokong lak ek tv3 and utusan.

tengah malam? Bukan ke dia mati waktu siang? Aku x dpt dgn jelas masa kematian dia

pasal masuk kuar tu, ingat securiti kat msia tinggi sgt ke. gila la sng kalau stakat nak masuk.

dan mmg x der point la sprm nak bunuh org waktu siang and kat tempat awam cam tu.

dan kalau kau kata ni x dipolitikkan, kau baru je tipu diri kau sendiri. Sbb stahu aku, kau tak akan letak isu yang x berkaitan dengan politik kat blog kau, kan =)

Fadhlullah Universoul said...

hehe..dah agak..ko tgk la kat aku pny blog b4 aku BLOCK kejap ri2..

Sehari sebelum Teoh mati,di JB ade kes SPRM mcm tu..pekerja bwh wt report psl Boss..then 2pgawai SPRM dtg pjbt amek die..bwk blk pjbt SPRM

then kena soal siasat..6jam..kena bogel,tgn ikat,mata tutup..belasah dan dibiarkan dlm keadaan mengaibkan..

tu ke SPRM??start dr tu aku attack..esknye wktu petang terus kes Teoh ni mati..

kes kat JB xmasuk pn UTUSAN@ TV3..mmg aku dh agak..sbb org bwh tu xde kaitan ngn parti politik..so pakatan xtau kot..

masuk MyMetro..