Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 7, 2009

Cuit Politik 1 -PKR (Pening Ke Rosak)

PKR mengungguli PRK penanti..Sesuatu yang telah dijangka ramai pihak yang menyebabkan UMNO tarik diri awal2 walaupun mereka dalang yang memulakan isu FITNAH ke atas Fairus.Fairus akhirnya beralah dengan segala tekanan SPRM yang mengatakan bahawa mereka telah mempunyai bukti dan menyebabkan fairus akhirnya meletakkan jawatan sebagai TKM1 Penang.

Perkara ini tak terhenti setakat itu apabila UMNO tetap mendesak Ahmad Fairus dengan pelbagai kata2 nista di media dan memalukan beliau.Biasalah..Namanya sudah pemuda CELAKA (gelaran manja yang diberi oleh Sang Karpal Singh).Akhirnya Fairus telah meletakkan jawatan sebagai ADUN PENANTI yakni di parlimen Permatang Pauh..Dengan serta merta UMNO marah2 kerana PRK terpaksa diadakan semula.Pelbagai spekulasi telah timbul.Adakah UMNO akan bertanding atau tak sebab MahaDey suruh masuk gelanggang.(Aiihh..dah kuar masuk IJN xhabis2 nak gelanggang ke??haha).UMNO mengalah dan tersungkur sebelum masuk gelanggang..Amena seorang daripada bekas sri kandi PKR Penang pula menang anugerah paling popra (terpengaruh dgn sitkom jelik karya Azwan Ali Cak3 2009) dengan bersuara perkara pelik2 termasuk ditawarkan jawatan TKM1 Penang jika tarik diri..Hahahahaha..

Amena menang (UNDI POS) dan Ahmad Fairus disahkan tidak terlibat dengan apa2 kes RASUAH dan SKANDAL yang dilemparkan ke atasnya.*Aku nak tau sangat ape jadi kat barua api dalam sekam PKR Penang yang wat pendedahan FITNAH ke atas beliau skg ni.

PKR yang diwakili Dr Mansor pula mendabik dada dengan kemenangan.Tetapi tidak lama selepas itu,mula bising golongan perseorangan PKR yang gila jawatan portfolio yang diberi elaun beribu di atas keputusan Ketua Menteri Lim Guan Eng melantik orang bukan politik iaitu Mokhtar Jait sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Berita penuh..

PULAU PINANG: Tindakan sekumpulan ahli majlis memulaukan majlis angkat sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Mokhtar Jait semalam berpunca daripada ketidakpuasan hati Ketua Whip MPSP Johari Kassim mengenai pelantikan itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

"Kita melihat kepada kepentingan ramai bukan kepada kepentingan peribadi dalam pelantikan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, lapan daripada sembilan ahli majlis PKR memulaukan majlis pelantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Lim yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai pelantikan berkenaan.

Johari mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan PAS untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dibuat di kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Lim berkata pelantikan Mokhtar itu berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkannya semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah sebelum ini.

"Kita perlukan penjawat awam yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu. Kita memilih calon yang paling layak tanpa mengira warna kulit, agama dan fahaman politik," katanya.

MPSP mempunyai 24 ahli majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua PAS dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semalam, hanya 14 orang ahli majlis sahaja yang hadir. BERNAMA



Apa nak jadi??terdapat puak2 yang meniru style UMNO dalam organisasi negeri.Sebaiknya dipilih daripada golongan yang tak mempunyai kepentingan.Nak buat kerjasama ni bukan mudah,macam2 perlu diambil kira,bukan sesuka2 guna slogan retorik kemudian nak perpaduan,gabung kerajaan ini itu sesuka hati.. tahniah Lim Guan Eng..Sat lagi ade je puak2 cop aku ni Pro Cina,Pro DAP..xhormat ketuanan Melayu,ketuanan Islam..bagi aku ketuanan apa tak penting,yang penting keadilan sejagat!!

No comments: