Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jul 1, 2009

ISTERI KETUA DEWAN ULAMA PAS PERLIS MINTA FASAKH !






Sumber : Berita Harian(baca BeritaHairan)




KANGAR: Seorang ustazah mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam.

Beliau berkata, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.

Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.


Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara.


Ulasan:
Ape barang beb..Ketua Pemuda Ulama PAS ni..malu bebenorlah rasanye camni..hang nak kata salah bini ka,itu ka..belakang cite..Ustaz ni gak pilih bini tu dulu..Masa kawin umur 49tahun bini die 27tahun..Dapat muda dara lagi tuh..Salah ngko gaklah Ustaz..Kalau ye pun tak mampu bagi nafkah,tak perlu kawin ramai kot(eh,ustaz ni ade bini lain ke selain yang ni???)Boleh baca respon orang ramai dalam web ni..Kelakar gak..hahaha..DetikDaily

Dulu kes kat Kelantan,ADUN MELOR..Malas aku cakap,dah pandai cari bini muda,paham2 jela..Nak salah bini semua,kalau dah diri pun tengok cun melecun je tak leh gak kan Ustaz??So kalau sesapa nak attack aku dipersilalah..Aku get ready je..Aku tetap dengan pendirian aku..Orang agama,kalau nak cari bini tu pilih la yang berlandaskan syarak dan bersesuaian dengan title anda..Hal munakahat pun ikut la dengan tertibnya..



Cun gak syeih exWife ADUN MELOR Kelantan ni..UMNO/BN ade point dah ni..Tapi rakyat lagi utamakan Royalti hak mereka dari dulu berbanding bini2 muda PAS yang mintak cerai ni..kah kah kah!!


No comments: