Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 21, 2009

Update..Juara Festival Nasyeed Selatan..

Aku banyak bende nak kongsi..Tapi aku malas type..So ape yang perlu aku buat ni???

Aku akan tulis kemudian kot..Ni aku bagi sinopsis jela..

  1. Dari 17hb Mei hingga 21 mei aku berada di UiTM segamat
  2. Tujuannya adalah pertandingan nasyeed festival selatan terbuka untuk seluruh IPT Malaysia..
  3. Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian..(Sepatutnya 17,tetapi kumpulan KIST dari Terengganu terpaksa menarik diri disaat akhir kerana masalah apabila bas yang dipandu mengalami kemalangan di Kemaman) Nak sampai Johor jauh tu beb..Tapi tak teruklah..
  4. Hanya 7 pasukan yang layak ke final..Semasa cabutan giliran,kitorg dapat tempat ke4(turn ke 4)..Jadi daripada 16 kumpulan telah dipecahkan kepada 2 peringkat saringan..1-8 saringan pertama pada jam 2.30pm hari selasa dan 9-16 saringan ke2 pada 9 pm hari yang sama..
  5. Kitorang budget UiTM Perak,UPNM,UiTM Jengka,UiTM Segamat dan kitorg sendiri confirm layak ke final..Semua jangkaan tepat, dan 2 lagi pasukan yang layak ke final adalah Kolej Insaniah (Kedah) dan UTHM (Batu Pahat)..
  6. Cabutan giliran final tetap sama,masih giliran ke4..Saingan paling digeruni adalah UiTM Perak sebab dah jumpa 2-3 kali sebelum ni..Rekod seri setakat ni ..Sebab kitorg tewaskan UiTM Perak masa nasyeed MAKUM kat UTM Skudai Dec '08..Manakala dapat tempat ke2 semasa di UTP..
  7. Final Result ..Alhamdulillah..Kitorg berjaya mengungguli festival nasyeed kali ini sebagai JUARA..Mungkin sebab tak ada UKM dan UPM,yakni pasukan paling digeruni seluruh Malaysia..Maybe sebab kebudayaan kedua universiti tersebut dah lama..ktorg baru tubuh group akhir August'08..Dan tak melibatkan fakulti muzik lagi setakat ini..
  8. Info menarik,Penyanyi solo Insaniah Kedah merupakan seorang ahli MuslimVoices Akademi Nasyeed..Naib johan adalah Tuan Rumah dan No3 buat UiTM Perak?Aku rasa UiTM Perak lebih berhak mendapat tempat ke2 melalui persembahan,tetapi mungkin faktor lagu yang tak kuat agaknya..Sebab kalau tengok diorg memang akan terasa tengok Show..
  9. UiTM Perak pun peminat2 setia Faizal Tahir..Hahaha..Siap pakai baju superman..Tapi bila ditanya dorang tak mengaku sebagai Rockensteiners

Misi seterusnya Festival Nasyid Kebangsaan di IPOH Perak 27 Jun 2009..Lagu baru siap Jumaat lepas..SO kena la balik kampus 7 Jun ni tuk berlatih lagu baru pulak..2minggu je aku cuti..Huhu..Maksudnye tak dapatla aku nak belajar piano..

No comments: