Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 8, 2009

Cuit Politik 2- Berakhirnya muktamar..

Tahniah kepada PAS..Muktamar kali ini cukup2 diangkat tinggi.kali pertama media melaporkan mengenai Muktamar PAS secara meluas.Agenda media untuk rakyat melihat mereka sudah membuat satu transformasi berjaya.Tetapi sebenarnya masih ramai yang melihat Buletin Utama,RTM,TV9(BERNAMA TV turut tersenarai setelah dikantoikan oleh saudara Haidhar) seakan2 melihat cerita kartun animasi HAGEMARU.

Tak cukup dengan liputan media,para tetamu jemputan khas dari luar negara yang mana adalah merupakan pejuang2 utama Islam di negara tebing barat turut serta dalam muktamar pada kali ini.Dan juga dah macam2 anugerah dibuat.*lepas ni boleh la buat dalam harakah APPH(Anugerah Personaliti Pilihan Harakah).

Tetapi sedikit perselisihan telah berlaku.Husam Musa yang berperwatakan universal (di cop sebagai Pro Anwar @ orang suruhan Anwar) diberitakan telah menang pada awal perkiraan undi.Bagaimana maklumat ini boleh pecah?Iya..perkara ini tak pelik sebab dalam MalaysiaToday,blog bloggers network dan malaysiakini mengungguli carta melaporkan keputusan PRU yang lalu dan juga setiap PRK yang mana begitu lambat diumumkan di akhbar2 popular parti dan media arus perdana.Jadi sendiri mau pikir..

Bagi aku,kekalahan Husam boleh diterima sekiranya tidak timbul isu.Hal ini sedikit sebanyak mencalarkan sedikit reputasi PAS yang cemerlang sejak sekian lama.Lebih2 lagi apabila keputusan ditangguhkan sehingga hampir 7 jam untuk mengira hanya 1000 undi??Aiih..pelik bebenor nih..Aku kenal ramai orang PAS,bijak2..hal kira2 ni xpayah la nak cakap,masyuk..tak pakai kalkulator pun boleh buat.Semak artikel di sini.

Hal ini dah lama.Dan para blogger pembela negara (blogger UBN yg ditaja hotel mewah semasa di PRK Bkt Gantang) yakni ParpuKari n d geng telah dijemput oleh pimpinan tertinggi PAS untuk makan bersama dan pertemuan sulit kedua susulan dari pertemuan pertama telah DITANGKAP BASAH Presiden dan Majlis Syura Ulama.(gossip mengatakan Datuk Nasharuddin dan Hassan Ali terbabit dalam siri ini).

Apapun keputusannya,PAS harus sedar dan tidak perlu keterlaluan mengatakan sedia menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.(kerajaan perpaduan PAS-UMNO).PAS seharusnya sedar akan keadaan yang menimpa parti terbabit sebelum ini dan terbaru pada 2004 apabila Barisan Alternatif telah lemah akibat daripada sikap terburu-buru dalam menyampaikan wadah.Ketua Penerangan harus turun padang,menerangkan mengenai isu2 berbangkit lebih2 lagi mengenai perjuangan agama.Dapat juga pas dakwah sambil berkempen.

Pengundi bukan melayu Islam adalah faktor major yakni telah dinyatakan oleh mursyid am bahawa Kelab Penyokong (Non Muslim) perlu menjadi sayap parti.Tetapi dalam keadaan sekarang,adakah perkara ini akan berjaya?Aku tak menolak kumpulan ulama sebagai pemimpin.Aku pun jenis cakap direct je.Bagi aku PAS memang sudah cukup dan tak boleh dinafikan dipimpin oleh ulama.Bukan melihat kepada Presiden, atau Timbalan Presiden tetapi lihat kepada PENASIHAT parti itu yakni Majlis Syura Ulama.Itu yang mencerminkan kepimpinan Ulama.

Siri2 sebelum ini,atau di mana2 forum politik,aku tegaskan menyokong seorang Perdana Menteri yang bersifat dan gaya universal iaitu DSAI tetapi sangat2 menegaskan DSAI harus dipimpin dan dinasihati oleh Majlis Syura Ulama PAS sebagai sumber rujukan utama.Husam sudah tewas dengan cara yang sangsi,dan isu Perak pula akan disenyapkan.Seolah2 ada pihak yang tidak mahu suara ProPakatan kuat di dalam parti.Adakah benar pihak yang dikatakan erdogan ini sebenarnya yang telah memusnahkan PAS?Puak2 yang selalu berkorban,ditangkap dan dipukul,dipijak dan di ISA kan..

Mungkin dek kerana termakan dengan agenda media mengenai PAS dikawal oleh DSAI,oleh itu sesi pengiraan undian telah menjadi sensasi.Lepas ni puak2 ProPakatan atau dinamakan erdogan tidak perlu lagi bertindak dan bersuara mengenai krisis Perak sebab aku tengok pun puak yang mengaku diri ProUlama (ProMuqabalah) tidak respon atau hadir dalam rampasan kuasa ini.

Kerajaan perpaduan boleh dimulakan di Perak.Kami mengalu2kan..BloggerNetwork pun sudah muak dengan gaya copy cat sebahagian pemimpin PAS,PKR yang sudah naik kepala.Gilakan jawatan dan sebagainya.Dan lepas ni jangan hairan jika golongan non muslim kembali menjauhi PAS disebabkan cakap2 yang terlalu kuat sedia untuk menubuhkan kerajaan dengan UMNO.

Lu Pikirlah sendiri..Aku tetap support Pakatan Rakyat..Tapi kalau keadaan ini berterusan,PRU13 confirm2 aku cakap PR bungkus.Taktik UMNO/BN sekali lagi berjaya main tarik tali dengan PAS buat kali yg ke... bape tah..dah banyak sangat..Matang ape kalau dah banyak kali sangat terkena tu..Ikut cakap Mursyid dan Majlis Syura Ulama sebelum ni menolak apa2 pembentukan kerajaan bersama UMNO (sebelum Muktamar)..senang cerita..

No comments: