Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 12, 2009

Rakyat terus membincangkan Isu Kerajaan Perpaduan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenengahkan isu Kerajaan Perpaduan. Tiada siapa yang ingtahu inti kepada bentuk Kerajaan ini. Hanya ada bingkai tapi gambarnya belum ada. Dari segi bingkainya atau acuannya kita diperingatkan kepada Kerajaan yang ditegakkan di Indonesia.

Sistem yang dicanangkan ialah semua parti politik berada didalam Kerajaan dan tidak ada parti pembangkang.

Tuan Guru Haji Hadi mengajak Negara untuk memikirkan Kerajaan Perpaduan bagi mengelakkan "politicking" yang melampau untuk mengatasi masalah politik dan ekonomi khususnya didalam keadaan kegawatan yang menghimpit semua manusia masa kini.

Cadangan Haji Hadi ini mendapat sokongan kuat dari golongan Ulamak didalam PAS walaupun tidak dipersetujui oleh Mursyidul Amnya, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Cadangan ini menjadi tuntutan yang lebih kokoh lagi didalam PAS apabila Muktamar PAS memilih Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang tokoh Ulamak yang tidak kurang juga boleh diterima sebagai tokoh profesional.

Ustaz Nasharudin adalah dikenali sebagai tokoh didalam PAS yang pernah berunding dengan UMNO setelah Pilihanraya Umum 8hb Mac tahun lalu, dan beliau adalah diantara tokoh-tokoh ULmak-Profesional PAS yang mengambil sikap terbuka terhadap perundingan Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Terdapat suatu pandangan didalam PAS bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat adalah parti-parti sekular sama seperti UMNO dan Barisan Nasional, dan pendekatan yang betul terhadap PAS ialah menyekutukan dirinya dengan Parti yang sekarang ini sedang mentadbirkan Negara daripada Parti-Parti yang masih terkial-kial untuk kekuatan politik.

Kerajaan Perpaduan bersama UMNO-BN merupakan perpaduan yang kukuh dan kuat untuk membolehkan PAS memainkan peranan yang lebih selesa memperkenalkan Islam demi kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Negara ini.

Perpaduan diantara UMNO dan PAS adalah perpaduan yang sangat kuat untuk menguasai Orang Melayu. Setidak-tidaknya Melayu didalam UMNO itu adalah beragama Islam dan setentunya Orang Islam adalah lebih mudah menerima "ideologi Islam" daripada golongan bukan Islam yang berada didalam DAP dan sebahagian daripada Parti Keadilan Rakyat.

Masalahnya, konsep Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan oleh Ustaz Hadi ini belum digariskan dengan terperinci, dan belum diketahui "hujung" dan "pangkalnya". Adakah ia pemerintahan gabungan antara UMNO/BN disuatu pihak dan PAS di pihak yang lain dengan anggota-anggota kabinetnya dibahagi-bahagikan mengikut kekuatas setiap parti yang bergabung. Diatas konsep itu, maka PAS mempunyai hak yang begitu kecil didalam kabinet kerana jumlah Ahli-Ahli Parlimennya amatlah kecil.

Atau adakah ia berkonsepkan suatu perpaduan dimana PAS akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan tetapi tidak diperuntukkan apa-apa jawatan didalam kabinet, tetapi PAS menjadi rakian kongsi didalam Kerajaan, dan dengan itu PAS tidaklah dihalang menjalankan kerja-kerja parti, kerja-kerja politik dan kerja-kerja kemasyarakatan dan memperolehi peruntukan sewajarnya sebagai kerabat Kerajaan Perpaduan.

Untuk PAS menarik rakan-rakannya didalam Pakatan Rakyat untuk bersama-samanya menyertai Kerajaan Perpaduan mungkin agak sukar kerana DAP dan Parti Keadilan Rakyat adalah komited menentang Barisan Nasional samada akan berjaya menumbkan Barisan Nasional atau menjadi Pembangkang kepada Barisan Nasional.

Ada juga kebaikan kepada Parti Keadilan Rakyat khasnya jika PAS mengambil keputusan untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana selama ini ada Bahagian-Bahagian PKR tertentu di Negara ini yang sangat-sangat bergantung kepada organisasi Parti itu. Dan calon-calon mereka yang bertanding memperolehi undi daripada kekuatan PAS. Dengan perpisahan nanti maka akan dapatlah ditentukan kekuatan Parti Keadilan Rakyat sebenarnya.

Walaubagaimana pun, apa yang diketengahkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk mengujudkan Kerajaan Perpaduan belum lagi menjadi kenyataan. PAS sendiri belum lagi membuat keputusan. Kemenangan Ustaz Nasharudin tidak membayangkan bahawa PAS bersetuju dengan ajakan ini kerana kombinasi undi yang diperolehi Mohd Sabu dan Husam Musa jauh lebih mmengatasi undi yang diterima oleh Ustaz Nasharudin, dan jika antara Mohd Sabu dan Husam wujud pakatan dan hanya seorang calon sahaja diletakkan ada kemungkinannya Ustaz Nasharudin kecundang didalam pemilihan Timbalan Presiden PAS.

Setakat ini hanya UMNO melalui Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil sikap terbuka dan mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana ajakan itu dan meminta Tuan Guru Haji Hadi memperincikan cadangannya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin juga menampakkan sikap terbukan dan mengajak PAS bermuzakarah untuk mewujudkan keadaan selesa antara kedua-dua pihak.

Nampaknya PAS tidaklah bertepuk sebelah tangan. Ajakan Haji Hadi sudah diterima UMNO, tetapi masalah yang paling besar menghantui PAS kini adalah ahli-ahlinya yang bukan Ulamak yang menampakkan perasaan kurang senang dengan konsep Kerajaan Perpaduan ini. Mereka kurang senang kerana konsep Kerajaan Perpaduan ini tidak diterang dengan terperinci untuk mereka membuat penilaian.

Tambahan pula, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS, dari hari pertama lagi meluahkan perasaannya tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan ini. Kepada Nik Aziz apa juga kerjasama yang hendak dijalinkan dengan UMNO samada diatas konsep Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Campuran tidak mendapat persetujuannya.

Berbekalkan kepada pengalaman PAS ditendang keluar oleh UMNO/BN apabila UMNO/BN menjadi semakin kukuh dan kuat; dan berbekalkan kepada pengalaman bahawa penyertaan PAS didalam BN tidak membawa apa-apa kemajuan dari sudut perjuangan Islam, maka tidak perlu lagi bagi PAS terjerumus sekali lagi kedalam lubang yang sama.

Keadaan yang dihadapi UMNO/BN sekarang ini adalah menghampiri keadaan apabila PAS menganggotai Kerajaan Campuran dan Kerajaan BN iaitu diketika mana UMNO berada didalam keadaan lemah dan memerlukan dahan untuk berpaut. Jika PAS menyertai Kerajaan Perpaduan didalam keadaan sebegini tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai memberi dahan untuk pergayutan UMNO.

UMNO/BN telah kehilangan 5 Negeri dan satu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan hampir hilang Negeri Sembilan. Keadaan gabungan itu amat lemas dan memerlukan dahan untuk berpaut. Maka jika PAS menghulurkan tali hayat itu maka perbuatan itu boleh dianggap sebagai pengkhianatan rakyat kepada PAS khususnya daripada pengundi-pengundi bukan Islam.

Tidak pernah didalam sejarah politik PAS tiba-tiba pengundi-pengundi bukan Islam boleh menerima dan mengundi calon-calon PAS dan memenangkan calon-calon PAS dikawasan yang mempunyai majoriti bukan Melayu, dan memenang calon-calon PAS dimana pengundi-pengundi bukan Melayu menjadi penentu.

Pengundi-pengundi bukan Islam ini sudah mengambil satu keputusan politik yang besar bahawa mereka boleh menerima PAS dan boleh mengundi calon PAS untuk mengalahkan UMNO/BN; dan sejarah seperti ini tidak akan berulang lagi jika mengkhianati aspirasi mereka.

Kemungkinan PAS tidak selesa berada didalam Pakatan Rakyat kerana parti itu tidak diberikan peranan sebagai "leading role" mengepalai gerakan itu, tetapi didalam Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang dibenarkan menjadi "dominating role" dengan mengenepikan mana-mana parti didalam komponennya. Disebaliknya jika PAS bekerjasama dengan UMNO, sudah tentu peranan PAS adalah berkedudukan "supporting role" dan UMNO bersama-sama komponennya di Semenanjung dan Sarawak akan terus berperanan sebagai aktor-aktor utama, seperti yang pernah dialami oleh PAS semasa berada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, tidak ada parti atau orang dari luar yang boleh mencampuri urusan PAS. Samada PAS akan meneruskan projek atau gagasan Kerajaan Perpaduan adalah terserah sepenuhnya kepada PAS.

Parti itu perlu meletakkan tanda noktah kepada perbincangan ini. Dan tanda noktah itu boleh dibuat didalam Muktamar Khas atau Luar Biasanya dengan membincangkan satu Usul Khas iaitu Kerajaan Perpaduan. Perbahasan secara bebas hendaklah diizinkan dan selepas itu diputuskan secara undian. Jika Usul itu diluluskan, maka PAS boleh memberhentikan semua perbincangan dan setelah itu meneruskan mandat Muktamar tersebut. Dan sebaliknya, jika usul itu gagal mendapat sokongan majoriti, maka isu ini juga terhenti disitu dan PAS tidak perlu lagi menmguar-uarkan isu Kerajaan Perpaduan ini. Noktah!

Dicatat oleh Suhaimi Said

No comments: