Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

Jun 25, 2009

H1N1 kes pertama di Tg Malim??



Malam tadi lepas je habis latihan nasyid,aku macam biasa kena jumpa Miss Alissa dan bagi makanan extra yang HEP sediakan tuk kami kat dia..Miss Alissa aku ni SMU,so kena la bertugas tuk minggu suai kenal.Masa jumpa kejap tadi dia ada inform yang baru kejap tadi ada berita gempar yang berlaku kat Kolej Harun AminurRashid.



Dimaklumkan bahawa terdapat mahasiswa UPSI yang dijangkiti wabak H1N1.Mahasiswa terbabit yang baru sahaja menamatkan program khas di Indonesia disyaki dijangkiti wabak berkenaan.Seramai 30 orang daripada mereka yang mengikuti program ke Jakarta tersebut telah dikurantin,begitu juga dengan semua mahasiswa yang menetap di blok 2 KHAR yang bertugas sebagai Saketeriat menguruskan minggu suai kenal yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan..Sekarang adalah saat genting minggu gerak kerja bagi kesemua saketeriat..


Aku tak pasti apa yang berlaku sekarang dan tindakan susulan kepada mereka yang disyaki H1N1 ini.Jika ada sebarang berita akan diceritakan secepat mungkin sebelum aku "keluar" ke Ipoh untuk Festival Nasyid Jumaat ini.Syukur bagi kami yang tinggal di Kolej Ungku Omar dan Kolej Proton City.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat sahabat kita.Ameen..

2 comments:

(D)evelop(A)bove(P)overty said...

alaaa...H1N1 je.
bukan C4, xpe..xpe

Fadh UniversouL said...

hehe..C4 kite tau la sape dalang..

ni bab H1N1 ni mutation beb..
susah nak dtect..vrus ni pndai..
gune C4 kt vrus ni pn lum tntu jln..