Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 12, 2009

Institut Terjemahan Negara Malaysia

Fakta menarik dari Institut ini.(pernah diulas oleh Prof. Emeritus Dr Abdullah Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI)

1) Pakar psycho-linguistic dari UNESCO menyatakan yang kajian mendapati "Penguasaan ilmu akan bertitik-tolak dari penguasaan bahasa ibunda."

2) 28 Ogos 1997 - Perdana Menteri Singapura (ketika itu) Goh Chok Tong membuat kenyataan - "Setelah lebih dari 20 tahun Singapura mengamalkan pelajaran dalam Bahasa Inggeris, hari ini 8 dari 10 orang rakyat Singapura menyesal dilahirkan di Singapura."

3) Di dunia ada lebih 6,000 buah bahasa tetapi hanya 20 bahasa digunakan sebagai bahasa rasmi. Bahasa Melayu dulu terletak di tangga ke-4 selepas Bahasa Inggeris, Mandarin (Perancis, Arab) dan Tamil. Tidak lama lagi Bahasa Melayu akan turun ke tangga ke-7 jika kita biarkan Bahasa Melayu terpinggir sebagai bahasa pendidikan.

4) Sekarang terdapat 120 buah universiti dunia bertaraf antarabangsa yang menawarkan pengajian Bahasa Melayu. Salah satunya adalah Universiti Beijing. Bukan itu sahaja, negara China turut ada Radio Bahasa Melayu sedangkan berapa kerat sangat rakyatnya bertutur bahasa berkenaan.

5) Pahlawan Melayu Melaka, Laksamana Hang Tuah adalah duta Melaka ke negara-negara besar dunia di zamannya. Dia menguasai 12 bahasa termasuk bahasa Cina, Tamil dan Latin. Dia fasih dalam kesemua bahasa itu dalam kedua-dua laras umum (rakyat biasa) dan laras istana.

6) Perkataan Inggeris 'Launch' dipinjam dari perkataan 'lancar' dalam bahasa Melayu. Begitu juga perkataan 'Prau' yang diambil dari perkataan 'Perahu' dalam bahasa Melayu. Kemantapan Bahasa Inggeris kini adalah hasil dari faktor meminjam dari bahasa lain. 65% kosakata serta istilah dalam Bahasa Inggeris adalah pinjaman.

7)Perkataan Amuck berasal daripada perkataan AMUK.Orang Inggeris tidak pernah mengetahui akan adanya sikap amuk sebelum datang ke tanah melayu dan mula menyedarinya setelah melihat bangsa melayu mengamuk.Ini menggambarkan mengenai sikap bangsa kita dimata dunia.

Point 7 cikgu Hafezah Ckg Sejarah aku pernah cakap masa aku F5 dulu..Terima Kasih cikgu,Cantik je result SPM berderet2 je Huruf tu..Tak payah pun dapat soalan bocor 2jam sebelum kertas Sejarah dari dak SESERI..hehe..

No comments: