Sesungguhnya sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang dijalannya, semangat dalam mereali-sasikannya, dan kesiapan untuk beramal serta berkorban dalam mewujudkannya.
Keempat rukun ini, yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter yang melekat pada pemuda. Kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertakwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora dan dasar amal adalah kemauan yang kuat. Hal itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda

(Hasan Al-Banna)

May 21, 2009

BUAT RAKAN2..SEBARKAN..

TAWARAN BELAJAR PERCUMA DAN PELUANG PEKERJAAN TERJAMIN..

Ni aku kutip dari blog YB Taufek selaku ADUN Paroi Seremban kawasan perumahan aku..Boleh lah sebarkan kepada sapa2 yang berminat dan memerlukan lebih2 lagi yang terdesak..Zaman ni memang susah nak cari duit..Lagi2 dengan macam2 Barang Naik..

Dalam usaha membantu golongan Bumiputera Melayu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan swasta membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan mencari peluang pekerjaan.

Terdapat 4 sasaran kumpulan yang boleh menyertai program ini:

1.Lepasan SPM
2.Lepasan Kolej/Universiti
3.Mereka yang telah diberhentikan kerja
4.Golongan Ibu Tunggal

Tiada sebarang yuran atau kos dikenakan untuk mereka yang berminat untuk belajar.Sejurus tamat kursus yang akan dikendalikan diantara enam bulan sehingga setahun, para peserta dijanji dan dijamin pekerjaan.

Dalam tempoh kursus para peserta akan mendapat elaun bulanan.Elaun bulanan adalah serendah RM210.00 dan setinggi RM500.00 sebulan.

Walaubagaimanapun untuk golongan yang telah diberhentikan kerja Elaun bulanan adalah RM500.00 sebulan.Jika ada diantara yang telah diberhentikan kerja ini telah berkeluarga dan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak, Elaun bulanan adalah RM800.00.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Perhotelan, Automobil, Elektrik, Mekanik, Jahitan, Masakan, Pelukis Pelan, Seni Taman (Landscape), Komputer, Pentadbiran dan lain-lain kursus popular masa kini.

Pusat kursus adalah di Seremban dan Port Dickson.

Mereka yang berminat di minta hubungi perantara program ini iaitu Encik Faiz Bin Abdullah ditalian 016 - 232 5689.

Tarikh tutup pendaftaran program ini adalah pada 12 Jun 2009.

1 comment:

Khairul said...

anti betul ye kau ngan BN hehe

btw, ni x der under apa-apa U ke?