Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 25, 2009

Apa kes pulak ni???

Ada pihak2 yang bersembunyi disebalik topeng identiti pihak lain dan selalu menimbulkan huru hara diruangan chatbox yang seolah2 berdendam dengan aku..Aku sudah kembali neutral dalam politik kampus.Pergaduhan dan pertelingkahan kedua pihak yang menggelar diri mereka ProKualiti (Aspirasi) dan ProKebajikan(ProMahasiswa) sudah tak dapat dibendung..Aku tersepit ditengah2..Kedua pihak ini agak close dengan aku..

Miss Alissa juga mengetahui mengenai situasi yang berlaku sekarang kerana dia merupakan supporter aspirasi yang sangat tegar.Tetapi apakah salah penyokong pihak politik yang berbeda fikrah dengan kita?Adakah layak mereka yang tak terlibat dalam kemelut ini dihina tanpa berbuat apa2 kesalahan pun?Hubungan kami juga seperti dipertikai..Aku pun pelik..

Aku juga pelik apabila ramai pihak yang menganggap diriku moderator upsikini.Walhal upsikini wujud sebelum aku dilantik menjadi jurucakap bagi seorang calon favorite YB Nur Aqilah Hanis.Dan semua maklum mengenai kempen yang sudah aku hanya mempromosi Nur Aqilah Hanis kepada umum.Begitu juga dengan wakil calon YB Aqilah yang lain.Semua itu adalah seketika.Bahang politik kampus telah reda..

Semuanya gara-gara aku menjadi wakil calon dan memulakan satu laungan keramat "Reformasi dan Revolusi" yang bergema ke seluruh pelosok kampus??Laungan keramat ini hanya ingin menarik minat mahasiswa,yang selama ini kempen pilihanraya teramat lesu di universiti kita dan keadaanya ternyata berubah pada sesi lepas.Mahasiswa kita mula sedar dan sama-sama menghangatkan minggu rapat umum tersebut.Kesannya terdapat calon2 yang digelar pembangkang oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab telah mendapat kejayaan besar.

Walaupun sebelum ini NC telah memberi amaran keras tidak ada gelaran pihak pembangkang dan aspirasi pada PRK lepas,setiap individu berkempen atas tiket personaliti mereka,dan sebab itu juga aku fokus kepada YB Aqilah sahaja.(Terpulang kalau stalker mahu membuat fitnah terhadap hubungan mesra adik-kakak ini)

Kenapa harus ditarik dan dipanjangkan sehingga saat ini?Setahun berlalu dan masih ramai pihak yang busuk hati dan ingin menghuru-harakan universiti??Pihak ini harus ditarbiyah.Kerana merekaboleh dikatakan seperti dirasuk dan telah hilang pertimbangan.Cuba bersikap profesional.Walaupun kita tergolong dalam golongan orang yang "berada diatas dan selalu menguruskan" macam2 perkara sekalipun,tetapi cuba relevan sikit.

Dalam pertandingan perebutan jawatan dalam parti sekalipun,setelah semuanya selesai,maka gerak kerja untuk memantapkan parti adalah seperti biasa.Kenapa harus meniru gaya politik diluar dan dibudayakan di kampus?Pertelingkahan yang tak sudah..Mahasiswa juga pelik..Lebih2 lagi apabila tidak ada kata sepakat dalam jemaah YB kita..Dan berlaku macam2 ketidakadilan baik dari kedua pihak..Seolah-olah ingin menjatuhkan sesama sendiri.

Minggusuai kenal sudah semakin hampir,ditambah dengan wabak yang kian menular,seharusnya kita memantapkan saf kepimpinan dan mendengar setiap luahan dan cetusan hati kecil mahasiswa yang telah memilih anda.Bersatulah bagi perkara2 yang boleh dimaafkan dan diterima seperti aktiviti yang berlangsung kelak.Apalah salah sekiranya ada pihak yang mahu solat jemaah diwajibkan dalam gerak kerja ini.Lakukanlah kerana tidak ada perkara yang salah mengenai solat jemaah dan qiyamullai.

Begitu juga dengan senaman2 aerobik yang menyihatkan badan.Tidak ada salahnya kita bersama bergembira sambil melakukan aktiviti sedemikian.Duduk berbincang bersama-sama.Bagi setiap rancangan yang tidak jelas,minta mereka menjelaskan secara detail pelaksanaannya (seperti qiamullai semasa MSK yang melibatkan pengurusan bas pada jam 3pagi untuk beribu pelajar baru dikesemua 4 kolej kediaman yang bakal mendaftar kelak)

Dan kepada semua STALKER ku,terima kasih kerana selalu update tentang aku.Anda dikira stalker atas sikap anda yang mengejar tanpa diketahui.Selalulah buka blog ini dan menambahkan HITS diblog ini.Aku bukan UPSIKINI..Anda boleh tanya terus dengan aku tetapi dengan syarat gunakanlah identiti sendiri..Bukan semasa berdepan kita senyum sebaliknya dibelakang kita mencetuskan ketegangan..Bukan mengumpat dan bawa mulut ke sini sana tak sudah2.

Banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan bagi membantu pihak kampus daripada terlibat dalam pertelingkahan kedua pihak yang tak berkesudahan ini.Aku bukan seperti kalian.Jangan fikir orang lain seperti kita.Kalau mahu,banyak perkara yang aku boleh ceritakan mengenai kemelut yang ada sekarang,tapi aku malas ambil pusing mengenai krisis sesama korang dan krisis kedua pihak yang tak sudah ini..Dan kepada mereka yang bergelar ketua MSK kali ini,cubalah bersikap profesional dari segi tutur kata dan pergaulan dengan orang lain.

p/s:Terima kasih dan Tahniah kepada moderator UPSIKINI kerana telah membuang kolum chatbox yang selalu digunakan untuk memfitnah dan sebagainya walaupun sebelum ini umum telah ketahui IP Address mereka dan sebagainya.



1 comment:

Sdr. Amir Derakh said...

owh..xpe bro.
lu kn mcm DSAI, mst ade org jeles la.
sume nk tikam, nk kasi lu jatuh.
tp wa tau lu kuat bro. so, truskn prjuangan mnentang kemungkaran.
pasni jgn tkejut lak klo ade org wat tduhan liwat tehadap lu. heheee...