Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 29, 2009

Sekitar rayuan Nizar..

NikNazmi.blogspot.com

Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari (foto). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti.

"Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus. Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan. "Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan semangat Perlembagaan," kata Prof. Aziz Bari. "Mahkamah Rayuan seolah-olah mahu merombak terus proses demokrasi. Pada saya keputusan Mahkamah Rayuan ini salah," katanya lagi.



Mahkamah tolak 11 Hakim Nizar -Malaysiakini


PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.

Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng.

"Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim.

"Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan juga tidak mengemukakan alasan bertulis mengapa Zambry disytihar Menteri Besar.

Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas.

"Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong.

"Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.



No comments: