Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 8, 2009

Marah..

AKu bagi link je..aku malas nakcakap panjang lebar..Mat Saman Kati ni blogger paling aku respek..Aku ulang..Blogger paling aku respek..

Oleh: MSK

Jangan risau..aku bukan nak tulis pasai cerita-cerita dalam Pas lagi. Jauh sekali nak cerita pasai skandal dalam Pas. Aku tak ada hak nak cerita pasai Pas sebab aku bukan ahli Pas.

Kalau aku nak cerita..aku kena cerita baik-baik. Kalau yang kurang baik…maknanya aku nak pecahbelahkan Pas. Sori la. Kalau nak baik saja…pi beli Harakah. Kalau nak cerita baik saja pasai PKR…pi beli Suara Keadilan.

Bila time pilihanraya…hangpa punya sanjung…sampai kelangit. Bila habih pilihanraya…kita cerita yang tak betui…dan-dan tu juga kita diberi bermacam label. Tapi aku bukan nak salahkan hangpa. Bukan hangpa yang suruh aku jadi blogger…aku yang gatai nak jadi blogger. Orang politik memang macam tu…baik Pas, PKR, DAP…serupa saja. Masa pilihanraya depa punya tatang…lepas pilihanraya..mampuih pi la kat hangpa.

Dan Perakexpress bukan dimiliki oleh mana-mana parti. Bukan dimiliki oleh mana-mana individu. Ia sudah jadi milik rakyat. Tak ada bos…tak ada kuli…semua serupa. Dan team Perakexpres boleh tulih apa yang depa suka. dan pembaca pun boleh pilih…sama ada nak baca atau tidak. Hangpa tak paksa aku…aku tak paksa hangpa.

Bukan macam Pakatan Rakyat. Orang PKR tak boleh tulis pasal Pas. Orang Pas tak boleh kutuk PKR. Hanya orang Pas boleh kutuk Pas…hanya orang PKR boleh kutuk PKR. Pirrrah!!

Buang “Pas for all”…gantikan dengan “For members only”. Buang “keadilan untuk semua”…gantikan dengan “untuk ahli PKR sahaja.”

Cukup…aku tak akan cerita pasai Pas lagi. Dan aku tak mau cerita pasai PKR lagi. Biar orang lain yang cerita. Nak tau macam mana layanan Pas terhadap blogger…baca kat blog Ummi. Yang ni Muslimat Pas yang tulih. Nak tau macam mana layanan DAP..baca kat anje-online. Serupa saja.

Aku nak pi tengok kugiran. Siang tadi ada orang kahwin…dan malam ni ada kugiran dan joget lambak. Aku nak tengok orang tua menyanyi lagi tahun enam puluhan. Aku nak tengok anak muda berjoget lambak.

Mampuih pi la dengan Kerajaan Perpaduan. Mampuih pi la dengan cakap-cakap hipokrit.


DangoMamat berkata di blognya jantantuya.blogspot.com



PulakDah.BlogSpot.com pula berbicara mengenai perpaduan apakah yang diharapkan pada UMNO..

1 comment:

Khairul said...

Kalau paper cam utusan dan berita harian, akan cakap baik2 sal kerajaan. Tak da kutuk sesiapa2.

Tapi akhbar geng2 pr asyik mengutuk kerajaan. Kenapa mencapap dengan cara mengutuk dan bukannya tunjuk kebaikkan diri sendiri?

suka sgt mengutuk. Ni ke cara org Islam? so apa bezanya BN yang teruk ngan Pas yang konon baik tu?

p/s. keadaan sesebuah parti sebelum dapat kuasa berbeza setelah dapat kuasa