Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 12, 2009

Berakhirnya Cuti Semester ku..

Orang lain semua cuti dari 5 Mei 2009 sampai 5 Julai 2009,tapi berbeza dengan aku dan sebahagian yang lain.Cuti dari 22 Mei sampai 8 Jun 2009.Tak sampai pun sebulan.kalau ini yang menimpa kalian,apa yang terpacul dari mulut kalian?Huh..Memang memenatkan,tapi nasib baik aku tak apply tuk jadi cikgu GSTT lagi.Maksudnya pelajar aku yang mengharap nak jumpa cikgu nakal suka mengusik tak kira gender dan sangat boleh buat macam kawan bila cerita je pape bende ni agak kempunanlah..
*Sempoi mana pun,rapat mana pun dengan diorang tapi tetap tegas,
Hari aku sampai dimulakan dengan makan besar kat restoran,hampir rm300 jugak la habis sebab makan besar,bukan ramai mana pun,5 orang je..Eddy,Umi,Kakngah,aku,Adik.Abah tak ada,ada kursus kat KL,Ateh pulak still belum cuti masa tu,Along duk rumah seremban.Tapi yang bab belanja makan ni,si Eddy yang belanja.Memang gila budak ni..Tapi die skema dan baik..Tu aku suke.

*siapa la si Eddy ni yek??Tak pa..Nanti ada la aku explain kat bawah..
Seperti sebelum2 ni,aktiviti aku ulang alik Bahau-Seremban sebab dah tu rumah aku,dan aku pun belum berkahwin,jadi adalah mustahil untuk aku berulang alik gara-gara perangai isteri yang suka paksa aku balik kampung dia...Yeay!!Tak perlu bertemu ibu mertua yang garang.Seingat aku lebih daripada 7 kali kot ulang alik Bahau-Seremban.
*Jangan anda terpedaya dengan kata-kata diatas.Tak ada maksud sesiapa mengenai mak mertua yang ada disekitar Negeri Sembilan.Aku sudah memutuskan hubungan dengan orang Negeri Sembilan dan beralih arah ke negeri penuh kontroversi iaitu Perak.
Juga seperti biasa wayang telah menjadi seperti tv ke3 aku apabila acapkali menghabiskan duit berpeleseran disana,tetapi kali ini aku bernasib baik sebab semua cerita kali ini ditaja KHAS oleh Eddy (rakan yang mendapat bonus sehingga rm16ribu sebab bank capai target) dan kak ngah yang kini telah mendapat pekerjaan di CIMB setelah khianat terhadap bank lama yang tidak memberikan gaji yang lumayan.Antara cerita yang sempat menghabiskan duit poket aku adalah Syurga Cinta,Push,Mongol,Terminator 4,dan Jangan Pandang Belakang Congkak.
*ceh..kakngah memang agak mata duitan,tapi kalau dengan aku memang kakngah tak berkira sangat pun...Hampeh,sikit gila aku keluar kali ni..
Oh..Bukan bermakna aku duduk rumah je..dalam masa 3 minggu sibuk menjaga adik saudara,pergi ke kampung untuk menolong Uwan (nenek) membuat lemang dan rendang..Ceh mentang2 aku je kaum lelaki yang agak free..Along & Abah kerja..Uncle pulak baru balik kerja 7am..Ape nak buat lagi..Pasrah jela tapi best..Adik2 saudara yang comel2 dan manja dengan aku pulak memang cool habis..

Masa yang terluang juga diisi dengan pergi kenduri sini sana..2 orang sepupu aku kawin..Alahai,dah besar2 rupanya saudara aku,bila la pulak turn aku ni..Target kawin dalam kurang 7 tahun dari sekarang
*Tahun ke7 adalah max bagi aku..kalau dah atas 28tahun baru nak kawin tu kire dah lambat dah tu....

Orang kata kalau kita senangkan hati ibu,kita akan akan senang kelak..Jadi sebagai anak manja dan taat,aku pun perkenankan hasrat umi yang nak jalan2 area KL..Umi memang bermasalah sikit dalam mengingat jalan ni.Aku boleh la sikit2,kalau aku stuck pun,banyak sistem GPS yang aku dah pasang.Jadi hasrat umi termakbul.Adus,sampai jatuh2 umi dek sebab berjalan terlalu lama.Kesian umi,nasib baik anak manja die ni ada jadi tongkat umi sekejap.

Selang beberapa hari,Eddy yang begitu suka belanja family aku memang tak pernah puas.Mungkin gara-gara minatkan kakngah dan juga telah menganggap family aku sebagai keluarganya sendiri.Tapi Eddy tetap diberi amaran keras oleh ibunya yang berada di Perlis bahawa orang N9 jahat2 dan jangan berkawan dengan orang N9.Mentaliti apakah ini.Jika Rosmah Mansor sedemikian tak perlu kata semua orang N9 sama sepertinya.Eddy sekali lagi dengan bangga dan berbesar hati ingin membawa kami sekeluarga bercuti ke Genting Highlands,tetapi atas desakan aku yang mengusulkan mengenai cuaca yang tidak menentu tika itu Eddy dengan dukacita membatalkan niat murni tersebut..
*Ceh..boleh la kau,Bank kau support penginapan,1 aprtment rm22 je kalau aku tiap2 minggu pun boleh je nak buat.
Alternatif lain dicari dan sepakat untuk pergi ke WaterWorld Melaka.Ceh..Seorang kena charge rm45.Nasib ada pakej makan,tak masuk dengan locker dan pelampung lagi tu..Huh,seronok la jugak,lagi2 dapat berkenalan dengan budak2 cina MMU (mostly lelaki lebih kurang 10 orang) dan nurse perempuan praktikal kat Hospital Melaka dalam 7 orang..Terkejut gak sebab dak2 cina minat kat budak2 melayu,yang si melayu pulak dah pakai cincin tunang pun pergi layan je. budak2 laki cina ni...Share b'paut sana sini,kat pelampung dah macam pasangan..Huhu..dunia-dunia..Mentang-mentang tak exchange email/no phone..Semuanya nak berseronok kat situ,dah abis,abis la..no more connection pas tu..
*WaterWorld dipilih kerana lokasi yang dekat dengan rumah dan kalau cuaca hujan pun,atleast memang dah confirm2 la tengah basah,kalau kat Genting,rugi la tak pat main outdoor..
Perkara terakhir yang dilakukan bersama family sebelum balik ke UPC adalah percutian sambil belajar ke Taman Negara Pahang.Dari 8Jun sampai 10Jun.Agak menghiburkan.Sebelum ni tak pernah lagi buat percutian kat tempat2 camtu,balik2 pantai,hotel..Tu je..Kali ni masuk hutan pulak..pergh..kenangan tu memang best,lagi2 bila naik bot lebih 30 minit untuk melawat dan merasai keadaan cikgu2 sana yang terpaksa naik bot pagi2,jalan darat tak ada..

Tu belum kawasan pedalaman 3 kat Ulu Tembeling yang makan masa 5 jam menggunakan pengangkutan air.Argghh..30minit dah cukup lama bagi aku.Aku takkan gatal2 nak apply kawasan pedalaman nanti.Kalau dapat terpaksa akur la..Ramai dah fresh graduate yang apply kawasan macam tu sebab nak kaya dapat elaun lebih rm1500 sebulan.Tapi aku tak mampu bertahan tempat camtu.So,aku tak akan buat.Then naik jambatan gantung sepanjang lebih kurang 900m dan tinggi 45m..Kalau nak merasa adventure pergi la taman negara.Rasai sendiri naik jambatan gantung kat Canopy tu..Tapi bagi sesiapa yang tak takut tempat tinggi benda tu tak ada apa2 kot..Just jangan pandang bawah lama2 je..

*Program kat taman Negara Pahang dianjurkan PPD Negeri Sembilan.Aku just saja suka2 ikut sebab abah ajak join.10hb pagi,lepas breakfast bersiap packing.Singgah kat rumah pakCik Tawil seorang aktivis pendakwah yang sangat giat mengislamkan non muslim.Anaknya Si Muhammad Devotees.Kemudian terus balik UPC..Huhu..Berseorangan kat rumah Taman Segar.Nasib makan minum semua ditanggung.


Tu jela bende yang aku buat sepanjang cuti kat rumah.memang bosan dan tah apa2 entri kali ni..tapi tak apa,dah blog aku,ikut suka je aku nak tulis apa.herm,ni aku nak g mandi.Jap lagi pegi HEP nak makan dulu,then layan la pape yang patut n buat2 practise..Penat malam tadi balik dekat 4am.Drve saja2 nak lepak kat Rawang..Budak2 nasyeed aku ajak..Oklah..aku nak g mandi..jumpa lagi lain hari.
.

AlFatihah untuk Arwah nenek Asmalina yang telah kembali ke rahmatullah..Semoga Roh Arwah ditempatkan bersama orang2 yang dikasihiNya.Ameen..

No comments: